solat sunat istisqa atau solat sunat minta hujan

Niat & Cara Solat Sunat Istisqa (Minta Hujan)

Solat Sunat Istisqa ataupun Solat minta hujan merupakan salah satu solat sunat khas yang Baginda SAW pernah buat pada zamannya.

Di dalam artikel ini, kita akan membincangkan cara melaksanakan solat ini dan juga sunnah-sunnah yang dilakukan ketika hendak mengerjakan solat tersebut.

SEJARAH SOLAT ISTISQA

Air adalah nadi penggerak alam dan makhluknya. Ia ibarat roh yang menghidupkan bumi yang mati dan membangunkan semua hidupan yang wujud di alam ini. Allah menegaskan bahawa air adalah sumber kehidupan.

Kemarau dan kekurangan air yang berlaku di muka bumi Allah ini bukanlah semata-mata bencana alam atau malapetaka yang berlaku dengan sendirinya, sebaliknya ialah adalah teguran dari Allah sebagai medan kita muhasabah diri.

Untuk menghadapi azab kemarau ini, kita bukan sahaja digalakkan untuk melakukan pembenihan awan tetapi juga pembenihan iman dan taubat kepada Allah S.W.T. Hal ini kerana, tiada apa yang berlaku di atas bumi Allah ini dengan sia-sia, pasti ada hikmah tiap kejadinnya.

Solat sunat istisqa mula dilakukan oleh baginda Rasulullah S.A.W 4 tahun sebelum kewafatan baginda. Pada ketika itu, hampir satu tahun kota Madinah dilanda kekeringan. Umat islam pada ketika itu meminta agar baginda berdoa kepada Allah supaya menurunkan hujan.

Baginda melakukan di Masjid Gammah yang itu terletak 500 meter dari Masjid Nabawi. Ketika itu, nabi yang memimpin solat sunat istisqa tersebut. Usai selesai solat dilakukan, dengan rahmat Allah hujan pun turun hingga beberapa hari dengan izinNya.

MAKSUD ISTISQA

Bahasa : istisqa adalah perkataan arab yang bermaksud meminta air atau hujan

Istilah : Meminta diturunkan hujan daripada Allah S.W.T ketika manusia sangat memerlukannya secara khusus, iaitu dengan solat, khutbah, istighfar dan bertahmid.

HUKUM SOLAT SUNAT ISTISQA

Hukumnya adalah sunat muakkad khasnya kepada umat islam yang mana tempatnya dilanda kemarau sama ada yang bermukim atau bermusafir baik lelaki mahupun perempuan.

PERKARA YANG PERLU DIBUAT SEBELUM SOLAT ISTISQA

Terdapat beberapa perkara yang perlu dilakukan sebelum menunaikan solat ini

  1. Penduduk sesuatu kawasan yang ingin melakukan solat ini digalakkan berpuasa selama 4 hari dan hari yang keempat tersebut akan diadakan Solat Sunat ini.
  2. Dianjurkan untuk memperbanyak taubat dan istighfar kerana ia mampu menurunkan rahmat daripada Allah SWT
  3. Meninggalkan maksiat secara berterusan kerana maksiat mampu menghalang doa daripada dimakbulkan
  4. Digalakkan memakai baju yang lusuh ketika solat tersebut kerana Nabi SAW melakukannya.

CARA SOLAT SUNAT ISTISQA

Solat sunat Istisqa perlu dilakukan secara berjemaah dan dikawasan tanah lapang kerana ini mengikut sunnah nabi pada zamannya.

Ia juga sama seperti solat hari raya aidilfitri yang mempunyai beberapa takbir ketika berdiri:

Hal ini berdasarkan hadith, daripada Ibn Abbas R.Anhuma, katanya:

خَرَجَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُتَوَاضِعًا مُتَبَذِّلاً مُتَخَشِّعًا مُتَرَسِّلاً خَرَجَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُتَوَاضِعًا مُتَبَذِّلاً مُتَخَشِّعًا مُتَرَسِّلاً

Maksudnya: Rasulullah SAW keluar dengan tawadhu’, berpakaian biasa, khusyu’, berlemah-lembut dan merendah diri. Kemudian Baginda bersolat dua rakaat sebagaimana Baginda bersolat pada hari raya.

LAFAZ NIAT SOLAT ISTISQA

Lafaznya adalah:

أُصَلِّي سُنَّةَ الإِسْتِسْقَاءِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى

Bacaan rumi:

Usolli sunnatal Istiqa i rak’ataini lillahi taala

Maksudnya:

”Sahaja aku menunaikan solat ististiqa’ 2 rakaat kerana Allah Taala.”

RAKAAT PERTAMA

1. Berdiri Tegak

Berdiri menghadap kiblat dan melafazkan niat solat sunat ini seperti di atas.


2. Takbiratul Ihram diikuti dengan takbir sebanyak 7 kali berserta tasbih

Setiap kali takbir perlulah diikuti dengan tasbih.

Bacaan tasbih adalah seperti berikut:

سُبْحَانَ اللهِ  وَالْحَمْدُ لِلَّهِ  وَلآ اِلَهَ اِلاَّ الله ُ وَالله ُ اَكْبَرُ  وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ اِلاَّ بِاللهِ الْعَلِىِّ الْعَظِيْمِ

Bacaan rumi:

Subhanallah, walhamdulillah, wa la ilaha ilallah wallahu akbar. Wala haula wala kuwwata illa billahil ‘aliyil ‘azim.

Maksudnya:

Mahasuci Allah, segala puji bagi Allah, tiada tuhan yang disembah melainkan Allah, Allah masa besar, Tiada kekukatan melainkan Allah SWT yang Maha Agung.


