solat tarawih

Niat & Cara Solat Tarawih (Panduan Lengkap)

Solat Tarawih ialah solat selepas waktu Isyak dalam bulan Ramadan. Hukum solat ini adalah sunat muakkad dan boleh dilakukan sendirian atau secara berjemaah.

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إيمَانًا وَاحْتِسَابًا، غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

Maksudnya: “Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan dan penuh pengharapan, akan diampunkan baginya segala dosanya yang telah lalu”. [Riwayat al- Bukhari, no. Hadith 36 dan 1870]

Antara tujuan Solat Sunat Tarawih adalah untuk menghidupkan malam Ramadan dan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Selain itu, memanfaatkan Tarawih untuk menghafal kembali surah dalam al-Quran sekaligus mengharapkan kerahmatan dan keampunan Allah SWT.

Dalam artikel ini, kami akan cuba menerangkan cara mengerjakan Solat Tarawih dengan cara yang mudah.

SEJARAH SOLAT TARAWIH

Istilah Solat Tarawih tidak ada disebutkan dalam dalam lafaz hadith atau Al Quran. Yang wujud adalah ‘Qiam Ramadan‘ yang bermaksud mendirikan (menghidupkan dengan amalan) pada malam-malam Ramadan. Nabi Muhammad SAW melakukan Qiam Ramadan dengan menunaikan solat sebanyak 11 rakaat iaitu 8 rakaat solat sunat dan 3 rakaat sunat witir.

Walaubagaimanapun, terdapat juga hadis yang meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah mengerjakan sebanyak 20 rakaat. Kata Saidatina Aisyah r.a, usah ditanya tentang kualiti 11 rakaat Qiam baginda yang pasti sangat berbeza dengan kita hari ini. Di bulan Ramadan, baginda melakukan Qiam selepas solat ba’diah Isyak dan panjang qiam baginda ini hingga hampir waktu Subuh.

Istilah terawih bermula sejak pemerintahan Saidina Umar RA. Sewaktu Rasulullah SAW hidup, baginda Solat Tarawih (dipanggil Qiam Ramadan ketika itu) di Masjid Nabawi hanya pada 3 hari pertama Ramadan dan selepas itu baginda solat sendirian di rumah. Inilah kasih sayang baginda kepada kita umatnya. Baginda khuatir jika berterusan solat terawih berjemaah, ia menjadi hukum wajib ke atas umatnya. Subhanallah! Begitu kasihnya Rasulullah pada kita, umatnya.

Oleh kerana Saidina Umar r.a sedar bahawa umat Islam tidak mampu untuk meniru panjangnya tempoh Qiam Ramadan Nabi SAW iaitu selepas Isyak sehingga hampir Subuh dan ketika itu  beliau melihat Solat Tarawih ini dilakukan secara berselerak sama ada sendirian atau secara berjemaah, maka Saidina Umar r.a memulakan Solat Tarawih  sebanyak 20 rakaat.

Saidina Umar RA memilih 20 rakaat ketika itu supaya masyarakat Madinah tidak perlu berdiri terlalu lama dan hanya berdiri sekejap setiap 2 rakaat. Pada zaman beliau, setelah selesai setiap 4 rakaat Solat Tarawih, umat Islam berehat dan mengisi waktu tersebut dengan amalan seperti zikir, membaca Al Quran, mendengar majlis ilmu atau mengambil rehat sebentar.

Oleh kerana rehat diselang-selikan dengan solat Qiam Ramadan, akhirnya dipanggil Tarawih. Tarawih ialah kata jamak (banyak) bagi Tarwiha (rehat). Ada 4 kali rehat dalam 20 rakaat solat Qiam Ramadan di zaman Saidina Umar r.a.

BILANGAN RAKAAT

Di Malaysia, solat ini biasanya dikerjakan sebanyak 8 atau 20 rakaat diikuti dengan solat witir sebanyak 3 rakaat. Solat Tarawih adalah ibadah untuk menghidupkan malam Ramadan dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

WAKTU SOLAT TARAWIH YANG SESUAI

Solat Tarawih sebenarnya ialah solat malam (Qiammulail). Di luar Ramadan, Qiammulail bermula selepas solat Isyak dan perlu tidur terlebih dahulu.Waktu terbaik adalah 1/3 akhir malam.

