Bagaimanakah cara bacaan doa iftitah? Artikel ini akan membincangkan bacaan doa iftitah dengan bantuan bahasa arab dan rumi.
Pengenalan
Doa iftitah merupakan doa yang dibaca dalam solat sebelum membaca Surah al-Fatihah.
Rasulullah bersabda dalam satu hadis daripada Aisyah RA:
كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا افْتَتَحَ الصَّلَاةَ قَالَ: سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ وَتَبَارَكَ اسْمُكَ وَتَعَالَى جَدُّكَ وَلَا إِلَهَ غَيْرُكَ
Maksud: Apabila Baginda Nabi SAW memulakan solat, Baginda akan membaca: Maha Suci Engkau wahai Allah dan segala puji bagi Engkau. Nama-Mu penuh berkat dan Maha Tinggi. Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau. (Riwayat at-Tirmidzi)
Meskikpun bacaan ini tidak lazim diamalkan oleh kita semua, namun ia tetap salah satu daripada versi doa iftitah yang dibacakan oleh Rasulullah.
Imam an-Nawawi dalam Minhaj at-Talibi mengatakan doa iftitah sunat dibaca selepas takbiratul ihram dan sebelum Surah al-Fatihah.
Maknanya, hukum membaca doa iftitah adalah sunat, bukan wajib. Sekiranya kita tidak membacanya, ia tidak akan membatalkan solat kita. Sebab, doa iftitah bukan rukun dalam solat.
Surah al-Fatihah rukun. Takbiratul ihram rukun. Doa iftitah, bukan.
Menurut Imam an-Nawawi dalam Majmu’ Syarah Muhazzab, doa iftitah sunat dibaca dalam mana-mana solat, ia tidak terhad kepada solat fardu sahaja. Dalam solat terawih pun disunatkan membaca doa iftitah.
Perkara-perkara sunat yang diamalkan dalam solat membawa kepada kesempurnaan solat. Maka, sekiranya mampu, janganlah ditinggalkan amalan sunat seperti doa iftitah melainkan keadaan-keadaan tertentu seperti masbuk.
Apabila sudah masbuk (lewat ikut jemaah solat), maka utamakan yang wajib sahaja kerana sudah terlambat untuk amalkan perkara-perkara lain. Sekiranya ketika itu memerlukan kita rukuk, maka rukuklah. Janganlah pula membaca doa iftitah dahulu. Kita perlu ikut imam.
Bacaan doa iftitah lazim
Maksudnya:
Allah Maha Besar dengan ungkapan takbir yang agung segala Puji bagi Allah dengan pujian yang melimpah. Maha Suci Allah pada pagi dan petang
Kuhadapkan wajahku kepada Zat yang menciptakan langit dan bumi dalam keadaan lurus dan pasrah dan aku bukanlah dari golongan orang-orang yang menyekutukan Allah
Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku semata-mata untuk Allah Tuhan semesta alam
Tiada sekutu bagi-Nya, begitulah aku diperintahkan dan aku dari golongan orang Muslim
Bacaan Pendek
Boleh juga kita membaca lafaz yang pendek seperti:
اَللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً.
Allahu akbar kabiran walhamdulillahi kasiran wa subhanallahi bukratan wa asila
Allah Maha Besar dengan ungkapan takbir yang agung segala Puji bagi Allah dengan pujian yang melimpah. Maha Suci Allah pada pagi dan petang
Sekadar ini sahaja pun sudah memadai sekiranya kita tidak mahu membaca versi yang panjang.
Bacaan Iftitah yang Lain
Adapun bacaan yang diamalkan oleh Rasulullah dalam hadis riwayat at-Tirmidzi:
سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ وَتَبَارَكَ اسْمُكَ وَتَعَالَى جَدُّكَ وَلَا إِلَهَ غَيْرُكَ
Subhanakallahumma wa bihamdika watabarakas muka wata’ala jadduka wala ilaha ghairuka
Maha Suci Engkau wahai Allah dan segala puji bagi Engkau. Nama-Mu penuh berkat dan Maha Tinggi. Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau
Terdapat bacaan lain yang berasal daripada satu hadis riwayat Muslim iaitu:
الْحَمْدُ لِلَّهِ حَمْدًا كَثِيرًا طَيِّبًا مُبَارَكًا فِيهِ
Alhamdulillahi hamdan kasiran tayyiban mubarakan fih
Segala puji bagi Allah dengan pujian yang banyak, pujian yang terbaik dan pujian yang penuh keberkatan di dalamnya
Bacaan seterusnya berasal daripada hadis riwayat Ahmad:
اللَّهُ أَكْبَرُ ذُو الْمَلَكُوتِ وَالْجَبَرُوتِ، وَالْكِبْرِيَاءِ وَالْعَظَمَةِ
Allahu akbaru zul malakuti wal jabaruti wal kibriya’i wal ‘azomati
Allah Maha Besar yang memiliki kerajaan besar, kekuasaan, kebesaran, dan keagungan
Penutup
Imam an-Nawawi berkata, setiap doa ifititah itu sunat hukumnya dibaca dalam apa jua solat sama ada fardu mahupun solat sunat.
Bacaan Doa yang lain
Rujukan
- Imam an-Nawai. al-Azkar.