Skip to content

Cara Menambah Pelaburan ASB Secara Online (menggunakan Maybank2u)

Cara Menambah Pelaburan ASB

Bagaimanakah cara menambah pelaburan ASB secara online? Artikel ini akan membincangkan cara untuk menambah pelaburan ASB anda secara online.

Pengenalan

Amanah Saham Berhad atau lebih dikenali sebagai ASB bukan sahaja mempunyai ibu pejabat dan cawangan sendiri, tetapi juga mempunyai ejen-ejen yang sah. Salah satu ejen yang sah dan berdaftar bersama ASB adalah Maybank.

Setelah anda mendaftar sebagai ahli ASB, menambah pelaburan juga adalah salah langkah yang penting untuk mendapatkan faedah dividen yang lebih tinggi. Ini sekaligus dapat membantu anda mengawal serta merancang kewangan anda pada masa hadapan. Walaupun isu dividen ASB ini selalu menjadi berita hangat, tidak perlu risau kerana pelaburan di ASB adalah pelaburan yang selamat kerana wang pelabur tidak akan hilang seperti pelaburan lain. Jadi untuk artikel kali ini, kami ingin menggalakkan pengguna, penyimpan serta pelabur di ASB untuk menambah pelaburan dengan cara online bersama Maybank.

Cara Menambah Pelaburan ASB Menggunakan Maybank2u

Seperti yang anda ketahui, Maybank mempunyai platform atas talian yang maju. Selain mempunyai Maybank2u yang boleh diakses daripada laman sesawang, Maybank2u kini mempunyai MAE yang lebih memudahkan pengguna – di mana ianya lebih mesra pengguna dan mesra alam.

Jadi, bagaimana untuk melabur ASB secara online menggunakan laman sesawang Maybank2u dan MAE ini?

Maybank2u

  1. Layari laman sesawang Maybank2u di sini: https://www.maybank2u.com.my/home/m2u/common/login.do dan masukkan nama pegguna dan kata laluan seperti biasa.
  2. Sisirkan tetikus anda ke laman utama akaun anda dan cari PAY & TRANSFER. Klik ke menu tersebut.
  3. Pilih tab PAY. Dan pada menu Pay To, pilih Payee.
  4. Tekan New Payment. Masukkan kata laluan ASB, dan pilih Maybank ASN/ASB Loan.
  5. Pada kotak Amount, masukkan jumlah yang kita inginkan ke akaun pelaburan ASB tersebut.
  6. Dan pada Loan Account No., masukkan nombor akaun ASB.
  7. Di tempat Effective Date, pilih tarikh yang kita inginkan pada pemindahan wang ini dilakukan.
  8. Pada butang Set Recurring, kita boleh mengaktifkan dan menetapkan pemindahan ini lebih daripada sekali, secara automatik, dan mengikut tarikh yang kita mahukan.
  9. Klik pada butang PAY untuk menambah pelaburan ASB dan ikut semua prosedur yang disediakan seterusnya sehingga transaksi anda berjaya.

MAE

  1. Masuk ke aplikasi MAE – boleh dimuat turun daripada aplikasi Apps Store atau aplikasi Playstore.
  2. Tekan pada menu Maybank2u dan masukkan kata laluan 6 digit.
  3. Pilih akaun bank yang anda mahukan (jika anda mempunyai dua atau lebih akaun bank Maybank).
  4. Klik pada menu Transfer dan pergi ke sub-menu ASNB seperti di screenshot di bawah:
  5. Tekan pada ikon ASNB dan masukkan beberapa info yang dikehendaki seperti di bawah:
    • Product Name
    • ID type
    • ID number for ASNB member
    • Membership number
    • Relationship
    • Purpose of transfer
  6. Setelah siap diisi semuanya, tekan Continue dan akan dibawa ke halaman Terms & Condition (T&C).
  7. Klik butang T&C tersebut sebelum meneruskan urusniaga dan klik butang TRANSFER setelah semua maklumat lengkap.

Kesimpulan

Mudah saja kan? Mungkin langkah-langkah diatas nampak agak banyak tetapi jangan risau, jika sekali sahaja anda dapat lakukan, pasti akan dapat melakukannya lebih mudah di masa hadapan.

Jadi apa tunggu lagi? Tambah pelaburan anda di ASB untuk mendapatkan kenaikan dividen tahunan tanpa perlu susah-susah untuk anda ke bank berdekatan atau ke cawangan ASB untuk melakukan transaksi penambahan pelaburan ASB secara atas talian sahaja!

Artikel Berkaitan:

  1. Cara Buka Akaun ASB
  2. Cara Membatalkan Pinjaman ASB
  3. Cara Semak Baki Akaun ASB

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

nine − six =