9 Kelebihan Surah Al-Waqiah Yang Perlu Anda Tahu

Kelebihan Surah Al-Waqiah

Apakah kelebihan surah Al-Waqiah? Artikel ini membincangkan beberapa kelebihan dalam mengamalkan bacaan surah Al-Waqiah.

Pengenalan

Surah yang ke-56 di dalam al-Quran ialah surah al-Waqiah yang mempunyai 96 ayat. Surah ini tidak asing bagi umat Islam kerana fadhilat dan faedahnya mudah mendapat rezeki serta kekayaan di samping banyak faedah lain yang membuatkan pembacanya mengamalkannya.

Al-Waqiah termasuk dalam ayat Makiyyah selepas surah Thoha. Surah al-Waqiah menceritakan huru-hara ketika terjadinya hari Kiamat dan ketika manusia dibahagikan kepada tiga kumpulan berbeza iaitu As-Shabiqun (bersegera untuk melakukan kebaikan), ashaabul yamiin (yang benar) dan ashkhabus syimal (yang celaka).

Surah ini juga memuatkan peringatan Allah S.W.T. terhadap mereka yang mengingkari kewujudan Tuhan, hari kebangkitan dan adanya hari akhirat serta disebutkan dalam al-Waqiah bahawa al-Quran berasal dari Luh Mahfuz.

Surah al-Waqiah memiliki banyak kelebihan jika dibandingkan dengan surah-surah lain walaupun setiap surah di dalam Al-Quran ada kebaikannya seperti surah Ar-Rahman. Penulis ingin menyenaraikan sembilan (9) kelebihan surah al-Waqiah iaitu :

  1. Melindungi pembacanya daripada kemiskinan dan papa kedana

Kekayaan datang dalam pelbagai bentuk, bukan sahaja dari segi harta benda. Ketenangan hidup merupakan sesuatu yang paling mahal dan sukar didapati. Mereka yang membaca surah al-Waqiah akan dilindungi daripada kemiskinan dan mendapat banyak rezeki, perlindungan, peluang dan kekayaan yang baik. Banyak pendapat mengatakan bahawa surah al-Waqiah dapat melancarkan rezeki berdasarkan hadis ini :

Abu Ubaid menceritakan bahawa Abdullah bin Mas’ud R.A. berkata :

“Aku mendengar nabi Muhammad S.A.W. bersabda yang bermaksud : “Barangsiapa membaca surah al-Waqiah setiap malam, maka dia tidak akan miskin selamanya. Ibn Masud berkata, Aku telah menyuruh anak perempuanku membacanya setiap malam.” (Diperakui oleh Abu Ubaid)

Surah al-Waqiah sangat bagus diamalkan seumur hidup terutamanya bagi golongan wanita yang bimbang jatuh miskin. Selain itu, pengamalnya takkan menjadi papa kedana.

Nabi Muhammad S.A.W. juga bersabda yang bermaksud : “Sesiapa yang membaca surah al-Waqiah pada tiap-tiap malam akan terjauhlah dia dari kepapaan selama-lamanya.” (HR al-Baihaqi)

  1. Dibaca oleh Nabi Muhammad S.A.W. pada waktu Subuh

Seperti yang dijelaskan dalam satu hadis sahih bahawasanya Jabir Ibn Samurah R.A. berkata:

Nabi Muhammad berdoa seperti apa yang kamu lakukan pada hari ini. Tetapi, adakalanya nabi memendekkan doanya. Berdoa agar ia lebih pendek berbanding doa-doa kamu. Dalam solat subuh, kadangkala nabi membaca surah al-Waqiah dan yang seumpama dengannya.”

  1. Mengelakkan daripada menjadi orang yang leka dan lalai

Surah al-Waqiah menceritakan keadaan di hari akhirat, jadi surah ini menjadi peringatan kepada kita semua agar tidak lalai dan leka ketika hidup di dunia. Harta benda seperti perempuan, hasil kekayaan dan pangkat merupakan antara benda-benda duniawi yang membuatkan manusia hanyut dan lebih cintakan dunia berbanding akhirat. Contoh lain adalah mengabaikan solat lima waktu terutamanya solat Subuh dan solat Isya’.

