Skip to content

10 Kelebihan Surah Al-Mulk Yang Perlu Anda Tahu

Kelebihan Surah Al-Mulk

Apakah kelebihan surah Al-Mulk? Artikel ini membincangkan beberapa kelebihan dalam mengamalkan bacaan surah Al-Mulk.

Pengenalan

Surah al-Mulk adalah surah ke-67 yang terdiri daripada 30 ayat Makkiyyah di dalam al-Quran. Ia takkan ambil masa yang lama untuk membacanya, hanya beberapa minit. Al-Mulk bermaksud kekuasaan atau kerajaan. Allah S.W.T. mengawal seluruh makhlukNya dan tiada sesiapa yang boleh menolak apa yang telah ditetapkan oleh Tuhan.

Tabaraka, Al-Mani’ah, Al-Munjiah dan Al-Waqiyah adalah nama bagi surah al-Mulk. Surah ini diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. di Mekah. Terdapat banyak hikmah, fadilat dan faedah mengamalkan bacaan surah al-Mulk. Artikel ini menyenaraikan 10 kelebihan surah al-Mulk iaitu :

  1. Diampunkan dosa

Manusia tak dapat lari dari noda dan dosa di dunia. Kelebihan surah al-Mulk bukan sahaja mendapat ganjaran pahala, malah diampunkan dosa-dosanya yang lalu.

Abu Hurairah R.A. berkata bahawa sabda Nabi Muhammad S.A.W. yang bermaksud : “Sesungguhnya di dalam al-Quran terdapat tiga puluh ayat yang kandungannya akan memberi syafaat kepada orang yang membacanya sehingga ia mendapat keampunan dosanya iaitu surah al-Mulk.” (HR Abu Daud, At-Tirmizi, An-Nasaie dan Ibnu Majah)

  1. Menahan dan menyelamatkan seseorang daripada seksa kubur

Dalam sebuah hadis, Nabi Muhammad S.A.W. menganjurkan supaya membaca surah al-Mulk setiap malam sebelum tidur. Dengan berbuat demikian, anda akan dilindungi dari seksaan kubur.

Daripada Ibnu Abbas R.A., seorang sahabat Rasulullah S.A.W. menceritakan dia telah mendirikan khemah di atas kubur yang beliau tidak ketahui. Beliau terdengar suara orang membaca surah al-Mulk dari kubur sehingga khatam lalu beliau menemui Baginda dan berkata, “Wahai Rasulullah, saya dirikan khemah di atas kubur yang tidak saya ketahui, saya mendengar seseorang sedang membaca surah al-Mulk sehingga khatam.” Maka nabi Muhammad S.A.W. bersabda : Itulah yang menahan (al-Ma’nia) dan yang menyelamatkan (al-Munjiya) dia dari seksa kubur.” (HR  At-Tirmizi)

An-Nasaie juga meriwayatkan dari Ibnu Mas’ud bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda : “Sesiapa membaca surah al-Mulk setiap malam maka Allah mencegahnya daripada azab kubur.

  1. Dimasukkan ke dalam syurga

Surah Al-Mulk memberi syafaat bagi orang-orang yang beriman. Dengan kata lain, ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dan kepada siapa yang dibacakannya. Anas Ibnu Malik berkata, Rasulullah S.A.W. bersabda : “Satu surah di dalam al-Quran menghadiahkan kepada pembacanya sehingga memasukkannya ke dalam syurga iaitu (Tabarak Allazi).” (HR At-Tabrani)

  1. Menemui malam Lailatul-Qadr

Sebenarnya, surah al-Mulk boleh dibaca tanpa mengira waktu. Ramai membaca surah al-Mulk beserta gabungan surah-surah lain seperti surah Ar-Rahman dan al-Waqiah di waktu malam kerana mempunyai masa lapang dan malam merupakan waktu untuk berehat.

Terdapat hadis sahih yang mengatakan seseorang seolah menemui malam Lailatul-Qadr jika membaca surah al-Mulk dan As-Sajdah pada waktu malam.