Namun, pada bulan Ramadan Qiammulail bermula sebaik sahaja selesai solat Isyak tanpa perlu tidur sebentar. Solat Tarawih adalah solat malam maka kerana itulah Nabi SAW menamakan solat ini Qiam Ramadan.

Para ulama berpesan agar tidak melepaskan Solat Tarawih setiap malam kerana ini merupakan peluang untuk membaiki buku amalan kita dengan tercatatnya solat malam (Qiammulail). Sepanjang 11 bulan dalam setahun tidak melakukan tahajud, namun dengan rahmat Allah di bulan Ramadan selepas solat Isyak boleh terus melakukan Solat Qiam.


CARA SOLAT SUNAT TARAWIH

Ini adalah cara yang betul untuk melakukan solat sunat tarawih

Rakaat Pertama

1. Berdiri Tegak

Pada ketika ini seseorang itu perlu berdiri tegak, tidak bergerak-gerak dan fokus terhadap solat yang akan didirikan

Baca lafaz niat solat tersebut dengan kadar yang hanya didengari telinga sendiri. Ianya bertujuan untuk menguatkan perasaan kita untuk menunaikan solat tersebut.

Jika tidak mahu membaca pun tidak membatalkan solat tersebut.


2. Takbiratul Ihram

Melafazkan Allahuakbar(اللَّهُ أَكْبَر) berserta niat di dalam hati

Bacaan takbir:

اللّٰهُ أَكْبَر‎

Bacaan rumi:

“Allahu akbar”

Maksud:

“Allah Maha Besar”

1. Niat Ketika Solat Sendirian

Berikut adalah lafaz niat solat sunat tarawih sama ada secara sendirian.

اُصَلِّى سُنَّةَ التَّرَاوِيْحِ رَكْعَتَيْنِ أًدَاءٌ للهِ تَعَالَى

Usolli sunnatat tarawihi rak’ataini ada an lillahi taala

Maksudnya :   Sahaja aku sembahyang sunat Tarawih dua rakaat tunai kerana Allah Taala.

2. Niat Ketika Solat Berjemaah

Bagi yang melakukan solat secara jemaah, lafaz niat Solat Sunat Tarawih adalah seperti berikut:

اُصَلِّى سُنَّةَ التَّرَاوِيْحِ رَكْعَتَيْنِ إمامًا / مٌأمُومٌا للهِ تَعَالَى

Usolli sunnatat tarawihi rak’ataini imaman/makmuman lillahi taala

Maksudnya :   Sahaja aku sembahyang sunat Tarawih dua rakaat *(menjadi makmum / imam) kerana Allah Taala.


3. Membaca Al-Fatihah

Bacaan fatihah:

Maksudnya : “Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang (1) Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam (2) Maha Pemurah lagi Maha Penyayang (3) Yang menguasai di Hari Pembalasan (4) Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan (5) Tunjukilah kami jalan yang lurus (6) Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat (7)”

Disunatkan membaca ‘amin’ setelah habis membaca Fatihah.


4. Membaca surah pilihan

Boleh membaca Surah al-Kafirun seperti dibawah ataupun mana-mana surah di dalam Al-Quran:

Maksudnya : “Katakanlah: “Hai orang-orang kafir (1) Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah (2) Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah (3) Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah (4) dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah (5) Untukmu agamamu, dan untukkulah, agamaku (6)”


5. Rukuk

Bacaannya adalah:

bacaan rukuk

Bacaan rumi:

“Subhaana rabbiyal a’dzimi wabihamdih”

Maksudnya :“Maha suci Tuhanku yang Maha Agung dan segala puji bagiNya.”


