Skip to content

10 Amalan Selepas Solat Subuh yang Anda Perlu Tahu

amalan selepas solat subuh

Apakah amalan selepas solat subuh yang perlu anda tahu dan kebaikannya apabila diamalkan? Artikel pada kali ini, akan berkongsi kepada anda beberapa amalan selepas solat subuh yang sangat banyak pahalanya apabila diamalkan oleh umat Islam.

Pengenalan tentang solat subuh

Istilah subuh membawa maksud ruang waktu di mana terbitnya fajar sehinggalah terbitnya matahari. Nama lain bagi subuh adalah seperti fajar, subh al-sadiq, dan fajr al-sadiq. 

Semua maksud ini memberi pengertian yang sama iaitu mewakili waktu di mana sinar cahaya matahari pertama atau fajar kelihatan. Solat subuh terdiri daripada 2 rakaat, dan mengikut mazhab Syafie solat ini akan disertakan sekali dengan bacaan doa qunut bagi rakaat kedua sebelum sujud.

Amalan Selepas Solat Subuh

1. Banyakkan berzikir

Berzikir adalah termasuk dalam kategori amalan ringan yang sering kita tinggalkan sedangkan ia mempunyai pahala yang sangat besar sekiranya dilakukan. 

Contohnya zikir, “Subhanallah wa bihamdihi, subhanallahil azim”, 

Dari Abu Hurairah RA dari Nabi, Baginda bersabda, ”Dua kalimat yang ringan di lisan, namun berat ditimbangan, dan disukai Ar Rahman iaitu “Subhanallah wa bi hamdih, subhanallahil ‘azhim” (Maha Suci Allah dan segala puji bagi Nya, Maha Suci Allah Yang Maha Agung).” – (Hadis Riwayat No.6682 dan Muslim No.2694)

2. Banyakkan berdoa

Berdoa selepas solat menjadi kebaikan yang sangat hebat bila diamalkan. Permohonan doa kita tidak akan selesai selagi mana kita tidak meninggalkan dunia ini. Justeri itu, santunilah jiran masing-masing dengan kebaikan.

Doa selepas solat subuh 1

يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ، يَا ذَا الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ، أَسْأَلُكَ أَنْتَ تُحْيِيَ قَلْبِي بِنُورِ مَعْرِفَتِكَ يَا ٱللّٰهُ يَا ٱللّٰهُ يَا ٱللّٰهُ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ

Ya hayyu ya qayyum, ya dzaljalaali wal ikraaam, as aluka anta tuhyiya qalbi binuuri ma’rifatika ya allahu ya allahu ya allahu ya arhamar rahimin.

Maksudnya: “Wahai yang hidup selama-lamanya, wahai yang mempunyai kebesaran dan kemurahan, aku memohon kepadaMu supaya menghidupkan hatiku dengan nur makrifatMu, ya Allah, ya Allah, ya Allah, wahai yang menghidupkan yang mati, wahai kekasih yang pengasih.” – (Hadis Riwayat Tabrani)

Doa selepas solat subuh 2

Maksudnya: “Ya Allah, Tuhan Jibril, Israfil, Mikail dan Nabi Muhammad SAW, aku memohon perlindunganMu daripada api neraka.”

3. Banyakkan berselawat

Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu berkata: “Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang berselawat ke atasku satu selawat maka nescaya Allah berselawat ke atasnya sepuluh selawat, dihapuskan darinya sepuluh dosa dan diangkatkan untuknya 10 tingkatan.” – (Hadis Riwayat An-Nasai) dan disahihkan oleh Al-Albani di dalam Shahih Al-Jami’. No. 6359)

Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW merupakan jalan untuk mendapatkan cinta Allah dan Rasulullah SAW. 

4. Membaca surah Yasin

Daripada Anas bin Malik RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

إنَّ لِكُلِّ شيءٍ قَلْبًا ، وَإنَّ قَلْبَ الْقُرْآنِ ( يس ) ، مَنْ قَرَأَهَا فَكَأنَّما قَرَأَ القُرْآنَ عَشرَ مَرَّاتٍ

Maksudnya: “Setiap sesuatu itu mempunyai hati, dan sesungguhnya hati Al-Quran adalah surah Yasin. Barangsiapa yang membacanya maka pahalanya seumpama membaca sepuluh kali Al-Quran.” – (Hadis Riwayat Al-Tirmizi)

Justeru itu, membaca surah yasin bukanlah ketika ada kematian semata-mata sebaliknya, ia digalakkan untuk dibaca sepanjang masa khususnya selepas solat subuh di waktu pagi. 

Dikatakan sekiranya kita membiasakan diri untuk membaca surah Yasin setiap pagi selepas solat subuh atau selepas solat dhuha, Allah SWT akan melengkapkan keperluan hidup kita dan segala kebajikan kita dijaga oleh Nya. 

5. Solat Sunat Isyraq

Solat sunat isyraq adalah solat sunat rakaat yang didirikan setelah matahari terbit meninggi, yakni selepas waktu tahrim (waktu larangan untuk solat). Tujuan solat ini adalah kita bersyukur kepada Allah SWT kerana menganugerahkan satu lagi hari kepada kita untuk bertaubat dan merasai nikmat hidup yang dianugerahkan.

