Skip to content

Doa Saidatina Fatimah Teks Rumi dan Arab

bacaan doa saidatina fatimah

Apakah bacaan doa Saidataina Fatimah? Artikel ini akan membincangkan doa saidatina fatimah yang dibantu dengan teks arab dan rumi.

Pengenalan

Umum mengetahui, Saidatina Fatimah RA merupakan anakanda kesayangan Nabi SAW. Saidatina Fatimah juga dikenali dengan nama Fatimah Az-Zahra’ yang membawa maksud cerah yang bersinar. Kisah beliau menemani Nabi SAW serta membersihkan najis di atas tubuh baginda kerana dihina oleh musyrikin Mekah, tidak perlu diulas lagi.

Dalam satu riwayat, selepas Fatimah menikahi Saidina Ali RA dan mengikuti Ali RA ke rumahnya, Rasulullah SAW sangat rindu akan Fatimah dan Zaid bin Harithah menghadiahkan rumahnya kepada Fatimah supaya Rasulullah SAW dan Fatimah dapat tinggal berdekatan dan mengubat rindu Nabi SAW.

Salah satu perkara yang dititipkan buat Fatimah adalah doa. Doa ini diwasiatkan kepada Fatimah RA oleh Rasulullah SAW,

ﻭﻋﻦ ﺃﻧﺲ ﺑﻦ ﻣﺎﻟﻚ ﺭﺿﻲ اﻟﻠﻪ ﻋﻨﻪ ﻗﺎﻝ ﻗﺎﻝ ﺭﺳﻮﻝ اﻟﻠﻪ ﺻﻠﻰ اﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﻟﻔﺎﻃﻤﺔ ﺭﺿﻲ اﻟﻠﻪ ﻋﻨﻬﺎ ﻣﺎ ﻳﻤﻨﻌﻚ ﺃﻥ ﺗﺴﻤﻌﻲ ﻣﺎ ﺃﻭﺻﻴﻚ ﺑﻪ ﺃﻥ ﺗﻘﻮﻟﻲ ﺇﺫا ﺃﺻﺒﺤﺖ ﻭﺇﺫا ﺃﻣﺴﻴﺖ ﻳﺎ ﺣﻲ ﻳﺎ ﻗﻴﻮﻡ ﺑﺮﺣﻤﺘﻚ ﺃﺳﺘﻐﻴﺚ ﺃﺻﻠﺢ ﻟﻲ ﺷﺄﻧﻲ ﻛﻠﻪ ﻭﻻ ﺗﻜﻠﻨﻲ ﺇﻟﻰ ﻧﻔﺴﻲ ﻃﺮﻓﺔ ﻋﻴﻦ.

(ﺭﻭاﻩ اﻟﻨﺴﺎﺋﻲ ﻭاﻟﺒﺰاﺭ ﺑﺈﺳﻨﺎﺩ ﺻﺤﻴﺢ ﻭاﻟﺤﺎﻛﻢ)

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik RA yang berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda kepada Siti Fatimah, Tiada sesuatu pun yang menghalangimu untuk mendengarkan wasiat yang aku akan sampaikan, iaitu ketika waktu pagi dan petang, maka bacalah doa ini

يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيثُ أَصْلِحْ لِي شَأْنِي كُلَّهُ، وَلَا تَكِلْنِي إِلَى نَفْسِي طَرْفَةَ عَيْنٍ

Yaa Hayyu yaa Qayyuum, bi rahmatika astaghiitsu, ashlih lii sya’nii kullahu , walaa takilnii ila nafsii tharfata ‘aini

Maksudnya: Wahai Dzat yang Maha Hidup, serta Maha Berdiri Sendiri, dengan Rahmat-Mu aku memohon pertolongan, perbaiki seluruh urusan atau keadaanku, dan janganlah Engkau mewakilkan aku kepada diriku sendiri dalam sekejap mata pun (Hadis Riwayat Imam An-Nasai, Imam al-Bazzar dengan sanad yang Shahih juga Imam al-Hakim)

Doa-doa lain yang Diamalkan

Antara doa-doa lain yang diamalkan oleh Saidatina Fatimah dan kita juga boleh mengamalkannya:

1. Doa ketika menghadapi krisis

Menurut kitab Al Mu’jam Al Kabir dari Imam Al Dzahabi, ketika menghadapi krisis ekonomi, Nabi SAW mengajarkan doa yang dititipkan oleh Jibril AS kepada baginda ini kepada anakandanya, Fatimah:

يَا أَوَّلَ الْأَوَّلِينَ وَيَا آخِرَ الْآخِرِينَ وَيَا ذَا الْقُوَّةِ الْمَتِينَ وَيَا رَاحِمَ الْمَسَاكِينَ وَيَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ

Yaa awwalal awwaliin wa yaa aakhirol aakhiriina wa yaa dzal quwwatil matiin wa roohimal masakiin wa yaa arhamar roohimiin.

Maksudnya: “Wahai Yang Maha Awal di antara mereka yang awal, wahai Yang Maha Akhir di antara mereka yang akhir, Wahai Yang Memiliki Kekuatan, wahai Yang Menyayangi orang-orang miskin, wahai Yang Maha Pengasih di antara mereka yang pengasih.

