Skip to content

Cara Pengeluaran ASB Secara Online (Panduan Lengkap)

Cara Pengeluaran Duit ASB secara online

Bagaimanakah cara pengeluaran duit ASB secara online? Artikel ini akan membincangkan cara mudah untuk anda keluarkan duit ASB anda secara online.

Pengenalan

Amanah Saham Berhad (ASB) merupakan salah satu pelaburan bumiputera yang banyak memberikan manfaat dan juga membantu bumiputera. Selain daripada memberikan pelbagai faedah, ASB juga kini memberikan pendidikan pelaburan kepada orang ramai untuk mendapat pendedahan serta ilmu pelaburan yang tepat.

Dengan perkhidmatan atas talian yang ditawarkan oleh ASB yang dikenali sebagai myASNB sekarang, terdapat pelbagai perkhidmatan yang tidak memerlukan kita ke cawangan ASB atau bank-bank berdekatan untuk melakukan transaksi. Seperti yang dibincangkan sebelum ini, myASNB menyediakan pelbagai transaksi kepada pengguna yang telah mendaftar bersama myASNB.

Pengeluaran ASB secara atas talian juga adalah salah satu perkhidmatan yang disediakan di dalam portal myASNB dan ianya adalah percuma.

Cara Membuat Pengeluaran ASB Secara Online

Buat masa ini, kemudahan ini ditawarkan menerusi portal myASNB dan juga Aplikasi Mudah Alih myASNB yang mula dilancarkan pada 27 April 2020.

Pemegang unit hanya dibenarkan mengeluarkan wang dari akaun sendiri sahaja. Dan ini bermaksud anda tidak boleh mengeluarkan duit daripada akaun pemegang lain.

Berikut dikongsikan langkah-langkah pengeluaran ASB secara online:

  1. Log masuk akaun myASNB
  2. Klik Portfolio dan klik Transaksi pada unit amanah yang dikehendaki. Pilih jualan balik.
  3. Pastikan maklumat yang tertera adalah betul dan klik Seterusnya.
  4. Baca, tandakan kotak pengisytiharan dan klik Seterusnya.
  5. Masukkan amaun pada laman tersebut dan tandakan kotak pengisytiharan. Klik Seterusnya.
  6. Sila semak semula butiran bank anda pada notifikasi dan klik Teruskan.
  7. Klik permintaan TAC, isi dan klik Seterusnya.
  8. Transaksi anda telah berjaya!

Syarat-syarat Pengeluaran

Selain daripada cara-cara untuk mengeluarkan duit daripada ASB secara online, anda juga harus tahu bahawa terdapat beberapa perkara yang perlu anda dipastikan sebelum membuat pengeluaran daripada ASB.

  1. Walaupun kini anda boleh mengeluarkan duit ASB secara online, terdapat had minimum dan maksimum yang dikenakan. Ini adalah untuk mengelakkan pengeluaran ASB secara berlebihan. Had tersebut ialah:
    1. Had minimum: RM100 sebulan
    1. Had maksimum: RM500 sebulan
  1. Anda juga hanya boleh membuat 3 kali pengeluaran maksimum dalam sebulan. Untuk mengeluarkan duit dalam jumlah yang lebih besar dari RM500, anda boleh berbuat demikian di mana-mana cawangan ASB atau ejen ASB yang berhampiran dengan anda.
  2. Jadi, jika anda berhasrat untuk mengeluarkan wang ASB sebanyak 3 kali dalam sebulan, anda boleh mencuba dengan pengiraan begini:
    1. Pengeluaran pertama: RM100
    1. Pengeluaran kedua: RM200
    1. Pengeluaran ketiga: RM200
  3. Atau, jika anda mempunyai cara yang berbeza, juga boleh digunakan untuk pengeluaran kendiri anda.

Kesimpulan

Perkhidmatan ini hanya boleh diakses kepada pemegang ASB yang sudah mendaftar bersama myASNB sahaja. Jika anda belum mendaftar, pemegang unit yang belum mengemaskini nombor telefon, mestilah  berbuat demikian terlebih dahulu di mana-mana cawangan atau ejen ASNB.

Jangan lupa untuk membawa bersama kad pengenalan anda untuk tujuan pengesahan diri.

Jadi, apa tunggu lagi? Gunakan perkhidmatan atas talian yang ditawarkan kepada pemegang dan pendaftar di ASB. Hanya dengan satu klik sahaja, anda akan dapat menikmati pelbagai servis tanpa keluar dari rumah!

Artikel Berkaitan:

  1. Cara Buka Akaun ASB
  2. Cara Membatalkan Pinjaman ASB
  3. Cara Semak Baki Akaun ASB

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

18 − 7 =