3. Bacaan Surah Al-Fatihah dan apa-apa surah pilihan selepas itu.


4. Kemudian rukuk, i’tidal dan sujud sama seperti solat sunat yang lain

RAKAAT KEDUA

1. Berdiri semula


2. Takbir sebanyak 5 kali diikuti dengan tasbih


3. Baca surah Al-Fatihah dan diikuti dengan sebarang surah selepasnya.


4. Kemudian rukuk, i’tidal, sujud dan memberi salam

Sama seperti solat sunat yang lain


Setelah solat selesai, khatib boleh memulakan bacaan Khutbah

KHUTBAH SOLAT ISTISQA

Usai selesai solat istisqa, iman hendaklah membaca khutbah dan disunatkan untuk berada di atas mimbar yang tinggi.

Jika khutbah hari raya dibacakan beberapa takbir, tapi untuk khutbah istisqa hendaklah digantikan dengan bacaan istighfar. Istighfar ini dibacakan sebanyak sembilan kali pada khutbah pertama dan tujuh kali pada khutbah yang kedua.

SUNAT MEMBALIKKAN SELENDANG

Khatib disunatkan untuk menghadap ke arah kiblat dan membelakangkan jemaah selepas sepertiga khutbah kedua. Setelah itu, khatib disunatkan menterbalikkan kain selendang atau serban yang dipakai sehingga penjuru selendang atau serban yang asalnya kanan berada di sebelah kiri dan yang atas berada di sebelah bawah. Perlu ditekankan, perbuatan menterbalikkan ini hendaklah dilakukan dalam satu gerakkan sahaja.

Hal ini berdasarkan hadith, daripada Abu Hurairah RA, katanya:

خَرَجَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمًا يَسْتَسْقِى فَصَلَّى بِنَا رَكْعَتَيْنِ بِلاَ أَذَانٍ وَلاَ إِقَامَةٍ ثُمَّ خَطَبَنَا وَدَعَا اللَّهَ وَحَوَّلَ وَجْهَهُ نَحْوَ الْقِبْلَةِ رَافِعًا يَدَيْهِ ثُمَّ قَلَبَ رِدَاءَهُ فَجَعَلَ الأَيْمَنَ عَلَى الأَيْسَرِ وَالأَيْسَرَ عَلَى الأَيْمَنِ

Maksudnya: Pada suatu hari Rasulullah SAW keluar untuk melakukan solat Istisqa’. Kemudian Baginda bersolat bersama-sama kami sebanyak dua rakaat tanpa azan dan iqamah. Seterusnya Baginda berkhutbah dan berdoa kepada Allah sambil memalingkan mukanya ke kiblat dan mengangkat kedua-dua belah tangan tangannya. Kemudian Baginda membalikkan selendangnya yang kanan ke kiri dan yang kiri ke kanan.

Jemaah juga disunatkan untuk turut serta menterbalikkan selendang atau serban mereka atau apa sahaja yang ada pada mereka pada ketika itu seperti baju, songkok dan kopiah.

Perbuatan ini dilakukan oleh para sahabat ketika solat istisqa dilakukan bersama Rasulullah sebagaimana yang dilaporkan oleh Abdullah bin Zaid R.A, katanya :

“Saya melihat Rasulullah S.A.W ketika meminta hujan untuk kami, Baginda memanjangkan doanya dan memperbanyakkan permohonan.Kemudian, baginda berpaling kearah kiblat dan membalikkan selendangnya dan ia menjadi terbalik. Lalu orang ramai juga melakukan perkara yang sama iaitu membalikkannya selendang-selendang mereka bersama Rasulullah”.

DOA SOLAT ISTISQA

الْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِين . الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ مَالِكِ يَوْمِ الدِّيْنِ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ يَفْعَلُ مَا يُرِيْدُ ، اللَّهُمَّ أَنْتَ اللهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ . أَنْتَ الْغَنِّيُ وَنَحْنُ الْفُقَرَاءُ ، أَنْزِلْ عَلَيْنَا الْغَيْثَ وَاجْعَلْ مَا أَنْزَلْتَ عَلَيْنَا قُوَّةً وَبَلاًغًا إِلَى حِيْنَ .

Bacaan rumi:

Alhamdulillah hi rabbil ‘alamin. Arrahmanirrahim. Malikiyaumiddin. La ila haillah yaf ‘ali ma yurid. Allahumma antaAllah la illaha illah. Antal ghanniyu wa nahnul fuqarok. Anzil ‘alaina ghaisa waj ‘al ma anzalta ‘alaina quwwata, wa balaghan ila hin.

Maksudnya :

“Segala puji bagi Allah pemelihara alam semesta, Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Raja hari kiamat, tiada Tuhan selain Allah, Yang berbuat menurut kehendak-Nya. Ya Allah, Engkaulah Allah yang tiada Tuhan selain-Mu. Engkaulah Maha Kaya, sedangkan kami adalah papa, turunkanlah kepada kami hujan, dan jadikanlah apa yang Engkau turunkan itu menjadi bekal sampai beberapa lama.

Cara solat sunat yang lain

Solat Sunat DhuhaSolat Hajat
Solat TaubatSolat Witir
Solat Sunat WudukSolat Tahajjud
Solat TasbihSolat Sunat Ihram
Solat AidiladhaSolat Sunat Tahiyatul Masjid
Solat Sunat Gerhana Matahari dan BulanSolat Minta Turun Hujan
Solat Sunat TawafSolat Sunat Nikah
Solat Sunat MusafirSolat Jenazah
Solat IstikharahSolat Sunat Rawatib
Solat IsyraqSolat Aidilfitri

Rujukan:

  1. Isu Jerebu dan Penyelesaiannya – Mufti WP

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

18 + three =

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.