Skip to content

Doa Hari Arafah (Panduan Bahasa Arab dan Rumi)

doa hari arafah

Apakah doa hari arafah yang boleh kita amalkan? Artikel pada kali ini akan menerangkan kepada anda tentang doa pada hari arafah yang boleh diamalkan serta beberapa kelebihannya.

Apakah hari arafah dalam kalender Islam?

Hari arafah adalah hari yang jatuh pada setiap 9 Zulhijjah dalam kalender Hijriyah Islam setiap tahun. Lazimnya, pada bulan tersebut umat Islam juga akan meraikan Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Korban. Dalam keghairahan tersebut, umat Islam dinasihatkan agar jangan leka dari mengumpul sebanyaknya pahala dan kelebihan pada hari arafah.

Hari arafah atau juga dipanggil hari wukuf ini merupakan nadi penting dan kemuncak dalam ibadah haji. Daripada Abdulrahman bin Ya’mur, bahawa Nabi SAW bersabda:

الحَجُّ عَرَفَةُ

Maksudnya: “Haji adalah Arafah.” – (Hadis Riwayat al-Tirmizi 814)

Himpunan doa hari arafah

Selain amalan puasa sunat arafah, umat Islam turut digalakkan untuk memperbanyakkan berdoa pada waktu tersebut. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan Abu Qatadah, Nabi SAW bersabda:

صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ إِنِّي أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ وَالسَّنَةَ الَّتِي بَعْدَهُ

Maksudnya: “Puasa hari Arafah, aku berharap kepada Allah supaya ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun sebelumnya dan juga tahun sesudahnya.” – (Hadis Riwayat Muslim, 1162)

Bahkan waktu ini juga adalah di antara waktu yang paling mustajab dan paling dekat untuk dimakbulkan oleh Allah SWT. Antara doa hari arafah dan zikir terbaik yang boleh dibaca adalah seperti:

Bacaan rumi: Alhamdulillahi rabbil ‘alamin, hamdan yuwaafi ni’amahu wa yukaafiu mazidah. Ya rabbana lakal-hamdu kama yanbaghi lijalaali wajhika wa ‘azhiimii sulthonik. Allahumma solli wasallim ‘ala sayyidina Muhammad. Wa ‘ala aalihi wasohbihi ajma’in.

Maksudnya: “Segala puji-pujian adalah milik Allah yang memerintah sekalian alam, dengan satu pujian yang sentiasa menepati nikmat-nikmat Nya dan mencukupi segala tambahannya. wahai Tuhanku hanya bagiMu segala puji-pujian sebagaimana selayaknya dengan keagungan Zat Mu dan keunggulan pemerintahan Mu. Ya Allah cucurlah selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhamad SAW dan juga ke atas seluruh keluarga dan para sahabatnya.”

Bacaa rumi: Allahumma rabbana zolamna anfusana wa in lam taghfirlana wa tarhamna lanakuunanna minal khasiriin. Allahummaghfirlana zunuubana wa tub ‘alaina taubatan nasuuha. Allahumma anta robbuna farzuqna-istiqamah.

Maksudnya: “Ya Allah Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah menzalimi diri kami, dan seandainya Engkau tidak mengampuni kami dan mengasihani kami nescaya kami mesti akan menjadi golongan orang-orang yang rugi. Ya Allah Ya Tuhan Kami, ampunilah dosa-dosa kami dan terimalah taubat kami serta berikanlah kami taubat nasuha (taubat yang sebenar). Ya Allah Engkau adalah Tuhan kami, kerana itu anugerahkanlah kami suatu keistiqamahan.”

Bacaan rumi: Allahumma inni as aluka minal khairi kullihi ‘ajilihi wa aajilihi ma ‘alimtu minhu wa ma lam a’lam.

