Skip to content

Cara Semak Baki ASB Secara Online (Panduan Lengkap)

semak baki ASB akaun secara online

Bagaimanakah cara untuk semak baki ASB secara online? Artikel ini akan membincangkan secara lengkap untuk menyemak baki ASB secara online.

Pengenalan

Kemajuan teknologi telah mempengaruhi pelbagai aspek di negara kita termasuk urusan kewangan dan juga pelaburan. Jika dahulu urusan tambah pelaburan, kemaskini atau keluarkan wang ASB hanya dilakukan secara manual menggunakan buku pelaburan, kini kita semua sebagai pelabur hanya perlu membawa kad pengenalan sebagai pengesahan identiti diri untuk membuat urusan di kaunter ASNB.

Di artikel lepas, kita ada menyebut mengenai perkhidmatan online yang disediakan oleh ASB atau lebih dikenali sebagai myASNB. Tetapi, seperti yang dimaklumkan, perkhidmatan tersebut hanyalah terhad kepada pengguna ASB yang sudah mendaftar sahaja. Jika anda belum lagi mendaftar akaun ASB anda, anda haruslah ke pejabat ASB, pejabat pos atau mana-mana bank yang menyediakan perkhidmatan ASB.

Sebelum anda dapat menggunakan perkhidmatan myASNB ini, anda haruslah mengemaskini maklumat peribadi seperti nombor telefon, alamat e-mel dan alamat surat menyurat melalui mana-mana cawangan ASNB atau ejen sah ASB seperti pejabat pos. Selesai sahaja anda mengemaskini maklumat-maklumat tersebut, anda boleh terus melayari laman sesawang www.myasnb.com.my dan daftarkan akaun anda bersama myASNB.

Jadi, bagaimana untuk menyemak baki dengan menggunakan myASNB? Pertama sekali kita haruslah mengetahui bagaimana pendaftaran myASNB ini dilakukan.

Cara Mendaftar myASNB

Langkah 1: Daftar Portal

*Jangan lupa membaca Terma dan Syarat, kemudian tandakan kotak dan klik Setuju.

Langkah 2: Klik Maklumat Pemegang Unit

  • Pilih jenis Kad Pengenalan dan isikan nombor Kad Pengenalan anda
  • Pilih salah satu produk ASNB yang anda miliki dan klik Seterusnya
  • Pengesahan Telefon Bimbit
  • Jika nombor telefon bimbit yang dipaparkan adalah betul, klik Permintaan TAC. Anda akan menerima SMS yang mengandungi kod TAC
  • Masukkan kod TAC yang anda terima dan klik Seterusnya
  • Jika nombor telefon yang dipaparkan bukan milik anda, sila ke cawangan ASNB atau ejen untuk mengemaskini nombor telefon bimbit
  • Jika kod TAC tidak diterima dengan nombor telefon yang betul, sila hubungi perkhidmatan telefon anda untuk unblock penerimaan SMS dari nombor 62000

Langkah 3: Klik Pendaftaran Akaun

  • Cipta ID Pengguna dan Frasa Keselamatan anda
  • Isikan maklumat yang diperlukan dan klik Tamat
  • Kata laluan sementara akan diberikan apabila selesai pendaftaran. Anda boleh mencetak/simpan/catat kata lalauan sementara tersebut untuk kegunaan log masuk kali pertama.

Setelah semuanya selesai, kita sudah boleh mula menggunakan perkhidmatan online yang ditawarkan di myASNB, dan salah satunya adalah menyemak baki di dalam akaun kita.

Di halaman utama portal, para pelabur boleh membuat semakan baki, penyata serta melakukan urusan-urusan lain seperti membuat pelaburan tambahan sekiranya mahu. Kemudahan pengeluaran juga boleh dibuat menerusi portal aplikasi myASNB ke akaun bank pelabur.

Perkhidmatan dalam Talian untuk ASB

Selepas anda berjaya mendaftar akaun online anda di dalam myASNB, anda akan dapat menikmati pelbagai perkhidmatan di dalam talian seperti:

1. Pertanyaan butiran pegangan semasa

Perkhidmatan atas talian memaparkan baki akaun unit amanah ASNB anda berdasarkan Nilai Aset Bersih (NAB) terkini.

2. Melihat rekod transaksi portal sehingga 90 hari

Kita juga dapat melihat butiran urus niaga berkaitan Unit Amanah ASNB yang dilaksanakan pemegang unit menerusi Portal myASNB sepanjang 90 hari lalu

3. Membuat pelaburan tambahan

Kita boleh membuat pelaburan tambahan bagi tabung unit amanah ASNB secara atas talian. Kita boleh membuat jualan balik atau pengeluaran bagi tabung unit amanah ASNB, membuat pelaburan permulaan dengan membolehkan pemegang unit membuka akaun unit amanah baharu, memindahkan unit antara dua pemegang unit untuk tabung yang sama dan juga perkhidmatan penukaran unit antara dua tabung unit amanah oleh pemegang unit yang sama

4. Mengemaskini maklumat peribadi

Kita juga boleh mengemaskini maklumat kita seperti alamat surat-menyurat dan juga nombor telefon dengan menggunakan perkhidmatan atas talian.

Selain itu, kita juga boleh mengetahui maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Semakan ASB online baki dan penyata melalui Portal ini boleh dirujuk menerusi pautan di bawah atau hubungi serta layari laman web rasmi ASNB seperti berikut:

  • Telefon : 03-8026 8101/ 03-7730 8899
  • E-mel : myasnb@pnb.com.my
  • Facebook ASNB
  • Laman Web Rasmi myASNB

Diharapkan artikel Cara semak baki ASB secara online ini akan memberi sedikit sebanyak maklumat berkenaan ASB kepada anda

Artikel Berkaitan:

  1. Cara Buka Akaun ASB
  2. Cara Membatalkan Pinjaman ASB

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

nineteen − six =