Skip to content

10 Kelebihan Surah Yusuf yang Anda Perlu Tahu

kelebihan surah yusuf

Apakah kelebihan surah Yusuf yang perlu anda tahu dan kepentingannya dalam kehidupan manusia? Artikel pada kali ini akan berkongsi secara mendalam aspek-aspek yang ditekankan dalam Surah Yusuf kelebihan yang ada padanya namun tidak ramai orang tahu.

Apakah surah Yusuf?

Surah Yusuf merupakan surah yang kedua belas di dalam Al-Quran. Ia mempunyai 111 ayat dan termasuk dalam golongan surah-surah Makkiyah. Secara keseluruhan surah Yusuf ini adalah berbentuk naratif iaitu sebuah penceritaan yang sarat dengan pengajarannya. 

Ia dinamakan “Yusuf” oleh kerana kisahnya mengenai Nabi Yusuf AS dari ayat 4 sehingga ayat 101. 

Mengapa diturunkan surah Yusuf

Tujuan suruh Yusuf diturunkan adalah untuk memberi semangat kepada Rasulullah SAW yang sedang menghadapi ujian dakwahnya yang ditentang keras oleh kaum kafir musyrik. Kisah Nabi Yusuf AS ini diceritakan oleh Allah SWT untuk menunjukkan kepada baginda Nabi terdahulu juga mengalami penderitaan dan menempuhi pelbagai ujian kehidupan lalu akhirnya tetap selamat dari sikap sabar, jujur, dan imannya yang teguh.

Intisari surah Yusuf

Intisari kandungan surah ini yang utama adalah menerangkan kebenaran Al-Quran dan penegasan Al-Quran diturunkan dalam Bahasa Arab untuk dibaca, difahami, diamalkan perintah-perintahnya, dan seterusnya disampaikan kepada seluruh umat Islam. 

Pertama, iri hati dapat memutuskan silaturahim. Allah SWT berfirman dalan Surah Yusuf, ayat 8:

Maksudnya: “(Kisah itu bermula) ketika saudara-saudara Yusuf berkata (sesama sendiri): “Sesungguhnya Yusuf dan adiknya, lebih disayangi oleh bapa kita daripada kita, padahal kita ini satu kumpulan (yang ramai dan berguna). Sesungguhnya bapa kita adalah dalam keadaan tidak adil yang nyata.

Kedua, sabar dan percaya akan segala perancangan Allah SWT. Allah SWT berfirman dalan Surah Yusuf, ayat 100:

Maksudnya: “…dan (pada saat itu) berkatalah Yusuf: “Wahai ayahku! Inilah dia tafsiran mimpiku dahulu. Sesungguhnya Allah telah menjadikan mimpiku itu benar. Dan sesungguhnya Ia telah melimpahkan kebaikan kepadaku ketika Ia mengeluarkan daku dari penjara; dan Ia membawa kamu ke mari dari dosa sesudah Syaitan (dengan hasutannya) merosakkan perhubungan antaraku dengan saudara-saudaraku. Sesungguhnya Tuhanku lemah-lembut tadbirNya bagi apa yang dikehendakiNya; sesungguhnya Dia lah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana”

Ketiga, Nabi Yusuf lebih memilih Allah dari segala hal yang indah di dunia ini. Allah SWT berfirman dalan Surah Yusuf, ayat 33:

Maksudnya: “Yusuf (merayu kehadrat Allah Taala dengan) berkata: “Wahai Tuhanku! Aku lebih suka kepada penjara dari apa yang perempuan-perempuan itu ajak aku kepadanya. Dan jika Engkau tidak menjauhkan daripadaku tipu daya mereka, mungkin aku akan cenderung kepada mereka, dan aku menjadi dari orang-orang yang tidak mengamalkan ilmunya.”

Keempat, sikap mulia dengan memaafkan. Allah SWT berfirman dalan Surah Yusuf, ayat 92:

Maksudnya: “Yusuf berkata: “Kamu pada hari ini tidak akan ditempelak atau disalahkan (tentang perbuatan kamu yang telah terlanjur itu), semoga Allah mengampunkan dosa kamu, dan Dia lah jua Yang Maha Mengasihani daripada segala yang lain yang mengasihani.”

Kelima, menyelamatkan diri daripada dosa. Allah SWT berfirman dalan Surah Yusuf, ayat 23:

Maksudnya: “Dan perempuan yang Nabi Yusuf tinggal di rumahnya, bersungguh-sungguh memujuk Yusuf berkehendakkan dirinya; dan perempuan itupun menutup pintu-pintu serta berkata: “Marilah ke mari, aku bersedia untukmu”. Yusuf menjawab: “Aku berlindung kepada Allah (dari perbuatan yang keji itu); sesungguhnya Tuhanku telah memuliharaku dengan sebaik-baiknya; sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak akan berjaya.”

