Apakah bacaan doa untuk dimurahkan rezeki dan tips supaya rezeki murah? Artikel ini akan membincangkan bacaan doa yang sesuai untuk dimurahkan rezeki berserta tips dan cara supaya rezeki diberkati.
Selalu kita ingat rezeki ini berupa fizikal macam duit, rumah dan sebagainya. Namun begitu, rezeki ini hakikatnya adalah segala benda yang mendatangkan manfaat pada kita. Masa juga rezeki. Badan yang sihat juga adalah rezeki. Kefahaman tentang suatu ilmu, juga rezeki. Dan seterusnya.
Rezeki ada 2 jenis. Walaupun hakikatnya semua jenis rezeki sudah ditulis oleh Allah. Namun, di dunia ini, dengan ikhtiyar yang dikurniakan olehNya, ada rezeki yang diperoleh tidak dengan usaha, dan ada rezeki yang diperoleh dengan usaha.
Contohnya, rezeki yang tidak dengan usaha adalah seperti masa. Allah beri masa kepada manusia dengan selapang-lapangnya, maka apakah manusia itu bersyukur dengan masa ini dengan mengisi masa berbuat amal soleh, atau bagaimana?
Rezeki yang dengan usaha pula adalah seperti pemilikan harta. Bagaimana manusia itu ingin mendapatkan harta supaya boleh membayar nafkah kepada dirinya dan sesiapa yang di bawah tanggungannya jika tidak bekerja? Pastilah kena kerja. Baru dapat rezeki itu. Sebab itu ia digelar sebagai rezeki yang diperoleh melalui usaha.
Ada beberapa doa yang boleh kita amalkan supaya Allah kurniakan rezeki kepada kita sekaligus keberkatanNya.
Doa Murah Rezeki
1. Doa pada waktu pagi
Maksud: Ya Allah, aku memohon kepadaMu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik, dan amalan yang diterima
Doa ini diambil daripada hadis riwayat Ibnu Majah. Hadis ini disampaikan oleh Ummu Salamah yang mengajarkan kita tentang doa yang Rasulullah selalu baca pada waktu pagi, khususnya lepas Solat Subuh.
2. Doa kebahagiaan
Maksud: Ya Tuhan kami, berikanlah kami kebaikan di dunia dan di akhirat, dan lindungi kami daripada seksa api neraka. (Surah Al-Baqarah ayat 201)
Ini doa yang Allah ajarkan di dalam Al-Quran sendiri. Dalam hadis riwayat Muslim, pernah diceritakan. Rasulullah pergi melawat seorang sahabat yang sakit. Sebab kan sakit, sahabat itu kurus. Digambar dalam hadis, seperti anak burung. Rasulullah tanya, “Apakah kamu tidak berdoa meminta sesuatu daripada Allah?” Sahabat itu pun jawab, “Aku minta supaya Allah segerakan seksaan aku di akhirat untuk aku di dunia.” Rasulullah pun jawab, “Subhanallah, kau tidak mampu tanggung kalau begitu Maka tidak ucapkan Ya Tuhan kami, berikanlah kami kebaikan di dunia dan di akhirat, dan lindungi kami daripada seksa api neraka.” Sahabat pun doa begitu, akhirnya Allah menyembuhkannya.
3. Doa Rasulullah bacakan untuk Anas Bin Malik
Maksudnya: Ya Allah, banyakkanlah daku harta, anak dan berkatikanlah apa yang Engkau berikan padaku (Hadis riwayat Bukhari)
Doa dimurahkan rezeki ini merupakan salah satu doa yang diajarkan oleh Rasulullah kepada Anas Bin Malik untuk dibaca.
4. Doa untuk kecukupan
Ya Allah, berikanlah aku kecukupan dengan rezeki yang halal, sehingga aku tidak memerlukan yang haram, dan berikanlah aku kekayaan dengan kurniaanMu, sehingga aku tidak memerlukan bantuan orang lain selainMu (Hadis riwayat Ahmad)
5. Doa dari Surah Al-Maidah
رَبَّنَا أَنْزِلْ عَلَيْنَا مَائِدَةً مِنَ السَّمَاءِ تَكُوْنُ لَنَا عِيْدًا لِأَوَّلِنَا وَءَاخِرِنَا وَءَايَةً مِنْكَ وَارْزُقْنَا وَأَنْتَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ
Bacaan rumi: Rabbana anzil ‘alaina ma idatan minassama i takunu lana ‘idan li auwalina wa akhirina wa ayatam mink, war zuqna wa anta khairur razikin
Maksudnya: Ya Tuhan kami, turunkanlah kepada kami hidangan dari langit (yang hari turunnya) akan menjadi hari raya bagi kami yaitu bagi orang orang yang bersama kami dan yang sesudah kami, dan menjadi tanda bagi kekuasaan engkau, beri rezekilah kami, dan Engkaulah pemberi rezeki yang paling utama (Surah Al-Maidah ayat 114)
Doa ini dibaca oleh Nabi Isa AS.
Bagaimana ingin tambah rezeki dengan berkat
1. Bergantunglah kepada Allah sahaja
Dalam satu hadis pendek Rasulullah bersabda, barangsiapa yang bergantung (tawakkal) kepada Allah semata-mata, Allah akan cukupkan rezeki untuknya. (Dalam Hayatul Muslimeen)
Allah akan cukupkan rezeki kita apabila kita serahkan rezeki itu biarlah Dia yang beri. Usaha tetap usaha, tapi kita tak perlu risau akan kedatangan rezeki itu bila. Bertenang dan serahkan saja hal itu kepadaNya.
2. Perbanyakkan istighfar
Rasulullah bersabda, “Barangsiapa yang melazimi (sentiasa) istighfar, Allah SWT menjadikan untuknya bagi setiap kesempitan itu jalan keluar, setiap kebimbangan itu kelapangan dan Allah juga mengurniakan kepadanya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.” (Hadis riwayat Abu Daud)
Banyak ayat dalam Quran dan hadis yang menceritakan tentang kelebihan beristighfar. Contohnya, dalam Quran diceritakan kalau nak hujan (apabila dah lama kemarau), beristighfarlah kata Allah di dalam Surah Hud. Surah Nuh juga merekodkan perkara yang sama.
3. Bersedekah
Allah berfirman di dalam Surah Al-Baqarah 261, “Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurniaanNya) lagi Maha Mengetahui.”
Allah akan gandakan lagi kebaikan kepada kita apabila kita berkongsi rezeki sedia ada kepada orang lain juga. Ringan-ringankanla tangan untuk memberi. Buat yang paling dekat dengan kita. Saudara mara.
Atau, bila kita order makanan melalui Grabfood contohnya, bolehlah kita bagi ‘tip’ kepada rider tersebut. Itu contoh terdekat
Diharapkan artikel doa dimurahkan rezeki ini dapat diamalkan oleh para pembaca dan mendapat manfaat.
Bacaan Doa yang lain
Rujukan
- 7 Ways to Get Sustenance. (n.d.). Retrieved from Yatimmandiri
- Hakim, L. (2020). The Concept of Rizq (Sustenance) In Islam. Retrieved from Muslim.sg
- Husaini, A. (2013). The Concept of Rizq (Sustenance) In Islam. Retrieved from Apprentice
- IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-385: KELEBIHAN ISTIGHFAR PADA PAGI HARI JUMAAT. (2019). Retrieved from Laman Web Rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
- Patel, S. (2017). 12 Ways To Increase Barakah In Your Sustenance. Retrieved from Medium
- Zulkifli, M. (2012). Ganda Kekayaan Dengan Bersedekah. Retrieved from MohdZulkifli