Artikel ini akan membahaskan hukum pakai earphone ketika puasa. Bukankah memasukkan sesuatu ke dalam rongga itu membatalkan puasa? Jadi, apakah status puasa kita bilamana kita memakai earphone?
Earphone
Earphone ialah sejenis pembesar suara kecil yang dilekapkan pada telinga. Ia bersambung kepada punca audio. Earphone digunakan untuk mendengar lagu, radio, dan sebagainya pada telinga sendiri sahaja, tidak dikuatkan suaranya kepada orang sekeliling.
Terdapat banyak kegunaan earphone seperti untuk berjoging, untuk fokus mendengar ceramah dan sebagainya. Ia tidak mengganggu orang sekeliling dengan bunyi kuat.
Pada awalnya, earphone ini diwujudkan pada tahun 1919 untuk kegunaan radio. Ketika itu, ia belum lagi mantap penggunaannya. Audio yang keluar padanya belum cukup bagus, ia masih kasar tidak seperti earphone moden.
Kesan-kesan sampingan memakai earphone
Menggunakan earphone ketika mendengar lagu kegemaran adalah satu nikmat. Namun, di samping nikmat itu, kita perlu berwaspada dengan kesan-kesan sampingan yang didapati melalui pemakaian earphone.
Sepertimana makan, menggunakan earphone juga tidak boleh keterlaluan sehingga berjam-jam. Ia akan memberi kesan kepada gegendang telingan kita. Apabila kita makan pun, kita tidak boleh makan sesuka hati dan terlalu banyak.
Begitu juga earphone.
1. Jangkitan di telinga
Ketika memakai earphone, ia akan menutup ruang udara untuk memasuki saluran tersebut. Itu membuatkan bakteria boleh tumbuh dan membahayakan telinga. Bukan itu sahaja, digalakkan untuk tidak berkongsi earphone kerana bakteria tadi boleh berpindah kepada orang lain pula.
2. Sakit telinga
Janganlah sesekali mendengar lagu dengan sangat kuat. Ia akan memberi kesan buruk kepada gegendang telinga lalu membuatkan telinga kita sakit. Apatah lagi bilamana ia dilakukan dengan berjam-jam lamanya.
3. Meloyakan
Mendengar lagu dengan sangat kuat menggunakan earphone akan membawa kepada satu penyakit yang bernama vertigo. Vertigo ialah sejenis penyakit yang membuatkan kita berasa loya.
4. Pekak
Menggunakan earphone boleh memekakkan telinga bilamana ia digunakan secara keterlaluan. Bahagian dalaman telinga kita ini adalah sangat sensitif. Jadi, apabila ia dikenakan dengan suara audio yang sangat kuat, ia akan berpotensi untuk rosak dan sakit.
5. Kotoran telinga
Mendengar lagu berjam-jam menggunakan earphone akan menambahkan kotoran dalam telinga. Kotoran itu pula boleh mendatangkan jangkitan lalu menumbuhkan bakteria berbahaya.
Tip-tip penjagaan telinga
1. Jangan terdedah kepada bunyi yang sangat kuat
Sekiranya kita menggunakan earphone untuk mendengar lagu, elakkan daripada memasang kelantangan (volume) yang tinggi. Sekiranya kita sedang melakukan pekerjaan yang ada bunyi bising seperti menukul dinding dan sebagainya, digalakkan untuk kita memakai penyumbat telinga. Ini adalah untuk melindungi telinga kita.
2. Jangan menggunakan putik kapas
Percaya atau tidak, ramai pakar tidak menggalakan untuk guna putik kapas. Selalunya, kita akan guna putik kapas untuk membuang kotoran di telinga. Namun, ia tidak bagus sepertimana yang dijangka.
Putik kapas boleh merosakkan gegendang telinga. Jadi, untuk membuang kotoran di telinga, gunakan ubat titis. Ia boleh dibeli di farmasi.
3. Keringkan telinga
Sekiranya kita pergi berenang dan sebagainya, selepas sesi tersebut, kita harus mengeringkan telinga kita.
Hal ini kerana air yang tidak dilap itu akan menumbuhkan bakteria berbahaya. Sekiranya ada air yang tersumbat, perlulah kita condongkan kepala untuk mengeluarkannya.
4. Dapatkan pemeriksaan telinga
Kita tidak tahu secara pasti apa yang ada di dalam telinga kita sama ada berbahaya atau tidak. Jadi, adalah lebih baik untuk kita serahkan perkara tersebut kepada yang pakar. Pergilah buat pemeriksaan telinga.
Hukum pakai earphone ketika puasa
Sepertimana yang diketahui umum, memasukkan sesuatu ke dalam rongga dapat membatalkan puasa. Antara rongga-rongga yang terdapat pada badan kita ialah hidung, mulut, dubur dan termasuk telinga kita sendiri.
Apabila kita memakai earphone, itu sudah memasukkan benda tersebut ke dalam telinga. Apakah itu membatalkan puasa?
Jawabnya, memakai earphone tidak membatalkan puasa.
Jadi, apa yang dimaksudkan dengan memasukkan sesuatu ke dalam rongga? Maksudnya, sesuatu yang dimasukkan itu mestilah sampai ke dalam perut. Contohnya, kita menghisap sesuatu seperti air dan sebagainya, benda itu akan berakhir di perut. Maka, terbatallah puasa.
Kalau memakai earphone di telinga, earphone tersebut hanya berada di sekitar telinga sahaja, tidaklah sampai masuk ke perut. Maka ia tidak memberi kesan apa-apa kepada puasa.
Kesimpulan
Memakai earphone tidak membatalkan puasa kerana earphone tersebut tidaklah dimasukkan ke dalam rongga lalu berakhir di perut, akan tetapi ia hanya berada di sekitar telinga sahaja.
Rujukan
- https://hellodoktor.com/masalah-neurologikal/saraf-lain/bahaya-fon-telinga/
- https://www.tcer.my/kesan-memakai-earphone-terlalu-lama/
- https://www.onlymyhealth.com/side-effects-of-using-earphones-for-prolonged-hours-everyday-1623674510
- https://www.healthshots.com/preventive-care/self-care/side-effects-of-using-earphones-for-longer-hours/
- https://www.manipalhospitals.com/hebbal/blog/harmful-effects-of-listening-music-with-earphones/
- https://my.clevelandclinic.org/health/articles/13076-ear-care-tips
- https://www.happyearshearing.com/6-tips-to-keep-your-ears-happy-and-healthy/