khadijah binti khuwailid

Khadijah Binti Khuwailid: Biodata & Kisah Hidupnya

Siapakah Khadijah Binti Khuwailid? Artikel ini akan membincangkan salah seorang isteri nabi iaitu Khadijah Binti Khuwailid.

Siapakah Khadijah Binti Khuwailid?

  1. Beliau merupakan istri pertama Rasulullah SAW
  2. Wanita pertama yang memeluk agama islam
  3. Beliau merupakan istri Rasulullah SAW yang melahirkan 2 orang anak laki-laki dan 4 orang anak perempuan.
  4. Beliau banyak menyumbangkan hartanya untuk membantu agama Islam

Nama dan Salasilah Keturunan Khadijah

Nama panjang beliau adalah Khadijah binti Khuwailid bin Asad bin Abdul Uzza bin Qushi. Bapanya bernama Khuwailid bin Asad dan ibunya bernama Fatimah binti Za’idah. Khadijah berasal dari keturunan Bani Asad dari suku Quraisy. Garis keturunannya yang terpandang membuatkan beliau sangat dihormati oleh kalangan penduduk Mekah. Datuknya yang digelar Ibnu Khantsar merupakan seorang pahlawan Quraisy pada zaman jahiliyah dan neneknya pula bernama Halah binti Abdi Manaf bin Al Harits yang nasabnya sambung dengan Luay bin Ghalib.

Lahirnya Khadijah

Khadijah dilahirkan di Mekah pada tahun ke-68 sebelum hijrah atau pada tahun ke-555 M. Pada zaman kelahirannya beliau, masyarakat mempunyai kefahaman bahwa melahirkan seorang anak perempuan adalah sebuah aib dan mereka akan menguburnya secara hidup-hidup, akan tetapi berbeza dengan keluarga Khuwailid bin Asad, mereka sangat gembira atas kelahiran anak perempuan mereka yang bernama Khadijah.

Beliau lahir dari sebuah keluarga bangsawan yang terhormat dan berlimpah hartanya, namun sedikit pun tidak muncul sifat sombong dan bongkak dalam dirinya, malah beliau adalah orang yang rendah hati.

Pada tahun 575 M, ibunya Khadijah meninggal dunia dan 10 tahun selepas itu bapanya pula menyusul pemergian ibunya. Beliau mewarisi harta kekayaan mereka dan tetap melanjutkan perdagangannya  sehingga membuatkan beliau menjadi semakin berdikari.

Kisah Khadijah yang Bernikah dengan Rasulullah SAW

Khadijah adalah seorang wanita yang hebat sehingga banyak sekali orang datang untuk meminangnya. Akan tetapi beliau tidak menerima pinangan-pinangan tersebut secara baik dan tetap fokus pada perdagangannya. 

Pada suatu hari, telah datang sebuah berita dari buah mulut orang-orang sekitarnya mengatakan bahawa ada seorang pemuda yang pandai dan sangat dapat dipercaya. Pemuda tersebut adalah Rasulullah SAW. Rasulullah SAW pada saat itu sangat terkenal sebagai seorang pemuda yang amanah sehingga diberikan julukan Al-Amin. Khadijah pun dengan rasa penasaran mengutus pembantunya yang bernama Maisarah dengan niat menawarkan pekerjaan kepada Rasulullah SAW untuk membawa barang dagangannya ke Negeri Syam. Rasulullah SAW pun menerima tawaran itu

Sebelum berangkat menuju ke Syam, Khadijah memberikan pesanan kepada Maisarah untuk memerhatikan Rasulullah SAW dan memberikan laporan kepadanya ketika kembali.

Setelah rombongan yang diamanahkan kepada Rasulullah SAW kembali semula ke Mekah dari Syam, Maisarah pun mendatangi Khadijah dan memberikan laporan atas apa yang dia perhatikan dari diri seorang Muhammad SAW. Maisarah mengatakan bahawa Rasulullah SAW adalah orang yang mempunyai budi pekerti yang mulia dan merupakan orang yang sangat jujur dalam berniaga. Mendengar laporan dari Maisarah ini membuatkan Khadijah semakin tertarik kepada baginda dan mempunyai harapan dapat menikah dengannya. Akhirnya khadijah mengutus seseorang bernama Nafisah binti Maimunah untuk menjadi perantaranya dalam menyampaikan hajatnya kepada baginda Rasulullah SAW.

