Skip to content

Niat & Cara Solat Sunat Musafir (Panduan Lengkap)

solat sunat musafir

Solat Sunat Musafir adalah solat sunat yang dilakukan sebelum hendak memulakan perjalanan yang jauh . Dalam artikel ini, kami akan membincangkan cara dan panduan untuk melakukan solat sunat tersebut.

Makna Musafir


Definasi dari Dewan Bahasa & Pustaka ialah : Orang yang masih dalam perjalanan,pengembara,bermusafir melakukan perjalanan atau pengembaraan.

Musafir di dalam sudut pandangan islam bermaksud: Perjalanan seorang hamba daripada satu tempat ke satu tempat yang lain.(lebih daripada 2 marhalah atau 92 kilometer)

Berdasarkan penerangan di atas kita tidak perlu melaksanakan solat sunat musafir sekiranya perjalanan kita tidak jauh (bawah dari dua marhalah atau 92 kilometer).

Maksud Solat Sunat Musafir


Solat sunat musafir ialah solat yang di dirikan oleh mereka yang hendak melakukan perjalanan jauh (musafir) iaitu lebih daripada dua marhalah atau 92 kilometer jaraknya,maka mereka di sunatkan untuk solat sunat musafir sebanyak dua rakaat.

Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah S.A.W bersabda;

إِذَا خَرَجْتَ مِنْ مَنْزِلِكَ فَصَلِّ رَكْعَتَيْنِ يَمْنَعَانِكَ مِنْ مَخْرَجِ السُّوْءِ , وَإِذَا دَخَلْتَ إِلَى مَنْزِلِكَ فَصَلِّ رَكْعَتَيْنِ يَمْنَعَانِكَ مِنْ مَدْخَلِ السُّوْءِ

 “Jika kamu keluar dari rumahmu, maka lakukanlah solat dua rakaat yang dengan ini akan menghalangimu dari keburukan yang berada di luar rumah. Jika kamu memasuki rumahmu maka lakukanlah solat dua rakaat yang akan menghalangimu dari keburukan yang masuk ke dalam rumah.” (H.R. Al-Bazzar; dinilai sahih oleh Al-Albani)

Dan sabda Rasulullah S.A.W bersabda yang ertinya;

“Tida sesuatu yang ditinggalkan oleh seseorang (yang berpegian) pada keluarganya lebih utama daripada solat dua rakaat yang dilakukan disisi mereka ketika hendak keluar bepergian.” (H.R. At-Tabrani)

Hukum Bermusafir


Terdapat 5 hukum tersebut ialah:

1) Wajib: Kewajipan ke atas seorang Muslim untuk bermusafir bagi menunaikan ibadat haji/umrah.

2) Sunat: Sunat bermusafir ke masjid utama seperti Masjidil Haram atau menziarahi sanak saudara.

3) Harus: Bermusafir dengan tujuan sesuatu yang diharuskan oleh Syara’.

4) Makruh: sekiranya bermusafir tanpa adanya tujuan.

5) Haram: Bermusafir dengan niat pergi ke tempat maksiat serta melakukan maksiat.

Jom kita lihat bagaimana untuk melakukan solat sunat musafir ini dan bacaannya.

Niat Solat Musafir


Niatnya adalah:

lafaz niat solat sunat musafir

Usolli sunnatas safari rak’ataini lillahi taala

Ertinya: “Sahaja aku solat sunat kerana bemusafir dua rakaat kerana Allah taala

CARA SOLAT SUNAT MUSAFIR

Dibawah ini merupakan cara melakukan solat Musafir mengikut langkah yang betul

Rakaat Pertama

1. Berdiri Tegak dan Niat di dalam hati

Sebelum mengangkat takbir, lintaskan niat untuk melakukan solat sunat musafir di dalam hati

Niatnya adalah:

lafaz niat solat sunat musafir

Usolli sunnatas safari rak’ataini lillahi taala

Ertinya: “Sahaja aku solat sunat kerana bemusafir dua rakaat kerana Allah taala


2. Takbiratul Ihram

Takbiratul Ihram dengan mengangkat kedua-dua tangan sambil menyebut

“Allahu akbar”

Maksud: Allah Maha Besar

Kemudian perlu meletakkan kedua tangan pada bahagian atas pusat dimana tangan kanan perlu diatas tangan kiri.


3. Membaca Doa Iftitah

Doa ini sunat dibaca. Boleh sahaja terus membaca surah Fatihah tanpa membaca doa ini.