Sabda nabi Muhammad S.A.W. yang bermaksud : “Barangsiapa membaca surah al-Waqiah, maka dia tidak tergolong dalam orang-orang yang lalai.” (HR Ubay bin Ka’ab)

  1. Mengingatkan pada kematian

Bila dan bagaimana pengakhiran atau cara kematian kita tiada siapa yang tahu. Kita juga tidak tahu adakah mati kita akan berakhir dalam keadaan Husnul Khatimah atau sebaliknya. Hikmah Allah S.W.T. menyembunyikan kematian adalah agar manusia sentiasa beringat dan bukannya sentiasa ingin berseronok. Jika makhluk mengetahui akan bila ajalnya dan penyebab kematian, banyak yang akan melakukan kejahatan terlebih dahulu sebelum bertaubat atau berubah menjadi baik.

Digalakkan untuk membaca surah al-Waqiah dengan hati yang terbuka untuk menjaga iman agar kita sentiasa mengingati kematian dan ingatlah bahawa kematian itu sangat hampir dengan kita tanpa disedari. Maut itu perkara yang pasti dan telah tertulis pada takdir, ia sesuatu yang tidak dapat dielakkan atau ditangguhkan. Jadi mari kita bersedia dan sama-sama perbaiki diri menjadi lebih baik sebelum kematian menjemput pada bila-bila masa.

  1. Wajah bercahaya dan bersinar

Imam Muhammad al-Baqir R.A. mengatakan bahawa pengamal surah al-Waqiah akan memiliki wajah yang bersinar di akhirat kelak. Sekiranya anda tidur setelah membaca surah al-Waqiah, anda akan menghadap Allah S.W.T. dengan wajah yang bercahaya seperti bulan purnama pada hari akhirat dan dia tidak akan menjadi orang yang lalai.

Selain itu, surah al-Waqiah menjadikan rambut nabi Muhammad S.A.W. beruban. Daripada Ibnu Abbas R.A. beliau berkata :

Abu Bakar as-Siddiq R.A. berkata : “Wahai Rasulullah, sesungguhnya tuan berambut putih (kelihatan tua) kerana surah-surah Hud, al-Waqiah, al-Mursalat, Amma Yatasaalun dan Iza-Syamsul-Kuwwirat.” (HR at-Tirmizi)

  1. Mudah mendapat rezeki dan dijauhkan dari kesusahan

Sesiapa yang mengamalkan membaca surah al-Waqiah sebagai wirid selepas setiap kali solat Asar sebanyak 14 kali, In Shaa Allah akan mudah mendapat rezeki. Boleh juga dibaca dan diamalkan setiap kali selepas solat Subuh sebagai pembuka dan pelapang rezeki dan selepas solat Maghrib.

Diriwayatkan dari Imam Ja’far as-Sadiq R.A. yang bermaksud : “Bahawasanya barangsiapa membaca surah al-Waqiah setiap hari Jumaat akan disukai oleh Allah S.W.T. dan dia juga akan disayangi oleh manusia. Dia akan bebas dari masalah dan kemiskinan yang membelenggu.

Meninggal dunia pada hari yang baik seperti hari Jumaat di bulan yang baik (bulan Ramadhan) dalam keadaan Husnul Khatimah juga merupakan rezeki dan pengakhiran yang baik dan sukar diperolehi tetapi tidak mustahil untuk cuba mendapatkannya melalui amalan dan doa.

  1. Mengetahui keindahan Syurga

Syurga adalah tempat yang amat indah dan tidak dapat dibayangkan atau digambarkan dengan fikiran yang logik. Terdapat beberapa ayat dalam surah al-Waqiah yang menjelaskan dan menerangkan keindahan syurga seperti ayat 27 hingga 40. Antaranya ialah “wa dzillim mamduud” (ayat ke-30) yang bermaksud “naungan yang terbentang luas”.

