Skip to content

Cara Simpan Duit ASB Secara Online

Cara Simpan Duit ASB

Bagaimanakah cara untuk simpan duit ASB secara online? Artikel ini akan membincangkan cara mudah untuk anda menyimpan duit ASB anda secara online.

Pengenalan

Tahukah anda, Amanah Saham Berhad atau lebih dikenali dengan ASB menyediakan perkhidmatan atas talian untuk pelbagai transaksi. Jika anda mempunyai akaun di ASB tetapi belum mendaftar dengan perkhidmatan atas talian ini, atau lebih dikenali sebagai myASNB, anda perlulah mendaftar terdahulu seperti yang sudah diterangkan di artikel Cara Semak Baki ASB Secara Online ini.

Terdapat 2 cara untuk menyimpan duit di ASB secara online. Pertama sekali, kita boleh menyimpan melalui bank-bank tertentu tetapi transaksi ini akan dikenakan caj perkhidmatan RM1.

Cara yang kedua pula, kita boleh terus ke laman sesawang myASNB (www.myasnb.com.my), tanpa dikenakan apa-apa caj. Mahu tahu caranya? Ikuti langkah di bawah.

Cara-cara untuk menyimpan duit secara online di ASB:

  1. Layari laman sesawang rasmi ASB atau myASNB.
  2. Selepas itu, klik pada Log Masuk. Masukkan ID pengguna, juga kata laluan anda dan klik pada Teruskan.
  3. Setelah itu, klik pada Pelaburan Tambahan.
  4. Pilih bank yang anda miliki dan masukkan nombor akaun bank ke dalam ruangan yang disediakan. Klik Seterusnya.
  5. Tandakan (/) pada kotak yang disediakan untuk menandakan persetujuan kita dengan segala terma dan syarat daripada ASB.
  6. Masukkan jumlah duit yang anda ingin simpan pada ruangan Penambahan Pelaburan dan klik Seterusnya.
  7. Anda akan dibawa ke ruangan yang seterusnya iaitu ruangan FPX. Klik Proceed To Pay.
  8. Pilih bank yang anda miliki dan ingin gunakan untuk memindahkan duit anda ke dalam myASNB.
  9. Klik Agree And Continue.
  10. Selepas itu, anda akan dibawa ke ruangan FPX bank pilihan anda. Masukkan nama pengguna dan kata laluan anda pada ruangan yang disediakan.
  11. Kemudian anda akan dipaparkan maklumat tentang transaksi perbankan anda ke myASNB. Klik Continue jika maklumat yang dipaparkan adalah betul.
  12. Masukkan nombor TAC pada kotak yang disediakan.
  13. Selepas itu, klik pada Continue With Transaction.
  14. Selesai sudah proses simpan duit ASB online anda.

Mudahkan? Jadi apa tunggu lagi?

Transaksi ini dibuka pada setiap hari kecuali Sabtu dan juga cuti umum, pada jam 7 pagi hingga 6 petang sahaja. Dengan adanya transaksi secara online ini, jangan risau kerana semuanya boleh dilakukan di hujung jari sahaja. Jadi bila-bila masa sahaja kita boleh melakukan transaksi di atas, tanpa perlu keluar rumah pun.

Artikel Berkaitan:

  1. Cara Buka Akaun ASB
  2. Cara Membatalkan Pinjaman ASB
  3. Cara Semak Baki Akaun ASB

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 × two =