Bagaimanakah cara melakukan solat Maghrib? Artikel inia akan membincangkan cara dan panduan lengkap untuk melakukan solat fardhu ini.
Pengenalan
Solat Maghrib adalah satu kewajipan bagi setiap orang Islam. Ia termasuk di dalam 5 solat fardhu yang wajib, selain solat subuh, zuhur, asar, dan isyak.
Bilangan rakaat pada solat waktu maghrib adalah tiga, dan ia sangat dituntut (sunat mu’akadah) untuk dilakukan secara berjamaah bagi lelaki Muslim. Namun boleh dilakukan secara berseorangan jika berhalangan untuk melakukannya secara berjemaah.
Bila Waktu Maghrib?
Solat Maghrib dilakukan pada waktu senja. Bermula waktunya adalah sekitar pukul 7.10 hingga 7.40 malam Semenanjung Malaysia, dan berakhir apabila masuk waktu Isyak.
Menurut sebuah hadith riwayat Salamah, waktu Maghrib adalah selepas terbenamnya matahari:
حَدَّثَنَا الْمَكِّيُّ بْنُ إِبْرَاهِيمَ، قَالَ حَدَّثَنَا يَزِيدُ بْنُ أَبِي عُبَيْدٍ، عَنْ سَلَمَةَ، قَالَ كُنَّا نُصَلِّي مَعَ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم الْمَغْرِبَ إِذَا تَوَارَتْ بِالْحِجَابِ
Dari Salamah katanya: “Dahulu kami solat Maghrib bersama Nabi SAW ketika matahari terbenam daripada ufuk.” (Riwayat Bukhari).
Persediaan Sebelum Solat
Sebelum melakukan solat, tidak kira apa jenis solat, perlulah seseorang itu mempersiapkan beberapa perkara, iaitu:
- Pertama, hendaklah memastikan aurat ditutup sepenuh sepenuhnya. Aurat bagi lelaki adalah bermula daripada pusat hingga lutut, dan bagi perempuan seluruh tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan.
- Kedua, hendaklah mengadap kiblat. Boleh menggunakan apps Qiblafinder atau melihat pada masjid/surau berdekatan untuk kepastian.
- Ketiga, perlu mengambil wudhu yang sempurna. Kaedah wuduk ringkas adalah dengan berniat mengangkat hadas kecil kerana Allah, kemudian mencuci muka, kedua tangan dari pergelangan hingga siku, sebahagian kepala, dan kemudian kedua belah kaki dari bahagian buku lali ke bawah.
- Keempat, perlulah memastikan tempat solat dan pakaian bersih daripada najis ringan dan berat.
Pengenalan Kepada Rukun-rukun Solat
Sebelum memasuki tatacara solat, kita berkenalan dahulu dengan rukun-rukun solat.
Setiap solat fardhu didirikan atas bilangan rakaat masing-masing. Solat Maghrib dilakukan dengan 3 rakaat, dan pada setiap rakaat terdapat rukun solatnya.
Niat Solat
Sebelum solat Maghrib, perlu membacakan lafaz niat solat. Kemudian makna lafaz ini di dalam Bahasa Melayu perlu disebutkan ketika mengangkat takbir.
Bacaan lafaz niat jika solat berseorangan:
“أُصَلِّى فَرْضَ الْمَغْرِبِ ثَلاَثَ رَكْعَاتٍ أَدَاءً ِللهِ تَعَالىَ”
Bacaan rumi:
“Usolli fardhol maghribi tsala-tsa rak’aatin adaa-an lillahi taala”
Maksudnya:
“Sahaja aku solat fadhu Maghrib, tiga rakaat kerana Allah taala.”
Bacaan lafaz niat jika solat menjadi makmum/imam:
أُصَلِّى فَرْضَ الْمَغْرِبِ ثَلاَثَ رَكْعَاتٍ أَدَاءً إِمَامًا / مَأْمُوْمًا ِللهِ تَعَالىَ
Bacaan rumi:
“Usolli fardhol maghribi tsala-tsa rak’aatin adaa-an imaman/makmuman lillahi taala”
Maksudnya:
“Sahaja aku solat fadhu Maghrib, tiga rakaat kerana menjadi imam/makmum kerana Allah taala.”
Takbiratul Ihram
Takbir merupakan bacaan yang sangat banyak dibaca di dalam solat. Pada permulaan solat, takbir disebut ‘takbiratul ihram’ yang membawa maksud “takbir pengharaman”, iaitu seseorang yang mengangkat takbiratul ihram telah mengharamkan dirinya melakukan perkara yang tidak boleh dilakukan ketika solat.
