Skip to content

Cara Daftar myASNB Secara Online (myasnb.com.my)

Cara Daftar myASNB Secara Online

Bagaimanakah cara daftar myASNB secara online? Artikel ini menerangkan cara mudah untuk mendaftar myASNB secara online.

Pengenalan

Amanah Saham Berhad atau lebih dikenali sebagai ASB adalah satu institusi kewangan yang membantu bumiputera untuk melabur dengan menyediakan simpanan jangka panjang dalam masa menjana keuntungan.

Untuk lebih menggalakkan bumiputera melabur, ASB melancarkan pelbagai program edukasi dan advokasi untuk memberikan pencerahan kepada rakyat kepentingan melabur untuk kegunaan masa hadapan. Bukan setakat itu, ASB juga sentiasa memperbaharui sistem mengikut peredaran zaman, supaya pengguna dan pelabur yang melabur bersama ASB menerima manfaat yang berpanjangan.

Salah satu pembaharuan yang ditawarkan oleh ASB adalah portal myASNB. Portal myASNB ini adalah platform atas talian yang mudah lagi selamat khusus untuk pelanggan ASB untuk melihat pegangan dan melaksanakan urusniaga dalam talian di mana sahaja pada bila-bila masa sahaja. Hanya dengan satu klik, pengguna dapat membuat pelbagai transaksi bersama ASB.

Tetapi adakah ada cara untuk mendaftar myASNB secara maya? Di dalam artikel sebelum ini, (Cara Semak Baki ASB Secara Online (Panduan Lengkap)) penulis ada berkongsi cara mendaftar myASNB dengan mengemaskini nombor telefon di mana-mana cawangan ASB. Ha, bagaimana pula tu?

Artikel kali ini kita akan membincangkan lebih lanjut mengenai cara-cara mendaftar myASNB secara online.

Cara Daftar myASNB Secara Online

Seperti artikel sebelumnya, anda masih perlu untuk mengemaskini nombor telefon anda di mana-mana cawangan ASB untuk memastikan kod TAC dapat dihantar ke nombor kita setiap kali transaksi dilakukan. Ha, itulah sebabnya.

Selepas itu, ikuti cara-cara untuk mendaftar myASNB secara online seperti dibawah:

  1. Layari laman https://www.myasnb.com.my
  2. Klik ke Daftar Disini.
  3. Teliti arahan yang terpapar pada skrin, dan klik Teruskan.
  4. Klik tanda √ dan klik Setuju.
  5. Untuk Maklumat Asas, sila pilih Jenis Kad Pengenalan > masukkan No Kad Pengenalan anda > jenis Produk ASNB yang anda langgani dan klik Teruskan.
  6. Klik pada permintaan TAC untuk proses pengesahan. Kod TAC akan dikirim ke nombor telefon yang anda daftakan di cawangan ASB.
  7. Masukkan kod TAC tersebut > klik Seterusnya.
  8. Kemudian masukkan maklumat pendaftaran. Isikan ID pengguna, alamat email dan kod rahsia.
  9. Pilih tiga soalan keselamatan dan berikan jawapan. Pastikan soalan dan jawapan tersebut senang untuk dihafal supaya tidak menyulitkan anda pada masa hadapan.
  10. Setelah siap > klik Tamat > sekarang anda telah berjaya mendaftar portal myASNB online.
  11. Kata kunci sementara akan diberikan. Salin kata kunci tersebut terlebih dahulu untuk masuk ke laman myASNB > Klik LOG MASUK.
  12. Masukkan ID pengguna yang anda daftarkan tadi > klik Teruskan.
  13. Kod rahsia yang anda daftarkan tadi akan ditunjukkan dan memerlukan pengesahan anda. Pastikan sama > masukkan password sementara yang diberikan > klin Teruskan.
  14. Tukar kata kunci sementara anda kepada kata kunci anda sendiri. Pastikan kata kunci tersebut adalah lain daripada lain supaya tidak mudah dicuri.
  15. Selepas mengemaskini kata kunci yang baru > cuba LOG MASUK semula untuk pastikan kata kunci tersebut sah.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh terus ke laman web myASNB (https://www.myasnb.com.my/) dan terus ke soalan lazim untuk menjawab segala pertanyaan anda, atau anda juga boleh terus menghubungi nombor telefon: 03-2050 5500 atau emelkan persoalan ke emel: myasnb@pnb.com.my untuk mendapatkan jawapan kepada segala kekeliruan anda dengan lebih pantas.

Jika anda terus ke laman web myASNB, anda bukan sahaja dapat menikmati pelbagai servis dan transaksi atas talian, tetapi juga dapat membaca pelbagai pakej menarik yang ditawarkan ASB.

Artikel Berkaitan:

  1. Cara Buka Akaun ASB
  2. Cara Membatalkan Pinjaman ASB
  3. Cara Semak Baki Akaun ASB

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

eighteen − six =