Skip to content

Doa Selepas Solat Tarawih dan Kelebihan Tarawih

doa selepas solat tarawih

Apakah bacaan doa selepas solat tarawih? Artikel ini akan membincangkan berkenaan bacaan doa selepas solat tarawih dengan bantuan rumi dan bahasa arab untuk memudahkan para pembaca

Pengenalan

Pasti ramai yang tidak sabar menunggu bulan Ramadhan menjelma dengan semangat atau memasang niat untuk bertarawih bersama-sama keluarga atau di masjid. Tarawih berasal daripada perkataan ( تَرْوِيحَة) yang bermaksud berehat.

Orang-orang yang solat tarawih berehat setiap empat rakaat. Solat sunat Tarawih dilakukan berselang-seli dengan ‘berehat seketika’. Ada pendapat yang menyatakan bahawa tarawih berasal daripada perkataan murawahah ( مُرَاوَحَة ) yang bermakna perbuatan yang berulang-ulang.

Tujuan berhenti rehat buat seketika adalah demi mendapatkan keikhlasan dan memberikan ketenangan kepada orang yang solat, terutamanya golongan tua serta mengelakkan badan menjadi tegang selepas berbuka puasa. Solat sunat Tarawih adalah ibadah qiamullai yang sangat digalakkan pada bulan Ramadhan sehingga Rasulullah S.A.W. menggelarnya “qiam Ramadhan”.

Waktu untuk mengerjakan solat sunat Tarawih adalah selepas solat Isyak sehingga terbitnya fajar (hendak masuk waktu Subuh). Solat sunat Tarawih dilakukan dengan dua rakaat dan satu salam. Solat Sunat Tarawih biasanya diakhiri dengan solat sunat Witir.

Bilangan rakaat solat sunat Tarawih yang Rasulullah S.A.W. biasa lakukan ialah 11 rakaat; 8 rakaat solat sunat Tarawih dan 3 rakaat solat sunat Witir. Solat sunat Witir dilakukan sekurang-kurangnya satu rakaat, had yang sempurna ialah tiga rakaat.

Ada beberapa pendapat yang berbeza berkenaan jumlah rakaat dalam solat sunat Tarawih :

  • 8 Rakaat
  • 20 Rakaat
  • 36 Rakaat

Rasulullah tidak pernah menetapkan bilangan rakaat solat sunat Tarawih.

Artikel Berkaitan: Cara Solat Tarawih

Bacalah doa Kamilin ini setelah selesai solat sunat Tarawih yang terakhir.

Doa selepas solat Tarawih (dibaca oleh Imam)

Teks bahasa Arab


Teks Rumi

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillahi rabbil alamin. Wassolatu wassalamu ala sayyidina muhammadin wa ala Alihi wasohbihi ajmain, Allahummaj ‘alna bil imani kamilin, walifara idhika muaddin. Wa lissolati haafizin. wa lizzakati faa ilin, wa limaa ‘indaka tholibin, wa li ‘afwika raajiina wa bil hudaa mutamassikiin.

Wa anil laghwi mu’ridhiin. Wa fiddunya zaahidin. Wa fil aakhirati ra ghibin. Wa bil qadaa i raa dhiin. Wa binnu amaa i syaakirin. Wa alal balaa ya saabiriin. Wa tahta liwaa i sayyidinaa muhammmadin sallaahu alaihi wa sallama yaumal qiyamaati saa iriin. Wa ilal haudhi waaridiin. Wafil jannati daakhiliin.

Wa Alaa sariiratil karaa mati qaa idiiin. Wa bihuurin linim mutazawwajiin. Wa min sundusiw waistabraqiw wadiibaajim mutalabbisiin. Wa min to aamil jannati aa kilin. Wa mil labaniw wa asalim musoffaini syaaribiin. bi akwaa biw wa abaariiqa wakaksim mimma ‘in. ma Allaziina an amta alaihim minan nabiyyiina wassiddiiqiina wasy syuhadaa iwassoolihin.

