Skip to content

Surah At-Takasur (Panduan Rumi & Terjemahan)

Artikel ini dibuat bertujuan untuk membantu mereka yang masih belajar al-quran dan memerlukan panduan rumi bagi memudahkan pembacaan. Artikel ini mengandungi surah at takasur bersama dengan bantuan ejaan rumi. Dinasihatkan pembaca untuk berterusan belajar al-quran sehingga mana tidak memerlukan bantuan bacaan rumi.

surah at takasur rumi

Maksudnya:

  1. Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh),
  2. Sehingga kamu masuk kubur.
  3. Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)!
  4. Sekali lagi (diingatkan): jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak akibatnya yang buruk pada hari kiamat)!
  5. Demi sesungguhnya! Kalaulah kamu mengetahui – (apa yang kamu akan hadapi) – dengan pengetahuan yang yakin, (tentulah kamu akan mengerjakan perkara-perkara yang menjadi bekalan kamu untuk hari akhirat).
  6. (Ingatlah) demi sesungguhnya! – Kamu akan melihat neraka yang marak menjulang.
  7. Selepas itu – demi sesungguhnya! – kamu (wahai orang-orang yang derhaka) akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin (semasa kamu dilemparkan ke dalamnya)!
  8. Selain dari itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)!

Bacaan rumi untuk surah yang lain

Surah Al-MulkSurah At-Tin
Surah Al-AlaqSurah Al-Qadr
Surah Al-BayyinahSurah Al-Zalzalah
Surah Al-AdiyatSurah Al-Qariah
Surah At-TakasurSurah Al-Asr
Surah Al-HumazahSurah Al-Fil
Surah QuraisySurah Al-Maun
Surah Al-KautsarSurah Al-Kafirun
Surah An-NasrSurah Al-Masad
Surah An-NasSurah Al-Ikhlas
Surah Al-FalaqSurah Fatihah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

8 − four =