Apakah kelebihan surah Al-Hajj yang perlu anda tahu dan kepentingannya dalam kehidupan manusia? Artikel pada kali ini akan berkongsi secara mendalam aspek-aspek yang ditekankan dalam surah Al-Hajj dan kelebihan yang ada padanya namun tidak ramai orang tahu.
Apakah surah Al-Hajj?
Surah Al-Hajj adalah salah satu dari surah di dalam Al-Quran yang mengandungi 78 ayat dan diturunkan di Madinah (Madaniyyah). Perkataan “Al-Hajj” bermaksud perihal ibadah haji kerana perintah Allah SWT mengenai amalan haji ini dapat disebutkan dari ayat 26.
Intisari kandungan surah Al-Hajj terbahagi kepada beberapa isi penting:
- Menerangkan tentang hari akhirat dan menarik perhatian umat manusia jika ada sesiapa yang menaruh syak tentang kedatangan hari kiamat hendaklah mereka memikirkan keadaan kejadian diri mereka sendiri.
- Allah SWT tetap akan menolong Nabi Muhammad SAW untuk mengembangkan Islam dan mencapai kemenangan.
- Baginda dan orang-orang Islam yang telah puas bersabar diizinkan oleh Allah SWT menghunus senjata menentang pencerobohan tersebut.
- Nabi Ibrahim AS diperintahkan oleh Allah SWT untuk mendirikan Baitullah (Kaabah) di tanah suci Mekah.
- Menerangkan amalan ibadat haji dan faedah-faedahnya.
- Memerintahkan supaya umat Islam untuk berjihad dengan bersungguh-sungguh mengerjakan segala suruhannya ikhlas kerana Allah.
Kelebihan surah Al-Hajj
Manfaat dan kelebihan surah Al-Hajj ini kebanyakkannya di ambil oleh perkongsian dari pelbagai orang yang telah mengamalkannya. Antara kelebihan yang dimaksudkan itu adalah:
1. Mendapat pahala kebaikan
Tidak ada satu pun kerugian dalam melazimi Al-Quran setiap masa dalam hidup. Mereka yang bersahabat dengan Al-Quran ketika berada di dunia, juga akan bersahabat dengannya di akhirat.
Bukankah kita sendiri mahukan atau dambakan syafaat Al-Quran di akhirat kelak? Baik membaca Al-Quran secara merangkak, tidak lancar atau tergagap, kesemuanya mempunyai nilai pahalanya di sisi Allah.
2. Ganjaran pahala bagi setiap huruf
Setiap baris perkataan dan ayat dalam Al-Quran memberikan kita pahala dari setiap hurufnya. Jika seorang penulis dibayar dari patah kata tulisannya, sebaliknya Al-Quran memberikan kita pahala di setiap huruf tanpa perlu kita berbuat apa-apa kecuali membacanya.
Daripada Ibnu Mas’ud RA ia berkata: “Barangsiapa yang membaca satu huruf daripada Al-Quran maka baginya satu kebaikan, satu kebaikan menyamai dengan sepuluh pahala, aku tidak bermaksud: Alif, Lam, Mim ialah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.” – (Hadis Ibnu Mas’ud ini direkodkan oleh Ad-Darimi Tirmizi dalam Sunan Tirmizi, Kitab Abwab Fadhail Al-Quran, No hadis 2910, status hadis ini hasan sahih).
3. Menjadi syafaat di akhirat kelak
Al-Quran adalah kitab teragung dalam agama Islam. Nabi Muhammad SAW bahkan sangat menggalakkan umatnya untuk membaca Al-Quran kerana kelak ia akan menjadi syafaat kepada pembacanya pada hari kiamat.
Berdasarkan daripada hadis yang diriwayatkan oleh Abu Umamah al-Bahili RA, katanya: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
“Bacalah bait Al-Quran karena sesungguhnya pada hari kiamat nanti akan datang memberikan syafaat yang baik kepada pembacanya.” – (Hadis Riwayat Muslim)
4. Memuatkan pengetahuan tentang ibadah haji
Dalam surah Al-Hajj, ada banyak diceritakan tentang perihal ibadah haji contohnya seperti ihram, tawaf, tahallul, sai, dan wukuf di padang Arafah.
Haji adalah rukun Islam yang kelima diperintahkan untuk umat Islam laksanakan sekiranya berkemampuan. Aspek istillah dalam haji adalah mengunjungi Baitullah (Kaabah) pada masa tertentu di bulan haji Zulhijah serta melaksanakan perkara wajib ibadah haji.
Tiga jenis haji yang ada termasuklah haji ifrad, haji tamattu’ dan haji qiran. Kesemua jenis haji ini mempunyai ertinya yang tersendiri bagi memudahkan para jemaah haji memilih mengikut kemampuan masing-masing.
5. Mencari jodoh
Soal perihal mencari jodoh, ianya sering menjadi masalah khususnya kepada generasi muda hari ini. Ada sesetengah yang sudah mahu berkahwin tetapi belum bertemu dengan jodoh yang sesuai untuknya.