Allahummaj ‘alna fii haazihil lailatisy syahrisy syariifatil mubaarakati minassu Adaail maqbuuliin. Wa alaa  taj ‘alnaa allaahumma minal asy qiyaa ilmarduudiin. ilaahana Aafinaa wa’fu annaa waghfir allaahumma lanaa. waliwaalidiina wali ummahaatina wali ikhwaaninaa wali akhawaatinaa wali azwaajinaa wali ahliinaa wali ahli baitinaa

wali ajdaadinaa wali jaddatinaa wali masyaa ikhinaa wali mu allimiinaa, wa jamii il muslimiina wal muslimaati wal mukminiina wal mukminaat., al ahya i minhum wal amwaat.

Waktubillahummas-salaamata wal aafiyata alai na wa alaa abiidikal hujjaaji wal ghuzaati wazzuwaar, wal musaafiriina wa muqiimiina fil barri wal bahri minal muslimin.

Waqinaa syarrazh zholimin. Wan surnaa alal qaumil kaafiriin, ya mujiibassaa iliin. Wakh tim lanaa yaa rabbanaa minka bikhairiyyaa arhamar raahimin,

Wassollahu ‘ala khairi kholqihi muhammadin wa ‘ala Alihi wasohbihi wassallam. Walhamdulillahi robbil Aalamin.

Maksudnya:

Segala puji untuk Allah Tuhan sekalian alam, sebagai pujian yang menyempurnakan nikmatNya dan mencukupkan pertambahannya.

Wahai Tuhan kami, bagiMu pujian seperti yang selayakNya dan kemudian ZatMu dan kebesaran pemerintahanMu. Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad dan keluarga serta sahabat-sahabatNya.

Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah iman kami iman yang sempurna. Segala kewajipan zakat kami laksanakan dan segala apa yang ada di sisiMu kami pohonkan dan keampunanMu kami harapkan.

Kami berpegang dengan petunjukMu dan menjauhi perkara yang sia-sia, zuhud dengan dunia dan cinta akhirat, redha dengan ketentuanMu, bersyukur dengan nikmat-nikmatMu dan bersabar dengan bala bencana.

Kami berlindung di bawah panji-panji Nabi Muhammad pada hari kemudian, kami berkehendak kepada perlindunganMu dan dapat memasuki syurgaMu dan duduk di atas katil yang mulia (di syurga), berkahwin dengan bidadari-bidadari dan memakai perhiasan-perhiasan di syurga, memakan makanan di Syurga, minum susu dan madu yang suci dari gelas-gelas yang indah bersama mereka yang telah Engkau beri nikmat daripada golongan nabi-nabi, rasul-rasul, para syuhada dan orang soleh.

Ya Allah, jadikan kami pada malam yang mulia dan penuh keberkatan ini daripada orang yang berbahagia kerana diterima amalannya dan janganlah jadikan kami orang yang berdukacita kerana ditolak amalan kami.

Ya Tuhan kami, afiatkan kami dan berikan kami keafiatan, Ya Tuhan kami, ampuni kami, ibu bapa kami, saudara-saudara kami, suami atau isteri kami dan guru-guru kami dan mereka yang kami ajarkan dan mereka yang mempunyai hak ke atas kami dan mereka yang mencintai kami dan berbuat baik kepada kami dan mereka yang membimbing kami dan yang kami bimbing kepada kebaikan dan mereka yang berwasiat kepada kami dan yang kami wasiatkan dengan doa dan seluruh muslimin dan muslimat.

Dan Ya Allah, tulislah keselamatan dan keampunan untuk kami dan ke atas hamba-hambaMu yang terdiri daripada para jemaah haji dan umrah, peniaga-peniaga, orang yang berziarah, musafir-musafir dan orang yang bermukim, di darat atau di laut daripada orang Islam.