Kelebihan surah Yusuf

Secara umumnya, setiap ayat Al-Quran mempunyai kelebihan dan manfaatnya yang tersendiri. Antaranya seperti:

1. Menjadi pemanis dan seri wajah

Bagi mereka yang mahu meningkatkan seri wajah, dicadangkan untuk amalkan baca ayat pengasih surah Yusuf ayat 4:

إِذۡ قَالَ يُوسُفُ لِأَبِيهِ يَٰٓأَبَتِ إِنِّي رَأَيۡتُ أَحَدَ عَشَرَ كَوۡكَبٗا وَٱلشَّمۡسَ وَٱلۡقَمَرَ رَأَيۡتُهُمۡ لِي سَٰجِدِينَ

Maksudnya: “(ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: “Wahai ayahku! Sesungguhnya Aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; Aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku.”

2. Mendapatkan pekerjaan

Allah SWT berfirman dalam Surah Yusuf ayat 54 – 56:

Maksudnya: Dan raja berkata: “Bawalah Yusuf kepadaku, agar aku memilih dia sebagai orang yang rapat kepadaki.” Maka tatkala raja telah bercakap dengan dia, dia berkata: “Sesungguhnya kamu (mulai) hari ini menjadi seorang yang berkedudukan tiinggi lagi dipercayai pada sisi kami.”

Berkata Yusuf: “Jadikanlah aku bendaraharawan negara (Mesir); sesungguhnya aku adalah orang yang pandai menjaga, lagi berpengetahuan.”

Dan demikianlah Kami memberi kedudukan kepada Yusuf di negeri Mesir; (dia berkuasa penuh) pergi menuju kemana sahaja ia kehendaki di bumi Mesir itu. Kami melimpahkan rahmat Kami kepada siapa yang Kami kehendaki dan Kami tidak menyia-yiakan pahala orang-orang yang berbuat baik.”

3. Pendinding dan kebahagian hidup

Allah SWT berfirman dalam Surah Yusuf ayat 64:

قَالَ هَلۡ ءَامَنُكُمۡ عَلَيۡهِ إِلَّا كَمَآ أَمِنتُكُمۡ عَلَىٰٓ أَخِيهِ مِن قَبۡلُ فَٱللَّهُ خَيۡرٌ حَٰفِظٗاۖ وَهُوَ أَرۡحَمُ ٱلرَّٰحِمِينَ

Maksudnya: Berkata Ya’qub: “Bagaimana aku akan mempercayakannya (Bunyamin) kepadamu, kecuali seperti aku telah mempercayakan saudaranya (Yusuf) kepada kamu dahulu?” Maka Allah adalah sebaik-baik Penjaga dan Dia adalah Maha Penyayang diantara para penyayang.

4. Menghadapi sesi temuduga

Allah SWT berfirman dalam Surah Yusuf ayat 68:

وَلَمَّا دَخَلُواْ مِنۡ حَيۡثُ أَمَرَهُمۡ أَبُوهُم مَّا كَانَ يُغۡنِي عَنۡهُم مِّنَ ٱللَّهِ مِن شَيۡءٍ إِلَّا حَاجَةٗ فِي نَفۡسِ يَعۡقُوبَ قَضَىٰهَاۚ وَإِنَّهُۥ لَذُو عِلۡمٖ لِّمَا عَلَّمۡنَٰهُ وَلَٰكِنَّ أَكۡثَرَ ٱلنَّاسِ لَا يَعۡلَمُونَ

Maksudnya: “Dan tatkala mereka masuk menurut yang diperintahkan ayah mereka, maka (cara yang mereka lakukan itu) tiada melepaskan mereka sedikit pun dari takdir Allah, akan tetapi itu hanya suatu keinginan pada diri Ya’qub yang telah ditetapkannya. Dan sesungguhnya dia mempunyai pengetahuan, karena Kami telah mengajarkan kepadanya. Akan tetapi kebanyakan manusia tiada mengetahui.

5. Menghadapi kesusahan

Allah SWT berfirman dalam Surah Yusuf ayat 99 – 100:

Maksudnya: Maka tatkala mereka masuk ke (tempat) Yusuf: Yusuf merangkul ibu bapanya dan dia berkata: “Masuklah kamu ke negeri Mesir, insya Allah dalam keadaan aman.”

