Skip to content

Puasa Nazar: Niat dan Cara (Panduan Lengkap)

puasa nazar

Apakah puasa nazar dan bagaimanakah cara untuk melakukannya?

Artike ini akan membincangkan berkenaan puasa nazar, niat-nya dan perkara yang berkaitan dengan ibadah ini.

Isi Kandungan
  1. Pengertian
  2. Hukum dan Dalil
  3. Rukun Nadzir
  4. Syarat Sah Nazar
  5. Waktu melakukan Puasa
  6. Niat dan Cara
  7. Sebab melakukan Puasa Nazar
  8. Nazar yang tidak ditunaikan
  9. Hikmah

PENGERTIAN PUASA NAZAR


Nazar secara bahasa adalah suatu janji untuk melakukan sesuatu perkara.

Manakala nazar menurut pengertian syara’ bermaksud menyanggupi untuk melakukan ibadah yang mana didalam syariat ibadah tersebut hukum asalnya adalah tidak wajib iaitu sunnah atau fardhu kifayah.

Oleh itu tidak sah bernazar untuk melakukan sesuatu yang wajib atau fardhu ‘ain baginya, seperti solat lima waktu kerana solat lima waktu, meskipun tidak dinazarkan, sudah menjadi kewajiban bagi seorang Muslim untuk melaksanakan. Sebagaimana juga tidak sah bernazar pada perkara –perkara maksiat.

Manakala puasa nazar pula adalah puasa yang dilakukan untuk menunaikan nazar yang telah dijanjikan terhadap Allah s.w.t setelah apa yang dihajati telah termakbul. Maka wajib ke atas seseorang itu menyegerakan apa yang telah dinazarkan itu.

Sebagaimana Rasulullah Saw bersabda: 

Barang siapa yang bernazar akan mentaati Allah hendaklah ia mentaati-Nya dan siapa bernazar akan mendurhakai Allah maka janganlah mendurhakai-Nya.” (HR. Bukhari).

HUKUM PUASA NAZAR


Sebagaimana telah dijelaskan dalam pengertian nazar bahawa hukum asal suatu perkara yang sebelum dinazarkan adalah dihukumi sebagai perkara-perkara sunnah atau merupakan fardhu kifayah disisi syarak.

Oleh itu, tidak sah bernazar untuk melakukan sesuatu ibadat wajib atau fardhu ain yang sudah menjadi kewajipan setiap hamba untuk melaksanakan ibadat tersebut. Dan sesuatu perkara setelah dinazarkan adalah menjadi suatu kewajipan untuk ditunaikan seperti berpuasa atau bersedekah dan sebagainya sesuai dengan apa yang disebut dalam nazarnya.

Sekiranya tidak sempat untuk melaksanakan nazar tersebut disebabkan penyakit yang sukar sembuh atau telah meninggal,maka dituntut agar dapat diqadha daripada pihak walinya.Sekiranya tidak juga  diqadha akan dikenakan kaffarat iaitu denda atas kegagalan menunaikan nazar tersebut.  Sebagaimana Firman Allah;

ؕ وَمَا لِلظّٰلِمِيۡنَ مِنۡ اَنۡصَارٍ وَمَاۤ اَنۡفَقۡتُمۡ مِّنۡ نَّفَقَةٍ اَوۡ نَذَرۡتُمۡ مِّنۡ نَّذۡرٍ فَاِنَّ اللّٰهَ يَعۡلَمُهٗ

 Maksudnya: “Apa saja yang kamu nafkahkan atau apa saja yang kamu nadzarkan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya. Orang-orang yang berbuat dhalim tidak ada seorang penolongpun baginya”. (QS. Al-Baqarah : 270)

Dan dari Hadis Nabi Muhammad SAW telah bersabda ;

عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عُمَرَ قَالَ: اَخَذَ رَسُوْلُ اللهِ ص يَوْمًا يَنْهَانَا عَنِ النَّذْرِ وَ يَقُوْلُ: اِنَّهُ لاَ يَرُدُّ شَيْئًا وَاِنَّمَا يُسْتَخْرَجُ بِهِ مِنَ الشَّحِيْحِ. مسلم

Maksudnya: Dari Abdullah bin Umar RA, dia berkata : Pada suatu hari Rasulullah SAW melarang kami dari bernadzar dan beliau bersabda, “Sesungguhnya nadzar tidak bisa menolak sesuatu, dan hanyasanya dengan nadzar itu sesuatu dikeluarkan dari orang bakhil”. (HR. Muslim)

RUKUN NADZIR


Nadzir adalah orang yang melakukan nazar. Terdapat beberapa rukun atau syarat yang perlu dipenuhi oleh Nadzir.

