Bagaimanakan mengerjakan solat sunat tawaf?
Artikel ini akan membincangkan cara mudah untuk melakukan solat sunat tawaf dan panduan yang boleh anda ikuti
Adakah anda bakal menunaikan umrah atau haji dalam masa yang terdekat? Jika ya, anda perlu mengambil tahu tentang ibadah tawaf dan ibadah yang berkaitan dengannya. Apakah yang boleh dilakukan selepas mengerjakan tawaf di Masjidil Haram? Antara yang anda boleh lakukan ialah mendirikan solat sunat tawaf.
Waktu Solat Sunat Tawaf
Solat sunat tawaf ialah solat sunat yang didirikan oleh seseorang selepas mengerjakan ibadah tawaf tujuh kali pusingan dengan keyakinan yang baik di sekeliling Kaabah.
Telah diriwayatkan daripada Ibnu ‘Umar radhiallahu’ anh, dia berkata:
قَدِمَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَطَافَ بِالْبَيْتِ سَبْعًا ثُمَّ صَلَّى خَلْفَ الْمَقَامِ رَكْعَتَيْنِ. وَطَافَ بَيْنَ الصَّفَا وَالْمَرْوَةِ. وَقَالَ: لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ.
Maksudnya: “Suatu ketika Rasulullah ﷺ tiba dan melakukan tawaf di Baitullah sebanyak tujuh pusingan lalu solat dua rakaat di belakang Maqam Ibrahim kemudian saie di antara Shafa dan Marwah. Lalu dia (Ibnu ‘Umar) berkata: “Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu terdapat contoh ikutan yang baik.” (al-Ahzaab 33 : 21) – [Hadis Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim r.a.]
Bilangan Rakaat dan Tempat Solat
Berdasarkan hadis di atas, bilangan rakaat bagi solat sunat tawaf ialah dua (2) rakaat dan sebaik-baik tempat solat ialah di belakang Makam Ibrahim.
Keutamaan untuk mendirikan solat sunat tawaf akan berkurangan sekiranya tidak dapat mengerjakan di belakang Makam Ibrahim. Maka, seseorang tersebut boleh mendirikan solat sunat tawaf mengikut urutan yang afdhal bermula di kawasan Hijr Ismail yang terletak di bawah pancuran air (al-Mizab), kemudian di mana-mana kawasan Masjidil Haram dan kemudian di mana-mana tempat di tanah haram, dan kemudian di mana-mana tempat yang dikehendakinya selain tempat yang telah disebutkan itu.
Cara Solat Sunat Tawaf
Cara mengerjakan solat sunat tawaf ini sama sahaja perbuatannya seperti solat sunat 2 rakaat yang lain. Yang beza solat sunat tawaf dengan yang lain ialah niatnya sahaja.
Rakaat Pertama
1. Takbiratul Ihram
Melafazkan Allahuakbar(اللَّهُ أَكْبَر) berserta niat di dalam hati. Lafaz niatnya adalah:
Bacaan rumi: Usolli sunnatat tawafi rak’ataini lillahi taala
Maksudnya: Sahaja aku solat sunat tawaf dua rakaat kerana Allah taala.
2. Membaca surah Al-Fatihah
Maksudnya : “Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang (1) Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam (2) Maha Pemurah lagi Maha Penyayang (3) Yang menguasai di Hari Pembalasan (4) Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan (5) Tunjukilah kami jalan yang lurus (6) Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat (7)”
3. Membaca surah pilihan
Boleh membaca Surah al-Kafirun seperti dibawah ataupun mana-mana surah di dalam Al-Quran:
Maksudnya : “Katakanlah: “Hai orang-orang kafir (1) Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah (2) Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah (3) Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah (4) dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah (5) Untukmu agamamu, dan untukkulah, agamaku (6)”
4. Rukuk
Bacaannya adalah:
Maksudnya :“Maha suci Tuhanku yang Maha Agung dan segala puji bagiNya.”
5. Iktidal
Bacaannya adalah:
Maksudnya : “Sesungguhnya Allah Maha Mendengar orang yang memujiNya”. Tuhan kami bagimu segala pujian
6. Sujud Pertama
Bacaannya adalah:
Maksudnya :“Maha suci Tuhanku yang Maha Tinggi dan segala puji bagiNya.”