Maksudnya: “Ya Allah sesungguhnya aku memohon kepada Mu segala kebaikan, kebaikan yang sepatutnya segera aku terima atau pun yang tertangguh, kebaikan yang aku ketahui dan yang tidak aku tahu, Ya Allah aku memohon kepada Mu kebaikan sebagaimana apa yang telah dipohon oleh hambaMu dan Nabi Mu junjungan besar Nabi Muhamad SAW, aku juga berlindung kepadaMu dari sebarang keburukan sebagaimana yang dimintakan perlindungan kepadaMu oleh hambaMu dan Nabi Mu junjungan besar Nabi Muhamad SAW, Ya Allah aku memohon syurga kepada Mu dan apa-apa yang boleh mendekatkan kepadanya, sama ada berupa ucapan ataupun perbuatan.”

Bacaan rumi: Allahumma inni as aluka min khairi ma sa alaka bihi ‘abduka wa nabiyyuka Muhammad. Wa a’uzubika min syarri mas ta’aazaka bihi ‘abduka wa nabiyyuka Muhammad. Allahumma inni as alukal Jannah. Wa ma qarraba ilaihi min qaulin wa ‘amalin. Wa as aluka an taj’alaka kulla qadha in qadhaitahu lana khaira.

Maksudnya: “Aku juga berlindung kepada Mu dari api neraka dan apa sahaja yang boleh mendekatkan kepadanya sama berupa ucapan ataupun perbuatan. Dan aku memohon kepada Mu supaya engkau menjadikan semua qada’ yang sudah Engkau tetapkan kepadaku itu sebagai ketetapan yang baik belaka.”

Bacaan rumi: allahumman qulni min zillil ma’siyyati ila ‘izzit tho’ati. Wakfini bihalaalika ‘an haramik. Waghnini bifadhlika ‘amman siwaak. Wa nawwir qalbi wa qabri. Wahfazni minasy-syarri kulih. Wajma’ liyal-khaira kullah. Innaka ‘ala kulli syai in qadiir. Allahumma inni as alukal huda wat tuqa wal ‘afaafa wal ghina, ya hayyu ya qayyum birahmatika astaghist. Asih li syakni kullah wa jannibnil ‘usra warzuqni tho’ataka ma abqaitani. Allahumma aslih li diinil lazi huwa ‘ismatu amri. Wa asih li dunyaayal lati fiiha ma’aasyi. Wa aslih li aakhiratiyal ati ilaiha ma’aadi. Waj’alil-hayaata zaiyaadatan li fi kulli khairin. Waj’alil-mauta raahatan li min kulli syarr.

Maksudnya: “Ya Allah pindahkanlah aku dari maksiat yang hina kepada ketaatan yang terpuji. Anugerahkanlah aku rezeki yang halal dan jauhkanlah aku dari rezeki yang haram. Cukupkanlah aku dengan kurnia Mu dari yang selain Engkau. Terangilah hatiku dan kuburku, peliharalah aku dari segala keburukan dan kumpulkanlah kepadaku semua kebaikan, sesungguh Nya Engkau Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Ya Allah aku memohon kepadaMu petunjuk dan ketakwaan, keafiatan dan kekayaan, wahai Tuhan yang Hidup dan Berdiri sendiri, dengan rahmat Mu aku meminta tolong, perelokkanlah segala keadaanku dan jangan biarkan aku bersendirian walaupun sekelip mata. Ya Allah permudahkanlah aku kepada kemudahan dan jauhkanlah kesusahan dari diriku. Jadikanlah aku sebagai orang yang sentiasa mentaati Mu selagi Engkau mengekalkan diriku. Ya Allah perelokkanlah bagiku agamaku yang menjadi peganganku dan juga baikkanlah duniaku yang di dalamnya aku menjalani kehidupan. Dan juga perelokkanlah akhirat yang menjadi tempat kembaliku. Jadikanlah masa hayatku ini untuk menambah kebaikan dan jadikanlah matiku nanti sebagai kerehatan dari segala keburukan.”

doa hari arafah

Bacaan rumi: Wa liwadidiina wa zurriyyaatina wa ikhwaanina wal muslimaati ajma’ain.  Birahmatika ya arhamar raahimin. Wa sollallahu ‘ala sayyidina muhammadin wa ‘ala aalihi wa sohbihi ajma’in. Wal hamdulillahi rabbil ‘aalamin.

