Skip to content

Kisah Nabi Yunus, Ikan Nun dan Kaum-nya

Kisah nabi yunus, ikan nun dan kaum-nya

Nabi Yunus AS merupakan Nabi dan Rasul yang diutuskan oleh Allah SWT untuk memberi petunjuk pada manusia ke jalan yang benar.

Kisahnya tidak banyak diceritakan di dalam Al-Quran seperti kisah nabi-nabi yang lain seperti Nabi Musa AS, Nabi Yusuf, Nabi Adam AS dan Nabi-nabi yang lain. Baginda AS diberi gelaran Dhan-Nun yang bermaksud Peneman Ikan Nun.

An-Nun bermaksud ikan besar iaitu ikan paus. Nabi Yunus bin Matta diutus oleh Allah SWT untuk berdakwah kepada penduduk Ninawa yang terletak dalam Wilayah Mawsul, Iraq. Sebagaimana firman Allah SWT :

وَإِنَّ يُونُسَ لَمِنَ ٱلۡمُرۡسَلِينَ  ١٣٩

Maksudnya : “Sesungguhnya Yunus benar-benar salah seorang rasul” (As-Soffat : 139)

Nabi Yunus AS Berdakwah Pada Kaum Ninawa


Baginda telah diangkat sebagai nabi Allah dan Allah telah menghantar baginda kepada kaum Mosul di Iraq yang juga dikenali sebagai Ninawa. Kaum Ninawa terdiri daripada lebih 100 ribu orang.

Nabi Yunus telah menyeru kepada kaum Ninawa untuk menyembah Allah  SWT dan bukan selain dariNya. Berkali-kali Baginda AS menyeru kepada kaumnya untuk beriman kepada Allah, namun seperti nabi-nabi sebelumnya, kaum nabi Yunus menolak ajaran Islam.

Baginda AS memberi amaran kepada kaum Ninawa untuk takut kepada hukuman Allah SWT namun sama sahaja, mereka tetap menolak. Seruan Nabi Yunus kepada penduduk Ninawa supaya beriman kepada Allah SWT dan meninggalkan penyembahan berhala tidak dihiraukan malah mereka berkata :

“Alasan apakah yang membenarkan kami meninggalkan agama yang diwariskan oleh nenek moyang kami dan menggantikannya dengan agama barumu?”

Nabi Yunus menjadi marah dan putus asa untuk berdakwah kepada kaum Ninawa yang degil. Baginda AS membuat keputusan untuk pergi jauh dari Mosul untuk berdakwah kepada kaum lain.

Maka Baginda AS memulakan perjalanannya ke tepi laut untuk menyeberangi lautan untuk pergi ke negara lain. Nabi Yunus berdoa kepada Allah SWT supaya menjatuhkan azab ke atas penduduk Ninawa. Sebagaimana firman Allah SWT :

فَٱسۡتَجَبۡنَا لَهُۥ وَنَجَّيۡنَٰهُ مِنَ ٱلۡغَمِّۚ وَكَذَٰلِكَ نُ‍ۨجِي ٱلۡمُؤۡمِنِينَ  ٨٨

Maksudnya : “Maka Kami telah memperkenankan doanya dan menyelamatkannya dari pada kedukaan. Dan demikianlah Kami selamatkan orang-orang yang beriman” (Al-Anbiya’ : 88)

Semasa Baginda dalam perjalanan ke tepi laut, Allah SWT datangkan azabNya kepada kaum Ninawa. Seluruh kaum Ninawa melihat ke langit dan mereka mula menangis ketakutan kerana langit yang cerah beubah menjadi gelap gelita dan sangat menggerunkan. Mereka teringat amaran-amaran yang seringkali disebut oleh Nabi Yunus tentang hukuman Allah SWT.

