Skip to content

Hukum Bercukur Ketika Puasa

Hukum bercukur ketika puasa

Artikel ini akan membincangkan hukum bercukur ketika puasa. Adakah bercukur dapat membatalkan puasa atau makruh

Bercukur 

Bercukur ialah memotong jambang, misai, bulu kemaluan dan sebagainya hingga ke pangkalnya. 

Bolehkah jikalau kita tidak bercukur? 

Terdapat hadis yang menyuruh kita bercukur. 

Rasulullah bersabda: Fitrah itu ada lima – atau lima perkara yang menjadi fitrah – adalah berkhatan, memotong bulu kemaluan, mencabut bulu ketiak, memotong kuku, dan memotong misai. (Riwayat Bukhari) 

Hadis ini merupakan perintah kepada kita untuk bercukur bulu kemaluan, bulu ketika dan misai. Menurut ulama seperti Imam Nawawi, bulu yang berada di sekitar dubur juga dikira sebagai bulu kemaluan. Maka, hendaklah ia dicukur. 

Namun, terdapat juga janggut yang dilarang daripada dicukur, seperti janggut atau jambang. 

Rasulullah bersabda: Cukurlah misai-misai, dan biarkanlah jangut-janggut. (Riwayat Muslim) 

Dalam hadis yang lain: Berbezalah kalian dengan orang musyrikin, kekalkan janggut dan potonglah misai. (Riwayat Bukhari)

Menurut Imam al-Juwaini, perintah melakukannya merupakan larangan daripada meninggalkannya, seperti hadis janggut di atas. Rasulullah menyuruh menjaga janggut, itu bermakna Rasulullah melarang daripada mencukurnya. 

Hal ini sama dengan pandangan Ibnu Hajar al-Asqalani ketika mensyarahkan hadis ini dalam Fathul Bari. 

Majoriti ulama berpandangan, mencukur jambang atau janggut adalah makruh. 

Selain itu, bulu yang haram dicukur adalah bulu kening. 

Rasulullah bersabda: Allah S.W.T melaknat para pembuat tatu dan mereka yang meminta untuk dibuatkan tatu untuknya, para wanita yang mencukur bulu kening serta wanita yang meminta untuk dibuang bulu keningnya, dan orang yang menjarangkan gigi-gigi mereka yang mengubah ciptaan Allah. (Riwayat Muslim)

Imam Nawawi berkata, wanita yang meminta dibuang bulu kening adalah perbuatan yang haram sama sekali, melainkan jika seseorang wanita itu tumbuh janggut dan misai, tidak mengapa untuk dicukur kerana janggut dan misai bukanlah bulu yang biasa pada wanita. Harus ia dicukur. 

Seterusnya, terdapat buku yang didiamkan oleh syarak. Entah ia harus dicukur atau tidak. Tidak tahu kerana Rasulullah tidak pernah sebut tentang hal itu. 

Contoh bulu ialah bulu dada, bulu betis, bulu paha, bulu hidung dan lain-lain. Bagi bulu-bulu ini pula, para ulama bersepakat bahawa kembali kepada hukum asal, iaitu harus dan halal untuk ia dicukur. 

Rasulullah bersabda: Halal itu adalah apa-apa yang Allah halalkan di dalam kitab-Nya, dan haram itu adalah apa-apa yang Allah haramkan di dalam kitab-Nya. Dan apa-apa yang Allah diamkan tentangnya (hukumnya) maka ia termasuk di antara perkara yang dimaafkan.(Riwayat Ibnu Majah) 

Bulu-bulu yang disuruh untuk bercukur, ia hendaklah dicukur dalam masa sekurang-kurang 40 hari. Tidaklah boleh ia dibiarkan melebihi 40 hari. 

Anas Bin Malik berkata: Ditetapkan waktu buat kami pada memotong misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak, mencabut bulu kemaluan, agar kami tidak membiarkannya lebih dari empat puluh malam.(Riwayat Muslim) 

Ketika mensyarahkan hadis ini, Imam Nawawi berkata: Adapun waktu mencukurnya (bulu kemaluan), maka pendapat yang terpilih ia ditentukan dengan adanya keperluan dan juga apabila ia menjadi panjang. Apabila ia panjang maka ia dicukur. Demikianlah juga pada mencukur misai, memotong kuku, dan juga mencabut bulu ketiak. Adapun hadis yang disebutkan di atas ini, maksudnya supaya ia tidak ditinggalkan terbiar (tidak dipotong) melebihi tempoh empat puluh hari. Bukanlah bermakna ia ditetapkan untuk dipotong setelah empat puluh hari. 

Maka, ada dua tanda. Bilamana bulu-bulu itu sudah panjang, hendaklah ia dicukur. Selain itu, janganlah biar sesuatu bulu itu tidak dicukur melebihi daripada 40 hari. 

Hukum bercukur ketika sedang puasa

Sheikh Bin Baz berkata: Mencukur rambut, memotong kuku, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu kemaluan, semua itu tidak menjadikan batal puasanya orang yang berpuasa. Semoga Allah memberi taufik dan semoga Allah melimpahkan selawat dan salam atas Nabi Muhammad, keluarga dan para sahabatnya. 

Jadi, bercukur ketika sedang berpuasa tidak membatalkan puasa. Hal ini kerana bercukur tidak langsung ada kaitan dengan kegiatan puasa itu sendiri. Ia bukan termasuk dalam makan dan minum, memasukkan sesuatu ke dalam rongga, berjimak dan sebagainya. 

Kesimpulan 

Bercukur tidak membatalkan puasa. 

Rujukan

  1. Hukum Tidak Mencukur Bulu Badan dalam Tempoh Masa yang Lama – MuftiWP
  2. Memotong Rambut Saat Puasa Bisa Jadi Haram – Suara Merdeka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

5 × three =