Skip to content

Niat & Cara Solat Sunat Istikharah (Panduan Lengkap)

solat sunat istikharah

Solat Istikharah merupakan salah satu wasilah atau medium yang diajarkan oleh baginda Nabi Muhammad SAW kepada para sahabat dalam membuat suatu pilihan atau ketika berada di dalam keadaan gusar, gelisah dan gundah gulana.

Maksud Istikharah


Solat Istikharah sendiri terdiri daripada dua gabungan kata yang bermaksud dari segi bahasa fiqh:

  • Solat                    : Doa
  • Istikharah            : Meminta kebaikan.

Perkataan istikharah sendiri merupakan pecahan daripada kata asal iaitu Khayr (خير)  yang membawa maksud “kebaikan”, jika ditambah alif, sin dan ta’ ia akan menjadi Istikharah (استخارة) yang bermaksud “memohon kebaikan”. Setiap perkataan yang memiliki pertambahan 3 huruf ini, ia akan membawa maksud “memohon” seperti Istighfar (استغفار) iaitu memohon keampunan dan Istisqa’ (استسقاء) iaitu memohon hujan.

Daripada gabungan dua perkataan tersebut, kita dapat mengetahui bahawa Solat Istikharah merupakan antara medium perantara untuk kita memohon petunjuk daripada Allah SWT.

Solat ini menjadi sebuah keperluan bagi manusia setelah berhempas pulas dan berusaha sehabis mungkin untuk mendapatkan pilihan-pilihan keputusan yang akan dibuat.

Ia juga dibuat selepas penilaian dari aspek manusiawi dilakukan termasuklah dengan kaedah istisyarah (bermesyuarat / berbincang) dengan orang-orang yang berkenaan. 

Penting sangat ke Istikharah ni?


Istikharah dalam masyarakat kita sinonim sebagai penentu jodoh yang terbaik. Tetapi ingat, istikharah merupakan salah satu cara untuk menentukan sesuatu keputusan itu betul atau tidak, bukan hanya tertakluk kepada pemilihan jodoh semata-mata

Seperti yang diriwayatkan daripada Jabir bin Abdullah di dalam Sunan At-Tirmidzi bahawa Rasulullah SAW bersabda:

كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُعَلِّمُنَا الاِسْتِخَارَةَ فِي الأُمُورِ كُلِّهَا كَمَا يُعَلِّمُنَا السُّورَةَ مِنَ القُرْآنِ ، يَقُولُ : إِذَا هَمَّ أَحَدُكُمْ بِالأَمْرِ فَلْيَرْكَعْ رَكْعَتَيْنِ مِنْ غَيْرِ الفَرِيضَةِ ، ثُمَّ لِيَقُلْ : اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَخِيرُكَ بِعِلْمِكَ ، وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ ، وَأَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ العَظِيمِ ، فَإِنَّكَ تَقْدِرُ وَلاَ أَقْدِرُ ، وَتَعْلَمُ وَلاَ أَعْلَمُ ، وَأَنْتَ عَلاَّمُ الغُيُوبِ ، اللَّهُمَّ إِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ خَيْرٌ لِي فِي دِينِي وَمَعِيشَتِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي ، أَوْ قَالَ : فِي عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ ، فَيَسِّرْهُ لِي ، ثُمَّ بَارِكْ لِي فِيهِ ، وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ شَرٌّ لِي فِي دِينِي وَمَعِيشَتِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي ، أَوْ قَالَ : فِي عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ ، فَاصْرِفْهُ عَنِّي ، وَاصْرِفْنِي عَنْهُ ، وَاقْدُرْ لِي الخَيْرَ حَيْثُ كَانَ ، ثُمَّ أَرْضِنِي بِهِ ، قَالَ : وَيُسَمِّي حَاجَتَهُ.

Maksudnya :” Rasulullah saw pernah mengajarkan kami tentang memohon pilihan bagi semua perkara (istikharah) sepertimana Baginda mengajarakan kami surah daripada al-Quran. Baginda bersabda : Jika salah seorang dari kalian gusar tentang satu perkara maka rukuklah dua rakaat selain dari yang fardu. Kemudian katakanlah : Ya Allah, aku memohon pilihan dengan ilmu-Mu, aku memohon kekuatan dengan kekuatan-Mu, Aku juga memohon daripada limpahan-Mu yang Agung. Engkau mampu sedangkan aku tidak. Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak tahu. Engkau Maha Tahu tentang perkara yang ghaib. Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa perkara ini baik untuk untuk agamaku, kehidupanku dan penghujungku. Ataupun Nabi bersabda : sama ada perkara yang segera atau yang lambat. Maka permudahkanlah urusanku dan berkatilah aku dalam urusan tersebut. Jika Engkau tahu bahawa perkara ini buruk bagiku pada agamaku, kehidupanku dan penghujung hidupku. Ataupun Baginda bersabda : sama ada yang segera atau yang lambat. Maka, jauhkanlah ia dariku dan jauhkan aku darinya. Dan tentukan bagiku yang terbaik kemudian redhailah aku dengannnya. Kemudian Baginda bersabda : Orang itu (boleh) menyatakan hajatnya.”

