Skip to content

Hukum Tanam Rambut. Boleh atau Tidak?

hukum tanam rambut

Apakah hukum tanah rambut? Artikel ini akan membincangkan hukum tanam rambut daripada segi dalil dan penerangan.

Pengenalan

Tanam rambut ini ada pelbagai cara, antaranya menanam rambut sendiri yang diambil daripada bahagian lain. Contohnya, seseorang itu botak tengah. Jadi, nak bagi tengah-tengah itu berambut, harus diambil daripada bahagian yang tepi-tepi lalu ditampal di tengah-tengah. Ini, adalah sejenis penanaman rambut daripada rambut sendiri. Selain itu juga, ada yang diambil daripada bahan-bahan lain seperti rambut sintetik, rambut artifisial dan lain-lain.

Ada juga yang tidak ditanam, tetapi disambung. Contohnya, rambut sudah ada. Cumanya, nak bagi lagi panjang. Ini dipanggil sebagai hair extension. Maka, eloklah kita teliti kisah ini.

Dalam satu hadis diceritakan. Ada seorang wanita datang kepada Rasulullah untuk  tanya tentang hair extension ini. Anak perempuan dia, nak kahwin. Tetapi, rambut tak cukup panjang. Jadi, untuk nak nampak cantik. Dia nak melakukan penyambungan rambut bagi panjang. Semata-mata untuk cantik dan untuk berkahwin. Wanita itu pun tanya Rasulullah berkenaan dengan hal demikian.

Rasulullah menjawab, “Allah melaknat wanita yang menyambung rambut dan meminta untuk disambungkan.” (Hadis riwayat Muslim) [i]

Dari sini, untuk mereka nak sambung rambut tujuan melawa. Jelas haram menurut hadis di atas. Cuma, perihal menanam rambut ada sedikit khilaf kerana keadaan yang berbeza. Ada keadaan boleh, ada keadaan, tidak boleh.

Untuk prinsip umum, eloklah kita merujuk satu fatwa daripada Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor iaitu,

Menanam rambut di kepala adalah harus dengan syarat penanaman rambut adalah menggunakan rambut sendiri dengan menggunakan bahan-bahan yang suci dan tiada unsur najis serta tidak mendatangkan sebarang kesan yang boleh memudharatkan.”[ii]

Prinsipnya di sini cukup mudah untuk kita faham:

  1. Harus tanam rambut
  2. Jika ia berasal daripada rambut sendiri
  3. Atau, bahan-bahan yang suci, tidak najis

Kalau ia daripada bahan yang kotor, bernajis atau tidak suci, jelas ia haram.

Kalau rambut gugur, bagaimana?

Ya, harus hukumnya kalau rambut gugur. Boleh ditanam rambut supaya nampak elok pada wajahnya. Bulu yang ditanam itu pula bukan daripada bulu haiwan-haiwan yang haram seperti babi dan anjing. Ini yang disebut oleh Dr. Yusuf Al-Qarawi dan Dr. Soleh Fauzan.[iii]

Fatwa Kebangsaan kita pun mengeluarkan fatwa yang sama,

Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, muzakarah berpandangan bahawa Islam tidak menghalang umatnya untuk melakukan sesuatu rawatan seperti menanam rambut di kepala dengan tujuan untuk memperelok diri daripada keaiban, selagi tidak bertentangan dan melampaui batas yang telah ditetapkan oleh syara’. Sehubungan itu, muzakarah bersetuju mewutuskan bahawa menanam rambut di kepala adalah harus dengan syarat penanaman rambut adalah dengan menggunakan rambut sendiri, menggunakan bahan-bahan suci dan tiada unsur najis serta tidak mendatangkan sebarang kesan mudarat.”[iv]

Mungkin ada mereka yang mempunyai penyakit sampai rambutnya gugur. Maka, bolehlah dia menanam rambut sekiranya dia mahu untuk tujuan menutup keaiban pada wajah yang normal. Normalnya, orang ada rambut tumbuh elok. Jadi, bolehlah dia tanam.

Janji, tidak sampai melampaui batas. Apa maksud melampaui batas? Maksudnya, rambut sudah elok, tapi nak cantikkan lagi, dibuatnya hair extension (penyambungan rambut) dan sebagainya. Benda yang asalnya sudah elok, tidak haruslah untuk ditambah apa-apa untuk tujuan kecantikan. Ia melampaui batas.

Untuk tujuan menutup aib pada wajab, ia harus. Itu pun wajib menggunakan bahan-bahan yang tidak kotor, bernajis atau berbahaya.

Elok juga kita menghayati hadis ini untuk kita lebih fahami tentang membaiki wajab dengan kadar keperluan.

Dari Abdurrahman Bin Tarafah,

Bahawa atuknya ‘Arfajah bin As’ad terpotong hidungnya pada hari Peperangan Kulab. Kemudian dia memasang acuan hidung daripada bahan perak, lalu baunya busuk dan mengganggu beliau, maka Nabi SAW menyuruhnya mengambil hidung daripada jenis emas.” (Hadis riwayat Abu Daud dalam Sunannya)

Dengan hadis ini, kita dapat faham dengan jelas bagaimana keadaan darurat dalam membaiki wajah kita itu harus hukumnya dengan kadar keperluan. Mula-mula dibuat guna perak, masih bermasalah. Maka, selepas itu, dibuat guna emas, barulah selesai masalahnya, selamat hidungnya.

Sama macam kes penanaman rambut. Ikut kadar keperluan yang kita ada dulu. Guna rambut sendiri. Kalau tak boleh. Guna bahan-bahan lain yang suci.

Ia harus, namun harus dengan kadar keperluannya saja. Bukan terus saja lompat kepada emas seperti kronologi hadis tadi yang bermula dengan perak.

Kesimpulan

Untuk tujuan perubatan, harus untuk tanam rambut dengan rambut sendiri atau bahan-bahan yang suci lagi bersih. Haram jika ia dilakukan untuk tujuan kecantikan tanpa ada  kekurangan pada wajab yang menimbulkan aib. Saja-saja nak buat. Ini jelas haram.

Untuk keperluan, ia harus.

Untuk berlebihan, ia haram.

Diharapkan artikel hukum tanam rambut ini dapat memberikan sedikit sebanyak penjelasan kepada para pembaca

Baca tentang Hukum yang lain

Hukum BerzinaHukum Cukur Bulu
Hukum Gantung Gambar dalam RumahHukum Gugurkan Kandungan
Hukum Main ForexHukum Warnakan Rambut
Hukum Baca Al-quran Ketika HaidHukum Buang Tahi Lalat
Hukum Makan Dakwat SotongHukum Berus Gigi Ketika Puasa
Hukum Cabut Rumput Atas Kubur

Rujukan:

  1. Hair Transplant in Islam – Clinica
  2. Hukum Menanam Rambut di Kepala – Mufti Selangor
  3. Hukum Tanam atau Warna Rambut – Berita Harian
  4. Hukum Menjual, Menderma dan Menanam Rambut – Mufti Wilayah Persekutuan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

4 × 5 =