Mereka bertaubat seikhlas hati dan semuanya menangis, baik lelaki, wanita serta kanak-kanak. Nabi Yunus satu-satunya nabi di mana seluruh kaumnya bertaubat dan beriman kepada Allah. Maka Allah tarik balik azabNya kerana tiada seorang pun di antara mereka yang tidak bertaubat kepada Allah sebagaimana firman Allah SWT :

فَلَوۡلَا كَانَتۡ قَرۡيَةٌ ءَامَنَتۡ فَنَفَعَهَآ إِيمَٰنُهَآ إِلَّا قَوۡمَ يُونُسَ لَمَّآ ءَامَنُواْ كَشَفۡنَا عَنۡهُمۡ عَذَابَ ٱلۡخِزۡيِ فِي ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا وَمَتَّعۡنَٰهُمۡ إِلَىٰ حِينٖ  ٩٨

Maksudnya : “Dan mengapa tidak ada (penduduk) suatu kota yang beriman, lalu imannya itu bermanfaat kepadanya selain kaum Yunus? Tatkala mereka (kaum Yunus itu), beriman, Kami hilangkan dari mereka azab yang menghinakan dalam kehidupan dunia, dan Kami beri kesenangan kepada mereka sampai kepada waktu yang tertentu.” (Yunus : 98)

Semasa dalam perjalanan, Nabi Yunus terjumpa sebuah kapal yang sarat di tebing sungai lalu Nabi Yunus melompat masuk ke dalam kapal tersebut dan kapal itu memulakan perjalanannya. Sebagaimana firman Allah SWT :

إِذۡ أَبَقَ إِلَى ٱلۡفُلۡكِ ٱلۡمَشۡحُونِ  ١٤٠

Maksudnya : “(ingatlah) ketika ia lari, ke kapal yang penuh muatan,”  (As-Soffat : 140)

Tiba-tiba kapal yang dinaiki oleh Nabi Yunus telah dirempuh oleh ombak besar dan angin kencang lalu tidak boleh belayar. Para penumpang mengadakan undian. Nama yang terpilih hendaklah terjun ke dalam laut bagi mengurangkan beban muatan kapal.

Apabila undian dicabut, nama Nabi Yusuf yang keluar pada undian pertama, kedua dan ketiga. Nabi Yunus sedar bahawa ini bukanlah kebetulan namun ketentuan Allah, maka Baginda AS pun terjun ke dalam laut dan Allah SWT memerintahkan ikan nun menelannya. Sebagaimana firman Allah SWT :

فَسَاهَمَ فَكَانَ مِنَ ٱلۡمُدۡحَضِينَ  (١٤١) فَٱلۡتَقَمَهُ ٱلۡحُوتُ وَهُوَ مُلِيمٞ  (١٤٢)

Maksudnya : “Kemudian ia ikut berundi lalu dia termasuk orang-orang yang kalah dalam undian. (141) Maka ia ditelan oleh ikan besar dalam keadaan tercela. (142)” (As-Soffat : 141-142)

Nabi Yunus AS Ditelan Ikan Nun


Nabi Yunus yang berada dalam perut ikan nun merasa sedih lalu memohon keampunan kepada Allah dengan berdoa :

لَّآ إِلَٰهَ إِلَّآ أَنتَ سُبۡحَٰنَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ ٱلظَّٰلِمِينَ

Maksudnya : “Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim”

Nabi Yunus hidup di dalam perut ikan nun selama 40 hari. Selama 40 hari baginda bertasbih dan berdoa kepada Allah sehingga baginda menjadi semakin lemah. Akhirnya Allah SWT memperkenankan doanya dengn memerintahkan ikan nun memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai dan Baginda AS keluar dalam keadaan sakit seperti firman Allah SWT :

۞فَنَبَذۡنَٰهُ بِٱلۡعَرَآءِ وَهُوَ سَقِيمٞ  ١٤٥

Maksudnya : “Kemudian Kami lemparkan dia ke daerah yang tandus, sedang ia dalam keadaan sakit” (As-Soffat : 145)

