Skip to content

Nabi Yaakub AS: Kecekalan dan Kesabarannya

nabi yaakub

Sebut tentang Nabi Yaakub, seluruh masyarakat mengetahui kesabaran baginda menunggu anak kesayangannya pulang kepangkuannya setelah dianiaya oleh adik beradik Nabi Yusof sendiri.

Kesedihan Nabi Yaakub atas kehilangan puteranya yang sangat dikasihi menyebabkan mata beliau buta. Walau bagaimanapun, dengan mukjizat yang ada pada Nabi Yusof, mata beliau pulih seperti sedia kala. 

Biodata Nabi Yaakub


Beliau adalah putera Nabi Ishak bin Ibrahim a.s bin Azar bin Sam bin Nuh. Ibunya bernama Rifqah binti Batueil bin Nahur bin Azar (Tarah). Nabi Ibrahim gembira dengan khabar berita bahawa baginda akan mendapat anak dan cucu.

Firman Allah

A071

Maksudnya: dan isterinya pada ketika itu berdiri (mendengar), lalu ia ketawa (kerana hilang perasaan takutnya). maka Kami pun memberikan berita yang mengembirakan kepadanya (melalui malaikat itu), Bahawa ia akan mendapat seorang anak: Ishak, dan sesudah Ishak, (ia pula akan mendapat seorang cucu) Yaakub(Surah Hud 71)

Lalu Nabi Ishak memberi nama anaknya Nabi Yaakub bin Ishak bin Ibrahim a.s. Beliau dilahirkan di Kan’an (Palestin), iaitu lebih kurang 30 batu ke utara Jerusalem. Beliau bekerja sebagai petani dan penternak.

Hasad Dengki Adik Beradik Kepada Nabi Yaakub


Nabi Yaakub mempunyai adik beradik kembar yang penuh dengan perasaan hasad dengki terhadapnya iaitu Ishu. Sikap cemburu dan iri hati Ishu terhadap baginda semakin menjadi sehingga dia mengancam untuk membunuhnya.

Nabi Ishak mendoakan supaya anaknya Yaakub mendapat rezeki yang melimpah ruah, mendapat keturunan yang soleh serta solehah. Disebabkan itu, iri hati Ishu terhadap baginda tidak dapat dibendung lagi, ibunya meminta Yaakub berpindah ke rumah bapa saudaranya bernama Laban Bin Batueil di Faadam Aram. 

Ishu mempunyai sifat ujub iaitu bangga dengan diri sendiri. Ishu berbangga kerana mempunyai isteri – isteri yang cantik serta anak yang ramai. Manakala Yaakub pada ketika itu tidak mempunyai isteri dan anak. Tetapi apa yang Ishu terlalu dengki pada Nabi Yaakub adalah kerana ia merasakan Yaakub memperoleh kasih sayang sepenuhnya dari ibu bapanya. Sikap dengki antara adik beradik boleh menyebabkan putusnya silaturrahim antara mereka. 

Nabi Yaakub berjumpa dengan ayahnya, Nabi Ishak. Pada ketika itu, usia Nabi Ishak terlalu uzur. Yaakub meminta pandangan ayahnya bagi mengelakkan terputusnya silaturrahim antara adik beradik.

Dengan umur Nabi Ishak yang terlalu uzur, baginda sangat sedih mendengar cerita daripada anaknya itu. Nabi Ishak mengesyorkan anaknya berhijrah ke rumah bapa saudaranya bagi mengelakkan perkara buruk berlaku dan menyuruh baginda menikahi anak saudara Nabi Ishak. Baginda bersetuju dengan pendapat ibubapanya dan memulakan perjalanan. 

Perjalanan Musafir Nabi Yaakub


Ketika dalam perjalanan, Nabi Yaakub berasa penat dan mula berehat di sebuah batu besar, lalu tertidur. Beliau bermimpi dikurniakan rezeki yang banyak dan keturunan yang baik – baik.

Sejurus terbangun dari tidur, kekuatan dan semangatnya kembali pulih dan baginda pun meneruskan perjalanannya. Setelah berhari – hari menempuh perjalanan, akhirnya baginda tiba ke destinasi iaitu Faadam Aram, Iraq. 

Pernikahan


Baginda kemudiannya dipertemukan dengan Rahil, puteri Laban Bin Batueil. Apabila baginda berjumpa dengan Laban Bin Batueil, Nabi Yaakub menyampaikan pesanan ayahnya agar menerimanya sebagai menantu. Laban Bin Batueil bersetuju dengan permintaan itu.

Namun, beliau diberi syarat iaitu perlu membantu menjaga penternakannya selama 7 tahun. Kemudian, ditambah 7 tahun lagi untuk menikahi Rahil. Rahil mempunyai seorang kakak.

Maka menjadi adat dalam negeri itu, kakak yang sulung perlu menikah terlebih dahulu, barulah si adik boleh menikah. Pada zaman ini, menikahi dua wanita bersaudara dibenarkan. 

Setelah itu, Nabi Yaakub berkahwin dengan hamba sahaya, iaitu Zulfah dan Balhah. Beliau dikurniakan 12 orang anak. Melalui Layya, lahirnya Rabin, Syam’un, Lawi, Yahuza, Yakasir dan Zebulon, manakala Rahil melahirkan Nabi Yusuf dan Bunyamin. Perkahwinannya dengan Zulfah melahirkan Jaad dan Asyir. Manakala melalui isterinya Balhah, melahirkan Daan dan Nafrali.

Nabi Yaakub a.s wafat ketika berusia 147 tahun di Mesir. Disebabkan usianya makin meningkat dan uzur, beliau menyerahkan tugasnya kepada puteranya iaitu Nabi Yusuf. Nabi Yusuf mewarisi peranan ayahnya sebagai pembesar mesir. 

Pengajaran


Nilai kasih sayang antara keluarga amatlah penting dalam sesebuah keluarga bagi mengukuhkan lagi hubungan antara satu sama lain. Jangan sesekali menanamkan perasaan hasad dengki dalam diri kerana hal ini akan memutuskan ikatan persaudaraan. 

Kisah Nabi yang lain

Nabi AdamNabi Idris
Nabi NuhNabi Hud
Nabi SolehNabi Ibrahim
Nabi LuthNabi Ismail
Nabi IshakNabi Yaakub
Nabi YusufNabi Ayub
Nabi Syu’aibNabi Musa
Nabi HarunNabi Zulkifli
Nabi DaudNabi Sulaiman
Nabi IlyasNabi Ilyasa
Nabi YunusNabi Zakaria
Nabi YahyaNabi Isa
Nabi Muhammad

Rujukan

  1. Ustaz Mohd Rozie Mohd Rejab

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

14 + nine =