Skip to content

10 Kelebihan Membaca Al Quran yang Anda Perlu Tahu

kelebihan membaca al quran

Apakah kelebihan membaca Al-Quran yang kita boleh peroleh dalam kehidupan seharian? Artikel pada kali ini akan berkongsi dengan anda 10 kelebihan membaca Al-Quran bagi mengimarahkan lagi semangat kita untuk melakukan ibadah tersebut.

Pengenalan tentang Al-Quran

Al-Quran ialah kalamullah yang mengandungi mukjizat, diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan Jibrail AS, ditulis dalam mashaf, dipindahkan kepada kita secara mutawatir dan menjadi ibadah jika kita membacanya.

Al-Quran terdiri daripada cantuman 28 huruf Hijaiyah yang mana keseluruhan al-Quran mengandungi 323,671 huruf, 77,437 kalimah, 6236 ayat, 114 surah, 30 juzuk, 60 hizib dan 240 maqra’.

Kelebihan membaca Al-Quran

Terdapat banyak kelebihan membaca Al-Quran yang boleh anda jadikan panduan dalam hidup, Antara kelebihannya itu adalah seperti:

1. Sebagai syafaat di hari kiamat

Syafaat beerti pertolongan atau pembelaan yang sangat diperlukan oleh manusia ketika di Padang Mahsyar yang mana ketika itu tidak ada yang berguna melainkkannya. 

Al-Quran akan menjadi pembela kepada mereka yang di sepanjang hidupnya mengamalkan sepanjang hidup. NABI Muhammad SAW pun menggalakkan umatnya untuk membaca al-Quran kerana amalan ini bakal menjadi syafaat kepada pembacanya di akhirat kelak.

Hal ini berdasarkan daripada hadis dari Abu Umamah RA katanya: “Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda:

اقْرَءُوا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لأَصْحَابِهِ

Bacalah al-Quran, kerana ia akan datang pada Hari Kiamat sebagai sesuatu yang dapat memberikan syafa`at (pertolongan) kepada orang-orang yang membacanya.” – (Hadis Riwayat Muslim)

2. Ganjaran buat orang yang lancar dan tidak lancar dalam membaca Al-Quran

Budak-budak kalau pandai membaca, mak ayah berikan hadiah untuk mereka lebih bersemangat. Tetapi kalau tidak pandai membaca atau kurang lancar, mereka akan ditegur atau dimarahi. 

Berbeza dengan mereka yang membaca Al-Quran, mereka akan mendapat pahala dari satu huruf yang mereka lafazkan sebanyak sepuluh ganjaran pahala oleh Allah.  Bukan itu sahaja malah, jika kita tidak lancar dalam membaca Al-Quran juga diberikan pahala atas kepayahan dan kesusahan kita itu membacanya. 

Dari `A’isyah RA, katanya Rasulullah SAW bersabda:

الْمَاهِرُ بِالْقُرْآنِ مَعَ السَّفَرَةِ الْكِرَامِ الْبَرَرَةِ وَالَّذِي يَقْرَأُ الْقُرْآنَ وَيَتَتَعْتَعُ فِيهِ وَهُوَ عَلَيْهِ شَاقٌّ لَهُ أَجْرَانِ

Orang yang mahir dengan bacaan al-Quran, maka ia beserta para malaikat yang mulia lagi sangat taat.  Sedang orang yang membaca al-Quran dan ia berasa susah dalam bacaannya (tidak lancar) tetapi ia selalu berusaha, maka untuknya dua pahala.” – (Hadis Riwayat Muslim)

3. Meningkatkan darjat manusia

Al-Quran selain memberi syafaat di akhirat, ia mampu menganugerahkan kita satu kedudukan dan darjat yang tinggi di dunia. Banyak qari dan qariah kita di Malaysia ini mendapat pingat, piala, dan penghargaan dari pemerintah atau sultan. 

Contohnya baru-baru ini, qariah Farhatul Fairuzah menjadi penerima muda darjah kebesaran Selangor atas usahanya memartabatkan Al-Quran di Malaysia. 

Dari `Umar bin al-Khattab RA bahawasanya Nabi SAW bersabda:

إِنَّ اللَّهَ يَرْفَعُ بِهَذَا الْكِتَابِ أَقْوَامًا وَيَضَعُ بِهِ آخَرِينَ

Sesungguhnya ALLAH mengangkat darjat beberapa kaum dengan kitab ini (al-Quran) serta menurunkan darjatnya kaum yang lain dengannya.” – (Hadis Riwayat Muslim)

4. Mendapatkan ketenangan

Al-Quran itu menenangkan dan mententeramkan jiwa yang sedang kusut. Ia bukan sahaja menyembuhkan gelisah dan sedih tetapi juga menjadi penenang hati yang mujarab. 

