Skip to content

Doa Buka Puasa (Ejaan Rumi) dan Terjemahannya

Doa berbuka puasa

Berpuasa adalah salah satu kewajipan bagi umat islam di bulan Ramadhan dan apabila berbuka puasa ianya perlulah dipercepatkan seperti saranan yang telah dibuat oleh Baginda SAW. Bahkan disunatkan untuk membaca Doa Berbuka Puasa

Hukum berjimak ketika berpuasa

Doa Berbuka Puasa

Doa berbuka puasa jika dibaca secara sendiri:

Ertinya: “Ya Allah kerana Mu aku berpuasa, dengan Mu aku beriman, dengan rezekiMu aku berbuka (puasa), dengan rahmatMu Ya Allah Tuhan Maha Pengasih”


Doa berbuka puasa jika dibaca bersama dengan orang lain:

Ertinya:
“Ya Allah kerana Mu kami berpuasa, dengan Mu kami beriman, dengan rezekiMu kami berbuka (puasa), dengan rahmatMu Ya Allah Tuhan Maha Pengasih”


Doa ini merupakan salah satu doa yang selalu dibacakan oleh kita ketika hendak berbuka puasa.

Salah satu perbuatan yang berharga ketika mana seseorang itu berpuasa adalah berdoa kerana ianya akan diangkat dengan mudah dan dimakbulkan oleh Allah SWT.


Doa ini merupakan salah satu doa yang selalu dibacakan oleh kita ketika hendak berbuka puasa.

Salah satu perbuatan yang berharga ketika mana seseorang itu berpuasa adalah berdoa kerana ianya akan diangkat dengan mudah dan dimakbulkan oleh Allah SWT.

Sunnah Ketika Berbuka

1. Berdoa sebelum berbuka

Adalah mustajab doa ketika berdoa sebaik sebelum berbuka puasa. Nabi SAW bersabda:

“Ada tiga doa yang tidak tertolak. Doanya orang yang berpuasa ketika berbuka, doanya pemimpin yang adil dan doanya orang yang dizalimi.”

Hadis Riwayat At Tirmidz

Waktu seperti ini adalah kurniaan Allah SWT bagi mereka yang telah seharian berpuasa. Alangkah ruginya jika tidak berdoa ketika ini. Anda hanya perlu luangkan beberapa minit sahaja untuk bermunajat kepada Allah SWT

2. Segerakan Berbuka Puasa

Satu sunnah yang diajarkan oleh Rasulullah SAW adalah untuk kita menyegerakan berbuka puasa.

Nabi SAW pernah bersabda dengan maksud:
“Manusia itu akan terus berada dalam kebaikan selagi mana dia menyegerakan berbuka puasa.”

Bukhari & Muslim

Walau sejauh mana sibuk pun pada ketika itu, perlunya untuk kita berbuka puasa dengan kadar yang segera ketika telah masuk waktunya.

3. Bukalah puasa dengan Kurma dahulu

Salah satu sunnah yang baik ketika berbuka puasa adalah dengan mengambil kurma basah(Rutab) terlebih dahulu.

Ia akan mengelakkan seseorang itu kekenyangan ketika melakukan solat. Seseorang yang terlalu kenyang boleh menyebabkan dia mengantuk dan tidak fokus ketika solat.

Anas Bin Malik meriwayatkan yang bermaksud:

“Rasulullah apabila baginda berbuka puasa, baginda berbuka dengan beberapa biji kurma basah(rutab) sebelum solat. Jika tiada kurma basah, baginda berbuka dengan kurma kering(tamar). Jika tiada kurma kering, baginda berbuka dengan beberapa teguk air.”

Hadith Riwayat At-Tarmizi

4. Minumlah air

Setelah berbuka puasa, minumlah air dengan jumlah yang lebih banyak sedikit. Puasa dari pagi hingga petang boleh menyebabkan seseorang itu mengalami dehidrasi.

Dengan meminum air ia boleh mengelakkan masalah dehidrasi dan sedikit sebanyak memberi kekenyangan pada seseorang itu supaya tidak makan terlalu banyak.

Jangan lupa ucapan alhamdulillah setelah mengambil air. Rasulullah bersabda:

Jangan minum terus menelan seperti unta, tetapi dalam dua atau tiga (teguk). Menyebut nama Allah (Bismillah) apabila memulakan minum dan memujiNya (Alhamdulillah) selepas telah selesai (minum)

Hadis riwayat At-Tirmidzi

Bila boleh berdoa sebelum berbuka puasa?


Seseorang mesti bertanya, oleh itu bila sepatutnya kita boleh berdoa. Kebanyakan ulama telah menyatakan bahawa tiada halangan waktu untuk membaca doa ketika di bulan Ramadhan.

Bahkan Allah telah berfirman pada surah Al-Baqarah ayat 186. Ia mengambarkan bahawa pemurahnya Allah ini kepada hamba-hamba yang berdoa kepadanya

Allah berfirman:

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ ۖ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ ۖ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ

Ertinya: Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku, maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku sentiasa dekat (kepada mereka). Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi lebih baik serta betul. (al-Baqarah:186)

Oleh itu, doa ketika bulan ramadhan bukan hanya membaca ‘Doa Berbuka Puasa’ sahaja. Tetapi pelbagai doa lagi boleh dibuat kepada Allah SWT

Bacaan Doa yang lain

Doa sebelum dan selepas makanDoa Sebelum Tidur dan Bangun Tidur
Doa Qunut NazilahDoa Naik Kenderaan
Doa Masuk dan Keluar TandasDoa Wabak Penyakit
Doa Pagi Ma’thuratDoa Berbuka Puasa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

2 + five =