Skip to content

Niat & Cara Solat Sunat Aidilfitri (Panduan Lengkap)

solat sunat hari raya aidilfitri

Bagaimanakah cara untuk melakukan solat sunat aidilfitri berserta takbir raya? Artikel ini akan menerangkan cara dan solat sunat aidilfitri dengan bantuan bacaan rumi agar dipermudahkan untuk melakukan solat sunat ini.

Isi Kandungan
  1. Waktu Solat Aidilifitri
  2. Kenapa Solat Aidilfitri?
  3. Mandi Hari Raya
  4. Lafaz Takbir Raya dengan Bantuan Rumi
  5. Cara Solat Aidilfitri
  6. Lafaz niat Solat Aidilifitri dengan Bantuan Rumi
  7. Adab

Solat sunat Aidilfitri merupakan solat sunat yang dibuat pada pagi 1 syawal iaitu pada hari raya aidilfitri yang pertama.

Solat ini adalah sunat muakad iaitu solat sunat yang sangat diberatkan oleh Nabi SAW. Rasullah SAW tidak pernah meninggalkan solat ini sejak pada ia disyariatkan.

Solat ini adalah afdhal untuk dilakukan secara berjemaah dan kemudian itu dibacakan dua khutbah. Tetapi ia boleh dilakukan secara bersendirian di rumah.

Waktu solat yang sesuai


Ia hanya dilakukan pada 1 syawal iaitu diantara waktu terbit matahari sehinggalah sebelum matahari tergelincir(zohor)

Solat sunat Aidilfitri harus dilambatkan untuk memberikan waktu kepada muslim bagi membayar zakat fitrah pada ketika itu. Bagi solat sunat aidiladha pula, ia perlu disegerakan.

Kenapa Solat Sunat Aidilfitri?


Selain daripada syariat yang telah diajarkan Nabi SAW kepada kita, terdapat tujuan lain daripada solat sunat tersebut.

Tujuan-tujuan tersebut adalah:

  • Menunjukkan rasa syukur kepada Allah SWT setelah sebulan berpuasa
  • Menggandakan pahala walaupun setelah habis berpuasa
  • Untuk memuji Allah SWT diatas kemenangan yang dikecapi
  • Mempereratkan pertalian silaturrahim di antara sesama muslim

Mandi Hari Raya


Adalah disunatkan pada pagi raya untuk melakukan mandi sunat hari raya.

Rugi jika kita tidak meletakkan niat ketika mandi waktu pagi raya kepada Allah SWT.

Lafaz Niat Mandi Sunat Hari Raya

lafaz niat mandi sunat hari raya aidilfitri

Nawaitul ghusla li ‘idilfitri sunnatal lillahi taala

Maksudnya: Sahaja aku mandi Aidilfitri sunat kerana Allah Taala


Lafaz Takbir Hari Raya (Bantuan Rumi)


Adalah sunat melafazkan takbir raya bermula pada malam raya dan sehinggalah masuknya imam untuk solat hari raya.

Lafaznya adalah seperti berikut:

اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَر ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَر أللهُ أَكْبَر وَِللهِ الْحَمْدُ .

Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar. La ilahaillallah hu wallahuakbar. Allahu akbar walillahilhamd.

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar,Tiada Tuhan melainkan Allah, dan AllahMaha Besar, Allah Maha Besar dan bagi Allah segala pujian.


اللهُ أَكْبَر كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهً وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْن .

Allahu akbaru kabirau wal hamdulillahi kasirau wa subhanallahi bukratau wa asila. La ilahaillallahu wala na’ budu illa iyya hu mukhlisi nalahuddina walau karihal kafirun

Allah itu Maha Besar sebesar-besarnya, dan segala puji kepunyaan Allah sebanyak-banyaknya. Maha Suci Allah pagi dan petang. Tiada Tuhan melainkan Allah. Tidak kami sembah melainkan kepada-Nya. Kami dengan penuh keikhlasan melaksanakan agama-Nya, walaupun orang-orang kafir membencinya.


لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ ، صَدَقَ وَعْدَهُ ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ ، وَأَعَزَّ جُنْدَهُ ، وَهَزَمَ اْلأَحْزَابَ وَحْدَهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَِللهِ الْحَمْدُ

La ila haillallahu wahdah, sodaqa wa’dah, wa nasoro ‘abdah, wa a ‘azajundahu wa hazamal ahzaba wahdah, la ilahaillallahu wallah hu akbar. Allahuakbar walillah hilhamd.

Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa. Dia membenarkan janji-janjiNya, menolong hambaNya dan menguatkan tenteraNya dan menghancurkan kumpulan-kumpulan musuh(Tentera ahzab). Tiada Tuhan melainkan Allah. Dan Allah itu Maha Besar, Allah itu Maha Besar dan untuk-Nya segala pujian.

Cara Solat Aidilfitri


Kaifiat atau cara solat sunat hari raya adalah lain daripada solat sunat yang lain. Ia berlainan daripada segi membaca takbir iaitu pada solat sunat ini, disyariatkan untuk membaca takbir sebanyak 7 kali pada rakaat pertama dan 5 kali pada rakaat ke dua.

Hal ini telah diceritakan dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh ‘Amr Bin Shuaib, dari bapanya dari datuknya, bahawa:

أَنَّ النَّبِيَّ ـ صلى الله عليه وسلم ـ كَبَّرَ فِي صَلاَةِ الْعِيدِ سَبْعًا وَخَمْسًا‏.

Maksudnya: Nabi SAW bertabir pada solat hari raya sebanyak tujuh kali dan lima kali. Riwayat Ibn Majah (1278)

Solat sunat hari raya dimulakan dengan niat


Lafaz Niat Solat Sunat Aidilfitri

Usolli sunnatan li ‘idilfitri rak’ataini makmuman lillahi taala

Maksudnya: Sahaja aku sembahyang sunat Aidilfitri dua rakaat menjadi makmum kerana Allah Taala.