Ada yang sudah bertemu pasangan sesuai tetapi hati masih ragu-ragu dalam membuat keputusan mendirikan rumah tangga.
Dinyatakan surah Al-Hajj, ayat 27 yang berbunyi:
وَأَذِّن فِى ٱلنَّاسِ بِٱلْحَجِّ يَأْتُوكَ رِجَالًا وَعَلَىٰ كُلِّ ضَامِرٍ يَأْتِينَ مِن كُلِّ فَجٍّ عَمِيقٍ
Maksudnya: “Dan berserulah kepada manusia untuk mengerjakan haji, nescaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki, dan mengendarai unta yang kurus yang datang dari segenap penjuru yang jauh.”
Semoga dengan mengamalkan doa ini, kita dipermudahkan dalam urusan mencari jodoh dan seterusnya mendirikan rumah tangga.
6. Dibantu untuk melawan musuh
Sesiapa yang mengamalkan membaca surah Al-Hajj, mereka akan terhindar dari sebarang musuh. Khususnya jika seseorang yang sedang berhadapan dengan musuh, atau merasa ada seseorang yang hendak menyakitinya, atau memfitnahnya.
Mereka ini digalakkan untuk membaca surah Al-Hajj secara istiqamah. Kita bukanlah meminta kepada ayat atau surah akan keselamatan itu, tetapi tidak lain tidak bukan memohon kepada Allah SWT semata-mata.
7. Memiliki keutamaan dibandingkan dengan surah-surah lain
Surah ini juga dikatakan mempunyai keutamaan dibandingkan dengan surah-surah lain. Hal ini kerana pada surah tersebut terdapat dua ayat sajadah di dalamnya.
Uqbah Bin Amir telah bercerita bahwa pada suatu kesempatan, aku bertanya kepada Nabi, “Wahai Rasulullah, apakah surat Al-Hajj diberi keutamaan di dalam Al-Quran dengan dua sujud?”
Maka Rasulullah SAW menjawab, “Benar, maka barangsiapa yang tidak sujud pada keduanya (ayat sajadah), hendaklah ia tidak membacanya.” (Hadis Riwayat Ahmad)
8. Mudah dicintai orang lain
Untuk dicintai oleh Allah mudah sahaja sebenarnya. Kita buat apa yang Allah suruh dan tinggalkan apa yang Allah larang, lalu istiqamah dalam jalan kebenaran. Insha Allah, akan disayangi oleh Nya.
Namun menyebut disayangi oleh manusia ia adalah soalan subjektif yang sukar dijawab. Kerana manusia itu sendiri mempunyai hati yang berlainan antara satu sama lain serta tidak terkecuali dari berbuat dosa.
Justeru itu, untuk mudah dicintai oleh manusia kita harus kembali kepada siapa pemilik cinta iaitu Allah SWT. Ayat dalam Surah Al-Hajj ini misalnya mempunyai keistimewaan untuk menarik cinta orang kepada diri kita.
9. Mencegah orang lain membuat jahat
Amar makruf nahi mungkar, mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Itulah tugas kita diatas muka bumi ini selain beribadah kepada Allah SWT.
Allah SWT berfirman dalam surah Al-Hajj, ayat 73 hingga 74:
Maksudnya: “Hai manusia, telah dibuat perumpamaan, maka dengarkanlah olehmu perumpamaan itu. Sesungguhnya segala yang kamu seru selain Allah sekali-kali tidak dapat menciptakan seekor lalatpun, walaupun mereka bersatu menciptakannya. Dan jika lalat itu merampas sesuatu dari mereka, tiadalah mereka dapat merebutnya kembali dari lalat itu. Amat lemahlah yang menyembah dan amat lemah (pulalah) yang disembah.”
“Mereka tidak mengenal Allah dengan sebenar-benarnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa.”
10. Dilapangkan rezeki di dunia
Surah Al-Hajj diamalkan setiap hari untuk meminta kelancaran rezeki kepada Allah SWT. Sungguhpun setiap makhluk yang dijadikan Allah di atas muka bumi ini sudah ditetapkan dan mempunyai takdir hidupnnya sediri.
Namun demikian, dalam Al-Quran khususnya Surah Luqman, ayat 34:
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang Hari Kiamat; dan Dia-lah Yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya esok. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”
Soal rezeki, sedikit atau banyak, mewah atau miskin, ia dikategorikan sebagai takdir ketentuan Allah SWT yang berubah kepada ketentuan yang lain bersesuaian dengan usaha yang dilakukan oleh hamba Nya.
Diharapkan artikel berkenaan dengan kelebihan Surah Al-Hajj ini dapat memberikan anda informasi yang bermanfaat dan ilmu pengetahuan yang berguna.
Rujukan
- Surah Al-Hajj – Introduction, Theme, Rewards and Virtues. Prayer Time NYC
- Keutamaan dan Manfaat Membaca Surat Al-Hajj. Kuasa Kata
- Pengajaran politik dari Surah Al-Hajj. Harakah Daily
- Tafsir Fi Zhilalil Quran. Sayyid Qutb