Al-Hafizh Ibnu ‘Asakir menyatakan bahawa: “Dia adalah Sulaiman bin Daud bin Isya bin ‘Uwaid bin ‘Abir bin Salmun bin Naksyun bin Ishaw bin Ibrahim AS. Nabi Sulaiman merupakan salah seorang putera dari Nabi Daud AS. Ia seperti dalam firman Allah SWT:
وَوَرِثَ سُلَيْمَانُ دَاوُودَ ۖ وَقَالَ يَا أَيُّهَا النَّاسُ عُلِّمْنَا مَنْطِقَ الطَّيْرِ وَأُوتِينَا مِنْ كُلِّ شَيْءٍ ۖ إِنَّ هَٰذَا لَهُوَ الْفَضْلُ الْمُبِينُ
“Dan Sulaiman telah mewarisi Daud, Wahai manusia, kami telah diberi pengetahuan bahasa peruturan burung, dan kami telah diberikan segala sesuatu. Sesungguhnya ini benar-benar suatu kurnia yang nyata” (An-Naml: 16)
Maksud ayat diatas adalah Sulaiman telah mewarisi kenabian dan juga kerajaan daripada Nabi Daud AS. Dia bukan mewariskan harta kerana tidak boleh harta yang ditinggalkan oleh Nabi diguna oleh ahli keluarga. Semua harta yang ditinggalkan akan menjadi sedeqah dan perlu diberi kepada mereka yang memerlukan
Ini bertepatan dengan hadith dimana rasulullah SAW bersabda: Apa yang kami tinggalkan merupakan sedeqah dan tidak boleh diwarisi.
Dalam Lafaz hadith yang lain, Nabi bersabda: “Kami para Nabi yang tidak boleh diwarisi (harta benda kami)
Rasulullah SAW mengkhabarkan sesungguhnya harta daripada para nabi tidaklah boleh diwarisi samada untuk ahli keluarga ataupun sahabat handai. Harta itu perlulah disedeqahkan kepada mereka yang memerlukan seperti faqir miskin.
Jadi apa yang diwarisi oleh Nabi Sulaiman daripada ayahnya Nabi Daud adalah kenabian dan juga kerajaan bukannya harta.
Kelebihan Nabi Sulaiman
1. Bercakap dengan burung dan Haiwan
Allah Taala berfirman:
قَالَ يَا أَيُّهَا النَّاسُ عُلِّمْنَا مَنْطِقَ الطَّيْرِ وَأُوتِينَا مِنْ كُلِّ شَيْءٍ
“Wahai manusia, kami telah diberi pengetahuan tentang suara burung dan kami telah diberi segala sesuatu”(Sebahagian ayat An-Naml: 16)
Terdapat satu kisah berkenaan dengan ayat ini dimana Imam Baihaqi meriwayatkan satu kisah iaitu: “Ada seekor burung jantan melewati Sulaiman Bin Daud AS dan berputar-putar berdekatan dengan burung betina, kemudian Sulaiman as bertanya kepada para sahabatnya:”Tahukah kalian apa yang ia bicarakan?” Mereka bertanya balik:”Wahai Nabi Allah, apa yang mereka bicarakan?”
Sulaiman AS menjawab:”Dia sedang meminangkan untuk dirinya dan berkata: Jadilah isteriku, aku akan bangunkan rumah untukmu yang berada di atas loteng Damsyik manapun yang kamu inginkan.”Sulaiman AS berkata: “Loteng di Damsyik terbuat dari bebatuan yang seorang pun tidak mampu tinggal di dalamnya. Tetapi (biasanya) burung yang ingin meminang burung betina itu adalah pembohong.
2. Diberi segala sesuatu
Allah SWT berfirman: ” Dan kami beri segala sesuatu”
Mengikut Tafsir Ibnu Katsir, segala sesuatu yang dimaksudkan ini adalah segala sesuatu yang diperlukan oleh seorang raja samada daripada persiapan tenteranya, kemampuannya untuk bercakap dengan haiwan bagi mengetahui keadaan mereka dan juga bala tentera yang terdiri daripada manusia, jin dan haiwan.
