Skip to content

Niat & Cara Solat Asar (Panduan Lengkap)

solat asar

Solat Asar merupakan salah satu solat Fardhu (5) yang wajib kita kerjakan dalam sehari-hari. Dalam artikel ini, kami akan memberikan panduan lengkap dan cara – cara untuk melakukan solat asar.

Waktu Solat Asar

Waktu solat asar dikira bermula apabila habis waktu zohor, iaitu di tandai dengan bayangan objek yang sama panjang dengan objek atau lebih sedikit dan berakhir apabila masuknya waktu maghrib iaitu apabila matahari terbenam di ufuk barat.

Jumlah Bilangan Rakaat Solat Asar

Jumlah rakaat bagi solat asar adalah 4 rakaat

Pada rakaat kedua, anda perlulah melakukan duduk tahiyat awal berserta bacaan tahiyat awal

Lafaz niat Solat Asar

Niatnya adalah:

lafaz niat solat asar

Bacaan rumi:

Usolli fardholz ‘asri arba’a raka’aatin adaa an lillahi ta’aalaa.

Maksudnya:

“Sahaja aku solat fardu zohor empat rakaat tunai kerana Allah Taala”

CARA SOLAT ASAR

Sebelum melakukan solat asar, adalah baiknya seseorang itu melakukan solat sunat rawatib agar kekurangannya dalam solat fardhu asar itu dapat ditampung dengan melalukan solat sunat. Tetapi jika tidak mampu, boleh terus melakukan solat asar.

Dibawah ini adalah penerangan secara jelas berkenaan cara melakukan solat asar.


Rakaat Pertama

1. Berdiri Tegak dan Niat di dalam hati

Sebelum mengangkat takbir, bacakan niat ini di dalam hati

Lafaz niat tersebut adalah seperti dibawah:

lafaz niat solat asar

Bacaan rumi:

Usolli fardholz ‘asri arba’a raka’aatin adaa an lillahi ta’aalaa.

Maksudnya:

“Sahaja aku solat fardu zohor empat rakaat tunai kerana Allah Taala”


2. Takbiratul Ihram

Takbiratul Ihram dengan mengangkat kedua-dua tangan sambil menyebut

“Allahu akbar”

Maksud: Allah Maha Besar

Kemudian perlu meletakkan kedua tangan pada bahagian atas pusat dimana tangan kanan perlu diatas tangan kiri.


3. Membaca Doa Iftitah

Doa ini sunat dibaca. Tetapi boleh sahaja terus membaca surah Fatihah

Maksudnya: Allah Maha Besar, segala puji bagi Allah. Maha Suci Allah pagi dan petang. Aku hadapkan mukaku kepada Tuhan yang menciptakan langit dan bumi, hal keadaannya bersih dalam Islam. Tidaklah aku dari golongan orang-orang yang mensyirikkan Tuhan. Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidup dan matiku bagi Allah, Tuhan yang memiliki alam keseluruhannya. Tidak ada bersekutu dengan-Nya sesuatu dan dengan demikian aku disuruh dan aku daripada golongan muslimin.


4. Membaca Surah Al-Fatihah

Setelah membaca doa iftitah, anda perlulah membaca surah al-fatihah

Maksudnya; “Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah,Tuhan semesta alam. Maha Pemurah,Maha Penyayang. Memiliki hari Pembalasan. Hanya kepada Engkaulah kami menyembah,dan hanya kepada Engkau kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus, (iaitu) jalan orang –orang yang telah Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang murka, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.


5. Membaca surah atau mana-mana ayat pilihan di dalam al-quran

Setelah bacaan surah al-fatihah, anda boleh membaca mana-mana surah di dalam Al-Quran. Bagi mereka yang baru sahaja belajar solat, anda boleh membaca surah Al-Asr seperti dibawah.

Maksudnya: Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat-menasihati supaya menetapi kesabaran


6. Rukuk sambil bertakbir (lafaz Allahu akbar).

Bacaan rukuk:

bacaan rukuk

“Subhaa na rabbiyal a’zimi wabihamdih” (diulang sebanyak tiga (3) kali)

Maksudnya: Maha Suci Tuhanku Yang Maha Besar dengan segala sifat-Nya yang terpuji.