– HR At-Tirmidzi (480)

Al-Haithami mengatakan, jika hati belum diberi petunjuk tentang sesebuah pilihan, maka hendaklah ia mengulangi Solat Istikharah sehingga 7 kali sehingga engkau memperoleh petunjuk daripada salah satu pilihan yang engkau miliki. Pendapat ini merujuk kepada sebuah riwayat daripada Anas bahawa Rasulullah SAW mengatakan kepadanya:

إِذَا هَمَّمْتَ بِأَمْرٍ فَاسْتَخِرْ رَبَّكَ فِيْهِ سَبْعَ مَرَّاتٍ، ثُمَّ انْظُرْ إِلَى الَّذِي سَبَقَ إِلَى قَلْبِكَ فَإِنَّ الخَيْرَ فِيْهِ

Maksudnya: “Jika engkau melalui sesuatu urusan, maka beristikharahlah (memohon petunjuk) kepada Tuhanmu tentang urusan tersebut sebanyak tujuh kali. Kemudian lihatlah pada apa yang mendahului di dalam hatimu, sesungguhnya terdapat kebaikan padanya.”

– Tafsir Al-Maraghi

Akan tetapi para ulama’ mazhab Syafi’i mengatakan, tiada pembatasan rakaat dalam melaksanakan Solat Istikharah kerana ia sangat dianjurkan untuk melakukannya sehingga seseorang itu mendapat petunjuk.

Waktu Terbaik Solat Istikharah


Waktu terbaik untuk kita memanjatkan permohonan kepada Allah SWT adalah dikala manusia lain sedang berehat. Sepertiga akhir malam menjadi waktu paling dianjurkan kerana ia adalah antara waktu yang mustajab.

Selain dari itu, tunaikanlah juga Solat Tahajjud dan Solat Taubat pada malam itu untuk mendapat keampunan dari Allah.

Niat Solat Istikharah


Bacaan Rumi Niat solat Istikharah:

Usolli sunnatal istikharati rak’ataini lillahi taala

Maksudnya: “Sahaja aku solat sunat Istikharah 2 rakaat kerana Allah Taala”

CARA SOLAT ISTIKHARAH

Dibawah ini merupakan cara melakukan solat Istikharah mengikut langkah yang betul

Rakaat Pertama

1. Berdiri Tegak dan Niat di dalam hati

Sebelum mengangkat takbir, lintaskan niat untuk melakukan solat sunat istikharah di dalam hati

Bacaan Rumi Niat solat Istikharah:

Usolli sunnatal istikharati rak’ataini lillahi taala

Maksudnya: “Sahaja aku solat sunat Istikharah 2 rakaat kerana Allah Taala”


2. Takbiratul Ihram

Takbiratul Ihram dengan mengangkat kedua-dua tangan sambil menyebut

“Allahu akbar”

Maksud: Allah Maha Besar

Kemudian perlu meletakkan kedua tangan pada bahagian atas pusat dimana tangan kanan perlu diatas tangan kiri.


3. Membaca Doa Iftitah

Doa ini sunat dibaca. Boleh sahaja terus membaca surah Fatihah tanpa membaca doa ini.

Maksudnya: Allah Maha Besar, segala puji bagi Allah. Maha Suci Allah pagi dan petang. Aku hadapkan mukaku kepada Tuhan yang menciptakan langit dan bumi, hal keadaannya bersih dalam Islam. Tidaklah aku dari golongan orang-orang yang mensyirikkan Tuhan. Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidup dan matiku bagi Allah, Tuhan yang memiliki alam keseluruhannya. Tidak ada bersekutu dengan-Nya sesuatu dan dengan demikian aku disuruh dan aku daripada golongan muslimin.


4. Membaca Surah Al-Fatihah

Setelah membaca doa iftitah, anda perlulah membaca surah al-fatihah

Maksudnya; “Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah,Tuhan semesta alam. Maha Pemurah,Maha Penyayang. Memiliki hari Pembalasan. Hanya kepada Engkaulah kami menyembah,dan hanya kepada Engkau kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus, (iaitu) jalan orang –orang yang telah Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang murka, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.