Pahala bagi amalan ini sangatlah besar seperti mana yang telah diberitahu dalam hadis Baginda SAW:

Maksudnya: “Sesiapa yang melakukan Solat Subuh secara berjemaah kemudian dia duduk berzikir kepada Allah hingga terbit matahari kemudian dia bersolat dua rakaat maka dia akan mendapat pahala seperti pahala mengerjakan haji dan umrah. Berkata Rasulullah SAW “Secara sempurna, sempurna, sempurna.” – (Hadis Riwayat Tirmizi)

6. Membaca Al-Mathurat

Al-Mathurat adalah himpunan zikir dan wirid yang ma’thur yang diambil daripada Al-Quran dan hadis dari Nabi Muhammad SAW. Zikir ini dihimpunkanoleh Al-Imam As-Syahid Hasan Al-Banna serta menjadi amalan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.

Amalan selepas subuh dengan membaca surah Al-Baqarah dalam zikir Al-Mathurat akan memberikan kita banyak pahala. Sabda Rasulullah SAW bermaksud,

“Janganlah menjadikan rumah kamu seperti perkuburan sesungguhnya syaitan lari daripada rumah yang dibaca padanya surah Al-Baqarah.” – (Hadis Riwayat Muslim)

7. Sedekah subuh

Sedekah pada waktu subuh menjadi amalan selepas subuh yang sangat digalakkan untuk kita buat. Bahkan keutamaan bersedekah pada waktu ini ada disebutkan dalam sebuah hadis yang bermaksud:

“Tidak ada satu subuh pun yang dialami hamba-hamba Allah kecuali turun kepada mereka dua malaikat. Salah satu di antara keduanya berdoa, ‘Ya Allah, berilah ganti bagi orang yang berinfak’, sedangkan yang satunya lagi berdoa ‘Ya Allah, berilah kerusakan bagi orang yang menahan hartanya.” – (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Selain membaca surah-surah ini, banyak lagi zikir, wirid, dan surah lain yang terkandung dalam Al-Mathurat yang mempunyai banyak kelebihannya.

8.  Membaca Al-Quran

Amalan membaca Al-Quran mempunyai banyak kelebihan yang mendatangkan pahala yang besar. Dikatakan terdapat beberapa waktu yang paling terbaik untuk membaca Al-Quran antaranya adalah ketika selepas subuh.

Bahkan Rasulullah SAW pernah mendoakan kerbekatan pada waktu pagi untuk umatnya.

“Ya Allah, berkahilah umatku pada waktu paginya.” – (Hadis Riwayat Tirmidzi)

9. Memulakan aktiviti harian

Selepas selesai mengerjakan solat, maka bertebaranlah seluruh manusia di atas muka bumi ini khususnya umat Islam untuk keluar dari rumah masing-masing dan mencari rezeki. 

Biarpun Allah sudah menetepakan rezeki buat semua hamba Nya, namun rezeki itu perlu dicari dengan usaha dan kudrat. Hal ini sebagaimana yang disebutkan dalam firman Allah SWT:

لَأَنْ يَحْتَطِبَ أحَدُكُمْ حُزْمَةً علَى ظَهْرِهِ، خَيْرٌ له مِن أنْ يَسْأَلَ أحَدًا، فيُعْطِيَهُ أوْ يَمْنَعَهُ.

Maksudnya: “Sungguh, seorang dari kamu yang memikul kayu api di atas belakangnya lebih baik baginya daripada dia meminta-minta kepada seseorang sama ada orang itu memberinya atau menolaknya.” – (Hadis Riwayat Al-Bukhari, No. 2074)

10. Solat sunat dhuha selepas waktu syuruk

Diwaktu lapang kita bekerja, jangan dilupakan dengan solat sunat dhuha. Solat sunat ini disebut sebagai amalan pembuka rezeki kerana banyak kelebihan yang boleh kita perolehi.

Ia dilaksanakan bermula daripada terbitnya matahari (selepas waktu syuruk) sehingga sebelum tergelincir matahari.

Lafaz niatnya: 

أُصَلِّي سُنَّةَ الضُّحَي رَكْعَتَين ِللهِ تَعَاليَ

(Usollii sunnatadh-dhuhaa rak’ataini lillaahi ta’aalaa.)

Maksudnya: ”Sahaja aku Solat Sunat Dhuha dua rakaat, kerana Allah Taala.”

Diharapkan artikel berkenaan dengan amalan selepas subuh ini dapat memberikan anda informasi yang bermanfaat dan ilmu pengetahuan yang berguna.

Rujukan:

1. Amalan Orang Soleh. Ustaz Muhadir Haji Joli

2. How can you make yourself more Productive after Fajr Prayers? Islamic Finder

3. Irsyad Al-Hadith Siri Ke-456: Waktu Afdhal Untuk Solat Subuh. Mufti Wilayah Persekutuan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

13 + 11 =