Nota: Kedua-dua tangan kita terletak atas lutut kedua-dua kaki.


7. I’tidal sambil mengucapkan,

“Sami’allahu liman hamidahu robbana lakalhamdu”

Maksudnya: Allah mendengar perkataan mereka yang memuji-Nya. Ya Tuhan Kami, untuk-Mu segala pujian.

Nota: Bediri tegak dan kedua-dua tangan berada di sisi.


8. Sujud sambil bertakbir.

Bacaan sujud:

bacaan-sujud

“Subhana rabbiyal a’la wabihamdih”

Maksudnya: Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya.

Nota: Kedua-dua tapak tangan terletak atas lantai/sejadah separas bahu.


9. Duduk antara dua sujud sambil bertakbir.

Bacaan duduk antara dua sujud:

“Rabbigfirli warhamni wajburni warfagni warzuqni wahdini wa a’fini wa’fu anni “

Maksudnya: Wahai Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, lindungilah aku dan angkatlah darjatku berilah aku rezeki, dan berilah petunjuk kepadaku, afiatkanlah aku dan ampunilah aku.

Nota: Kedua-dua tangan terletak atas kedua-dua peha.


10. Sujud semula sambil bertakbir.

Bacaan sujud sama seperti di atas.


Rakaat Kedua

1. Berdiri daripada sujud sambil bertakbir.


2. Membaca surah al-Fatihah sehingga habis.

Bacaan seperti pada rakaat pertama

Nota: Tangan ketika qiyam adalah di bawah dada.


3. Membaca surah atau ayat-ayat lain di dalam al-Quran

Anda boleh baca surah al-kafirun.

“Bismillahirahmanirahim. Qul ya ayyuhal kafirun. La a’buduma ta’budun. Wa la antum ‘abidunama a’bud. Wa la ana ‘abidumma ‘abadtum. Wa la antum ‘abidunama a’bud. Lakum dinukum waliyadin.”

Maksudnya, “Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Katakanlah (Muhammad),”Wahai orang-orang kafir! Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah, dan kamu bukan penyembah apa yang aku sembah, dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kau sembah, dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah apa yang aku sembah. Untukmu agamamu, untukku agamaku.”


4. Rukuk dan bacaannya sama seperti rakaat pertama


5. I’tidal dan bacaanya sama seperti rakaat pertama


6. Sujud dan bacaannya sama seperti rakaat pertama


8. Duduk Tahiyat Awal

Bacaan tahiyat awal adalah:

tahiyat awal-1

Bacaan rumi:

Attahiyyatul Mubarakaatush solawaatuth thayyibatu lillaah, Assalaamu’alaika ayyuhan nabiyyu warahmatullaahi wabarakaatuh, Assalaamu’alaina wa’alaa ‘ibaadillaahish shoolihiin. Asyhadu allaa ilaaha illallaah, Waasyhadu anna Muhammadan rasuulullaah. Allahhumma sholli ‘alaa Saidina Muhammad

Maknanya:

“Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.’

“SEMASA MELAFAZKAN SYAHADAH (yang berwarna biru) JARI TELUNJUK KANAN HENDAKLAH DI NAIKKAN MENUNJUK KE ARAH KIBLAT”


Rakaat Ketiga

1. Berdiri semula dari duduk tahiyat awal


2. Baca surah Al-Fatihah sama seperti rakaat pertama


3. Kemudian diikuti dengan pergerakan dan bacaan yang sama seperti rakaat pertama iaitu rukuk, I’tidal, sujud, duduk di antara dua sujud dan sujud semula


Rakaat Keempat

1. Berdiri semula dari sujud


2. Baca surah Al-fatihah


3. Teruskan dengan pergerakan dan bacaan yang sama seperti rakaat pertama iaitu rukuk, i’tidal, sujud, duduk di antara dua sujud dan sujud semula.


4. Duduk Tahiyat akhir

Bacaan tahiyat akhir adalah:

Bacaan rumi:

Attahiyatul mubarakatus solawatut taiyibatu lillah. Assalamu’alaika aiyuhan nabiyu warahmatullayhi wabarakatuh. Assalamu’alaina wa’la ‘ibadillahis salihin. Asyahadu alla illaha illallah. Wa’asyhadu anna Muhammadar Rasulullah. Allahumma solli’ala Muhammad wa’ala ali Muhammad. Kama sollaita’ala Ibrahim wa’ala ali Ibrahim. Wabarik ‘ala Muhammad wa’ala ali Muhammad. Kama barakta ‘ala Ibrahim wa’ala ali Ibrahim fil ‘alamin innaka hamidummajid.