Bacaan takbir juga dibaca pada waktu bertukar ke rukun solat lain. Contoh, apabila selesai membaca alfatihah dan ingin ke rukun rukuk, maka takbir pun dibaca.
Bacaan takbir:
اللّٰهُ أَكْبَر
Bacaan rumi:
“Allahu akbar”
Maksud:
“Allah Maha Besar”
Ketika membaca takbiratul ihram, perlu membaca maksud lafaz niat tadi di dalam hati. Tujuannya adalah untuk menguatkan niat berdirinya kita untuk solat kerana Allah.
Masa untuk membaca takbiratul ihram adalah bermula daripada mengangkat tangan untuk takbir sehingga meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri untuk qiyam.
Qiam/Berdiri Betul
Bermula solat, perlulah berdiri dengan betul. Maksudnya berdiri dengan badan yang tegak dan mengadap kiblat.
Membaca Al Fatihah
Bacaan Al-Fatihah adalah bacaan yang wajib dibaca pada setiap kali solat.
Bacaan fatihah:
Maksdunya:
“Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam
Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Yang menguasai hari pembalasan
KepadaMu kami sembah dan kepadaMu kami memohon pertolongan
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus
Jalan yang Engkau kurniakan nikmat ke atasnya, bukan jalan orang yang dimurkai atas mereka dan bukan jalan orang yang sesat.”
Disunatkan membaca ‘amin’ setelah habis membaca Fatihah.
Rukuk
Kedudukan rukuk adalah dengan menundukkan badan ke hadapan dengan 90 darjah sambil tangan memegang lutut.
Ketika rukuk, disunatkan untuk membaca tasbih rukuk. Tasbih rukuk dibaca dengan perlahan; secara berbisik.
Bacaan tasbih rukuk:
Bacaan rumi:
“Subhaana rabbiyal a’zhim wabihamdih”
Maksudnya:
“Maha suci Tuhan yang Maha Agung Dan Segala puji bagiNya”
I’tidal
Iktidal adalah berdiri tegak kembali selepas rukuk. Selepas menundukkan badan ke hadapan, kembali berdiri dalam keadaan seperti membaca Al-Fatihah tadi.
Bacaan semasa bangun daripada rukuk untuk iktidal:
Ketika bangun dari rukuk (dalam transisi untuk ke iktidal) perlu membaca:
Ianya dibacakan secara kuat (jahar).
Bacaan Rumi:
“Sami’allahu liman hamidah”
Maksud:
“Maha mendengar Allah akan sesiapa yang memujiNya”
Bacaan ketika berdiri iktidal:
Ketika berdiri iktidal, hendaklah membacakan bacaan iktidal. Bacaan ini dibaca dengan perlahan (berbisik):
Bacaan ruminya:
“Robbanal lakal hamd”
Maksudnya:
“Tuhan kami, bagiMu segala pujian”
Sujud
Sujud adalah rukun solat yang paling utama. Ia melibatkan 7 anggota badan, iaitu dahi, dua tapak tangan, dua lutut dan dua tapak kaki.
Dahi, tapak tangan dan lutut hendaklah diletakkan di lantai, manakala tapak kaki hendaklah ditegakkan. Siku hendaklah diangkat dengan kadar melapangkan ketiak.
Jari-jari hendaklah dirapatkan dan tapak tangan perlu selari dengan kedudukan kepala.
Disunatkan membaca tasbih (secara bisik) ketika sujud:
Bacaan ketika sujud:
Bacaan ruminya:
“Subhana rabbiyal a’la wa bihamdih”
Maksudnya:
“Maha Suci Tuhan yang Maha Tinggi dan bagiNya segala pujian”
Duduk Di Antara Dua Sujud
Bilangan sujud pada setiap rakaat adalah 2 kali, dan di antara kedua sujud ini ada satu rukun yang dipanggil “duduk antara dua sujud”.
Cara duduknya boleh seperti duduk tahiyat awal, iaitu dengan meletakkan punggung di atas tapak kaki kiri yang dilipatkan selari dengan lantai, sambil tapak kaki kanan ditegakkan. Duduk ini dinamakan duduk iftirasy.
Ketika duduk di antara dua sujud ini, sunat membaca dzikir istighfar (secara bisik). Antara zikir istighfar yang ringkas dan mudah diamalkan ialah:
Bacaan duduk antara dua sujud:
Bacaan rumi:
“Robbigh firli”
Maksudnya:
“Tuhanku ampunkan dosaku”
Tahiyat Awal
Tahiyat awal merupakan rukun yang dilakukan ketika duduk iftirasy. Ada bacaan yang khusus (dibaca secara bisik) sewaktu tahiyat awal.