“Dan ia menaikkan kedua ibu-bapanya ke atas singgasana. Dan mereka (semuanya) merebahkan diri seraya sujud kepada Yusuf. Dan berkata Yusuf: “Wahai ayahku inilah ta’bir mimpiku yang dahulu itu; sesungguhnya Tuhanku telah menjadikannya suatu kenyataan. Dan sesungguhnya Tuhanku telah berbuat baik kepadaku, ketika Dia membebaskan aku dari rumah penjara dan ketika membawa kamu dari dusun padang pasir, setelah syaitan merusakkan (hubungan) antaraku dan saudara-saudaraku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Lembut terhadap apa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.”

6. Menjadi anak yang soleh

Allah SWT berfirman dalam Surah Yusuf ayat 101:

۞ رَبِّ قَدۡ ءَاتَيۡتَنِي مِنَ ٱلۡمُلۡكِ وَعَلَّمۡتَنِي مِن تَأۡوِيلِ ٱلۡأَحَادِيثِۚ فَاطِرَ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ أَنتَ وَلِيِّۦ فِي ٱلدُّنۡيَا وَٱلۡأٓخِرَةِۖ تَوَفَّنِي مُسۡلِمٗا وَأَلۡحِقۡنِي بِٱلصَّٰلِحِينَ

Maksudnya: “Ya Tuhanku, sesungguhnya Engkau telah menganugerahkan kepadaku sebahagian kerajaan dan telah mengajarkan kepadaku sebahagian ta’bir mimpi. (Ya Tuhan) Pencipta langit dan bumi. Engkaulah Pelindungku di dunia dan di akhirat, wafatkanlah aku dalam keadaan Islam dan gabungkanlah aku dengan orang-orang yang saleh.”

7. Diberikan kemudahan ketika menghadapai sakaratul maut

Melalui Tafsir Majmu’ul Bayan, Rasulullah SAW ada bersabda:

Maksudnya: “Ajarkan surat Yusuf pada budak-budakmu, dikarenakan seorang muslim yang membaca serta mengajarkannya pada keluarga serta budaknya, Allah dapat berikan kemudahan waktu sakaratul mautnya serta memberinya kemampuan supaya sebagai seorang muslim tidak dihasut. ” – (Tafsir Majmu’ul Bayan)

8. Tidak mudah dihasut

Meunurut Tafsir Majmu’ul Bayan lagi, ada menerangkan bahawa Allah SWT akan memberikan orang-orang yang membaca dan mengajarkan surah Yusuf ini kepada keluarganya, sebuah keampunan. 

9. Menjadi syafaat di akhirat kelak

Daripada Abu Umamah RA melaporkan: “Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Bacalah Al-Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya.” – (Hadis Abu Umamah ini direkodkan oleh Imam Muslim dalam Sahih Muslim, kitab Solat Al-Musafirin Wal Qasruha, Bab Fadhlu Qiraat Al-Quran Wa Surah Al-Baqarah, No hadis 252)

10. Ganjaran pahala bagi setiap huruf

Daripada Ibnu Mas’ud RA ia berkata: “Barangsiapa yang membaca satu huruf daripada Al-Quran maka baginya satu kebaikan, satu kebaikan menyamai dengan sepuluh pahala, aku tidak bermaksud: Alif, Lam, Mim ialah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.” – (Hadis Ibnu Mas’ud ini direkodkan oleh Ad-Darimi Tirmizi dalam Sunan Tirmizi, Kitab Abwab Fadhail Al-Quran, No hadis 2910, status hadis ini hasan sahih).

Diharapkan artikel berkenaan dengan kelebihan Surah Yusuf ini dapat memberikan anda informasi yang bermanfaat dan ilmu pengetahuan yang berguna.

Kelebihan Surah yang Lain

Surah YusufSurah Al-Balad
Surah Al-KafirunSurah Ad-Dhuha
Surah Al-FalaqSurah Ad-Dukhan
Surah Al-KautharSurah As-Sajadah
Surah Al-IkhlasSurah Al-Fatihah
Surah Al-BaqarahSurah Al-Mulk
Surah Al-WaqiahSurah Ar-Rahman
Surah Al-InsyirahSurah Yasin
Surah Al-Kahfi

Rujukan

  1. Tafsir Al-Munir, Juz 30, Dr. Wahbah Al-Zuhaily (Terjemahan). Penerbit: Persatuan Ulama Malaysia dan Intel Multimedia And Publication, Selangor, 2001.
  2. 5 Pengajaran Dari Surah Yusuf Mampu Membantu Kita Hidup Lebih Baik. Tzkrh.com.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

eleven + seven =