Surah Al-Bayyinah (Panduan Rumi & Terjemahan)

Surah Al-Bayyinah Rumi: Bacaan Dan Maksud Ayat

Surah Al-Bayyinah merupakan surah ke-98 dalam al-Quran dan mengandungi 8 ayat.

Halaman ini menyediakan bacaan Surah Al-Bayyinah dalam ejaan rumi berserta maksud ayat untuk membantu mereka yang masih dalam proses mempelajari bacaan al-Quran.

✦ ❧ ✦

Panduan ringkas: Artikel ini dibuat bertujuan untuk membantu pembaca yang masih belajar al-Quran dan memerlukan panduan ejaan rumi bagi memudahkan pembacaan Surah Al-Bayyinah.

Walau bagaimanapun, bacaan rumi hanya sesuai digunakan sebagai bantuan sementara. Pembaca disarankan untuk berterusan belajar membaca al-Quran bersama guru sehingga mana tidak lagi memerlukan bantuan bacaan rumi.

Pengenalan Surah Al-Bayyinah

Surah Al-Bayyinah diturunkan di Madinah (Madaniyyah) dan mengandungi 8 ayat. Ia merupakan surah ke-98 di dalam al-Quran dan berada di dalam Juzuk ke-30.

Fokus utama surah ini adalah menceritakan mengenai kedatangan Rasulullah SAW sebagai ‘Bukti yang Nyata’ untuk menyeru seluruh umat manusia, khususnya Ahli Kitab dan golongan musyrikin, kepada tauhid yang murni serta syariat yang lurus.

Maklumat Ringkas Surah Al-Bayyinah

Nama surah: Al-Bayyinah

Maksud nama: Bukti Yang Nyata

Nombor surah: 98

Bilangan ayat: 8 ayat

Kedudukan: Juzuk 30

Bacaan Surah Al-Bayyinah Rumi

Teks Arab dan panduan bacaan dalam ejaan rumi

Surah Al-Bayyinah rumi ayat 1 hingga 5 berserta teks Arab
Surah Al-Bayyinah rumi ayat 6 hingga 8 berserta teks Arab

Peringatan: Ejaan rumi tidak dapat menggambarkan semua sebutan huruf Arab dan hukum tajwid dengan tepat.

Gunakan bacaan rumi sebagai panduan awal sahaja. Pembaca digalakkan belajar secara berterusan bersama guru al-Quran yang berkelayakan bagi memastikan makhraj huruf dan tajwid dibaca dengan betul.

Maksud Surah Al-Bayyinah

Terjemahan maksud bagi setiap ayat Surah Al-Bayyinah

1

Orang-orang yang kafir dari Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) serta orang-orang musyrik, tidak akan terlepas (dari kepercayaan dan amalan masing-masing) sehingga datang kepada mereka bukti yang jelas nyata, –

2

Iaitu seorang Rasul dari Allah yang membacakan (kepada mereka) Lembaran-lembaran Suci,

3

Terkandung di dalamnya pelajaran-pelajaran dan hukum-hukum yang benar.

4

Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi Kitab (Taurat dan Injil) itu, tidak berpecah-belah melainkan setelah datang kepada mereka bukti yang jelas nyata.

5

Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah Ugama yang benar.

6

Sesungguhnya orang-orang yang kafir dari Ahli Kitab dan orang-orang musyrik itu akan ditempatkan di dalam neraka Jahannam, kekalah mereka di dalamnya. Mereka itulah sejahat-jahat makhluk.

7

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka itulah sebaik-baik makhluk.

8

Balasan mereka di sisi Tuhannya ialah syurga Adn (tempat tinggal yang tetap), yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; kekallah mereka di dalamnya selama-lamanya; Allah reda akan mereka dan merekapun reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Balasan yang demikian itu untuk orang-orang yang takut (melanggar perintah) Tuhannya.

Pengajaran Daripada Surah Al-Bayyinah

Bukti Kebenaran: Rasulullah SAW dan al-Quran diturunkan sebagai ‘Bukti yang Nyata’ untuk mengeluarkan manusia daripada kesesatan.

Ikhlas Dalam Beribadah: Surah ini mengingatkan kita supaya sentiasa mengikhlaskan niat dan ibadah semata-mata kerana Allah SWT, bukan kerana manusia atau selain-Nya.

Asas Agama Yang Lurus: Agama yang diredhai oleh Allah menuntut pengikutnya menegakkan tauhid, mendirikan solat, dan menunaikan zakat.

Golongan Paling Kufur: Orang-orang Ahli Kitab dan musyrikin yang telah sampai kepada mereka bukti namun masih menolak kebenaran, akan menerima balasan yang keras (sejahat-jahat makhluk).

Sebaik-baik Makhluk: Orang yang beriman serta beramal soleh diangkat kedudukannya sebagai sebaik-baik makhluk dan dijanjikan Syurga ‘Adn.

Soalan Lazim Tentang Surah Al-Bayyinah

Surah Al-Bayyinah surah ke berapa?

Surah Al-Bayyinah merupakan surah ke-98 di dalam al-Quran.

Berapa ayat dalam Surah Al-Bayyinah?

Surah Al-Bayyinah mengandungi lapan (8) ayat kesemuanya.

Apakah maksud Al-Bayyinah?

Al-Bayyinah bermaksud ‘Bukti Yang Nyata’. Ia merujuk kepada kedatangan Rasulullah SAW yang membacakan wahyu (Al-Quran) kepada umat manusia.

✦ ❧ ✦

Penutup

Semoga perkongsian panduan bacaan Surah Al-Bayyinah rumi dan terjemahan maksud ini dapat memberikan kemudahan buat anda yang masih dalam peringkat belajar membaca al-Quran.

Teruskan semangat anda untuk mendalami bacaan al-Quran secara perlahan-lahan. Kami amat menggalakkan pembaca mencari bimbingan daripada guru atau ustaz bagi memperbaiki sebutan, makhraj, dan hukum tajwid agar ibadah kita lebih sempurna. Wallahualam.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

15 − 12 =