Skip to content

Doa untuk Orang Yang Meninggal Dunia

doa untuk orang meninggal dunia

Apakah bacaan doa untuk orang yang baru sahaja meninggal duina? Artikel ini akan membincangkan secera lengkap bacaan doa untuk orang meninggal dunia

Kematian merupakan perpindahan roh dari satu alam ke alam yang lain. Sekarang ini kita semua berada di alam kehidupan. Selepas mati, roh-roh kita semua akan pergi ke alam akhirat. Di sanalah nanti kita akan diadili setiap perlakuan kita di dunia. 

Doa untuk orang meninggal dunia 

1. Sedekahkan al-Fatihah

Penulis mengetahui bahawa sedekahkan al-Fatihah kepada si mati ini terdapat kekhilafahan dalam kalangan para ulama apakah pahala itu sampai atau tidak kepada si mati. Namun, asasnya, kedua-dua pihak mempunyai sebab-sebab. 

Antara ulama yang mengatakan sampai pahala kepada si mati ialah Imam Ibnu Hajar al-Asqalani dan Imam Nawawi. Terpulang kepada pembaca masing-masing untuk memilih pihak. 

2. Doa keampunan 

اَللهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

Maksud: Ya Allah, ampunilah, rahmatilah, kuatkanlah dan maafkanlah dia.

Untuk si mati berjantina wanita pula: 

اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَها وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا

3. Doa untuk ibu bapa 

رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرَا

Maksud: Tuhanku, ampunilah dosa-dosaku dan (dosa) kedua orang tuaku. Sayangilah keduanya sebagaimana keduanya menyayangiku di waktu aku kecil.

Bacalah doa ini untuk ibu bapa kita ketika mereka hidup dan juga telah meninggal dunia. 

Tazkirah Kematian

Ketika di dunia, kita diajar untuk memohon kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Semua orang harus kaya di dunia, kaya juga rohaninya. 

Allah berfirman dalam Surah al-Baqarah ayat 200 hingga 202:

Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan amalan ibadat Haji kamu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebut dan mengingati Allah (dengan membesarkan-Nya) sebagaimana kamu dahulu menyebut-nyebut (memuji-muji) datuk nenek kamu, bahkan dengan sebutan yang lebih lagi. Dalam pada itu, ada di antara manusia yang (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan kami! Berilah kami kebaikan) di dunia”. (orang-orang ini diberikan kebaikan di dunia) dan tidak ada baginya sedikitpun kebaikan di akhirat.

Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka“.

Mereka itulah yang akan mendapat bahagian yang baik dari apa yang telah mereka usahakan; dan Allah amat cepat hitunganNya.

Dalam ayat ini, konteksnya adalah lebih kepada ekonomi. Ada golongan dahulu yang hanya mahu “kaya” di dunia, namun tidak langsung mengimbangi itu dengan kaya rohani. 

Dengan doa yang diajar yakni: 

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Maksud: Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka

Doa ini diajar kepada kita dan kita mengamalkannya sejak kecil lagi. Allah mengajarkan kita keseimbangan antara dunia dan akhirat. Kita perlu berjaya di kedua-dua alam. Bukan salah satu sahaja. 

Jikalau kita hanya “beragama” tetapi tidak menjadi umat yang berjaya di dunia, juga melanggar falsafah ini. 

Kematian itu pasti menimpa kita semua. 

Allah berfirman dalam Surah Ali Imran ayat 185: 

Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia sudah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.

Sesiapa sahaja akan mati. Pembaca-pembaca sekalian dan penulis sendiri. Bilamana kita sedar bahawa kita semua akan mati, maka eloklah kiranya kita sama-sama mengumpul pahala dan bekalan untuk menghadapi kematian itu nanti. 

Banyakkanlah berbuat kebajikan. Beramal soleh. Belajar agama. Kita di Malaysia ini di dirahmati dengan banyaknya kelas-kelas agama. Gunakanlah peluang ini untuk mengumpul pahala agar kita dimudahkan memasuki syurga Allah. Insya-Allah! 

Sekali-kali jangan kita memandang rendah dengan suatu amalan kebaikan. Sekecil mana pun ia. Allah tetap menilai kebaikan dan keburukan kita walau sekecil zarah. 

Allah berfirman dalam Surah Zalzalah ayat 7 dan 8:

Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah pun, nescaya dia akan melihatnya.

Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasannya) pula.

Dua ayat ini menggambarkan betapa Allah itu Maha Adil. Dia tidak sesekali mengabaikan sekecil mana pun suatu kebaikan dan kejahatan. Semua itu dinilai oleh-Nya. 

Dengan itu, buatlah kebaikan dengan sebanyak-banyaknya walaupun kebaikan-kebaikan itu dipandang remeh atau “kecil” di mata manusia. 

Akhir

Dalam buku Muhammad Abdul Ghani al-Kunya iaitu Ensiklopedia Kematian, beliau menceritakan kisah cucu Rasulullah yang bernama Imam Ali al-Hadi ketika berjumpa dengan seorang individu yang sangat takut menghadapi kematian. 

Kata imam Ali al-Hadi, kematian ini seperti bilik mandi. Ia membersihkan roh daripada segala kekotoran untuk dibawa ke alam akhirat yang abadi. 

Maka, untuk memudahkan proses itu, marilah kita membersihkan diri kita dengan taubat setiap hari. Selama kita bernyawa, selagi itulah kita wajib bertaubat kepada Allah. 

Bacaan Doa yang lain

Doa Ketika Ziarah KuburDoa Lembutkan Hati
Doa Masuk dan Keluar MasjidDoa Tolak Bala
Doa Dipermudahkan UrusanDoa Untuk Pengantin Baru
Doa Masuk dan Keluar RumahDoa Khatam Al-quran
Doa Mudah TidurDoa Ketika Sedih
Doa PengasihDoa Ketika Mimpi Buruk
Doa Agar Dicintai AllahDoa Ketika Lupa
Doa Majlis PerkahwinanDoa Penenang Hati
Doa Saidatina FatimahDoa Agar Hujan Berhenti

Rujukan

Muhammad Abdul Ghani al-Kunya. (2014). Ensiklopedia Kematian. Pustaka Ibnu Katsir. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

7 + 15 =