Anas R.A. meriwayatkan : “Sesiapa yang membaca surah al-Mulk dan As-Sajdah pada waktu malam maka keadaannya seperti ia menemui malam Lailatul-Qadr.”

  1. Mempertahankan pembacanya di hadapan Allah S.W.T.

Membaca surah al-Mulk disamakan dengan seorang sahabat. 30 ayat dalam surah al-Mulk akan menjalinkan hubungan dengan kita seperti hubungan akrab rakan karib yang menjamin syafaat dan memohon pengampunan kepada Allah S.W.T. bagi pihak anda.

Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah R.A. bahawa Nabi Muhammad S.A.W. bersabda : “Sesungguhnya ada surah dalam al-Quran yang mengandungi tiga puluh ayat yang akan memberi syafaat bagi pihak pembacanya sehingga dia diampuni dan masuk ke Jannah.

Pada Hari Kebangkitan, surah al-Mulk akan mempertahankan tuannya di hadapan Allah yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani untuk membela dan mendapatkan pengampunan untuk pembacanya.

  1. Dikeluarkan daripada neraka

Abu Hurairah R.A. menceritakan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda : “Ada surah di dalam kitab Allah itu hanya tiga puluh ayat yang memberi syafaat kepada seseorang pada hari Pengadilan sehingga dia dikeluarkan dari api dan masuk ke dalam syurga; itu adalah rahmat dari sebuah surah.” (HR Abu Daud, At-Tirmizi dan Ibnu Majah)

Surah Al-Mulk juga melindungi pembacanya dari masalah dan keperitan dunia. Seseorang yang membacanya setiap hari dijauhkan dari segala rasa gelisah, kesusahan dan penyakit. Ia membawa kebahagiaan, kedamaian dan ketenangan dalam kehidupan pengamalnya.

  1. Peneman di alam kubur

Membaca surah al-Mulk bukan sahaja memberi perlindungan dalam kehidupan di dunia dan akhirat tetapi juga melindungi anda di di dalam kubur. Si mati akan berseorangan dalam kubur tanpa teman. Kubur adalah sebuah tempat yang sangat gelap dan dipenuhi dengan binatang berbisa. Surah al-Mulk akan membuatkan kubur bercahaya dan terang-benderang serta menemani pengamalnya hingga ke Hari Pengadilan.

Malaikat tidak dapat menyeksa si mati yang mengamalkan surah al-Mulk kerana surah ini tidak membenarkan dan akan menghalang mereka daripada berbuat demikian.

Abdullah Ibnu Mas’ud melaporkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda : “Malaikat akan datang kepada orang di kuburnya setelah kematiannya; mereka datang ke kaki dan kakinya akan berkata: “Kamu tidak mempunyai kuasa atasku sebagaimana dia membaca surah Al-Mulk. Kemudian mereka mendatangi dada atau perutnya dan ia akan berkata : “Kamu tidak berkuasa atasku kerana dia membaca surah Al-Mulk. Kemudian mereka akan datang ke kepalanya dan ia akan mengatakan hal yang sama. surah Al-Mulk menjadi pelindung dari azab kubur.

  1. Dilindungi oleh malaikat ketika tidur

Jika membaca surah al-Mulk sebelum tidur, satu malaikat datang untuk melindungi pembaca tersebut kerana seseorang itu tidak mampu melindungi dirinya sendiri.

Abdullah Ibnu Abbas menceritakan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda: “Aku telah menemukan di dalam Al-Quran sebuah surah tiga puluh ayat, barangsiapa membacanya sebelum tidur; tiga puluh perbuatan baik ditulis untuknya, tiga puluh kesalahan dihilangkan sehingga tiga puluh darjah. Allah S.W.T. menghantar malaikat untuk melebarkan sayapnya ke atasnya dan melindungi dia dari segala-galanya sehingga dia bangun.

