Skip to content

10 Kelebihan Surah Al Kafirun yang Anda Perlu Tahu

kelebihan surah al kafirun

Apakah kelebihan surah Al-Kafirun yang perlu anda tahu dan kepentingannya dalam kehidupan manusia? Artikel pada kali ini akan berkongsi secara mendalam aspek-aspek yang ditekankan dalam surah Al-Kafirun dan kelebihan yang ada padanya namun tidak ramai orang tahu.

Apakah surah Al-Kafirun?

Ayat pertama dalam surah Al-Kafirun iaitu Al-Kaafirrun beerti orang-orang kafir. Surah ini diturunkan di Mekah (surah Makkiyah), mengandungi enam ayat sahaja, dan merupakan surah ke 109 di dalam Al-Quran. 

Secara ringkasnya, surah ini menceritakan mengenai sikap orang kafir yang mudah mempengaruhi dan menggoda dengan menyuntik doktrin anasir-anasir jahat kepada kaum Muslimin. Mereka sangat teguh berusaha untuk menjatuhkan agama Islam dan menjauhkan orang-orang Islam dari agama Islam sendiri. 

Ini dibuktikan secara jelas bahawa orang kafir Quraisy menawarkan dengan pangkat, kedudukan, dan harta buat Rasulullah SAW hanya semata-mata agar baginda berhenti mengajarkan mengenai Islam. Cara itu tidak berhasil. Lalu mereka membuat penawaran kononnya memberikan kebaikan untuk kedua-dua belah agama.

Dengan menawarkan orang Islam beribadat selama setahun, kemudian setahun kemudian umat Islam melakukan ibadat cara agama kafir. Cara itu juga tidak berhasil. Dan akhirnya mereka meminta segenap masyarakat untuk memerangi Rasulullah SAW dan ajaran Islam. 

Kaum Muslimin diberi peringatan untuk tidak terpengaruh dan tergelincir dari laluan yang sesat dan dimurkai oleh Allah SWT. Apa yang menjadi pegangan di dalam surah Al-Kafirun adalah bekalan atau prinsip-prinsip asas Muslim yang perlu dipegangi dengan kukuh ketika berhadapan dengan orang-ornag kafir.

Penekanan yang menjadi intisari utama dalam surah ini adalah penegasan untuk beramal ibadat secara Islam dan menolak sebarang penyembahan serta amalan syirik.

Tafsir surah Al-Kafirun

Kebanyakkan umat Islam hafal surah ini dan ramai yang menjadikan ia sebagai surah lazim yang dibaca dalam solat. Oleh yang demikian, adalah sangat baik sekiranya kita menghayati apakah makna terjemahan di setiap ayat. 

قُلْ يَـٰٓأَيُّهَا ٱلْكَـٰفِرُونَ ١

Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir.”

لَآ أَعْبُدُ مَا تَعْبُدُونَ ٢

“Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.”

وَلَآ أَنتُمْ عَـٰبِدُونَ مَآ أَعْبُدُ ٣

“Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah.”

وَلَآ أَنَا۠ عَابِدٌۭ مَّا عَبَدتُّمْ ٤

“Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.”

وَلَآ أَنتُمْ عَـٰبِدُونَ مَآ أَعْبُدُ ٥

“Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat.”

لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِىَ دِينِ ٦

“Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku”.

RIngkasnya, intisari dari ayat 1 hingga 5, menerangkan tentang ikrar orang mukmin memutuskan hubungannya dengan orang-orang kafir dalam semua aspek ibadat. Dan di penghujung ayat iaitu ayat ke-6, semua agama diberikan kebebasan untuk beragama mengikut cara masing-masing.

Kelebihan surah Al-Kafirun

Secara umumnya, setiap ayat Al-Quran mempunyai kelebihan dan manfaatnya yang tersendiri tidak terkecuali surah Al-Kafirun. Antara kelebihan surah Al-Kafirun adalah seperti:

1. Terlepas dari syirik dan kekafiran

Kelebihan surah Al-Kafirun apabila dibaca ketika seseorang itu hendak tidur, maka dia akan terkepas dari syirik. Ini diriwayatkan dari Jabalah bin Harisah RA berkata,

Maksudnya: “Aku telah meminta akan Rasulullah SAW dengan kataku: Ajarilah aku suatu amalan yang memberi menafaat akan daku.

Sabda Rasulullah: “Apabila kamu berbaring di tempat tidurmu maka bacalah: Qul Ya Ayyuhal Kafirun sampai habis maka sungguhnya ia kelepasan daripada syirik.” – (Hadis Riwayat Imam An-Nasaai).

Pada Riwayat yang lain juga, Rasulullah SAW bersabda,

Maksudnya: “Apabila datang kamu ke tempat tidurmu maka bacalah Qul Ya Ayyuhal Kafirun sehingga akhirnya maka ia pelepasan dari syirik.” – (Hadis Riwyaat Imam At-Tabarani).

