Skip to content

Cara Untuk Mengira Hutang ASB Secara Online

Cara Untuk Mengira Hutang ASB

Bagaimanakah cara untuk mengira hutang ASB secara online? Artikel ini akan membincangkan cara mudah untuk mengira hutang ASB anda secara online.

Pengenalan

Amanah Saham Berhad atau lebih dikenali sebagai ASB menyediakan bukan sekadar pelaburan tetapi juga pinjaman. Pinjaman ASB biasanya ditawarkan oleh institusi-institusi kewangan di Malaysia khususnya institusi perbankan. Ianya tidak diuruskan oleh ASB sendiri.

Bank-bank yang menjadi ejen ASB akan membeli sijil ASB tersebut dan memegang sijil itu sebelum pinjaman kita selesai.

Ini merupakan konsep ASB loan yang perlu kita fahami sebelum menandatangani dan bersetuju dengan pinjaman ASB ini. Pembiayaan pelaburan akan dibuat oleh bank, bukannya individu. Anda perlu membayar secara ansuran kepada pihak bank tersebut dan ada bank yang akan mengenakan caj pengurusan dan dokumentasi. Jadi, pastikan anda mendapat informasi yang lengkap daripada bank yang anda inginkan atau membuat kajian dan perbandingan daripada bank-bank yang menawarkan pinjaman ASB ini.

Anda juga perlu tahu, dengan menggunakan perkhidmatan pinjaman ASB ini, pelanggan disyaratkan membayar pinjaman pada kadar tertentu setiap bulan kepada bank tersebut.

Sampai bila kita harus membayar? Itu semua bergantung kepada perjanjian anda, sebagai pelanggan dengan bank tersebut. Selagi pinjaman tersebut belum habis dilangsaikan, bank terbabit akan memegang sijil ASB pelanggan tersebut.

Kita mengambil contoh jumlah pinjaman yang dikreditkan ke dalam akaun ASB pelanggan ialah RM200,000 dan pelanggan dikehendaki membayar RM500 pada setiap bulan bagi tempoh 20 tahun. Begitulah secara kasarnya bagaimana perjanjian anda dengan bank yang anda perlu patuhi.

Jadi bagaimana untuk mengira pinjaman ASB ini?

Cara Untuk Mengira Hutang ASB

Terdapat 2 cara untuk anda mengira hutang ASB anda dengan mudah.

  1. Kira secara online:

Kita boleh menggunakan kalkulator online yang disediakan oleh laman sesawang https://myrakan.com:8443/misc/asb.php. Melalui kalkulator ini, kita dapat membuat anggaran dividen ASB, bonus ASB dan juga zakat.

  1. Menggunakan teknik rolling (bayar bulanan untuk setahun sahaja. Biasanya teknik ini menghasilkan keuntungan yang minimum) dan compounding (bayaran atau simpanan bulanan yang berterusan.

Biasanya teknik ini tidak mengusik jumlah dividen yang diperoleh setiap tahun) yang disediakan oleh https://www.mahersaham.com/cara-pengiraan-asb-financing-dengan-2-teknik/. Dengan menggunakan teknik ini, kita dapat mengetahui cara pengiraan ASB Financing yang akan memudahkan kita mencapai target dan kemahuan pada masa hadapan.

Satu perkara yang perlu diambil berat ialah, selagi tempoh bayaran pinjaman ASB itu tidak dilangsaikan, duit tersebut tidak boleh dikeluarkan mengikut kemahuan kita.

Had Pelaburan Pinjaman ASB

ASB menetapkan had pelaburan tidak melebihi RM200,000 bagi akaun dewasa dan remaja. Sebelum anda menetapkan berapakah pinjaman yang anda inginkan, pastikan anda sudah merancang pelaburan dan pengiraannya seperti yang dikongsi diatas.

Maka, sebelum anda membuat pinjaman ASB dimana-mana ejen ASB, pastikan anda lihat kemampuan kewangan anda. Jika anda mampu, anda boleh merancang untuk mengambil pinjaman pelaburan RM50,000 dan ke atas.

Jika tidak, anda boleh cuba selama setahun atau 2 tahun sahaja dan gunakan dividen ASB untuk anda membuat bayaran bulanan untuk tahun yang mendatang.

Kesimpulan

Tidak dinafikan terdapat pelbagai manfaat jika anda melabur dengan ASB. Tetapi, jika anda merancang untuk menggunakan pinjaman untuk melabur, pastikan anda mendapat maklumat yang tepat dan terperinci sebelum membuat keputusan dan memilih bank manakah yang menjadi pilihan terbaik anda.

Melaburlah dengan bijak!

Artikel Berkaitan:

  1. Cara Buka Akaun ASB
  2. Cara Membatalkan Pinjaman ASB
  3. Cara Semak Baki Akaun ASB

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

thirteen − six =