Maksudnya: Allah Maha Besar, segala puji bagi Allah. Maha Suci Allah pagi dan petang. Aku hadapkan mukaku kepada Tuhan yang menciptakan langit dan bumi, hal keadaannya bersih dalam Islam. Tidaklah aku dari golongan orang-orang yang mensyirikkan Tuhan. Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidup dan matiku bagi Allah, Tuhan yang memiliki alam keseluruhannya. Tidak ada bersekutu dengan-Nya sesuatu dan dengan demikian aku disuruh dan aku daripada golongan muslimin.


4. Membaca Surah Al-Fatihah

Setelah membaca doa iftitah, anda perlulah membaca surah al-fatihah

Maksudnya; “Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah,Tuhan semesta alam. Maha Pemurah,Maha Penyayang. Memiliki hari Pembalasan. Hanya kepada Engkaulah kami menyembah,dan hanya kepada Engkau kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus, (iaitu) jalan orang –orang yang telah Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang murka, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.


5. Membaca surah atau mana-mana ayat pilihan di dalam al-quran

Setelah bacaan surah al-fatihah, anda boleh membaca mana-mana surah di dalam Al-Quran. Bagi mereka yang baru sahaja belajar solat, anda boleh membaca surah Al-Asr seperti dibawah.

Maksudnya: Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat-menasihati supaya menetapi kesabaran


6. Rukuk sambil bertakbir (lafaz Allahu akbar).

Bacaan rukuk:

bacaan rukuk

“Subhaa na rabbiyal a’zimi wabihamdih” (diulang sebanyak tiga (3) kali)

Maksudnya: Maha Suci Tuhanku Yang Maha Besar dengan segala sifat-Nya yang terpuji.

Nota: Kedua-dua tangan kita terletak atas lutut kedua-dua kaki.


7. I’tidal sambil mengucapkan,

“Sami’allahu liman hamidahu robbana lakalhamdu”

Maksudnya: Allah mendengar perkataan mereka yang memuji-Nya. Ya Tuhan Kami, untuk-Mu segala pujian.

Nota: Bediri tegak dan kedua-dua tangan berada di sisi.


8. Sujud sambil bertakbir.

Bacaan sujud:

bacaan-sujud

“Subhana rabbiyal a’la wabihamdih”

Maksudnya: Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya.

Nota: Kedua-dua tapak tangan terletak atas lantai/sejadah separas bahu.


9. Duduk antara dua sujud sambil bertakbir.

Bacaan duduk antara dua sujud:

“Rabbigfirli warhamni wajburni warfagni warzuqni wahdini wa a’fini wa’fu anni “

Maksudnya: Wahai Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, lindungilah aku dan angkatlah darjatku berilah aku rezeki, dan berilah petunjuk kepadaku, afiatkanlah aku dan ampunilah aku.

Nota: Kedua-dua tangan terletak atas kedua-dua peha.


10. Sujud kembali sambil bertakbir.

Bacaan sujud sama seperti di atas.


Rakaat Kedua

1. Berdiri daripada sujud sambil bertakbir.


2. Membaca surah al-Fatihah sehingga habis.

Bacaan seperti pada rakaat pertama

Nota: Tangan ketika qiyam adalah di bawah dada.


3. Membaca surah atau ayat-ayat lain di dalam al-Quran

Anda boleh baca surah al-kafirun atau membaca surah lain.

“Bismillahirahmanirahim. Qul ya ayyuhal kafirun. La a’buduma ta’budun. Wa la antum ‘abidunama a’bud. Wa la ana ‘abidumma ‘abadtum. Wa la antum ‘abidunama a’bud. Lakum dinukum waliyadin.”

Maksudnya, “Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Katakanlah (Muhammad),”Wahai orang-orang kafir! Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah, dan kamu bukan penyembah apa yang aku sembah, dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kau sembah, dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah apa yang aku sembah. Untukmu agamamu, untukku agamaku.”


4. Rukuk dan bacaannya sama seperti rakaat pertama


5. I’tidal dan bacaanya sama seperti rakaat pertama


6. Sujud dan bacaannya sama seperti rakaat pertama


7. Duduk di antara dua sujud dan bacaannya sama seperti rakaat pertama


8. Sujud balik semula dan bacaannya sama seperti rakaat pertama


9. Duduk Tahiyat Akhir

Bacaan untuk tahiyat akhir adalah:

“Attahiyatu mubarakatus solawatut toyyiba tulillah, assalamualaika ayyuhan nabi yu warah matullahi wabarakatuh, assalamualaina wa ‘ala ibadillah hissolihin. Ashhadualla ilaha illallah wa ashhadu anna muhammadar rasulullah. Allahumma solli ‘ala muhammad wa ‘ala ali muhammad, kama sollai taala ibrahim wa ‘ala ali Ibrahim. Wa barik ‘ala Muhammad wa ‘ala ali Muhammad, kama barak taala Ibrahim wa ‘ala ali ibrahim fil ‘alamina innaka hamidum majid.”