Daripada Abdullah Bin ‘Amru Bin Al-‘As RA Nabi Muhammad SAW bersabda: “Satu masa nanti akan dikatakan kepada orang yang membaca Al-Quran: Bacalah, perbaikilah dan perelokkanlah bacaan Al-Quran sepertimana engkau memperelokkan urusan di dunia, sesungguhnya tempat engkau akan ditentukan diakhir ayat yang engkau bacakan”. 

(Hadis Abdullah bin ‘Amru bin Al-‘As ini direkodkan oleh Abu Daud dalam Sunan Abi Daud, Kitab Tafri’ Abwab Al-Witr, Bab Istihbab At-Tartil Fil Qiraat, No hadis 1464, status hadith ini hasan sahih)

5. Memperoleh rahmat dan lindungi daripada malaikat

Jika Allah juga menjamin kebaikannya kepada pembaca dan pengamal Al-Quran, inikan pula para malaikat. Tugas malaikat adalah membantu Allah SWT termasuklah dalam membawa rezeki.

Keselamatan dan perlindungan juga adalah satu bentuk rezeki. Para malaikat akan memberikan perlindungan daripada segala kejahatan yang dapat dilihat mahupun tidak kepada orang-orang yang membaca kitab Al-Quran.

6. Sebagai penawar penyakit

Terkandung di dalam Al-Quran ada penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman. 

Allah SWT telah berfirman di dalam Al-Quran yang bermaksud, “Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu”. (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.” – (Surah Al-Nahl, ayat 69)

7. Meningkatkan keimanan diri

Allah SWT ada berfirman dalam Surah Anfal, ayat 2 yang bermaksud:

Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.” 

Iman seseorang akan meningkat ketika membaca Al-Quran kerana kita melakukan perkara kebaikan yang mendekatkan diri kepada Allah. Al-Quran itu kalam Allah dan mengandungi kata-kata Allah sebagai panduan manusia. 

8. Layak menjadi imam solat berjemaah

Mana-mana solat berjemaah jika ada indivdu yang berlatar belakangkan Pendidikan agama, pelajar tahfiz, qari, atau pengajar Al-Quran pastinya dia lebih menjadi pilihan untuk mengalas tugas seorang imam. 

Ibnu Mas’ud RA bahawa SAW bersabda, “Orang yang paling layak mengimami kaum di dalam solat ialah mereka yang terfasih membaca Al-Quran.” – (Hadis Riwayat Muslim)

9. Membaca dan memperelokkan bacaan mendapat kebaikan

Kita bermula dengan merangkak-rangkak membaca Al-Quran, kemudian lancar membaca, kemudian memahami makna, kemudia mendalami makna, dan seterusnya mengaplikasikan suruhan Al-Quran dalam kehidupan. 

Begitulah proses yang kita perlu buat dalam memastikan kita sentiasa istiqamah mendampingi Al-Quran sepanjang hidup. Semua proses ini memakan waktu seumur hidup kita dan setiap daripadanya ada kebaikanya yang tersendiri. 

Daripada Abdullah Bin ‘Amru Bin Al-‘As RA Nabi Muhammad SAW bersabda: “Satu masa nanti akan dikatakan kepada orang yang membaca Al-Quran: Bacalah, perbaikilah dan perelokkanlah bacaan Al-Quran sepertimana engkau memperelokkan urusan di dunia, sesungguhnya tempat engkau akan ditentukan di akhir ayat yang engkau bacakan”.

(Hadis Abdullah bin ‘Amru bin Al-‘As ini direkodkan oleh Abu Daud dalam Sunan Abi Daud, Kitab Tafri’ Abwab Al-Witr, Bab Istihbab At-Tartil Fil Qiraat, No hadith 1464, status hadith ini hasan sahih)

10. Membentuk perilaku yang mulia

Membaca Al-Quran dengan hati yang tenang dan rasa yang bahagia dapat merubah seseorang yang semula berperilaku tidak baik menjadi lebih baik.

Baginda Rasullulah SAW pernah bersabda:

“Sebaik baiknya manusia adalah yang membaca dan mempelajari Al-Quran serta mengajarkannya pada orang lain.” – (Hadis Riwayat Bukhari)

Diharapkan semoga panduan tentang kelebihan membaca Al-Quran ini dapat memberikan informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk pembaca semua di luar sana. 

Kelebihan Amalan yang lain

Kelebihan IstighfarKelebihan Selawat
Kelebihan SedekahKelebihan Solat Tahajjud
Kelebihan Hari JumaatKelebihan Lailatul Qadar
Kelebihan Puasa Bulan RejabKelebihan Malam Nisfu Syaban
Kelebihan Puasa EnamKelebihan Solat Tarawih
Kelebihan Sujud SyukutKelebihan Membaca Quran

Rujukan:

  1. Irsyad Al-Hadith Siri Ke-163: Kepentingan Mempelajari Al-Quran. Mufti Wilayah Persekutuan
  2. Pembaca Quran Dapat Pelbagai Kelebihan di Dunia dan Akhirat. Berita Harian
  3. Bergambar; 13 Kelebihan Membaca Al-Quran. The Mizz One

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

4 × two =