Imam al-Bukhari juga meriwayatkan dari Abu Hurairah yang disampaikan kepada Nabi Muhammad S.A.W., beliau berkata:

Di syurga ada pohon, (jika) seorang lelaki menunggang dalam perjalanannya selama seratus tahun, dia tetap di bawah naungannya dan tidak akan berjaya menaklukinya. Jika kamu mahukannya, bacalah dzillim mamduud.“ (H.R. Muslim dan at-Tirmizi)

Terdapat banyak lagi keindahan syurga yang dijelaskan serta digambarkan dalam surah al-Waqiah.

  1. Mengetahui tentang azab Neraka

Neraka akan menjadi tempat seksaan dan azab yang amat pedih bagi golongan jin, Iblis, syaitan dan manusia yang ingkar dengan perintah Allah ketika hidup di dunia.

Dalam ayat 41 hingga 56 dijelaskan mengenai sifat-sifat neraka seperti ayat “fi samuumiin wa khamiim” yang bermaksud seksaan angin yang sangat panas dan air mendidih (ayat ke-42) dan “wa dhillim min yakhmuum” yang bermakna di bawah naungan asap hitam (ayat ke-43). “

Tubuh kita secara tidak sedar akan merasa gementar kerana takut akan hukuman Allah S.W.T. sekiranya kita membacanya dengan hati terbuka dan memahami maksudnya.

  1. Peringatan tentang al-Quran yang benar

Allah S.W.T. telah bersabda yang bermaksud : “Maka, pernahkah kamuperhatikan tentang api yang kamu nyalakan (dengan kayu). kamukah yang menumbuhkan pohon kayu itu ataukah Kami yang menumbuhkannya?” (Surah al-Waqiah, ayat 71 dan 72)

Ayat-ayat ini tersusun indah dan dapat mengingatkan kita akan kebenaran serta kemuliaan kitab al-Quran dan kebesaran Allah S.W.T. sebagai penguasa alam semesta. Ayat-ayat berikutnya juga menjelaskan bahawa Al-Quran tidak boleh disentuh tanpa air sembahyang atau uzur (haid) kecuali oleh orang yang telah bersuci. Banyak lagi ayat yang membuatkan kita semakin yakin bahawa Allah yang menurunkan al-Quran dan al-Quran adalah wahyu Ilahi dengan keindahan yang tiada tolok tandingannya di dunia.

Penutup

Surah al-Waqiah sebagai peringatan akan kekuatan Tuhan dan meningkatkan Iman. Kandungan surah al-Waqiah menceritakan Allah S.W.T. itu berkuasa di dunia dan akhirat serta tidak ada sesiapa pun yang mengetahui bila terjadinya hari Kiamat.

Semoga al-Waqiah dapat membuatkan kita lebih mencintai al-Quran, semakin bertambah keimanan dan lebih rajin melakukan ibadah kepada Allah S.W.T. Apa jua ibadah yang kita lakukan adalah dengan hati yang rela dan berserah diri hanya kepada Allah S.W.T. Insya Allah ia akan mendatangkan kebaikan untuk diri kita sendiri. Ia seperti membaca surah Al-Qaqiah pada waktu malam dan siang hari.

Artikel Berkaitan:

  1. Kelebihan Surah Yasin
  2. Kelebihan Surah Al-Kahfi

Sumber rujukan

  1. 10 importance of Surah al-Waqiah in al-Quran Muslim must know– Azislam.com

2. Sayed Qadri. (2020). Virtues of surah Waqiah benefits (chapter 56)– sarkarhealings.com

3. Zaki Shaari. (2018). Kumpulan 7 surah. Al-Hidayah House of Qur’an Sdn. Bhd.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

3 × four =