2. Doa ketika ditimpa demam panas

اللهم صل على محمد وآل محمد

بِسْمِ اللهِ النُّوْرِ، بِسْمِ اللهِ نُوْرِ النُّوْرِ، بِسْمِ اللهِ نُوْرٌ عَلَى نُوْرٍ، بِسْمِ اللهِ الَّذِي هُوَ مُدَبِّرُ اْلأُمُوْرِ، بِسْمِ اللهِ الَّذِي خَلَقَ النُّوْرَ مِنَ النُّوْرِ. اَلْحَمْدُ للهِ الَّذِي خَلَقَ النُّوْرَ مِنَ النُّوْرِ، وَاَنْزَلَ النُّوْرَ عَلَى الطُّوْرِ فِي كِتَابٍ مَسْطُوْر.ٍ فِي رَقٍّ مَنْشُوْرٍ بِقَدَرٍ مَقْدُوْرٍ عَلَى نَبِيٍّ مَحْبُوْرٍ. اَلْحَمْدُ للهِ الَّذِي هُوَ بِالْعِـزِّ مَذْكُوْرٌ، وَبِالْفَخْرِ مَشْهُوْرٌ، وَعَلَى السَّرَّآءِ وَالضَّرَّآءِ مَشْكُوْرٌ، وَصَلَّى اللهُ

عَلَى سَـيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَآلِهِ الطَّاهِـرِيْنَ.

“Bismillâhin Nûr, bismillâhi Nûrin nûr, bismillâhi Nûrun ‘alâ nûr, bismillâhil ladzî Huwa Mudabbirul umûr, bismillâhil ladzî khalaqan nûra minan nûr. Alhamdulillâhil ladzî khalaqan nûra minan nûr, wa anzalan nûra ‘alath thûr, fî kitâbim masthûr, Fî raqqim mansyûr, bi-qadarin maqdûr, ‘alâ nabiyyin mahbûr. Alhamdulillâhil ladzî Huwa bil-’izzi madzkûr, wa bil-fakhri masyhûr(un), wa ‘alas sarrâ-i wadh dharrâi masykûr(un), wa shallallâhu ‘alâ sayyidinâ Muhammadin wa âlihith thâhirîn.”

Maksudnya: “Dengan nama Allah Cahaya dari segala cahaya, dengan nama Allah Cahaya di atas cahaya, dengan nama Allah Yang Mengatur segala urusan, dengan nama Allah Yang Menciptakan cahaya dari cahaya.

Segala puji bagi Allah Yang Menciptakan cahaya dari cahaya, Yang Menurunkan cahaya ke bukit dalam kitab yang tertulis, dalam lembaran tersebar, dengan ukuran yang tertentu, kepada Nabi yang terpilih.

Segala puji bagi Allah yang dikenal kebesaran-Nya, yang masyhur keagungan-Nya, yang disyukuri dalam suka dan duka. Semoga selaway senntiasa Allah curahkan kepada junjungan kami Muhammad dan keluarganya yang suci.” (Mafatihul Jinan, bab 1: 112)

Kelebihan mengamalkan doa ini:

1. Mengamalkan sunnah nabi

Memandangkan doa diatas adalah doa yang diwasiatkan oleh Rasulullah SAW kepada  Fatimah, mengamalkannya merupakan mengikuti jejak langkah Nabi SAW.

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا

Maksudnya : “Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)” (Surah al-Ahzab: ayat 21)

2. Menghilangkan segala kesusahan

Dengan menyerahkan segala urusan kepada Allah SWT, kita mengharapkan beban yang ada pada bahu kita diringankan dan dimudahkan segala urusan.

Menurut Imam al-Munawi dalam Kitab Faidhul Qadir, doa ini sebaiknya dibaca untuk menghilangkan segala kesusahan terutama kesesakan hidup yang selalu membelenggu waktu dan fikiran kita. Doa di atas mengisyaratkan bahawa pentingnya untuk mengarahkan diri agar selalu menjadi lebih baik dari hari ke hari terutama dengan petunjuk dari Allah SWT yang memberikan taufiq dan hidayah, serta mengarahkan kepada hal yang positif.

Kesimpulannya, Fatimah az-Zahra, kesayangan Rasulullah SAW juga meminta berkat dan doa daripada Allah SWT. Maka, apabila kita dalam kesusahan dan kerusingan, kembali pada Allah SWT kerana Dia-lah Pemudah segala cara dan Pengatur segala urusan. Sama-samalah kita mengamalkan doa di atas dan mendapatkan keberkatan daripadanya. Amin, wallahu ‘a’lam.

Diharapkan artikel doa saidatina fatimah ini dapat memberikan sedikit sebanyak maklumat kepada para pembaca

Bacaan Doa yang lain

Doa Ketika Ziarah KuburDoa Lembutkan Hati
Doa Masuk dan Keluar MasjidDoa Tolak Bala
Doa Dipermudahkan UrusanDoa Untuk Pengantin Baru
Doa Masuk dan Keluar RumahDoa Khatam Al-quran
Doa Mudah TidurDoa Ketika Sedih
Doa PengasihDoa Ketika Mimpi Buruk
Doa Agar Dicintai AllahDoa Ketika Lupa
Doa Majlis PerkahwinanDoa Penenang Hati
Doa Saidatina FatimahDoa Agar Hujan Berhenti

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 + 20 =