Skip to content

Doa Masuk Masjid dan Keluar Masjid Berserta Adab-adabnya

bacaan doa masuk dan keluar masjid

Apakah bacaan doa masuk masjid dan juga doa keluar masjid? Artikel ini akan membincangkan doa masuk dan keluar masjid berserta adab-adab dalam masjid yang anda perlu tahu.

Masjid ialah perkataan bahasa arab yang membawa makna tempat sujud, sebuah tempat ibadah khusus buat umat Islam untuk bersolat, beriktikaf dan juga sesetengah masjid yang mempunyai ahli jawatankuasa yang aktif, masjid menjadi satu medan ummah di mana pelbagai aktiviti keagamaan, ilmu dan juga masyarakat dilakukan di masjid dan juga kawasan sekitarnya.

Pada zaman Rasullulah, kemajuan dan gerakan muslim bermula daripada masjid di mana masjid menjadi tempat untuk berkumpul, berbincang dan merancang strategi. Ianya tidak terhad kepada dakwah menyebarkan agama islam, bahkan masjid menjadi platform untuk para peniaga berbincang mengenai perniagaan, perundangan dan penyebaran ilmu.

Doa Masuk Masjid

doa masuk masjid

Maksudnya: “Aku berlindung dengan Allah yang maha besar dan dengan wajahnya yang mulia dan kekuasaanNya yang Qodim daripada gangguan syaitan yang direjam. Ya Allah! ampinilah bagiku akan dosa-dosaku dan bukakanlah bagiku pintu-pintu rahmatMu”

Atau bacaan pendeknya, boleh dibaca:

اَللّٰهُمَّ افْتَحْ لِيْ اَبْوَابَ رَحْمَتِكَ

“Allahummaftahlii abwaaba rahmatik”

Maksudnya: Ya Allah bukakanlah untukku, pintu rahmat-Mu

Doa Keluar Masjid

اَللّٰهُمَّ اِنِّى اَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ

“Allahumma inni as-aluka min fadhlik”

Maksudnya: Ya Allah, sesungguhnya aku memohon keutamaan dari-Mu.

Kelebihan Membaca Doa Masuk dan Keluar Masjid

Salah satu kelebihan membaca doa masuk dan keluar masjid ini disebutkan di dalam al-Quran di dalam surah at-Taubah ayat 18:

إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللّهِ مَنْ آمَنَ بِاللّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَأَقَامَ الصَّلاَةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلاَّ اللّهَ فَعَسَى أُوْلَـئِكَ أَن يَكُونُواْ مِنَ الْمُهْتَدِينَ

Maksudnya: Hanyalah yang memakmurkan Masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, serta tetap mendirikan shalat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk.

Ini bermakna, orang yang memakmurkan masjid dengan mengikut segala adab-adab sebelum, semasa dan selepas ke masjid akan mendapat petunjuk dan hidayah daripada Allah.

Kelebihan lain jika membaca doa sebelum dan selepas masuk ke masjid, serta menekuni adab-adabanya:

1. Allah akan mengampuni dosa-dosanya seperti di dalam hadis –

Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa berwudu untuk sholat, lalu dia menyempurnakan wudunya, kemudian berjalan menuju sholat fardu, lalu dia sholat bersama manusia (bersama jamaah di masjid), niscaya Allah ampuni dosa-dosanya.” (Hadis Riwayat Muslim).

2. Masjid ialah tempat suci dan disinonimkan dengan rumah Allah. Para ulama’ telah menyenaraikan adab-adab sebelum memasuki masjid, antaranya:

Adab Sebelum Masuk Ke Dalam Masjid

  • Memastikan pakaian yang dipakai menutup aurat;
  • Memakai wangi-wangian bagi lelaki – ini adalah anjuran daripada al-Quran di dalam surah al-a’raf ayat 31 yang bermaksud: “Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah di setiap (memasuki) masjid.”.

Adab Ketika Masuk Ke Dalam Masjid:

  • Masuk ke dalam masjid dengan langkah kanan;
  • Membaca doa seperti diatas;
  • Memberikan salam kepada sesiapa yang berada di masjid;

Adab Di Dalam Masjid

  • Berniat iktikaf di dalam masjid iaitu berhenti sekejap atau lama dengan niat beribadah kepada Allah;
  • Menunaikan solat sunat tahiyatul masjid;
  • Sebaik-baiknya bersolat pada tempat yang berdinding;
  • Memperbanyakkan zikir, selawat, berdoa dan membaca al-Quran tetapi haruslah memastikan tidak mengganggu orang lain yang juga sedang beribadah.
  • Elakkan daripada keluar dari masjid selepas azan berkumandang selain ada sebab-sebab yang syarie’;
  • Elakkan daripada memakan benda-benda yang berbau supaya tidak mengganggu para jemaah yang lain;
  • Elakkan daripada memakai pakaian yang mengganggu kekhusyukan solat para jemaah lain;
  • Menjaga kebersihan masjid;
  • Menjauuhkan diri daripada amalan yang bertentangan dengan adab-adab di masjid;
  • Menjawab azan;
  • Elakkan daripada bercakap perkara-perkara yang tidak berfaedah atau sifat keduniaan;
  • Jangan berjual beli ketika berada di dalam dewan solat;
  • Kepada mereka yang membawa kanak-kanak, pastikan kanak-kanak tersebut tidak mengganggu ketenteraman jemaah lain.

Adab Keluar Masjid

  • Membaca doa keluar masjid seperti di atas;
  • Memberikan salam kepada orang yang masih berada di masjid;
  • Keluar dengan kaki kiri.

Khas buat wanita:

  1. Tidak boleh berwangi-wangian ketika menuju ke masjid;
  2. Wanita yang haid dan nifas tidak dibenarkan masuk ke masjid.

Bacaan Doa yang lain

Doa Saidatina FatimahDoa Agar Hujan Berhenti
Doa SelamatDoa Selepas Witir
Doa Hari ArafahDoa Dimurahkan Rezeki
Doa Selepas IqamatDoa Bayar Zakat
Doa IftitahDoa Waktu Gelisah
Doa Kepada Orang Meninggal DuniaDoa Mohon Zuriat
Doa Dijauhkan Dari Fitnah DajjalDoa Mohon Keampunan
Doa Awal TahunDoa Akhir Tahun
Doa Selepas TarawihDoa Bulan Rejab
Doa Selepas SolatDoa Nabi Yunus
Doa Nabi SulaimanDoa Nabi Musa
Doa Nabi Ibrahim

Rujukan:

  1. Doa Masuk dan Keluar Masjid, Lengkap Arab dan Latin, Memohon Dibukakan Pintu Rahmat. (25 Mac 2019). Laman Web Tribun Jabar.id
  2. Wkipedia Masjid.
  3. Adab Ketika Pergi Ke Masjid. Laman Web Masjid Wilayah.
  4. Irsyad Hukum Masjid dan Jemaah. Laman Web Mufti Penang.
  5. Keutamaan Doa Masuk dan Keluar Masjid. (24 Jun 2020). Laman Web Oke Muslim.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

9 + 16 =