Skip to content

Doa Selamat Ringkas dan Panduan Rumi

doa selamat

Apakah doa selamat yang boleh diamalkan? Artikel pada kali ini akan berkongsi mengenai doa selamat buat rujukan anda semua dalam mempermudahkan segala urusan harian.

Pendahuluan

Amalan berdoa setiap masa adalah sangat dianjurkan dalam Islam. Agama Islam ini sangat unik dan bersifat universal kerana ia merangkumi segala perihal kehidupan tidak terbatas dengan zaman dan masa. Berdoa misalnya, umat Islam berdoa bukan sahaja ketika selepas solat atau ketika mahu berhajatkan kepada sesuatu. Doa dibaca pada bila-bila masa, walaupun untuk perkara-perkara yang kecil seperti makan atau masuk ke bilik air. 

Dalam al-Quran, Allah SWT berfirman: “Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu…” – (Surah Ghafir, ayat 60)

Apa itu doa selamat?

Doa selamat tidak ketinggalan sebagai salah satu doa yang biasa dibaca atau diucapkan ketika dalam sesebuah majlis atau kenduri seperti majlis kelahiran, majlis perkahwinan, majlis aqiqah, atau sebagainya. 

Tujuannya untuk memperoleh keredhaan daripada Allah SWT sekaligus memastikan apa yang dirancang berjalan dengan lancar. Selain itu, ia turut diamalkan oleh setiap individu untuk memelihara keselamatan diri dan keluarga. 

Berikut adalah bacaan doa selamat yang boleh diamalkan oleh umat Islam:

Doa selamat 1

doa selamat 1

Maksudnya: “Segala kepujian dan kesyukuran dipersembahkan ke hadrat Mu Ya Allah di atas limpah rahmah perlindungan kepada kami sekalian dengan aman tenteram, sihat wal afiat, dan selamat sejahtera. Kami memohon kepada Mu Ya Allah semoga diperkukuhkan perpaduan, dipereratkan persaudaraan dan diperkuatkan keazaman, hasrat, dan cita-cita agar sentiasa mendapat keredhaan Mu Ya Allah.”

doa selamat 2

“Kami juga memohon kasih sayang Mu Ya Allah agar jiwa dan kehidupan kami berada dalam aman di dunia agar kami dapat mengimarahkan bumi sepertimana yang Engkau perintahkan, maka daripada Engkau sahaja Ya Allah kami memohon bantuan dan pertolongan.”

doa selamat 3

“Kami dengan segala rendah diri memohon agar Engkau kurniakan kami dan hamba-hamba Mu sekalian dengan taufik dan hidayah, sentiasa di bawah pimpinan dan petunjuk Mu Ya Allah. Mudah-mudahan segala usaha dan amal yang kami tunaikan akan mendapat sepenuh kejayaan dalam keredhaan dan restu Mu disepanjang zaman.”

doa selamat 4

“Berkatilah negara Malaysia ini dan rahmatilah di bawah perlindungan Mu sekalian yang bersangkutan dengannya semoga mendapat petunjuk dari Mu ke jalan yang Engkau redhai serta dengan penuh kehormatan dan kesucian, di samping meninggikan syiar Mu dalam semua bidang. 

doa selamat 5

“Peliharalah kami dan negara kami daripada segala bala bencana. Jauhkanlah kami sekalian daripada segala ancaman dan pengkhianatan. Bersihkanlah negara kami dari segala anasir jahat. Pandulah kami semua ke jalan yang benar, adil, dan saksama dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan. Kekalkanlah Ya Allah kebenaran, keadilan, perpaduan, kententeraman, dan kemakmuran dalam negara bertuah ini.”

doa selamat 6

Doa selamat 2

Maksudnya: “Ya Allah, Ya Tuhan kami, yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, kami berhimpun pada hari ini berdoa memohon rahmat dan hidayah dari Mu. Semoga dengan rahmat itu, Engkau berikan petunjuk kepada kami. Engka perkukuhkan perpaduan kami, Engkau memperbaiki urusan agama dan dunia kami. Ya Allah, Ya Tuhan kami yang memiliki segala kekuasaan dan kemuliaan, kurniakanlah taufik dan hidayah Mu kepada kami, restuilah perancangan kami, bimbinglah kami dengan pentunjuk Mu yang berterusan.

Pimpinlah kami sekalian ke jalan yang lurus dan benar yang membawa kepada ketenteraman dan kesejahteraan. Hindarkanlah kami sekalian dari segala malapetaka dan sifat-sifat keji. Selamatkanlah kami sekalian dari perselisihan yang boleh membawa perpecahan dan kebinasaan. Anugerahkanlah kepada kami kekuatan dan keupayaan untuk merangka strategi dan dasar negara bagi mencapai kecemerlangan dan kesejahteraan serta matlamat wawasan sebagaimana yang kami cita-citakan.”

“Ya Allah, Ya Tuhan kami, kami pohonkan limpah rahmat, taufik, dan hidayah bagi pemimpin-pemimpin dan seluruh rakyat negara yang tercinta. Mantapkanlah semangat dan keazaman mereka dengan penuh kesabaran dan bertawakkal kepada Mu dalam memikul tanggungjawab memajukan negara supaya disanjung tinggi, bertaraf dunia dan disegani, di bawah ri’ayah Mu dan naungan Mu.”

Doa selamat 3

Maksudnya: “Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Ya Allah sesungguhnya kami memohon kepadaMu keselamatan dalam agama, dan kesihatan dalam tubuh. Bertambah dalam ilmu, dan keberkatann rezeki, dan taubat sebelum mati. Mendapat rahmat ketika mati, dan mendapat pengampunan sesudah mati. Ya Allah mudahkanlah bagi kami dari sakaratul maut, lepaskan dari api neraka. Dan mendapat keampunan ketika dihisab. Ya Allah jangankanlah Engkau menyesatkan hati kami sesudah Engkau memberi petunjuk. Dan berilah kami rahmat dari sisiMu. Ya Allah berikan kami kebaikan di dunia dan di akhirat. Dan jauhkanlah kami dari api neraka.”

Kesimpulan

Diharapkan artikel tentang doa selamat ini dapat memberikan anda pengetahuan dan informasi yang berguna. Tidak rugi kita berdoa, kerana setiap doa yang kita lantunkan itu ada nilai pahalanya di sisi Allah SWT. 

Bacaan Doa yang lain

Doa Ketika Ziarah KuburDoa Lembutkan Hati
Doa Masuk dan Keluar MasjidDoa Tolak Bala
Doa Dipermudahkan UrusanDoa Untuk Pengantin Baru
Doa Masuk dan Keluar RumahDoa Khatam Al-quran
Doa Mudah TidurDoa Ketika Sedih
Doa PengasihDoa Ketika Mimpi Buruk
Doa Agar Dicintai AllahDoa Ketika Lupa
Doa Majlis PerkahwinanDoa Penenang Hati
Doa Saidatina FatimahDoa Agar Hujan Berhenti

Rujukan

  1. Himpunan Doa dan Hadis Pilihan, Doa Selamat Ringkas. Doa hadis pilihan blogspot
  2. Bacaan Doa Selamat Paling Mudah, Semua Orang Mesti Hafal (Feb, 2019) Aynorablogs.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

17 + 11 =