  1. Dapat meningkatkan keimanan dan ketakwaan

Bacalah surah al-Mulk setiap hari. Surah al-Mulk memberikan khabar berita gembira kepada mereka yang percaya kepada Allah dan memperingatkan mereka yang ingkar dengan azab yang dahsyat. Cuba baca dan fahami maksud setiap ayat di dalam Surah Al-Mulk. Anda juga boleh mendengar dan membaca tafsir Surah Al-Mulk. Dengan ini, iman anda akan diperkukuhkan dan ketakwaan anda kepada Allah akan meningkat.

Abdullah Ibnu Abbas melaporkan bahawa Nabi Muhammad S.A.W. berkata : “Aku berharap agar surah ini (Al-Mulk) berada di hati setiap orang yang beriman.

Surah al-Mulk dimulakan dengan pujian kepada Allah dan segala isinya milik Allah termasuklah ruang serta alam semesta yang luas. Surah ini mendedahkan tentang Kerajaan Allah, termasuklah tujuh lapisan langit dan lapisan langit paling rendah dihiasi dengan bara api yang bertindak mengusir syaitan serta jin yang cuba mencuri berita dari langit.

  1. Menjawab persoalan yang dikemukakan

Surah Al-Mulk mengemukakan banyak pertanyaan retorik dan berterus-terang kepada orang-orang kafir dan umat manusia secara umum, termasuklah dialog mengenai pertanyaan memberontak yang ditanyakan oleh orang-orang kafir mengenai apa yang betul dan apa yang salah beserta hukuman di atas kebaikan dan kejahatan yang dilakukan, contohnya niat di dalam hati seseorang dan Hari Kebangkitan. Orang-orang kafir percaya bahawa tiada Hari Kebangkitan kerana mustahil orang mati boleh hidup semula.

Allah telah berfirman di dalam al-Quran yang bermaksud : “Apakah Allah yang menciptakan itu tidak mengetahui? Dan Dia Maha Halus lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Mulk, ayat ke-14).

Penutup

Kerajaan manusia yang hebat mampu menguasai sebuah negara sehingga terbentuknya tamadun dunia. Walau bagaimanapun, jangan lupa kepada Allah S.W.T. iaitu penguasa kepada segala pemerintah yang menguasai setiap ceruk kawasan dari Timur ke Barat, Selatan ke Utara. Dengan memahami maksud surah al-Mulk secara mendalam dan membacanya setiap malam sebelum tidur.

Banyak manfaat yang diperolehi dan anda akan lebih dekat dengan Allah S.W.T. Setiap petikan dari ayat al-Quran dianjurkan untuk dibaca pada waktu tertentu yang bukan sahaja sebagai makanan rohani, tetapi juga supaya kita dapat menuruti perintah sebagai hamba Allah yang taat.

Kelebihan Surah yang Lain

Surah YusufSurah Al-Balad
Surah Al-KafirunSurah Ad-Dhuha
Surah Al-FalaqSurah Ad-Dukhan
Surah Al-KautharSurah As-Sajadah
Surah Al-IkhlasSurah Al-Fatihah
Surah Al-BaqarahSurah Al-Mulk
Surah Al-WaqiahSurah Ar-Rahman
Surah Al-InsyirahSurah Yasin
Surah Al-Kahfi

Sumber rujukan

  1. Ahmed Abdulla. (2021). Virtues and benefits of surah Mulk – Protection in the grave.-
  2. Benefits and virtues of reciting surah al Mulk. (2019). – Quran Click
  3. Bushra Talib. (2021). Di sebalik 114 nama-nama surah. PACU Resources Sdn. Bhd.
  4. Wahion-Yoha. (2020). Surah Al-Mulk benefits that every Muslim should know.
  5. YUMN. (2017). 3 powerful rewards & benefits of reading surah Mulk.
  6. Zaki Shaari. (2018). Kumpulan 7 surah. Al-Hidayah House of Qur’an Sdn. Bhd.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

6 + twelve =