Segala kehormatan, keberkatan, segala doa (solat) dan kebaikan untuk Allah, keselamatan, rahmat Allah dan berkatNya tetap kepadamu ya Nabi. Keselamatan mudah-mudahan tetap kepada kami dan hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah. Dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad SAW ialah pesuruh Allah. Ya Allah, berilah rahmat kepada Penghulu kami Nabi Muhammad dan keluarga Nabi Muhammad. Sebagaimana Engkau merahmati Nabi Ibrahim dan keluarga Nabi Ibrahim. Dan berkahilah Nabi Muhammad dan keluarga Nabi Muhammad. Sebagaimana Engkau memberhati Nabi Ibrahim dan keluarga Nabi Ibrahim. Di alam semesta ini, Engkau sahajalah Yang Paling Terpuji dan Yang Paling Mulia.

10. Memberi Salam

Baca doa musafir


Sesudah salam,bacalah doa sebagaimana berikut;

doa musafir(selepas solat musafir)

Allahumma inna nas aluka fi safarina hazal birri wat taqwa, wa minal ‘amali ma tardha. Allahumma hawwin ‘alaina safarana haza wa atwi ‘anna bu’dahu. Allahumma antassohibu fis safari wakhlifatu fil ahli. Allahumma inna na’uzubika min wa’sa issafaru wakabatil manzori wa su il munqalabi fik maki wal ahli.

Ertinya:”Ya Allah,kami memohon pada perjalanan kami ini kebaikan, ketaqwaan, dan amalan yang engkau redhai. Ya Allah,mudahkanlah bagi kami perjalanan ini dan pendekkanlah perjalanan ini.Wahai Tuhan kami,Engkaulah pengiring di dalam perjalanan ini dan Penjaga keluarga kami. Ya Tuhan kami,kami memohon di pelihara daripada segala kesusahan perjalanan ini dan perkara-perkara buruk yang dilihat dan berlaku kepada harta dan keluarga kami.”

Kemudian bacalah doa berikut,sebaik berada di dalam kenderaan;

Bismillahi alhamdulillah. Subhanallazi sakh khorolana haza wama kunnalahu muqrinin wa inna ila rabbina lamunqolibun

Ertinya; “Dengan nama Allah ,puji-pujian bagi Allah.Mahaaa suci Allah yang telah mempermudahkan kenderaan ini untuk kami,sedangkan kami sebelum ini tidak terdaya menguasainya, Dan sesungguhnya pada Tuhan kamilah, kami akan kembali.”

Solat Sekembalinya dari Musafir


Terdapat hadis yang mengatakan, bemusafir adalah sebahagian daripada azab. Oleh yang demikian seseorang itu (bermusafir) telah memenuhi hajatnya, disunatkan untuk menyegerakan kepulangannya ke kampung halamannya dan sekembalinya, di sunatkan untuk menunaikan solat sunat dua rakaat dan di kerjakan di masjid sebelum memasuki rumahnya.

Kaab bin Malik menceritakan;

“Rasulullah SAW tidak pernah datang dan bepergian melainkan pada waktu siang hari, iaitu pada waktu Duha. Apabila baginda kembali,maka mula-mula sekali beliau akan pergi ke masjid dan solat dua rakaat di dalamnya,kemudian duduk sebentar.” (H.R Muslim)

Semoga panduan solat di atas dapat membantu kalian..

“Ibadah kerna Allah,mencintai kerana Allah,mengasihi hanya yang SATU”

Cara solat sunat yang lain

Solat Sunat DhuhaSolat Hajat
Solat TaubatSolat Witir
Solat Sunat WudukSolat Tahajjud
Solat TasbihSolat Sunat Ihram
Solat AidiladhaSolat Sunat Tahiyatul Masjid
Solat Sunat Gerhana Matahari dan BulanSolat Minta Turun Hujan
Solat Sunat TawafSolat Sunat Nikah
Solat Sunat MusafirSolat Jenazah
Solat IstikharahSolat Sunat Rawatib
Solat IsyraqSolat Aidilfitri

Sumber rujukan :

  1. Buku Himpunan Solat Sunat Keutamaan dan Doa. (Karangan Ahmad Muhammad  & terbitan Al-Falah Publication Sdn Bhd (2013))
  2. Al-Quran & Terjemahannya Rasm Uthmani. (Terbitan Percentakan Zafar Sdn Bhd.- 2007)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

two × one =