6. Iktidal

Ketika bangun dari rukuk (dalam transisi untuk ke iktidal) perlu membaca:

Bacaan Rumi:

“Sami’allahu liman hamidah”

Maksud:

“Maha mendengar Allah akan sesiapa yang memujiNya”

Bacaan ketika berdiri iktidal:

Ketika berdiri iktidal, hendaklah membacakan bacaan iktidal. Bacaan ini dibaca dengan perlahan (berbisik):

i'tidal 2

Bacaan ruminya:

“Robbanal lakal hamd”

Maksudnya:

“Tuhan kami, bagiMu segala pujian”


7. Sujud Pertama

Bacaannya adalah:

bacaan-sujud

Bacaan rumi:

“Subhaana rabbiyal a’la wabihamdih”

Maksudnya :“Maha suci Tuhanku yang Maha Tinggi dan segala puji bagiNya.”


8. Duduk diantara dua sujud.

Bacaannya adalah:

doa dan bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Bacaan Rumi:

“Robbigh firli warhamni wajburni warfa’ni warzuqni wahdini wa ‘afini wa’ fu ‘anni”

Maksudnya : “Wahai Tuhanku, ampunkan dosaku, rahmati aku, bantulah aku, tinggikan darjatku, berikan rezeki kepadaku, berikan petunjuk kepada ku, lindungi aku dan ampunkan aku.”


9. Sujud Kedua

Bacaannya adalah:

bacaan-sujud

Maksudnya :“Maha suci Tuhanku yang Maha Tinggi dan segala puji bagiNya.”


10. Berdiri semula untuk masuk rakaat kedua


Rakaat Kedua

1. Membaca surah Al-Fatihah sama seperti rakaat pertama

2. Membaca surah pilihan

Membaca surah Al-Ikhlas seperti dibawah atau mana-mana surau dalam Al-Quran.

Maksudnya : “Katakanlah: “Dialah Allah, Yang Maha Esa (1) Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu (2) Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan (3) dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia (4)”

3. Rukuk dan bacaannya sama seperti rakaat pertama


4. I’tidal dan bacaanya sama seperti rakaat pertama


5. Sujud dan bacaannya sama seperti rakaat pertama


6. Duduk di antara dua sujud dan bacaannya sama seperti rakaat pertama


7. Sujud balik semula dan bacaannya sama seperti rakaat pertama


8. Duduk Tahiyat akhir

Bacaannya adalah:

bacaan tahyat akhir

Maksudnya : “Segala ucapan selamat yang berkat-berkat (berganda-ganda) dan doa yang baik-baik semuanya untuk Allah. Selamat sejahtera atasmu wahai Nabi dan rahmat Allah dan keberkatanNya. Dan selamat sejahtera atas kita dan juga hamba-hamba Allah yang baik-baik. Aku mengaku bahawa tiada tuhan melainkan Allah. Dan aku mengaku bahawa Nabi Muhammad itu utusan Allah. Ya Allah anugerahkanlah kesejahteraan atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarga Nabi Muhammad. Seperti yang Engkau telah anugerahkan kesejahteraan atas Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Dan berkatilah Nabi Muhammad dan keluarga Nabi Muhammad. Seperti yang Engkau telah berkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau maha terpuji lagi maha tinggi.”

9. Memberi Salam

Bacaan Surah

Selepas membaca surah al-Fatihah pada tiap-tiap rakaat solat sunat Tarawih ini dibaca pula surah-surah yang tertentu. Secara ringkasnya, boleh membaca apa-apa surah yang dihafal. Namun pada malam 1 hingga 15 Ramadhan boleh juga dibacakan surah-surah yang tertentu pada rakaat pertama mengikut susunan seperti:

Pada tiap-tiap rakaat yang kedua pula dibaca surah al-Ikhlas.

Dari malam 16 hingga akhir Ramadhan, pada tiap-tiap rakaat yang pertama dibaca surah al-Qadr. Manakala pada tiap-tiap rakaat yang kedua dibaca satu surah seperti yang dibaca pada rakaat yang pertama bagi malam-malam 1 hingga 15 Ramadhan iaitu bermula dari surah al-Takathur hingga kepada surah al-Masad.