Cara duduknya ialah seperti berikut:
Bacaan ketika duduk tahiyat awal:
Bacaan rumi:
“At tahiyyatul mubarokatus solawatut toyyibatu lillah,
assalamu ‘alaika ayyuhan nabiyyu wa rohmatullahi wabarokatuh.
Assala mu ‘alaina wa ‘ala ‘ibadillahis solihin.
Ash hadu allaa ilaha illallah, wa ash hadu anna Muhammadur rasulullah.
Allahumma solli ‘ala sayyidina Muhammad, wa ‘ala aali sayyidina Muhammad.”
Maksudnya:
“Kepujian, doa dan kebaikan-kebaikan untuk Allah. Salam sejahtera wahai nabi, dan rahmat Allah dan keberkatannya. Salam sejahtera ke atas kami, dan atas hamba Allah yang soleh. Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu Rasulnya. Allah berselawat ke atas Muhammad, dan keluarga Muhammad.”
Apabila melafazkan syahadah di dalam tahiyat (ash hadu alla…) dan seterusnya, disunatkan mengangkat jari telunjuk kanan seperti berikut:
Tahiyat Akhir
Tahiyat akhir adalah antara rukun yang terakhir pada setiap solat. Cara duduk tahiyat akhir ini adalah dengan duduk tawarruk, iaitu dengan meletakkan punggung di atas lantai, dan kaki kiri disilangkan ke bawah kaki kanan, sambil kaki kanan ditegakkan.
Ada bacaan yang perlu dibaca sewaktu tahiyat akhir (dibaca secara berbisik). Bacaannya sama seperti tahiyat awal, cuma ada tambahan selawat ibrahimiah dan juga doa sebelum salam.
Bacaan tahiyat akhir:
Bacaan rumi:
“At tahiyyatul mubarokatus solawatut toyyibatu lillah,
assalamu ‘alaika ayyuhan nabiyyu wa rohmatullahi wabarokatuh.
Assala mu ‘alaina wa ‘ala ‘ibadillahis solihin.
Ash hadu allaa ilaha illallah, wa ash hadu anna Muhammadur rasulullah.
Allahumma solli ‘ala Muhammad, wa ‘ala aali Muhammad,kama sollaita ‘ala Ibrahim, wa ‘ala aali Ibrahim. Wa baarik ‘ala Muhammad, wa ‘ala aali Muhammad, kama barokta ‘ala Ibrahim wa ‘ala aali Ibrahim, fil ‘alamina innaka hamidum majid.”
Maksudnya:
“Kepujian, doa dan kebaikan-kebaikan untuk Allah. Salam sejahtera wahai nabi, dan rahmat Allah dan keberkatannya. Salam sejahtera ke atas kami, dan atas hamba Allah yang soleh. Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu Rasulnya. Allah berselawat ke atas Muhammad, dan keluarga Muhammad, sepertimana Engkau berselawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Dan berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad, sepertimana Engkau memberkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Kepada seluruh alam ini sesungguhnya Engkau Maha Tinggi lagi Maha Terpuji.”
Ketika melafazkan syahadah di dalam tahiyat (ash hadu alla…) dan seterusnya, disunatkan mengangkat jari telunjuk kanan seperti berikut:
Selepas membaca tahiyat akhir, disunatkan membaca doa sebelum salam. Doanya adalah seperti berikut:
Bacaan doa sebelum salam:
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ، وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ (رواه مسلم)
Bacaan rumi:
“Allahumma inni audzubika min adzabi jahannam. Wa min adzabil qabr. Wa min fitnatil mahya wal mamat. Wa min syarri fitnatil masihid dajjal.”
Maksudnya:
“Wahai Allah sesungguhnya aku memohon perlindungan dariMu daripada azab neraka jahannam, dan daripada azab siksa kubur, dan daripada ujian kehidupan dan kematian, dan daripada kejahatan ujian Al-Masih Dajjal”
Salam
Selepas tahiyat akhir, perlu melakukan salam. Salam dilakukan dengan membaca kalimat salam, dan menoleh ke kanan dan ke kiri.
Menoleh kanan sambil membaca “assalamu’alaikum warahmatullah”, dan menoleh kiri sambil membaca “assalamu’alaikum warahmatullah”, seperti pada gambar:
Kaedah Solat Maghrib
Setelah mengenal pasti rukun-rukun solat, sekarang kita melihat pula kepada kaedah solat maghrib.
Solat maghrib dilakukan dengan 3 rakaat seperti berikut:
Selepas habis solat Maghrib, disunatkan membaca wirid dan doa dan di sambung dengan solat sunat rawatib. Semoga artikel ini membantu anda melaksanakan solat dengan baik dan tertib.
Cara Solat Fardhu yang lain
Cara solat sunat yang lain