Skip to content

Doa Agar Hujan Berhenti Dan Elak Banjir

doa agar hujan berhenti dan elak banjir

Apakah doa agar hujan berhenti dan elak banjir? Dalam artikel ini, penulis akan membincangkan doa supaya hujan berhenti dan juga untuk elak banjir.

Pengenalan

Hujan merupakan rahmat daripada Allah. Segala tumbuh-tumbuhan dapat hidup apabila hujan rata di muka bumi. Namun, pada masa yang sama, hujan juga boleh menyebabkan musibah seperti banjir.

Jadi, hujan yang mengalir di bumi dengan kadar sederhana itulah yang merupakan rahmat Allah kepada kita. Banjir pula merupakan musibah buat kita.

Selain daripada berdoa, kita sebagai manusia juga harus mengambil langkah-langkah proaktif dalam mengelak daripada berlakunya banjir.

Terdapat banyak cara untuk mengelak banjir secara alamiah. Antaranya, memakai alat pengecaman banjir (flood detection system). Bersihkan sistem saliran di persekitaran rumah dengan kerap supaya apabila hujan nanti, air tidak tersumbat.

Memakai bumbung hijau, bumbung hijau bukan sekadar mengawal air hujan atas rumah, tetapi menapis kotoran daripada air hujan itu sendiri.

Dan, banyak lagi.

Selain itu, doa juga boleh diamalkan.

Doa Agar Hujan Berhenti Dan Elak Daripada Banjir

Terdapat satu hadis Riwayat Bukhari dan Muslim, Rasulullah mengajarkan doa ini:

(Allahumma haawalaina wa laa ‘alaina, allahumma ‘alal aakami wal jibaali, wazh zhiroobi, wa buthunil awdiyati, wa manaabitisy syajari)

Maksudnya: Ya Allah, turunkanlah hujan di sekitar kami, bukan yang untuk merosakkan kami. Ya Allah, turunkanlah hujan ke dataran tinggi, sebahagian anak bukit, perut lembah, dan beberapa tanah yang menumbuhkan pohon-pohon.

Doa ini meminta daripada Allah supaya menurunkan hujan yang bermanfaat buat kita, bukan untuk musibah yang lalu membahayakan nyawa kehidupan di bumi.

Hujan itu turun adalah lumrah, namun apabila ia turun berlebihan sehingga banjir, itu bukan lumrah, itu merupakan musibah.

Jadi, untuk mengelak daripada musibah ini, dianjurkan untuk kita membaca doa di atas. Sekiranya hujan itu turun dengan dahsyat, kita minta supaya Allah hentikan ia.

Sekiranya hujan itu tidak turun-turun sehingga tanaman di bumi tidak dapat hidup, maka kita minta Allah untuk turunkan hujan agar bumi ini kembali segar.

Seterusnya, terdapat doa yang dibacakan oleh Uthman Bin Affan menerusi hadis riwayat Abu Daud:

(Bismillahilladzi la yadhurru ma’asmihi syaiun fillardhi wala fissamai wahuwassami’ul ‘alim)

Maksudnya: Dengan menyebut nama Allah yang dengan sebab nama-Nya tidak ada sesuatu pun di bumi maupun di langit yang dapat membahayakan (mendatangkan mudaarat), dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Rasulullah bersabda dalam satu hadis riwayat Abu Daud dan Tirmidzi, barangsiapa yang membaca doa di atas sebanyak tiga kali pagi dan petang, maka Allah akan lindungi kita daripada sebarang bahaya di dunia dan di akhirat.

Jadi, ia meliputi juga sebarang ancaman daripada cuaca termasuklah banjir dan sebagainya. Bolehlah kita membaca doa ini.

Doa seterusnya, dalam riwayat Bukhari, Rasulullah juga ada membaca doa berikut:

(Allahumma sayyiban nafian)

Maksudnya: Ya Allah, turunkanlah hujan yang bermanfaat.

Doa ini Rasulullah baca ketika hujan sebanyak 2-3 kali. Hujan yang turun itu kita pinta daripada Allah supaya ia bermanfaat buat kehidupan di bumi, bukan musibah seperti banjir dan lain-lain.

Daripada Ummu Salamah, Rasulullah bersabda:

“Tiada daripada kalangan hamba (Allah) yang ditimpa suatu musibah, kemudian mengucapkan: “Innā lillāhi wa innā ilaihi rājiʿun (Sesungguhnya kami milik Allah dan pastinya kami akan kembali kepada-Nya), Ya Allah! Aku mohon akan kurniakanlah ganjaran pada musibahku ini, dan berikanlah ganti yang lebih baik daripada musibah ini,” melainkan Allah akan memberikan pahala kepadanya kerana musibah itu dan menggantikan yang lebih baik.” (Riwayat Muslim)

Dalam hadis ini, apabila kita ditimpa musibah seperti banjir dan hujan lebat yang membahayakan, Rasulullah menganjurkan untuk membaca doa:

(Innalillahi wa inna ilahi rajiun)

Sesungguhnya kami milik Allah dan pastinya kami akan kembali kepada-Nya

(Allahumma ajurni fi musibati)

Ya Allah! Aku mohon akan kurniakanlah ganjaran pada musibahku ini

(Wa akhlif li khairan minha)

dan berikanlah ganti yang lebih baik daripada musibah ini

(Illa ajarohullahu fi musibatihi)

melainkan Allah akan memberikan pahala kepadanya kerana musibah itu

(Wa akhlafa lahu khairan minhu)

dan menggantikan yang lebih baik.

Kesimpulan

Sebagai pengajaran, kita sebagai khalifah di bumi ini hendaklah menjadi proaktif dalam mengelak banjir. Kita boleh berdoa dan kita juga perlu berusaha untuk mengamalkan cadangan-cadangan pakar sains untuk mengelak musibah berkenaan.

Bacaan Doa yang lain

Doa Ketika Ziarah KuburDoa Lembutkan Hati
Doa Masuk dan Keluar MasjidDoa Tolak Bala
Doa Dipermudahkan UrusanDoa Untuk Pengantin Baru
Doa Masuk dan Keluar RumahDoa Khatam Al-quran
Doa Mudah TidurDoa Ketika Sedih
Doa PengasihDoa Ketika Mimpi Buruk
Doa Agar Dicintai AllahDoa Ketika Lupa
Doa Majlis PerkahwinanDoa Penenang Hati
Doa Saidatina FatimahDoa Agar Hujan Berhenti

Rujukan

  1. Fiqh Sunnah oleh Sayid Sabiq.
  2. al-Azkar oleh Imam Nawawi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

3 × 2 =