Maksudnya: “Ya Allah ampunilah segala dosa kami, dosa ibu bapa kami, dosa zuriat kami, dosa saudara-saudara kami dan juga dosa orang-orang yang ghaib daripada kaum muslimin dan muslimat dengan berkat rahmat Mu wahai Tuhan yang Maha Penyayang. Semoga Allah memberi rahmat kepada junjungan kami Nabi Muhamad SAW dan juga ke atas seluruh keluarga dan para sahabatnya semua.”

Zikir hari arafah

Sebaik-baik doa dan zikir yang boleh diamalkan adalah seperti yang disebutkan dalam hadis sahih ini:

“Sebaik-baik doa adalah doa di hari Arafah, dan sebaik-baik zikir yang aku ucapkan dan juga diucapkan para nabi sebelumku adalah,

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِير

Bacaan rumi: La ilaaha illAllah wahdahu laa syariika lahu. Lahul mulku walahul hamdu wahuwa ‘ala kulli syai in qadir

Maksudnya: “Tidak ada yang berhak disembah selain Allah yang satu, tidak ada sekutu bagi Nya, milik Nya kekuasaan dan milik-Nya segala pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu.” – (Hadis Riwayat Al-Tirmizi)

Waktu afdhal berdoa

Bagi jemaah haji yang berada di Mekah, amalan ini bermula selepas gelincir matahari pada 9 Zulhijjah sehingga tenggelam matahari waktu maghrib. Manakala bagi umat Islam lain yang bukan jemaah haji boleh mengambil peluang tersebut untuk berdoa di tempat masing-masing sepanjang tempoh tersebut mengikut waktu dan zon negara atau kawasan masing-masing.

Syeikh Dr. Wahbah Az-Zuhaili rahimahullah dan kebanyakan ulama yang lain menyatakan hari Arafah adalah pada 9 Zulhijjah. Bermaksud, sepanjang hari 9 Zulhijjah ini keseluruhannya adalah doa mustajab.

Dalam masa yang sama, bagi orang-orang yang mengerjakan haji di Mekah, mereka perlu melaksanakan satu rukun haji yang dipanggil wukuf di Padang Arafah.

Kelebihan-kelebihan doa hari arafah

Membahas tentang kelebihan hari istimewa ini, ianya memang banyak, tinggi nilaiannya di sisi Allah dan membawa peristiwa tersendiri dalam agama Islam. Namun antara kelebihannya adalah seperti:

1. Hari Arafah adalah salah satu rukun daripada haji yang sangat penting.

2. Petanda waktu bahawa agama Islam telah sempurna.

3. Hari perayaan bagi semua umat Islam.

4. Dosa terampun setahun sebelum dan selepas apabila seseorang berpuasa pada hari tersebut.

5. Dibuka pintu keampunan dan perlepasan dari api neraka.

Kesimpulan

Diharapkan artikel berkenaan dengan doa hari arafah ini dapat memberikan anda informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk diguna pakai dalam kehidupan seharian serta dikongsikan bersama-sama orang lain.

Bacaan Doa yang lain

Doa Ketika Ziarah KuburDoa Lembutkan Hati
Doa Masuk dan Keluar MasjidDoa Tolak Bala
Doa Dipermudahkan UrusanDoa Untuk Pengantin Baru
Doa Masuk dan Keluar RumahDoa Khatam Al-quran
Doa Mudah TidurDoa Ketika Sedih
Doa PengasihDoa Ketika Mimpi Buruk
Doa Agar Dicintai AllahDoa Ketika Lupa
Doa Majlis PerkahwinanDoa Penenang Hati
Doa Saidatina FatimahDoa Agar Hujan Berhenti

Rujukan

1. Rahsia Di Sebalik Hari Arafah. Facebook Kaizen Caliph

2. Doa Hari Arafah: Kelebihan, Waktu Afdhal / Wukuf & Contoh Doa. Harian Post

3. Irsyad Al-Hadith Siri Ke-115: Kelebihan-Kelebihan Hari Arafah. Mufti Wilayah Persekutuan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

19 − nineteen =