Ini membuatkan dia sudah cukup dengan kelengkapan untuk memimpin sebuah negara
Nabi Sulaiman dan Semut
Allah SWT mengkhabarkan bahwa putera Nabi Daud iaitu Nabi Sulaiman sedang membawa tenteranya yang terdiri daripada jin, manusia dan burung untuuk berjalan bersama. Hinggalah sampai ke satu lembah semut. Disitulah dia terdengar percakapan seekor semut kepada rakyatnya
Allah SWT berfirman:
حَتَّىٰ إِذَا أَتَوْا عَلَىٰ وَادِ النَّمْلِ قَالَتْ نَمْلَةٌ يَا أَيُّهَا النَّمْلُ ادْخُلُوا مَسَاكِنَكُمْ لَا يَحْطِمَنَّكُمْ سُلَيْمَانُ وَجُنُودُهُ وَهُمْ لَا يَشْعُرُونَ
Maksudnya: “Hingga apabila mereka sampai di lembah semut berkatalah seekor semut: Wahai semut sekalian, masuklah kamu ke dalam sarangmu agar kamu tidak dipijak oleh Sulaiman dan tenteranya, sedangkan mereka tidak menyedarinya.” (An-Naml: 18)
Pada ketika itu, (raja) semut itu memberikan perintah dan peringatan (kepada rakyatnya) agar berlindung dari Sulaiman AS dan juga bala tenteranya kerena mereka tidak mengetahui bahawa kawasan yang mereka hendak jalan itu mempunyai haiwan lain seperti semut.
Disebabkan mereka yang kecil dan susah untuk dilihat, maka rajanya membuat keputusan bijak bagi berlindung terlebih dahulu.
Lalu Nabi Sulaiman pun tersenyum kerana kebijaksanaan yang terdapat pada semut tersebut. Ketika itu juga Nabi Sulaiman berdoa seperti yang difirmankan oleh Allah SWT:
فَتَبَسَّمَ ضَاحِكًا مِنْ قَوْلِهَا وَقَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَىٰ وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَدْخِلْنِي بِرَحْمَتِكَ فِي عِبَادِكَ الصَّالِحِينَ
“Wahai tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yag Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu-bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai dan masukkanlah daku dengan limpah RahmatMu dalama golongan hambamu yang soleh (An-Naml: 19)
Pada ketika ini, Nabi Sulaiman telah meminta kepada Allah Taala untuk diberikan kesyukuran yang berterusan. Kerana dia telah diberi pelbagai kelebihan dan juga kelebihan tersebut telah membuatkan dia melihat sesuatu yang besar.
Iaitu semut yang kecil dan lemah itu juga perlu menyusun startegi untuk mengelakkan diri mereka di musnahkan tanpa disedari, maka itu juga adalah perbuatan Nabi Sulaiman yang menyusun tentera mereka berbaris-baris
Oleh sebab itulah, Nabi Sulaiman berdoa meminta 3 perkara
1. Diilhamkan perkara kepada Nabi Sulaiman supaya dia sentiasa menjadi hamba yang bersyukur.
Di ayat yang lain Allah SWT berfirman
وَقَلِيلٌ مِنْ عِبَادِيَ الشَّكُورُ
“Sangat sedikit sekali di antara hamba-Ku yang mau bersyukur.” (QS. Saba’: 13).
Kedua ayat ini bila dilihat, fahamlah kita orang yang bersyukur ini adalah sedikit dan ianya dipilih oleh Allah SWT. Sebab itu perlunya kita sentiasa berdoa akan kita diberikan ilham ataupun petunjuk daripada Allah SWT supaya kita sentiasa bersyukur
2. Supaya tetap mengerjakan amal Soleh
Amalan soleh juga adalah sesuatu yang hanya dapat dibuat dengan izin Allah SWT. Maka tidak dapat tidak, perlu kita sentiasa berdoa agar diberikan kemudahan dan kekuatan untuk melakukan amal ibadah
3. Supaya dimasukkan dalam golongan orang yang soleh
Bacaan lain: Kisah Nabi Sulaiman dan Ratu Balqis
Kisah Nabi yang lain
Nabi Adam | Nabi Idris |
Nabi Nuh | Nabi Hud |
Nabi Soleh | Nabi Ibrahim |
Nabi Luth | Nabi Ismail |
Nabi Ishak | Nabi Yaakub |
Nabi Yusuf | Nabi Ayub |
Nabi Syu’aib | Nabi Musa |
Nabi Harun | Nabi Zulkifli |
Nabi Daud | Nabi Sulaiman |
Nabi Ilyas | Nabi Ilyasa |
Nabi Yunus | Nabi Zakaria |
Nabi Yahya | Nabi Isa |
Nabi Muhammad |
Rujukan:
- Buku Kisah Para Nabi dan Rasul karya al-Hafizh Ibnu Katsir.