Penentuan sesuatu surah seperti yang disebutkan itu hanyalah untuk memudahkan kita mengingati bilangan rakaat sahaja dan kerana itu seseorang boleh membaca mana-mana surah atau ayat yang diingatnya.

Selawat & Wirid Antara Solat

Setelah selesai melakukan solat fardu dan solat sunat Ba’diah Isyak, maka bolehlah dimulakan Solat Tarawih dengan bacaan-bacaan berikut.

doa dan salawat solat tarawih
doa dan salawat solat tarawih
doa dan salawat solat tarawih
doa dan salawat solat tarawih
doa dan salawat solat tarawih

Doa Selepas Solat Tarawih

Berikut adalah salah satu contoh doa selepas Solat Sunat Tarawih yang banyak diamalkan di masjid-masjid dan dikalangan umat Islam.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ، حَمْدًا يُوَافِي نِعَمَهُ وَيُكَافِئُ مَزِيْدَهُ، يَا رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِيْ لِجَلاَلِ وَجْهِكَ وَعَظِيْمِ سُلْطَانِكَ، اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.


اَللَّهُمَّ اجْعَلْنَا بِاْلإِيْمَانِ كَامِلِيْنَ، وَلِفَرَائِضِكَ مُؤَدِّيْنَ، وَعَلَى الصَّلَوَاتِ مُحَافِظِيْنَ، وَلِلزَّكَاةِ فَاعِلِيْنَ، وَلِمَا عِنْدَكَ طَالِبِيْنَ، وَلِعَفْوِكَ رَاجِيْنَ، وَبِالْهُدَى مُتَمَسِّكِيْنَ، وَعَنِ اللَّغْوِ مُعْرِضِيْنَ، وَفِى الدُّنْيَا زَاهِدِيْنَ، وَفِى اْلآخِرَةِ رَاغِبِيْنَ، وَبِالْقَضَاءِ رَاضِيْنَ، وَبِالنَّعْمَاءِ شَاكِرِيْنَ، وَعَلَى الْبَلاَيَا صَابِرِيْنَ، وَتَحْتَ لِوَاءِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ , يَوْمَ الْقِيَامَةِ سَائِرِيْنَ، وَعَلَى الْحَوْضِ وَارِدِيْنَ، وَفِى الْجَنَّةِ دَاخِلِيْنَ، وَعَلَى سَرِيْرَةِ الكَرَامَةِ قَاعِدِيْنَ، وَبِحُوْرٍ عِيْنٍ مُتَزَوِّجِيْنَ، وَمِنْ سُنْدُسٍ وَإِسْتَبْرَقٍ وَدِيْبَاجٍ مُتَلَبِّسِيْنَ، وَمِنْ طَعَامِ الْجَنَّةِ آكِلِيْنَ، وَمِنْ لَبَنٍ وَعَسَلٍ مُصَفَّيْنِ شَارِبِيْنَ، بِأَكْوَابٍ وَأَبَارِيْقَ وَكَأْسٍ مِنْ مَعِيْنٍ، مَعَ الَّذِيْنَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ مِنَ النَّبِيِّيْنَ وَالصِّدِّيْقِيْنَ وَالشُّهَدَاءِ وَالصَّالِحِيْنَ.


اَللَّهُمَّ اجْعَلْنَا فِيْ هذِهِ اللَّيْلَةِ الشَّرِيْفَةِ الْمُبَارَكَةِ مِنَ السُّعَدَاءِ الْمَقْبُوْلِيْنَ، وَلاَ تَجْعَلْنَا مِنَ اْلأَشْقِيَاءِ الْمَرْدُوْدِيْنَ، إِلهَنَا عَافِنَا وَاعْفُ عَنَّا، وَاغْفِرْ لَنَا وَلِوَالِدِيْنَا وَلأُمَّهَاتِنَا، وَلإِخْوَانِنَا وَلأَخَوَاتِنَا، وَلأَزْوَاجِنَا وَلأَهْلِيْنَا َوِلأَهْلِ بَيْتِنَا، وَلأَجْدَادِنَا وَلِجَدَّاتِنَا، وَلأَسَاتِذَتِنَا وَلِمَشَايِخِنَا وَلِمُعَلِّمِيْنَا، وَلِمَنْ عَلَّمْنَاهُ وَلِذَوِى الْحُقُوْقِ   عَلَيْنَا، وَلِمَنْ أَحَبَّنَا وَأَحْسَنَ إِلَيْنَا، وَلِمَنْ هَدَانَا وَهَدَيْنَاهُ إِلَى الْخَيْرِ، وَلِمَنْ أَوْصَانَا وَوَصَّيْنَاهُ بِالدُّعَاءِ، وَلِجَمِيْعِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ، الأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَاْلأَمْوَاتِ.


