Skip to content

Doa Jauh dari Fitnah Dajjal (Rumi dan Arab)

doa jauh dari fitnah dajjal

Apakah doa yang boleh diamalkan untuk jauh dari fitnah dajjal? Artikel ini akan membincangkan berkenaan doa jauh dari fitnah dajjal

Pengenalan

Fitnah Dajjal merupakan kerosakan yang akan berlaku di akhir zaman ketika berlakunya kiamat. Dajjal akan datang dan membawa pelbagai jenis keajaiban kepada umat manusia. Apa sahaja yang manusia ingin, Dajjal boleh tunaikan dengan izin Allah.

Sekiranya manusia menginginkan hujan, dengan mudah sahaja Dajjal mampu menurunkan hujan. Dajjal juga dikatakan boleh mengubati mata buta. Banyak perkara ajaib yang Dajjal boleh hasilkan.

Ini adalah untuk menguji mereka yang benar-benar beriman kepada Allah dan tidak. Orang yang terpedaya dengan Dajjal adalah orang yang akan memasuki neraka dengan dia.

Rasulullah pernah memerihalkan rupa Dajjal seperti sabda baginda berikut:

Sesungguhnya aku memperingatkan kamu tentangnya. Tiada seorang nabi melainkan ia akan memperingatkan kaumnya tentang Dajjal. Nuh memperingatkan kaumnya. Akan tetapi aku akan memberitahu kamu sesuatu yang tidak disampaikan seorang nabi sebelumku. Sesungguhnya Dajjal itu bermata satu dan Allah SWT tidak bermata satu. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dajjal itu mempunyai satu mata manakala sebelah mata lagi itu buta.

Terdapat doa-doa dan amalan-amalan tertentu yang diajarkan dalam Islam untuk menghindari kesesatan Dajjal di akhir zaman nanti.

Doa Elak Dajjal

1. Menghafal 10 ayat terawal dan 10 ayat terakhir Surah al-Kahfi

Rasulullah bersabda:

Sesiapa yang menghafal 10 ayat daripada awal surah al-Kahfi akan terselamat daripada fitnah Dajjal. (Riwayat Muslim)

Terdapat riwayat lain juga Rasulullah bersabda:

Barang siapa yang menghafal ayat akhir daripada Surah Al-Kahfi akan terpelihara daripada fitnah Dajjal. (Riwayat Abu Daud)

Jika dikompromikan dua riwayat hadis di atas, hendaklah kita menghafal 10 ayat terawal dan 10 ayat terakhir Surah al-Kahfi untuk mengelak daripada fitnah Dajjal. Selepas itu, bacalah hafalan tersebut dengan. Jadikan ia sebagai rutin kita. Lagi-lagi, pada hari khamis malam jumaat atau hari jumaat sebelum maghrib.

2. Doa hindari fitnah Dajjal sebelum bagi salam selepas bacaan tahiyat akhir

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ، وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ

Maksudnya: Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadamu daripada seksa neraka jahanam dan seksa kubur, daripada fitnah kehidupan dan kematian, serta daripada keburukan fitnah Dajjal.

Doa ini terdapat dalam satu hadis riwayat Imam Muslim. Rasulullah mengajar kita untuk membaca doa ini sebelum memberi salam selepas membaca bacaan tahiyat akhir.

Selepas “fil a’lamin innaka hamidum majid..” Maka, sambunglah dengan doa di atas “Allahumma inna a’uzubika minal azabi jahannam..” Selepas selepas membaca doa di atas, berilah salam seperti biasa tanda selesai solat.

Doa ini Rasulullah ajar khusus untuk menghindarkan kita daripada fitnah Dajjal di akhir zaman.

Amalan menghindari fitnah Dajjal

1. Tambah ilmu pengetahuan

Ilmu yang mantap boleh membezakan dajjal dan bukan dajjal. Dengan mempelajari tentang dajjal dan fitnah-fitnahnya, ia akan memberi kita suatu pandangan yang jelas dan cerah. Ia juga menjadi alat kepada kita untuk menghindari tipu daya dajjal.

Apabila kita menghadapi situasi itu nanti, kita mempunyai ilmu untuk menilai dan menjauhi diri kita daripada tertipu dengan dajjal.

Rasulullah bersabda:

Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, kamu tidak akan tersesat selama-lamanya selagi kamu berpegang dengan kedua-duanya iaitu kitab Allah (al-Quran) dan sunnahku. (Riwayat al-Hakim)

Ilmu yang utama kita pelajari ialah bersumberkan al-Quran dan Sunnah baginda. Dua perkara ini akan menjaga kita selama-lamanya walaupun berdepan dengan fitnah dajjal.

2. Jaga iman

Rasulullah bersabda:

Tiga perkara apabila ia keluar tidak akan memberi manfaat akan iman seseorang itu yang sebelumnya mereka itu tidak beriman atau sebelumnya mereka tidak berusaha untuk melakukan kebaikan pada imannya. (Tiga perkara tersebut adalah) terbitnya matahari dari barat, keluarnya Dajjal dan juga al-Dabah yang melata di bumi. (Riwayat Muslim)

Apabila dajjal keluar nanti, iman kita sudah tidak boleh diubah, semuanya sudah tetap. Jadi, bagaimana kita menjaga iman kita sebelum itulah yang akan menjamin kita terhindar daripada dajjal dan sebagainya.

Kesimpulan

Di samping kita berdoa untuk menghindari daripada dajjal. Kita juga perlu menjaga diri kita dengan menambah ilmu supaya pendirian kita kukuh apabila berhadapan dengannya nanti.

Bacaan Doa yang lain

Doa Ketika Ziarah KuburDoa Lembutkan Hati
Doa Masuk dan Keluar MasjidDoa Tolak Bala
Doa Dipermudahkan UrusanDoa Untuk Pengantin Baru
Doa Masuk dan Keluar RumahDoa Khatam Al-quran
Doa Mudah TidurDoa Ketika Sedih
Doa PengasihDoa Ketika Mimpi Buruk
Doa Agar Dicintai AllahDoa Ketika Lupa
Doa Majlis PerkahwinanDoa Penenang Hati
Doa Saidatina FatimahDoa Agar Hujan Berhenti

Rujukan

al-Masih al-Dajjal tulisan Azmi Bin Haji Abdullah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

sixteen − 13 =