Maksudnya: Segala kehormatan, keberkatan, segala doa (solat) dan kebaikan untuk Allah, keselamatan, rahmat Allah dan berkatNya tetap kepadamu ya Nabi. Keselamatan mudah-mudahan tetap kepada kami dan hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah. Dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad SAW ialah pesuruh Allah. Ya Allah, berilah rahmat kepada Penghulu kami Nabi Muhammad dan keluarga Nabi Muhammad. Sebagaimana Engkau merahmati Nabi Ibrahim dan keluarga Nabi Ibrahim. Dan berkahilah Nabi Muhammad dan keluarga Nabi Muhammad. Sebagaimana Engkau memberhati Nabi Ibrahim dan keluarga Nabi Ibrahim. Di alam semesta ini, Engkau sahajalah Yang Paling Terpuji dan Yang Paling Mulia.

“SEMASA MELAFAZKAN SYAHADAH (yang berwarna biru) JARI TELUNJUK KANAN HENDAKLAH DI NAIKKAN MENUNJUK KE ARAH KIBLAT”


20. Memberi salam

Bacaan beri salam:

“ASSALAMMUALAIKUMWARAHMATULLAH”,

Lakukan perkara ini dengan muka berpaling kekanan. Kemudian, pandang kehadapan semula. Dan memberi salam kedua sambal memaling wajah kekiri.

Sesudah solat kita digalakkan untuk istighfar, berzikir dan berdoa.

Allah berfirman di dalam surah Al-‘Ankabut ayat-45;

“Bacalah kitab (Al-quran) yang telah diwahyukan kepadamu (Muhammad) dan laksanakanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan)keji dan mungkar,a dan (ketahuilah) menginat Allah (solat) itu lebih besar (keutamaannya dari ibadah lain). Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.”

Daripada Abu Hurairah (R.A) beliau berkata , “Saya pernah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda;

“Tahukah kamu,sekiranya ada sungai di hadapan pintu salah seorang dari kamu,dan dia mandi di sungai itu sebanyak 5 kali setiap hari,maka menurut kamu masihkah ada kotoran yang melekat pada tubuhnya?”Mereka menjawab,”Tidak akan ada kotoran yang tersisa.”Baginda bersabda,”Begitulah perumpamaan solat 5 waktu yang dengannya Allah menghapuskan dosa-dosa.”


Semoga panduan solat di atas dapat membantu kalian..

“Ibadah kerna Allah, mencintai kerana Allah, mengasihi hanya yang SATU”- Oleh Nurul Faten(Apr-2020)

Cara Solat Fardhu yang lain

Solat Fardhu SubuhSolat Fardhu Zohor
Solat Fardhu MaghribSolat Fardhu Isyak

Cara solat sunat yang lain

Solat Sunat DhuhaSolat Hajat
Solat TaubatSolat Witir
Solat Sunat WudukSolat Tahajjud
Solat TasbihSolat Sunat Ihram
Solat AidiladhaSolat Sunat Tahiyatul Masjid
Solat Sunat Gerhana Matahari dan BulanSolat Minta Turun Hujan
Solat Sunat TawafSolat Sunat Nikah
Solat Sunat MusafirSolat Jenazah
Solat IstikharahSolat Sunat Rawatib
Solat IsyraqSolat Aidilfitri

Rujukan :

  1. Terjemahan Al-quran Al-karim –Rasm Uthmani dalam Bahasa melayu –Terbitan Al-hidayah House of Quran Sdn Bhdn – (2018)
  2. Al-Quran & Terjemahannya Rasm Uthmani. Terbitan Percentakan Zafar Sdn Bhd.- (2007)
  3. Buku Asas-Asas Fardu Ain – Ustaz Sulaiman Endut. terbitan Pustaka Haji Abdul Majid (2006)
  4. Terjemahan Riyadh Al-salihin (dalam Bahasa melayu) Terbitan Al-hidayah Publication-2013

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

eight − 5 =