Dan jauhkan kami daripada orang yang zalim dan bantulah kami menghadapi ke atas orang kafir, wahai Tuhan yang memperkenankan orang yang bermohon.

Dan sempurnakanlah untuk kami wahai Tuhan kami daripadaMu dengan kebaikan wahai Tuhan Yang Maha Pengasih daripada segala yang mengasihani.

Selawat dan salam ke atas sebaik-baik kejadian, Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya dan segala puji untuk Allah, Tuhan sekalian alam.

Kelebihan Tarawih

Nabi Muhammad S.A.W. menggalakkan para sahabat dan umatnya untuk solat pada malam bulan Ramadan. Keistimewaan solat sunat Tarawih berbanding solat-solat sunat lain adalah solat ini hanya dikerjakan ketika bulan Ramadhan. Hukum melakukan solat sunat Tarawih adalah sunat muakkad iaitu antara amalan-amalan yang begitu dituntut oleh Islam dalam bulan Ramadhan. Ia boleh dilakukan secara bersendirian atau pun berjemaah di masjid dan surau. Allah S.W.T. menjanjikan ganjaran yang amat besar iaitu keampunan terhadap sesiapa yang mengerjakan solat sunat Tarawih. Ganjaran pahalanya berlipat kali ganda jika solat sunat Tarawih dikerjakan secara berjemaah di masjid.

Daripada Abu Hurairah R.A. bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda :

Sesiapa yang melakukan solat malam (Tarawih) pada Ramadan kerana keimanan dan mengharapkan keredhaan dan keampunan Allah semata-mata, maka diampunkan segala dosanya yang lalu.” (Hadis riwayat Muslim)

Penutup

Solat sunat Tarawih adalah ibadah tambahan yang dilakukan dalam keadaan tenang dan tidak terburu-buru. Ia satu cara untuk menunjukkan keikhlasan, kebaktian dan ketaatan kepada Allah S.W.T. Rasulullah S.A.W. menganjurkan agar solat sunat Tarawih dilakukan mengikut kemampuan, keikhlasan dan kerelaan seseorang.

Lapan rakaat dengan empat kali salam sudah memadai jika tidak mampu melakukan 20 rakaat disebabkan urusan lain seperti tugas atau keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan. Jumlah lapan rakaat biasa menjadi pilihan kebanyakan umat Islam di Malaysia.

Tatacara solat sunat Tarawih sama seperti solat-solat fardhu atau solat sunat lain. Tiada penetapan untuk surah yang perlu dibaca dalam solat sunat Tarawih. Anda boleh membaca apa-apa surah kegemaran yang anda ingat. Ramadhan hanya menjengah setahun sekali.

Inilah masanya untuk mendekatkan diri dengan Allah sebagai hambaNya dan memohon ampun di atas dosa. Umat Islam digalakkan untuk mengambil peluang memperbanyakkan zikir, tasbih, selawat, mengaji dan doa dalam bulan Ramadhan yang mulia, di samping mengejar satu malam istimewa iaitu malam Lailatul Qadar pada 10 malam terakhir Ramadhan.

Bacaan Doa yang lain

Doa Ketika Ziarah KuburDoa Lembutkan Hati
Doa Masuk dan Keluar MasjidDoa Tolak Bala
Doa Dipermudahkan UrusanDoa Untuk Pengantin Baru
Doa Masuk dan Keluar RumahDoa Khatam Al-quran
Doa Mudah TidurDoa Ketika Sedih
Doa PengasihDoa Ketika Mimpi Buruk
Doa Agar Dicintai AllahDoa Ketika Lupa
Doa Majlis PerkahwinanDoa Penenang Hati
Doa Saidatina FatimahDoa Agar Hujan Berhenti

Rujukan

  1. Ahmad Ibrahim. (2018). Koleksi 100 solat-solat sunat (pp 18-31). Al-Hidayah House of Publishers Sdn. Bhd.
  2. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. (2014). Panduan sembahyang sunat Tarawih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 × 4 =