Badan Baginda AS lembik dan kulitnya dipenuhi ruam, kemudian Allah SWT menumbuhkan sebuah pohon melingkar di sebelah tempat Nabi Yunus terbaring dalam firman Allah SWT :

وَأَنۢبَتۡنَا عَلَيۡهِ شَجَرَةٗ مِّن يَقۡطِينٖ  ١٤٦

Maksudnya : “Dan Kami tumbuhkan untuk dia sebatang pohon dari jenis labu” (As-Soffat : 146)

Nabi Yunus pun dapat makanan dari tumbuhan itu dan apabila daunnya yang lebar menyentuh kulit Baginda , ia berasa sangat nyaman dan lembut serta menyembuhkan daripada sakit ruam yang dialaminya. Tumbuhan itu juga menjadi tempat berteduh sementara Baginda AS menyembuhkan diri.

Apabila Nabi Yunus sembuh, Baginda AS kembali semula kepada kaumnya untuk berdakwah dan baginda terkejut melihat seluruh kaumnya sudah beriman kepada Allah SWT. Mereka juga menyambutnya dengan kepatuhan sebagaimana firman Allah SWT :

فَ‍َٔامَنُواْ فَمَتَّعۡنَٰهُمۡ إِلَىٰ حِينٖ  ١٤٨

Maksudnya : “Lalu mereka beriman, karena itu Kami anugerahkan kenikmatan hidup kepada mereka hingga waktu yang tertentu.” (As-Soffat : 148)

Pengajaran Daripada Kisah Baginda AS dan Ikan Nun


1. Mendidik untuk brsifat sabar

Kita sebagai pendakwah haruslah bersabar mengawal emosi dalam meneruskan dakwah seperti dalam firman Allah SWT :

ٱدۡعُ إِلَىٰ سَبِيلِ رَبِّكَ بِٱلۡحِكۡمَةِ وَٱلۡمَوۡعِظَةِ ٱلۡحَسَنَةِۖ وَجَٰدِلۡهُم بِٱلَّتِي هِيَ أَحۡسَنُۚ

Maksudnya : “Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik” (An-Nahl : 125)

2. Segera sedar akan kesalahan yang dilakukan

Kita hendaklah segara bertaubat di atas segala kesalahan dan kesilapan yang dilakukan sebagaimana sabda Rasulullah SAW :

كُلُّ ابْنِ آدَمَ خَطَّاءٌ وَخَيْرُ الْخَطَّائِينَ التَّوَّابُونَ

Maksudnya : “Setiap anak Adam pasti sering melakukan dosa dan kesalahan, dan sebaik-baik orang yang berdosa adalah orang yang rajin bertaubat.”      (HR Tirmidzi dan Ibnu Majah)

3. Allah kurniakan kebahagiaan buat mereka yang mengingatiNya

Allah kurniakan kebahagiaan kepada mereka yang ingin kembali kepadaNya dengan ikhlas seperti firman Allah SWT :

فَ‍َٔامَنُواْ فَمَتَّعۡنَٰهُمۡ إِلَىٰ حِينٖ  ١٤٨

Maksudnya : “Lalu mereka beriman, karena itu Kami anugerahkan kenikmatan hidup kepada mereka hingga waktu yang tertentu.” (As-Soffat : 148)

Kisah Nabi yang lain

Nabi AdamNabi Idris
Nabi NuhNabi Hud
Nabi SolehNabi Ibrahim
Nabi LuthNabi Ismail
Nabi IshakNabi Yaakub
Nabi YusufNabi Ayub
Nabi Syu’aibNabi Musa
Nabi HarunNabi Zulkifli
Nabi DaudNabi Sulaiman
Nabi IlyasNabi Ilyasa
Nabi YunusNabi Zakaria
Nabi YahyaNabi Isa
Nabi Muhammad

1 thought on “Kisah Nabi Yunus, Ikan Nun dan Kaum-nya”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

11 + seventeen =