Pada waktu ketika Nafisah pergi bertemu dengan Rasulullah SAW, dia bertanya kepada Rasulullah SAW kenapa baginda masih belum menikah dan Rasulullah SAW pun menjawab bahawa baginda masih belum mampu untuk menikahi seorang wanita. Lalu pada akhirnya Nafisah pun mengungkapkan hal sebenarnya kenapa dia bertemu dengan baginda dan akhirnya menanyakan kesediaan Rasulullah SAW untuk menikah dengan Khadijah. Rasulullah SAW pun dengan kesediaannya menyetujui lamaran tersebut. Dengan perasaan gembira, Nafisah pun pergi membawa khabar baik tersebut kepada Khadijah dan tidak lama selepas itu Khadijah jpun menikah dengan Rasulullah SAW dengan mas kahwin sebesar 20 ekor unta.

Wafatnya Khadijah

Menjelang kewafatan Khadijah, pada saat itu orang-orang Kafir Quraisy dengan niat untuk melemahkan dakwah Rasulullah SAW dalam menyebarkan agama Islam, mereka melakukan boikot secara besar-besaran terhadap perdagangan Khadijah. Disebabkan pemboikotan tersebut, beliau menderita kelaparan dan kehausan dan membuatnya sakit keras. Semakin hari semakin teruk penyakit yang beliau alami. Sehinggalah pada akhirnya beliau wafat dan mengakhiri kehidupannya pada usia 65 tahun. Bertepatan dengan 3 tahun sebelum Rasulullah SAW hijrah ke Madinah dan merupakan sebuah tahun duka cita buat Rasulullah SAW.

Hadis Berkaitan Dengan Khadijah

Terdapat sebuah hadis yang mengatakan bahwa Allah SWT dan malaikat Jibril menyampaikan salam kepadanya. Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim yang berbunyi, 

عن أبي هريرة – رضي الله عنه – قال  أَتَى جِبْرِيلُ النَّبِيَّ – صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- فَقَالَ : يَا رَسُولَ اللَّهِ! هَذِهِ خَدِيجَةُ قَدْ أَتَتْ مَعَهَا إِنَاءٌ فِيهِ إِدَامٌ أَوْ طَعَامٌ أَوْ شَرَابٌ، فَإِذَا هِيَ أَتَتْكَ؛ فَاقْرَأْ عَلَيْهَا السَّلامَ مِنْ رَبِّهَا – وَمِنِّي -، وَبَشِّرْهَا بِبَيْتٍ فِي الْجَنَّةِ مِنْ قَصَبٍ، لا صَخَبَ فِيهِ ولا نَصَبَ

Dari Abu Hurairah RA, disebutkan bahwa pada suatu ketika Jibril pernah datang kepada Rasulullah SAW sambil berkata, “Wahai Rasulullah, ini dia Khadijah. Ia datang kepada engkau dengan membawa wadah berisi lauk pauk, atau makanan atau minuman. Apabila dia datang kepada engkau, maka sampaikanlah salam dari Allah dan dariku kepadanya. Selain itu, beritahukan pula kepadanya bahwa rumahnya di surga terbuat dari emas dan perak, yang di sana tidak ada kebisingan dan kepayahan di dalamnya.”

Terdapat juga sebuah hadis yang mengatakan beliau adalah salah seorang wanita penghulu syurga, hadis ini merupakan riwayat Ahmad, 

أَفْضَلُ نِسَاءِ أَهْلِ الْجَنَّةِ خَدِيجَةُ بِنْتُ خُوَيْلِدٍ وَفَاطِمَةُ بِنْتُ مُحَمَّدٍ وَآسِيَةُ بِنْتُ مُزَاحِمٍ امْرَأَةُ فِرْعَوْنَ وَمَرْيَمُ ابْنَةُ عِمْرَانَ

Wanita-wanita yang paling utama sebagai penduduk syurga adalah Khadijah binti Khuwailid, Fatimah binti Muhammad, Asiah binti Muzahim (isteri Firaun) dan Maryam binti ‘Imran.

SUMBER RUJUKAN 

  1. Khadijah Binti Khuwailid – Islamic.co
  2. Biografi Khadijah Binti Khuwailid – Biografi Tokoh Ternama Blogspot
  3. Ummul Mukminin Khaidjah Binti Khuwailid – Kisah Muslim
  4. Biografi Singkat Sayidah Khadijah Binti Khuwailid – Ahlul Bait Indonesia

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

14 + 4 =

Scroll to Top