Skip to content

Hukum Melahirkan Anak Ketika Puasa

hukum bersalin ketika puasa

Dalam artikel ini, akan dibincangkan hukum melahirkan anak ketika puasa. Adakah seseorang yang melahirkan anak itu boleh terus berpuasa, atau harus digantikannya juga? 

Berbuka puasa ketika mengandung 

Dalam Islam, ibu yang menyusukan anak ketika mengandung adalah satu bentuk keuzuran yang boleh menggantikan puasa. Contohnya, jika seseorang ibu itu sedang mengandung dan menyusukan anaknya pada bulan Ramadan, dia boleh meninggalkan puasa dan menggantikannya nanti. 

Sebab apa?

Sebab, ibu yang menyusukan anak, selera makan dan minumnya tinggi berbanding biasa. Jadi, dia hendaklah makan dan minum ikut diet yang sepatutnya. Bukan itu sahaja, ibu yang meneruskan puasa ketika sedang mengandung akan mengganggu diet bayi di dalam kandungan. 

Maka, ibu boleh meninggalkan puasa dan menjaga diet supaya diet bayi itu sendiri tidak terganggu. 

Kalau puasa yang ditinggalkan itu adalah puasa Ramadan, maka puasa itu harus digantikan pada hari lain dan membayar fidyah. Kalau puasa itu sekadar puasa sunat, ia tidak perlu digantikan. 

Hal ini boleh dirujuk dalam hadis daripada Anas Bin Malik: 

Sesungguhnya Allah meringankan daripada orang yang musafir dengan separuh solat dan meringankan daripada  puasa bagi perempuan hamil dan menyusukan anaknya. (Riwayat Tirmizi)

Sebenarnya, ulama berselisih pendapat tentang apakah perlu ibu mengandung menggantikan puasa. 

Menurut Mazhab Hanafi, mereka wajib menggantikan puasa, namun hanya sunat membayar fidyah. Jadi, kalau sudah menggantikan puasa sahaja sudah memadai. 

Menurut Mazhab Maliki, wajib menggantikan puasa dan membayar fidyah kepada ibu yang menyusukan anak, bukan mengandung. Kalau ibu mengandung meninggalkan puasa di bulan Ramadan, maka tidak wajib pun digantikan. Sekiranya ibu itu menyusu sekali, maka wajib diganti dan membayar fidyah. 

Menurut Mazhab Syafie dan Hanbali, wajib menggantikan puasa dan membayar fidyah bagi kedua-dua keadaan, mengandung dan menyusu. 

Namun begitu, terdapat pandangan terpencil yang menyatakan bahawa ibu mengandung dan menyusu tidak wajib menggantikan puasa, tetapi wajib membayar fidyah sahaja. Ini adalah pandangan Ibnu Abbas, Ibnu Umar dan Ibnu Sirin. Pandangan ini adalah berdasarkan Surah al-Baqarah ayat 184 berikut:

Sesungguhnya Allah meringankan daripada orang yang musafir dengan separuh solat dan meringankan daripada puasa bagi perempuan hamil dan menyusukan anaknya.

Ibnu Kathir mengatakan bahawa ayat ini telah dinasakhkan (dibaharukan). Jadi, ibu yang mengandung dan menyusu tetap wajib menggantikan puasa dan membayar fidyah. 

Hukum berpuasa ketika mengandung 

Jelaslah bahawa sekiranya seorang ibu itu sedang mengandung, dia boleh meninggalkan puasa, bahkan digalakkan kerana ia menjaga diet bayi dalam kandungan. 

Jadi, apabila seorang ibu itu meninggalkan puasa ketika mengandung, dia wajib menggantikan puasa tersebut dan membayar fidyah nanti. 

Boleh tak kalau seseorang ibu itu sedang mengandung, dia hendak terus berpuasa juga? 

Jawabnya, boleh, namun ia tidak digalakkan. 

Menurut pakar kesihatan, ibu yang sedang mengandung memerlukan nutrien lebih. Kalau tidak, ia boleh membawa kepada kesan-kesan sampingan yang negatif. 

Kalau hendak berpuasa juga, boleh namun ada beberapa syarat menurut pakar: 

  1. Mesti kekal hidrat. 
  2. Bersahur dengan cukup. 
  3. Badan perlu aktif. 
  4. Diet yang seimbang. 

Berpuasa selepas melahirkan anak

Bagi ibu yang baru melahirkan anak, haram baginya berpuasa kerana keluarnya darah nifas. Darah nifas yang keluar adalah sama statusnya dengan darah haid. Dua-dua diharamkan berpuasa. 

Kalau jadi keadaan begini, hukumnya tetap sama dengan tadi. Wajib menggantikan puasa dan membayar fidyah. 

Bagaimana cara membayar fidyah? 

Caranya adalah membayar satu cupak beras, ikut kebiasaan masyarakat tempatan. Bayar ini pula mengikut bilangan hari. Kalau tinggal 20 hari, maka 20 lah orang yang perlu diberi fidyah. 

Zaman sekarang sudah mudah, bayar saja secara tunai kepada pejabat zakat. Mereka yang akan bertanggungjawab mencari asnaf dan sebagainya. 

Kesimpulan

  • Ibu mengandung boleh meninggalkan puasa. Namun, nanti wajiblah menggantikan puasa dan membayar fidyah. 
  • Ibu mengandung boleh meneruskan puasa sekiranya mahu, namun tidak digalakkan. Dia hendaklah memastikan dirinya itu mampu. 
  • Ibu yang melahirkan anak, batal puasanya kerana darah nifas yang terkeluar. 
  • Bagi orang perempuan yang terkeluar darah haid dan nifas, haram baginya puasa. 
  • Ibu yang melahirkan anak ketika bulan puasa, wajib menggantikan puasa dan membayar fidyah mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. 

Rujukan

  1. Hikmah Melahirkan Anak Di Bulan Ramadhan – Mamas choice
  2. Tinggal Puasa Kerana Berpantang – Mufti WP
  3. Tinggal Puasa Sebulan Sebab Bersalin dan Tidak Sempat Ganti – Yoy
  4. Ibu Hamil Menyusu Tinggal Puasa Perlu Ganti Puasa atau Bayar Fidyah – Majalah Pama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

six + 6 =