2. Mendapat syafaat di akhirat kelak

Daripada Abu Umamah RA melaporkan: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Bacalah Al-Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya.” – (Hadis Abu Umamah ini direkodkan oleh Imam Muslim dalam Sahih Muslim, kitab Solat Al-Musafirin Wal Qasruha, Bab Fadhlu Qiraat Al-Quran Wa Surah Al-Baqarah, No hadith 252)

3. Sebagai pembela di hadapan Allah

Daripada Nawwas Bin Sam’an RA telah melaporkan: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Di hari akhirat kelak akan didatangkan Al-Quran dan orang yang membaca dan mengamalkan isi kandungannya, didahului dengan Surah Al-Baqarah dan Surah Ali-Imran, kedua-dua surah ini menghujah (mempertahankan) orang yang membaca dan mengamalkannya.” – (Hadis Nawwas bin Sam’an ini direkodkan oleh Imam Muslim dalam Sahih Muslim, Kitab Solat Al-Musafirin Wal Qasruha, Bab Fadhlu Qiraat Al-Quran Wa Surah Al-Baqarah, No hadith 253).

4. Diangkat martabat oleh golongan pembaca Al-Quran

Daripada Umar Bin Al-Khattab RA, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah mengangkat martabat beberapa golongan dan merendahkan martabat yang lain dengan sebab Al-Quran.” – (Hadis Umar bin Al-Khattab ini direkodkan oleh Imam Muslim dalam Sahih Muslim)

5. Mendapat ketenangan di hati

Daripada Barra’ bin ‘Azib RA telah melaporkan: “Seorang lelaki membaca Surah Al-Kahfi dan di sisinya seekor kuda yang diikat dengan dua tali, maka awan di langit mula melindunginya dan semakin hampir, dan kudanya mula menjauhinya. Apabila menjelang pagi beliau pergi berjumpa Nabi Muhammad SAW dan menceritakan peristiwa tersebut maka baginda bersabda: Itulah (sakinah) ketenangan yang turun disebabkan bacaan Al-Quran.” – (Hadis Barra’ RA. bin ‘Azib RA ini direkodkan oleh Imam Bukhari dalam Sahih Bukhari, Kitab Fadhail Al-Quran, Bab Fadhlu Surah Al-Kahfi, No hadith 5011)

6. Setiap huruf mendapat sepuluh ganjaran pahala

Daripada Ibnu Mas’ud RA ia berkata: “Barangsiapa yang membaca satu huruf daripada Al-Quran maka baginya satu kebaikan, satu kebaikan menyamai dengan sepuluh pahala, aku tidak bermaksud: Alif, Lam, Mim ialah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.” – (Hadis Ibnu Mas’ud ini direkodkan oleh Ad-Darimi Tirmizi dalam Sunan Tirmizi, Kitab Abwab Fadhail Al-Quran, No hadith 2910, status hadith ini hasan sahih)

7. Mendapat rahmat dan lindungan daripada malaikat

Para malaikat juga akan memberikan perlindungan daripada segala kejahatan yang dapat dilihat mahupun tidak kepada orang-orang yang membaca kitab Al-Quran.

8. Memberi jaminan selamat di dunia dan akhirat

Firman Allah bermaksud, “Maka berita itu makin menambahkan iman mereka lalu berkata: “Cukuplah Allah untuk (menolong) kami, dan Ia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami.)” Setelah (pergi mengejar musuh), mereka kembali dengan mendapat nikmat dan limpah kurnia dari Allah, mereka tidak disentuh oleh sesuatu bencana pun, serta mereka pula menurut keredaan Allah. Dan ingatlah), Allah mempunyai limpah kurnia yang amat besar.” – (Surah Ali Imran, ayat 173 -174)

9. Sebagai panduan hidup 

Allah telah berfirman yang bermaksud, “Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu (Muhammad) – Al-Quran sebagai roh (yang menghidupkan hati perintah Kami; engkau tidak pernah mengetahui (sebelum diwahyukan kepadamu): apakah Kitab (Al-Quran) itu dan tidak juga mengetahui apakah iman itu; akan tetapi Kami jadikan Al-Quran: cahaya yang menerangi, Kami beri petunjuk dengannya sesiapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) adalah memberi petunjuk dengan Al-Quran itu ke jalan yang lurus” (Surah Ash-Syura, ayat 52).

10. Meningkatkan keimanan diri

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.” (Surah Al-Anfal, ayat 2).

Kesimpulan

Diharapkan artikel berkenaan dengan kelebihan surah Al-Kafirun ini dapat memberikan anda informasi yang bermanfaat dan ilmu pengetahuan yang berguna.

Kelebihan Surah yang Lain

Surah YusufSurah Al-Balad
Surah Al-KafirunSurah Ad-Dhuha
Surah Al-FalaqSurah Ad-Dukhan
Surah Al-KautharSurah As-Sajadah
Surah Al-IkhlasSurah Al-Fatihah
Surah Al-BaqarahSurah Al-Mulk
Surah Al-WaqiahSurah Ar-Rahman
Surah Al-InsyirahSurah Yasin
Surah Al-Kahfi

Rujukan

  1. Wahbah Al-Zuhaily, Tafsir Al-Munir, Juz 30 (Terjemahan), Penerbit: Persatuan Ulama Malaysia dan Intel Multimedia and Publication, Selangor, 2001.
  2. Sayyid Quthb, Tafsir Fi Zhilalil Qur’an (Di Bawah Naungan Al-Qur’an), Penerbit: Gema Insani, Jakarta, 2001.
  3. Tafsir Al Azhar karya Buya Hamka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

five − 1 =