Rakaat Pertama



1. Takbiratul Ihram

2. Mengangkat tangan dan bertakbir.

Selepas takbiratul ihram, seseorang itu perlu bertakbir sebanyak 7 kali dan setiap takbir perlu diselangi dengan bacaan tasbih seperti dibawah.

Subhanallah Walhamdulillah wala ila ha illallah wallahuakbar

Maksudnya: Maha suci Allah, Segala puji bagi Allah, Tiada tuhan yang disembah melainkan Allah, Allah maha besar

3, Membaca surah al-Fatihah

4. Membaca surah daripada al-Quran.

Disunatkan untuk membaca surah al-A’la pada rakaat pertama dan surah al-Ghashiyyah pada rakaat kedua

Diriwayatkan dari an-Nu’man bin Basyir r.a. menceritakan;

كَانَ رَسُولُ اللهِ -صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ- يَقْرَأُ فِي الْعِيدَيْنِ وَفِي الْجُمُعَةِ بِـ: {سَبِّحِ اسْمَ رَبِّكَ الأَعْلَى} وَ{هَلْ أَتَاكَ حَدِيثُ الْغَاشِيَةِ}

Maksudnya:“Adalah Rasulullah s.a.w. membaca di dalam solat dua hari raya dan di dalam solat jumaat (سَبِّحِ اسْمَ رَبِّكَ الأَعْلَى) (yakni surah al-A’la; dalam rakaat pertama) dan (هَلْ أَتَاكَ حَدِيثُ الْغَاشِيَةِ) (yakni surah al-Ghasyiyah; dalam rakaat kedua)” (Riwayat Imam Muslim).

Jika tidak, boleh sahaja membaca mana-mana surah di dalam al-quran

4. Teruskan solat seperti biasa sehingga rakaat pertama selesai.



Rakaat Kedua



1. Takbir permulaan ketika rakaat kedua

2. Mengangkat takbir

Pada rakaat kedua, takbir perlu diangkat sebanyak lima kali dan setiap takbir perlu diselangi dengan bacaan tasbih sama seperti rakaat pertama.

3. Membaca surah daripada al-Quran.

Disunatkan untuk membaca al-Ghasiyyah pada rakaat kedua. Tetapi boleh sahaja membaca mana-mana surah selain dari itu

4. Teruskan solat seperti biasa sehingga rakaat kedua selesai.

5. Memberi salam

Setelah selesai solat sunat hari raya, Khatib akan membaca khutbah sebanyak 2 khutbah.


Adab solat Aidilfitri


1. Mandi pada pagi raya

Pada pagi hari raya, disunatkan untuk mandi untuk solat hari raya. Oleh itu, pada pagi tersebut, eloklah kiranya kita niatkan untuk buat ibadah tersebut.

Imam Malik meriwayatkan:

“Sesungguhnya Abdullah bin Umar akan mandi pada pagi hari Raya Aidil Fitri sebelum beliau keluar ke tempat solat hari raya.”

Al-Imam al-Nawawi menyebut para ulama‟ telah bersepakat atas sunatnya mandi untuk solat hari raya


2. Menjamah makanan sebelum pergi solat raya

Seseorang itu perlu makan sedikit sebelum pergi solat sunat aidilfitri. Dan makanan yang disunatkan untuk diambil adalah tamar

Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari daripada Anas bin Malik katanya:

“Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak keluar pada pagi hari Raya Aidil Fitri,sehinggalah Baginda makan terlebih dahulu beberapa biji tamar dan baginda memakannya dalam jumlah yang ganjil.”

[Sahih Al-Bukhari: 953]

3. Berpakaian cantik atau baru ketika hari raya

Keluarlah dari rumah dengan berpakaian yang baru dan cantik kerana ia merupakan salah satu sunnah Nabi SAW.

Daripada Jabir katanya:

“Nabi SAW mempunyai sehelai jubah yang baginda akan memakainya untuk dua hari raya dan hari Jumaat.”

[Sahih Ibnu Khuzaimah: 1765]

Hadith ini menunjukkan baginda telah mengkhaskan baju yang baginda akan pakai ketika hari raya.


4. Pergi ke tempat solat melalui jalan lain dan balik melalui jalan yang lain

Disunatkan untuk kita pergi ke tempat solat di pagi hari raya menggunakan jalan yang lain dan balik dengan melalui jalan yang lain. Ia adalah sama seperti yang nabi telah lakukan sebelum ini.

Daripada Jabir bin Abdillah ra katanya: Maksudnya:

“Adalah Nabi SAW, pada hari raya baginda membezakan jalan (pergi dan balik dari solat hari raya).”

[Sahih Bukhari: 986]

Terdapat beberapa hikmah berkenaan hal ini iaitu

  • Untuk mengambil tahu keperluan orang lain ketika melalui jalan tersebut serta membantu mereka
  • untuk menyambung ikatan silaturahim dengan orang yang berada di jalan-jalan tersebut

Cara solat sunat yang lain

Solat Sunat DhuhaSolat Hajat
Solat TaubatSolat Witir
Solat Sunat WudukSolat Tahajjud
Solat TasbihSolat Sunat Ihram
Solat AidiladhaSolat Sunat Tahiyatul Masjid
Solat Sunat Gerhana Matahari dan BulanSolat Minta Turun Hujan
Solat Sunat TawafSolat Sunat Nikah
Solat Sunat MusafirSolat Jenazah
Solat IstikharahSolat Sunat Rawatib
Solat IsyraqSolat Aidilfitri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 × five =