5. Membaca surah atau mana-mana ayat pilihan di dalam al-quran

Setelah bacaan surah al-fatihah, anda boleh membaca mana-mana surah di dalam Al-Quran. Bagi mereka yang baru sahaja belajar solat, anda boleh membaca surah Al-Asr seperti dibawah.

Maksudnya: Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat-menasihati supaya menetapi kesabaran


6. Rukuk sambil bertakbir (lafaz Allahu akbar).

Bacaan rukuk:

bacaan rukuk

“Subhaa na rabbiyal a’zimi wabihamdih” (diulang sebanyak tiga (3) kali)

Maksudnya: Maha Suci Tuhanku Yang Maha Besar dengan segala sifat-Nya yang terpuji.

Nota: Kedua-dua tangan kita terletak atas lutut kedua-dua kaki.


7. I’tidal sambil mengucapkan,

“Sami’allahu liman hamidahu robbana lakalhamdu”

Maksudnya: Allah mendengar perkataan mereka yang memuji-Nya. Ya Tuhan Kami, untuk-Mu segala pujian.

Nota: Bediri tegak dan kedua-dua tangan berada di sisi.


8. Sujud sambil bertakbir.

Bacaan sujud:

bacaan-sujud

“Subhana rabbiyal a’la wabihamdih”

Maksudnya: Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya.

Nota: Kedua-dua tapak tangan terletak atas lantai/sejadah separas bahu.


9. Duduk antara dua sujud sambil bertakbir.

Bacaan duduk antara dua sujud:

“Rabbigfirli warhamni wajburni warfagni warzuqni wahdini wa a’fini wa’fu anni “

Maksudnya: Wahai Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, lindungilah aku dan angkatlah darjatku berilah aku rezeki, dan berilah petunjuk kepadaku, afiatkanlah aku dan ampunilah aku.

Nota: Kedua-dua tangan terletak atas kedua-dua peha.


10. Sujud kembali sambil bertakbir.

Bacaan sujud sama seperti di atas.


Rakaat Kedua

1. Berdiri daripada sujud sambil bertakbir.


2. Membaca surah al-Fatihah sehingga habis.

Bacaan seperti pada rakaat pertama

Nota: Tangan ketika qiyam adalah di bawah dada.


3. Membaca surah atau ayat-ayat lain di dalam al-Quran

Anda boleh baca surah al-kafirun atau membaca surah lain.

“Bismillahirahmanirahim. Qul ya ayyuhal kafirun. La a’buduma ta’budun. Wa la antum ‘abidunama a’bud. Wa la ana ‘abidumma ‘abadtum. Wa la antum ‘abidunama a’bud. Lakum dinukum waliyadin.”

Maksudnya, “Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Katakanlah (Muhammad),”Wahai orang-orang kafir! Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah, dan kamu bukan penyembah apa yang aku sembah, dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kau sembah, dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah apa yang aku sembah. Untukmu agamamu, untukku agamaku.”


4. Rukuk dan bacaannya sama seperti rakaat pertama


5. I’tidal dan bacaanya sama seperti rakaat pertama


6. Sujud dan bacaannya sama seperti rakaat pertama


7. Duduk di antara dua sujud dan bacaannya sama seperti rakaat pertama


8. Sujud balik semula dan bacaannya sama seperti rakaat pertama


9. Duduk Tahiyat Akhir

Bacaan untuk tahiyat akhir adalah:

“Attahiyatu mubarakatus solawatut toyyiba tulillah, assalamualaika ayyuhan nabi yu warah matullahi wabarakatuh, assalamualaina wa ‘ala ibadillah hissolihin. Ashhadualla ilaha illallah wa ashhadu anna muhammadar rasulullah. Allahumma solli ‘ala muhammad wa ‘ala ali muhammad, kama sollai taala ibrahim wa ‘ala ali Ibrahim. Wa barik ‘ala Muhammad wa ‘ala ali Muhammad, kama barak taala Ibrahim wa ‘ala ali ibrahim fil ‘alamina innaka hamidum majid.”

Segala kehormatan, keberkatan, segala doa (solat) dan kebaikan untuk Allah, keselamatan, rahmat Allah dan berkatNya tetap kepadamu ya Nabi. Keselamatan mudah-mudahan tetap kepada kami dan hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah. Dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad SAW ialah pesuruh Allah. Ya Allah, berilah rahmat kepada Penghulu kami Nabi Muhammad dan keluarga Nabi Muhammad. Sebagaimana Engkau merahmati Nabi Ibrahim dan keluarga Nabi Ibrahim. Dan berkahilah Nabi Muhammad dan keluarga Nabi Muhammad. Sebagaimana Engkau memberhati Nabi Ibrahim dan keluarga Nabi Ibrahim. Di alam semesta ini, Engkau sahajalah Yang Paling Terpuji dan Yang Paling Mulia.