7. Duduk diantara dua sujud.
Bacaannya adalah:
Maksudnya : “Wahai Tuhanku, ampunkan dosaku, rahmati aku, bantulah aku, tinggikan darjatku, berikan rezeki kepadaku, berikan petunjuk kepada ku, lindungi aku dan ampunkan aku.”
8. Sujud Kedua
Bacaannya adalah:
Maksudnya :“Maha suci Tuhanku yang Maha Tinggi dan segala puji bagiNya.”
9. Berdiri semula untuk masuk rakaat kedua
Rakaat Kedua
1. Membaca surah Al-Fatihah sama seperti rakaat pertama
2. Membaca surah pilihan
Membaca surah Al-Ikhlas seperti dibawah atau mana-mana surau dalam Al-Quran.
Maksudnya : “Katakanlah: “Dialah Allah, Yang Maha Esa (1) Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu (2) Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan (3) dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia (4)”
3. Rukuk dan bacaannya sama seperti rakaat pertama
4. I’tidal dan bacaanya sama seperti rakaat pertama
5. Sujud dan bacaannya sama seperti rakaat pertama
6. Duduk di antara dua sujud dan bacaannya sama seperti rakaat pertama
7. Sujud dan bacaannya sama seperti rakaat pertama
8. Duduk Tahiyat akhir
Bacaannya adalah:
Maksudnya : “Segala ucapan selamat yang berkat-berkat (berganda-ganda) dan doa yang baik-baik semuanya untuk Allah. Selamat sejahtera atasmu wahai Nabi dan rahmat Allah dan keberkatanNya. Dan selamat sejahtera atas kita dan juga hamba-hamba Allah yang baik-baik. Aku mengaku bahawa tiada tuhan melainkan Allah. Dan aku mengaku bahawa Nabi Muhammad itu utusan Allah. Ya Allah anugerahkanlah kesejahteraan atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarga Nabi Muhammad. Seperti yang Engkau telah anugerahkan kesejahteraan atas Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Dan berkatilah Nabi Muhammad dan keluarga Nabi Muhammad. Seperti yang Engkau telah berkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau maha terpuji lagi maha tinggi.”
9. Memberi Salam
Doa selepas mendirikan solat sunat tawaf
Bacaan doa tersebut adalah:
Maksudnya: “Ya Allah Ya Tuhanku sesungguhnya Engkau mengetahui segala rahsiaku dan perbuatanku yang terang, maka Engkau terimalah keuzuranku dan Engkau mengetahui hajatku maka kurniakanlah permintaanku. Engkau mengetahui segala yang ada di dalam jiwaku, maka ampunilah dosaku.
Ya Allah Ya Tuhanku,Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu iman yang teguh dihatiku dan keyakinan yang sebenar-benarnya sehingga aku mengetahui bahawa tidak akan menimpa sesuatu kepadaku melainkan apa yang Engkau telah tetapkan dan aku memohon keredhaan-Mu dengan apa yang Engkau kurniakan kepadaku. Engkaulah yang menolongku di dunia dan akhirat, maka matikanlah aku dalam Islam, dan himpunkanlah aku beserta orang-orang yang soleh.
Ya Allah Ya Tuhan, janganlah Engkau tinggalkan kami di tempat mulia (dosa) melainkan Engkau ampunkan. Janganlah Engkau biarkan kesedihan hati dalam kalangan kami melainkan Engkau menghilangkannya dan tidak ada sesuatu hajat yang diminta melainkan Engkau kurniakan.
Mudahkanlah segala urusan kami dan lapangkan dada kami terangkanlah hati kami dan sudahilah amalan-amalan kami dengan kebaikan. Ya Allah Ya Tuhan, matikanlah kami dalam Islam dan hidupkanlah kami dalam Islam dan sertakan kami bersama-sama orang orang yang soleh dengan tiada mendapat kehinaan dan bala bencana.”
Atau berdoalah dengan anjuran doa yang baik-baik sekiranya tidak dapat menghafal dengan baik doa ini.
Berdoa merupakan antara perbuatan yang digalakkan sepanjang anda berada di dalam Masjidil Haram.
Penutup
Semoga pencerahan ini dapat membantu anda yang ingin menegerjakan haji atau umrah. Wallahu a’lam semoga anda mendapat haji atau umrah yang mabrur diterima Allah dan menjadikan diri lebih baik lagi selepas menunaikan ibadah tersebut.
Cara solat sunat yang lain