1. Islam serta baligh dan berakal(Mukallaf).

Maka tidak sah nazar dari anak yang masih kecil atau orang yang gila. Seseorang itu perlu baligh(cukup umur)

2. Kehendak sendiri

Nazar dilakukan atas kehendak sendiri iaitu tidak dipaksa oleh mana-mana pihak.Sekiranya dipaksa maka tidak sah apa yang dilakukan itu.

3. Mampu

Mampu untuk melakukan nazarnya. Sekiranya dia bernazar untuk menunaikan puasa maka hendaklah dia bebas dari segala yang boleh menyebabkan puasa itu tidak sah seperti haid, nifas atau penyakit yang parah.

SYARAT-SYARAT SAH NAZAR


Dalam setiap perkara yang dinazarkan adapun bernazar untuk berpuasa , bersedekah atau sebagainya, hendaklah terlebih dahulu mengetahui akan  syarat-syarat nazar untuk menjadikan suatu nazar itu sah disisi syarak.

Antara syarat yang perlu dipenuhi adalah memastikan ungkapan nazar adalah:

1. Jelas tanpa ragu-ragu.

Sebagai contoh, perkataan “Saya bernazar akan puasa pada hari Isnin dan Khamis”.

Manakala jika seseorang mengatakan tanpa kepastian seperti “Jika saya lulus dalam subjek Matematik, kemungkinan besar saya akan berpuasa”. Maka perkataan tersebut tidak dikategorikan sebagai nazar kerana mempunyai unsur ragu-ragu.

2. Isi Nazar

Seterusnya, isi dari nazar tersebut iaitu perkara yang ingin dinazarkan adalah merupakan suatu ketaatan yang boleh mendekatkan diri kepada Allah dan bukan bersifat kemaksiatan.

Tidak sah nazar pada perkara haram seperti  merogol atau membunuh  dan sebagainya.

WAKTU PELAKSANAAN PUASA NAZAR


Secara umumnya,waktu pelaksanaan puasa nazar adalah setelah tercapainya sesuatu yang dihajati maka hendaklah segera menunaikan nazar tersebut sesegera mungkin tanda syukur atas nikamt dan juga  kerana tiada jaminan kesempatan untuk menunaikan jika ditangguh lagi mungkin disebabkan lupa dan sebagainya.

PELAKSANAAN PUASA NAZAR SERTA NIAT PUASA NAZAR


Pelaksanaan puasa nazar umumnya sama dengan puasa-puasa yang lain. Yang membezakan adalah dari segi lafaz niat dan isi nazar tersebut sahaja. Berikut lafaz niat nazar puasa yang boleh diamalkan:

نَوَيْتُ صَوْمَ النَّذَرِ لِلّٰهِ تَعَالىَ

Maksudnya : Saya niat puasa nazar karena Allah Ta’aala.

SEBAB MELAKUKAN NAZAR PUASA


Adapun sebab-sebab melakukan nazar baik untuk berpuasa, bersedekah atau sebagainya adalah bertujuan untuk menunaikan janji yang telah dinazarkan terhadap Allah setelah apa yang dihajati telah dimakbulkan oleh Allah. Selain itu, ia juga sebagai tanda syukur  dan ketaatan seorang hamba atas nikmat yang telah diberikan oleh Allah.

NAZAR YANG TIDAK DITUNAIKAN


Sekiranya apa yang dinazarkan tidak dapat ditunaikan atas sebab-sebab tertentu ,maka dikenakan kifarat atas perbuatan tersebuat. Kaffarat ini artinya adalah denda yang harus dibayar karena telah melanggar janji pada Allah SWT Antara denda yang dikenakan adalah seperti berikut;  

  1. Memberi makan 10 orang miskin.Atau,
  2. Memerdekakan 1 orang budak.Atau,
  3. Memberi sebuah pakaian kepada 10 orang miskin. Atau
  4. Jika tidak mampu melakukan salah satu perkara di atas,hendaklah seseorang itu  berpuasa selama 3 hari.