10. Memberi Salam

Setelah memberi salam, bacalah doa dan mohonlah petunjuk daripada Allah SWT

Doa Istikharah (Panduan Rumi)


Doa Istikharah ini agak panjang sedikit. Tetapi ia mengandungi lenggok doa yang memanjatkan puji-pujian kepada Allah SWT di awalnya serta merendahkan diri kita sebelum kita menyampaikan hajat. Doanya berbunyi begini:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَخِيرُكَ بِعِلْمِكَ ، وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ ، وَأَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ العَظِيمِ ،

Allahumma inni astakhiruka bi’ilmik, wa astaqdiruka biqudratik, wa as aluka min fadhlikal ‘azim

Maksudnya: “Ya Allah, aku memohon pilihan dengan ilmu-Mu, aku memohon kekuatan dengan kekuatan-Mu, Aku juga memohon daripada limpahan-Mu yang Agung

فَإِنَّكَ تَقْدِرُ وَلاَ أَقْدِرُ ، وَتَعْلَمُ وَلاَ أَعْلَمُ ، وَأَنْتَ عَلاَّمُ الغُيُوبِ ،

Fainnaka taqdiru wa la aqdar, wa ta’lamu wala a’lam, wa anta ‘allamul ghuyub

Engkau mampu sedangkan aku tidak. Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak tahu. Engkau Maha Tahu tentang perkara yang ghaib.

اللَّهُمَّ إِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ خَيْرٌ لِي فِي دِينِي وَمَعِيشَتِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي ، فَيَسِّرْهُ لِي ، ثُمَّ بَارِكْ لِي فِيهِ

Allahumma inni kuntu ta’lam anna haza amru khairun li fi dini wa ma ‘i shati wa ‘a qibati amri, fa yassir hu li summa barik li fih

Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa perkara ini baik untuk untuk agamaku, kehidupanku dan penghujungku. Maka permudahkanlah urusanku dan berkatilah aku dalam urusan tersebut.

وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ شَرٌّ لِي فِي دِينِي وَمَعِيشَتِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي

Wa in kunta ta’lam anna hazal amru sharrun fi di ni wa ma i’shati wa ‘aqibati amri

Jika Engkau tahu bahawa perkara ini buruk bagiku pada agamaku, kehidupanku dan penghujung hidupku.

فَاصْرِفْهُ عَنِّي ، وَاصْرِفْنِي عَنْهُ ، وَاقْدُرْ لِي الخَيْرَ حَيْثُ كَانَ ، ثُمَّ أَرْضِنِي بِهِ

Fasfir hu ‘anni, wasrif ni ‘anh, waqdu lil haira haithu kana summa ardhini bih

Maka, jauhkanlah ia dariku dan jauhkan aku darinya. Dan tentukan bagiku yang terbaik kemudian redhailah aku dengannnya.”

Selepas membaca doa ini, katakanlah hajat yang ingin disampaikan. Hajat boleh disampaikan dalam apa jua bahasa yang mudah bagi kita kerana Nabi tidak mengkhususkan doa umatnya dalam mana-mana bahasa. Ia merupakan satu kebebasan asalkan doanya bersifat kebaikan.

Penutup


Secara kesimpulannya, Solat Istikharah dapat dilakukan dalam apa jua urusan.

Ia bukanlah terhad kepada urusan jodoh semata, ia menjadi salah satu faktor penentu dalam urusan kita seharian seperti mencari pekerjaan, membeli rumah, membuat apa jua perancangan dan pendorong untuk kita memperoleh ketenangan.

Selagi kita merasa resah gelisah sebelum membuat keputusan, maka solatlah Istikharah. Kerana Allah SWT sahajalah yang Maha Mengetahui tentang kebaikan dan keburukan sesuatu perkara.

Cara solat sunat yang lain

Solat Sunat DhuhaSolat Hajat
Solat TaubatSolat Witir
Solat Sunat WudukSolat Tahajjud
Solat TasbihSolat Sunat Ihram
Solat AidiladhaSolat Sunat Tahiyatul Masjid
Solat Sunat Gerhana Matahari dan BulanSolat Minta Turun Hujan
Solat Sunat TawafSolat Sunat Nikah
Solat Sunat MusafirSolat Jenazah
Solat IstikharahSolat Sunat Rawatib
Solat IsyraqSolat Aidilfitri

Rujukan:

  1. Apa itu Istikharah – Mufti WP
  2. Bab Al-Idhah, Tafsir Al-Maraghi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ten + 13 =