Artikel ini dibuat bertujuan untuk membantu mereka yang masih belajar al-quran dan memerlukan panduan rumi bagi memudahkan pembacaan. Artikel ini mengandungi surah al zalzalah bersama dengan bantuan ejaan rumi. Dinasihatkan pembaca untuk berterusan belajar al-quran sehingga mana tidak memerlukan bantuan bacaan rumi.

Maksudnya:
- Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya,
- Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya,
- Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun); “Apa yang sudah terjadi kepada bumi?”
- Pada hari itu bumipun menceritakan khabar beritanya:
- Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian).
- Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) – untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka.
- Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
- Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
Bacaan rumi untuk surah yang lain