Skip to content

Hukum Baca Al-Quran Ketika Haid (Penjelasan Lengkap)

hukum baca al quran ketika haid

Apakah hukum baca al-quran ketika seseorang wanita itu sedang haid? Artikel ini akan membincangkan secara ringkas berkenaan masalah ini.

Darah Haid atau dikenali sebagai menstruasi ini adalah darah yang keluar dari faraj yang berlaku kira-kira 3-7 hari. Dalam waktu ini, diharamkan wanita untuk melakukan amal-amal ibadah seperti solat, puasa dan lain-lain.

Timbul pula persoalan, takkan semua perkara haram? Takkan amal soleh yang ‘kecil-kecil’ atau simple pun haram juga seperti berzikir dan membaca Al-Quran sedangkan berzikir dan membaca Al-Quran ini boleh jadi perkara yang natural dalam diri manusia.

Ada orang, dia rajin berzikir, dah jadi kebiasaan dia berzikir, jadi bagaimana?

Apakah Hukum baca Quran Ketika Haid?

Persoalan utama artikel ini adalah, baca Al-Quran ketika haid itu juga haram jugakah? Kalau dia nak belajar Al-Quran (tafsir/hafal) pula bagaimana?

Baik.

Ketika haid, lagi digalakkan untuk berzikir, berdoa dan sebagainya sebab waktu haid ini wanita selalu mengalami perubahan mood atau sensitif. Adalah lebih baik untuk berzikir mengingati Allah. Jadi, ia tidaklah haram. Sebaliknya, digalakkan.

Kalau baca Al-Quran pula?

Hal ini khilaf.

1. Hukum Haram

Majoriti ahli hukum menetapkan hukum haram(mutlak) ketika haid untuk membaca Al-Quran. Sebab berdasarkan daripada satu hadis Ibnu Umar, Rasulullah bersabda,

لاَ تَقْرَأ الْحَائِضُ وَلاَ الْجُنُبُ شَيْئًا مِنَ الْقُرْآن

Tidak dibolehkan wanita dalam haid dan yang berjunub membaca walau sedikit daripada al-Quran.” (Riwayat Tirmidzi)

Tapi, sebahagian ahli ilmu pula berpendapat sebahagian riwayat hadis ini dhaif sebab ada seorang perawi hadis itu bermasalah, iaitu Ismail Bin Ayyash dari golongan Hijjaz.

2. Hukum Harus

Hukum kedua, harus. Ini pendapat mazhab Maliki, memakai hadis yang sama dengan jalur riwayat yang sahih. Harus hukumnya untuk wanita menyentuh Al-Quran dan membacanya dengan tujuan untuk belajar dan mengajar.

Kelonggaran ini untuk wanita yang kena haid saja, bukan orang yang berjunub. Sebabnya, tempoh waktu bagi keduanya berbeza. Haid, ada tempoh ketetapan. Junub, tiada, selagi mana belum mandi wajib saja.

Dalam situasi bagi pelajar tahfiz contohnya, nak menghafal Al-Quran. Keadaan ini pula diharuskan juga untuk membaca Al-Quran. Sebab maslahat untuk belajar Al-Quran bagi mereka itu lebih besar.

Kalau diharamkan, maka susahlah mereka nak menjaga hafalan. Islam itu mudah.

Pendapat ini juga daripada Imam Al-Bukhari, Imam At-Thobari, dan ramai lagi. Rujuk karya Sheikh Abdullah Al-Bassam, Tawdhih al-Ahkam min Bulugh al-Maram.

Kesimpulan

Hukum wanita yang sedang haid untuk memegang mushaf dan membaca Al-Quran adalah haram. Tetapi, kalau untuk tujuan belajar, mengajar, menghafal, mengulang dan seangkatan dengannya, maka diharuskan. Sebab takut nanti hilang hafalannya. Maslahat untuk menuntut ilmu itu lebih besar.

Kalau selain daripada alasan nak belajar atau mengulang hafalan supaya tak hilang dari ingatan, ianya adalah haram.

Diharapkan artikel hukum baca al-quran ketika haid ini dapat membantu mereka yang mempunyai persoalan berkenaan hal ini.

Baca tentang Hukum yang lain

Hukum BerzinaHukum Cukur Bulu
Hukum Gantung Gambar dalam RumahHukum Gugurkan Kandungan
Hukum Main ForexHukum Warnakan Rambut
Hukum Baca Al-quran Ketika HaidHukum Buang Tahi Lalat
Hukum Makan Dakwat SotongHukum Berus Gigi Ketika Puasa
Hukum Cabut Rumput Atas Kubur

Rujukan

  1. Al-Bakri, Z. M. (2015). IRSYAD AL-Fatwa ke-18: Hukum membaca dan mengulang hafazan Al-Quran dalam keadaan haid. Retrieved from Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
  2. Al-Munajjid, M. S. (1998). Reading Qur’aan during menses. Retrieved from Islam Question and Answer
  3. Is it permissible for a menstruating woman to recite the Qur`an from the computer without actually touching the Mus-haf? (n.d.). Retrieved from Dar Al-Ifta Al-Missriyyah
  4. Kawang, N. K., & Ibrahim, B. (2015). Permasalahan taharah: Fiqh darah-darah wanita masa. International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21st Century (pp. 791-719). Kuala Terengganu : Universiti Sultan Zainal Abidin .
  5. Marimuthu, S. (2012). Haid (Menstruasi). Retrieved from My Health
  6. Sham, F. (2015). Hukum wanita haid membaca Al-Quran . Bangi : KOSMO .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

sixteen − 2 =