Skip to content

Hukum Buang Tahi Lalat. Boleh atau Tidak?

hukum buang tahi lalat

Apakah Hukum untuk buang tahi lalat pada badan atau muka kita? Artikel ini akan menerangkan berkenaan hukum ini secara lengkap.

Apakah itu tahi lalat?

Tahi lalat adalah bintik hitam atau coklat (yang penting ianya berwarna gelap) yang terletak di atas permukaan kulit. Tahi lalat ini terjadi bila sel-sel kulit itu tidak rata ke seluruh bahagian kulit, tetapi duduk di satu tempat (kawasan kulit) kecil sahaja (kluster). Sel-sel ini yang dipanggil sebagai melanosit. Dari melanosit ini wujudnya tahi lalat dan ia berkembang lantas membentuk bulatan yang kecil dan berwarna gelap.

Bentuk tahi lalat ini ada yang bulat, lonjong, mendatar dan menonjol. Teksturnya juga ada yang kasar dan halus. Ada pula keadaan yang dari tahi lalat itu pula tumbuhnya bulu.

Sebahagian besar tahi lalat ini berasal daripada genetik (waris daripada keluarga), dan sebahagian kecilnya selepas kelahiran, seawal 25 tahun awal. Jumlah tahi lalat yang tumbuh secara normal itu sebanyak 10 hingga 40 buah.

Tahi lalat ini sihat atau tidak?

Tahi lalat ini umumnya tidak berbahaya untuk kesihatan. Walaupun ia tidak berbahaya umumnya, tetapi tahi lalat boleh berkembang menjadi kanser kulit melanoma. Kanser ini berasal daripada melanosit, iaitu sel yang baru saja penulis khabarkan tadi.

Kanser kulit melanoma berbeza dengan tahi lalat normal. Tahi lalat yang ada kanser tersebut, ianya berupa tidak rata dan kasar permukaannya. Selain itu juga, ia akan terasa selalu terasa gatal dan kadang-kadang mengeluarkan darah.

Bagaimana nak buang tahi lalat?

Cara nak buang tahi lalat adalah dengan pembedahan kecil yang memakai laser untuk meratakan permukaan kulit, lalu menutup luka itu supaya ia nampak normal seperti tidak pernah ada tahi lalat langsung. Teknik ini dipanggil sebagai cauterisation.

Bagaimana hendak mencegah daripada terkena tahi lalat?

Nak mencegah ini adalah kerana tidak mahu tahi lalat itu berisiko berkembang menjadi kanser kulit melanoma. Mencegah itu lebih baik daripada mengubati.

Antara cara-cara yang paling utama adalah dengan menjauhkan diri daripada terkena cahaya matahari yang berlebihan, lagi-lagi cahaya matahari tengah hari, seperti daripada pukul 11 pagi hingga 1 petang. Radiasi ultraviolet (UV) daripada terbitnya matahari itu boleh memberi kesan pada jaringan kulit dan akhirnya meningkatkan risiko terkena kanser kulit melanoma.

Apa hukum buang tahi lalat?

Ada yang kata, membuang tahi lalat ini seperti mengubah ciptaan Allah. Allah berfirman di dalam Surah Ar-Rum ayat 30:

فِطْرَتَ اللَّهِ الَّتِي فَطَرَ النَّاسَ عَلَيْهَا لَا تَبْدِيلَ لِخَلْقِ اللَّهِ

Tetaplah atas fitrah Allah  yang telah menciptakan  manusia  atas fitrah itu, tidaklah patut ada sebarang perubahan pada penciptaan (fitrah) Allah itu.”

Mengubah ciptaan Allah itu juga termasuk di dalam tipu daya syaitan. Hal ini berdasarkan firman Allah di dalam Surah An-Nisaa’ ayat 119:

وَلَآمُرَنَّهُمْ فَلَيُغَيِّرُنَّ خَلْقَ اللَّهِ

Dan aku (syaitan) akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah.

Menurut Abu Jaafar At-Thobari di dalam Jaami’ al-Bayan ‘An Ta’wil Aayi al-Quran, makna mengubah ciptaan Allah ini adalah di dalam perkara agama kerana fitrah itu merupakan agama Allah. Jadi, melakukan rekonstruksi pada muka itu cerita lain. Jikalau mukanya sudah elok tampak normal, maka haram dibuat apa-apa pembedahan untuk bagi ia lagi cantik. Kerana itu dikira berlebih-lebihan atau melanggari batas kebiasaan. Allah nyatakan di dalam Al-Quran, Surah Al-A’raf ayat 31:

وَلَا تُسْرِفُوٓا۟ ۚ إِنَّهُۥ لَا يُحِبُّ ٱلْمُسْرِفِينَ

”Dan jangan berlebih-lebihan, Allah tidak suka kepada orang yang berlebih-lebihan.”

Ulama telah bincang akan hal ini seperti Imam Khatib Asy-Syarbini di dalam kitabnya Mughni Al-Muhtaj, rata-rata mereka mengatakan yang harus hukumnya untuk membuang tahi lalat atas dua syarat:

  1. Proses (pembedahan) itu tidaklah memudaratkan diri
  2. Untuk menutup aib (supaya nampak normal dan kemas)

Jikalau tepati kedua-dua syarat ini, maka haruslah untuk kita membuang tahi lalat. Maka, kalau nak kata yang ini mengubah ciptaan Allah juga tidak tepat, kerana ini bukan buat untuk mengejar sesuatu yang di luar daripada kebiasaan seperti pembedahan plastik untuk kecantikan. Ini adalah untuk membuang sesuatu yang tidak normal pada pandangan umum kebiasaan masyarakat. Itu hal yang berbeza. Pendekatannya juga harus berbeza. Bukan semua rekonstruksi pada wajah itu “mengubah ciptaan Allah”.

Kesimpulan

Ulama berbincang yang membuang tahi lalat ini hukumnya harus selagi mana ia tidak memudaratkan tubuh badan dan tujuannya untuk menutup aib pada wajah yang tampaknya tidak normal.

Baca tentang Hukum yang lain

Hukum BerzinaHukum Cukur Bulu
Hukum Gantung Gambar dalam RumahHukum Gugurkan Kandungan
Hukum Main ForexHukum Warnakan Rambut
Hukum Baca Al-quran Ketika HaidHukum Buang Tahi Lalat
Hukum Makan Dakwat SotongHukum Berus Gigi Ketika Puasa
Hukum Cabut Rumput Atas Kubur

Rujukan

  1. Jaliman, D. (2019). Moles, freckles, and skin tags. Retrieved from Web MD:
  2. Willy, T. (2019). Tahi lalat. Retrieved from Alo Dokter : www.alodokter.com
  3. الخصاونة, ا. ع. (2010). يجوز إزالة الشامة للتجمل. Retrieved from الإ فتاء: www.aliftaa.jo
  4. مشعل, ط. (2018). حكم إزالة الشامة من الوجه. Retrieved from موضوع: www.mawdoo3.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

20 + 13 =