اللَّهُمَّ السَّلاَمَةَ وَالْعَافِيَةَ عَلَيْنَا وَعَلَيْهِمْ، وَعَلَى عَبِيْدِكَ الْحُجَّاجِ وَالْمُعْتَمِرِيْنَ وَالغُزَاةِ وَالزُّوَّارِ وَالمُسَافِرِيْنَ، فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ وَالْجَوِّ مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ، وَقِنَا شَرَّ الظَّالِمِيْنَ، وَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِيْنَ، يَا مُجِيْبَ السَّائِلِيْنَ، وَاخْتِمْ لَنَا يَا رَبَّنَا مِنْكَ بِخَيْرٍ، يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ.

Maksudnya:“Ya Allah, jadikanlah kami (orang-orang) yang imannya sempurna, dapat menunaikan segala fardlu, menjaga solat, menunaikan zakat, menuntut/mencari segala kebaikan di sisiMu, mengharap ampunan-Mu sentiasa memegang teguh petunjuk-petunjukMu, terlepas/terhindar dari segala penyelewengan dan zuhud di dunia dan di akhirat dan tabah (sabar) menerima ujian serta mensyukuri segala nikmat-Mu.

Semoga kelak pada Hari Kiamat kami dalam satu barisan di bawah naungan panji-panji junjungan kita Nabi Muhammad SAW, dan melalui telaga yang sejuk, masuk didalam syurga, terhindar dari api neraka dan duduk di takhta kehormatan, didampingi oleh bidadari syurga dan mengenakan baju-baju kebesaran dari sutera yang berwarna-warni, menikmati santapan syurga yang lazat, minum susu dan madu yang suci bersih dalam gelas-gelas dan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat pada mereka dari golongan para Nabi, golongan yang benar dan orang-orang yang syahid serta orang-orang sahih. Dan baik sekali mereka menjadi teman-teman kami. Demikianlah kemurahan dari Allah SWT, dan kecukupan dari Allah Yang Maha Mengetahui. Dan segala puji bagi Allah Tuhan seru sekalian alam”.

Ya Allah, jadikanlah kami, pada malam yang mulia dan diberkati ini agar tergolong dalam mereka yang bahagia dan diterima amalnya. Janganlah Engkau jadikan kami termasuk dalam golongan orang-orang celaka yang ditolak amalannya.

Semoga Allah mencurahkan rahmatNya atas penghulu kami, Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat Baginda kesemuanya, berkat rahmatMu, Wahai Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Dan Segala Puji Bagi Allah Tuhan Yang Memelihara Semesta Alam.

Kesimpulan

Lazimi diri kita untuk melakukan Solat Tarawih dengan penuh khusyuk dan bersungguh-sungguh kerana padanya terdapat banyak kelebihan-kelebihan yang kadangkala kita tidak sedar bahawa Allah telah menurunkan rahmatNya kepada kita atas amalan yang kita kerjakan.

Rebutlah peluang untuk mengimarahkan bulan yang penuh barakah ini dengan amalan sunnah yang telah disarankan oleh junjungan besar baginda Rasulullah SAW. Jadikan Solat Tarawih kita terbaik pada kali ini bimbang tidak lagi bertemu pada Ramadan akan datang.

Wallahua’lam.

Rujukan

  1. Edisi Khas Ramadan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (23 April 2020)
  2. Panduan Solat Sunat Tarawih Edisi 2018 JAKIM :

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

4 + 19 =

Scroll to Top