 Sebagaimana firman Allah SWT ;

لاَ يُؤَاخِذُكُمُ اللّهُ بِاللَّغْوِ فِي أَيْمَانِكُمْ وَلَكِن يُؤَاخِذُكُم بِمَا عَقَّدتُّمُ الأَيْمَانَ فَكَفَّارَتُهُ إِطْعَامُ عَشَرَةِ مَسَاكِينَ مِنْ أَوْسَطِ مَا تُطْعِمُونَ أَهْلِيكُمْ أَوْ كِسْوَتُهُمْ أَوْ تَحْرِيرُ رَقَبَةٍ فَمَن لَّمْ يَجِدْ فَصِيَامُ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ ذَلِكَ كَفَّارَةُ أَيْمَانِكُمْ إِذَا حَلَفْتُمْ وَاحْفَظُواْ أَيْمَانَكُمْ كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

Maksudnya:Allah tidak menghukum kamu disebabkan oleh sumpah-sumpahmu yang tidak dimaksud (untuk bersumpah). Tetapi dia menghukum kamu disebabkan oleh Sumpah Sumpah Yang Kamu sengaja. Maka kafarat (melanggar) Sumpah itu ialah memberi makan 10 orang miskin yaitu dari makanan yang bisa kamu berikan kepada keluargamu atau memberi pakaian kepada mereka atau memerdekakan seorang budak.

Barangsiapa tidak sanggup melakukan yang demikian, maka kafaratnya puasa selama tiga hari. yang demikian itu adalah kafarat Sumpah-sumpahmu bila kamu bersumpah (Dan Kamu melanggar). dan, jagalah sumpahmu. demikian Allah menerangkan kepadamu hukum-hukumnya agar kamu bersyukur (kepadanya). (QS. al-maidah [5]:89)

HIKMAH PUASA NAZAR


1. Tanda syukur Kepada Allah

Dengan menunaikan puasa nazar merupakan tanda syukur atas nikmat yang diberikan Allah atas apa yang dihajati seseorang itu. Bahkan,sesungguhnya Allah SWT akan menambah nikmat yang lebih melimpah terhadap orang yang selalu bersyukur dengan penuh keikhlasan kerana telah melaksanakan ibadat puasa dengan penuh kerelaan tanpa keterpaksaan.

2. Berusaha menepati janji

Puasa nazar juga merupakan janji yang diikrarkan seseorang pada dirinya sendiri dengan Allah SWT. Bagi mereka yang berjaya menunaikan janji tersebut merupakan orang yang berjaya disisi Allah dan  merupakan sikap yang sangat baik dalam menjadikan seseorang mempunyai sikap mengambil berat dan bertanggungjawab terhadap janjinya.

3. Melahirkan ketaatan sebagai seorang hamba

Perasaan tawadhu’ seorang hamba akan lahir sekiranya kita dapat melakukan ibadat dengan penuh keikhlasan.Bahkan Allah SWT akan melipat gandakan setiap apa yang kita syukuri menjadi nikmat yang luar biasa besarnya.

Jenis Puasa yang lain

Puasa RamadhanPuasa Nazar
Puasa EnamPuasa Bulan Rejab
Puasa Hari AsyuraPuasa Hari Putih
Puasa Hari ArafahPuasa Ganti

RUJUKAN:

  1. Niat Puasa Nazar dan Waktu Pelaksanaannya dalam Islam oleh Annisa Nurlianita
  2. Bagaimanakah Cara Puasa Nazar Dan Kaffarah Sumpah Si Mati Ditunaikan Oleh Warisnya oleh Muhammad Fathi Noor Din
  3. Apa Kafarat Nazar?oleh  Ahmad Anshori, Lc
  4. Tata Cara dan Niat Puasa Nazar, Faedah Melaksanakan Puasa Nazar yang Harus Diketahui oleh Budi Rahmat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

fourteen + one =