Apakah bacaan doa yang dilafazkan nabi Yunus ketika di telan ikan paus? Artikel ini akan membincangkan bacaan doa tersebut berserta dengan bantuan teks rumi dan arab untuk memudahkan para pembaca.
Latar Belakang Kisah Nabi Yunus Di Telan Ikan Paus
Kisah Nabi Yunus As tidak banyak diceritakan di dalam Al-Quran seperi Nabi dan Rasul yang lain. Namun, ada satu kisah yang paling diingati oleh kita semua mengenai baginda iaitu kisah Nabi Yunus As ditelan ikan paus atau ada segelintir yang memanggil ikan nun. Nabi Yunus As diutus kepada kaum Ninawa yang bukan kaumnya bahkan bukan tidak mempunyai pertalian darah antara mereka.
Nabi Yunus As adalah orang asing di tengah-tengah penduduk Ninawa untuk memberikan cahaya kepada mereka yang masih dalam kegelapan menyembah berhala yang diwarisi oleh nenek moyang mereka. Ajaran Nabi Yunus As ialah ajaran yang baru didengari dan diketahui oleh mereka dan mereka berkeras untuk tidak menerima dakwah baginda.
Nabi Yunus As kemudian meninggalkan kaumnya yang tidak mahu menerima ajaran tauhid dan setelah baginda meninggalkan negeri Ninawa, mereka mulai cemas apabila melihat tanda-tanda hukuman Allah keatas mereka. Mereka akhirnya sedar baginda tidak berbohong dan mereka segera bertaubat kepada Allah. Nabi Yunus yang membawa diri menaiki kapal sebelum ditelan perut ikan Nun. Kisah tersebut diceritakan di dalam surah al-Anbiya’ ayat 87 dan 88:
وَذَا النُّونِ إِذْ ذَهَبَ مُغَاضِبًا فَظَنَّ أَنْ لَنْ نَقْدِرَ عَلَيْهِ فَنَادَى فِي الظُّلُمَاتِ أَنْ لا إِلَهَ إِلا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ (٨٧) فَاسْتَجَبْنَا لَهُ وَنَجَّيْنَاهُ مِنَ الْغَمِّ وَكَذَلِكَ نُنْجِي الْمُؤْمِنِينَ )(٨٨
Maksudnya: Dan (sebutkanlah peristiwa) Zun-Nun, ketika ia pergi (meninggalkan kaumnya) dalam keadaan marah, yang menyebabkan ia menyangka bahawa Kami tidak akan mengenakannya kesusahan atau cubaan; (setelah berlaku kepadanya apa yang berlaku) maka ia pun menyeru dalam keadaan yang gelap-gelita dengan berkata: “Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri”. (87)
Maka Kami kabulkan permohonan doanya, dan Kami selamatkan dia dari kesusahan yang menyelubunginya; dan sebagaimana Kami menyelamatkannya Kami akan selamatkan orang-orang yang beriman (ketika mereka merayu kepada Kami). (88)
Bacaan Doa Nabi Yunus
Nabi Yunus As berulang-ulang kali membacakan doa ini semasa di dalam perut ikan Nun:
Maksudnya: “Tiada tuhan selain Engkau. Sesungguhnya aku termAsuk dalam kalangan orang-orang yang zalim” (Surah Al-Anbiya’: ayat 87)
Tafsiran
Di dalam tafsir Ibn Kathir ada mengisahkan kisah bagaimana Nabi Yunus As ditelan oleh ikan paus. Nabi Yunus As telah membawa diri dengan menaiki kapal bersama kaumnya. Kapal tersebut dipukul ombak yang sangat besar lalu mereka merAsa sangat takut kapal itu akan karam. Kemudian, mereka membuat undian, salah seorang di antara mereka,siapa yang harus dibuang ke laut untuk meringankan bebanan kapal tersebut.
Maka undian pun terkena kepada Nabi Yunus As. Akan tetapi, mereka tidak mahu untuk membuangnya. Lalu mereka pun mengulanginya dan undian tersebut terkena lagi kepada Nabi Yunus As. Akan tetapi, mereka juga enggan untuk membuangnya. Lalu mereka pun mengulanginya untuk kali yang ketiga dan undian tersebut terkena juga kepada Nabi Yunus As.
[Lihat: Tafsir Ibn Kathir, 321/5]
Hadis
Selain itu, daripada Sa’ad bin Abi Waqas Ra juga ada menyatakan bahawa Nabi SAW ada bersabda:
دَعْوَةُ ذِي النُّونِ إِذْ دَعَا وَهُوَ فِي بَطْنِ الحُوتِ: لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ، فَإِنَّهُ لَمْ يَدْعُ بِهَا رَجُلٌ مُسْلِمٌ فِي شَيْءٍ قَطُّ إِلَّا اسْتَجَابَ اللَّهُ لَهُ
Maksudnya: “Doa Nabi Yunus ketika baginda berdoa di dalam perut ikan paus: “Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau! Maha Suci Engkau! Sesungguhnya aku adalah daripada orang-orang yang menganiaya diri sendiri”. Maka sesungguhnya tidak seorang muslim itu apabila berdoa dengannya untuk sesuatu perkara (masalah) melainkan Allah SWT akan memustajabkan baginya”. [Hadis Riwayat al-Tirmizi (3505)] [Syeikh Syuaib al-Arna’outh berpendapat sanad hadith ini sebagai hasan]
Kelebihan
1. Allah mengampunkan dosa kita dan mengeluarkan kita daripada kesulitan.
Dalam surah As-Soffat ayat 143 dan 144, Allah menyatakan: “Maka kalaulah dia bukan dari orang-orang yang sentiasa mengingati Allah (dengan zikir dan tasbih), tentulah dia (Nabi Yunus) akan tinggal di dalam perut ikan itu hingga ke hari manusia dibangkitkan keluar dari kubur.”
2. Dimakbulkan doa.
Menurut hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad, Rasulullah ﷺ berpesan bahawa sesiapa yang berdoa dengan doa Nabi Yunus ini, maka Allah akan memperkenankan doa mereka. Sabda Rasulullah:
Sesungguhnya tidak ada muslim yang berdoa dengannya untuk apa saja (hajatnya), melainkan akan dimakbulkan Allah doanya itu.” (HR Ahmad, dinilai Sahih oleh Ahmad Syakir)
Bacaan Doa yang lain
Rujukan
- Nabi Yunus Dalam Perut Ikan (10 Feb 2015). Laman web IKIM.
- Wikipedia Nabi Yunus As.
- Muhammad Mushfique Bin Ahmad Ayoup @ Ayub. (15 Mac 2017). AL-KAFI # 581: Istighfar Nabi Yunus. Laman Web Rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
- Muhamad Naim. Doa Nabi Yunus (Doa Ketika Kesusahan & Kesempitan). Laman Web Aku Islam.