Skip to content

10 Kelebihan Surah Ad-Dhuha yang Anda Perlu Tahu

kelebihan surah ad dhuha

Apakah kelebihan surah Ad-Dhuha yang perlu anda tahu dan kepentingannya dalam kehidupan manusia? Artikel pada kali ini akan berkongsi secara mendalam aspek-aspek yang ditekankan dalam surah Ad-Dhuha dan kelebihan yang ada padanya namun tidak ramai orang tahu.

Apakah surah Ad-Dhuha?

Surah Ad-Dhuha diturunkan di Mekah dan mengandungi 11 ayat. Ia dinamakan sebagai Ad-Dhuha yang beerti waktu dhuha kerana pada awal surah, Allah SWT bersumpah dengan waktu yang tersebut, serta waktu malam untuk menegaskann bahawa Dia tidak meninggalkan Nabi Muhammad SAW dan tidak membencinya sebagaimana yang dikatakan oleh kaum Musyrik. 

Mengikut sirah dikatakan sebelum turunnya surah Ad-Dhuha ini, wahyu telah terhenti dalam satu masa yang singkat. Ini telah menyebabkan kaum Musyik mengambil kesempatan untuk menentang Rasulullah SAW dengan berkata, “Tuhan Muhammad telah meninggalkannya dan membencinya”. 

Ketika mendiirikan solat sunat dhuha kita disunatkan untuk membaca surah Ad-Dhuha sebagai rasa terima kasih dan syukur seorang hamba kepada Allah SWT atas segala rezeki, dan nikmat yang diberikan di dunia dan akhirat. 

Intisari penting dalam surah Ad-Dhuha ini termasuklah:

  • Mengisahkan bahawa putusnya wahyu selama beberapa waktu itu bukanlah tanda Allah SWT murka kepada Nabi Muhammad SAW seperti yang diperkatakan oleh orang kafir. 
  • Menerangkan perubahan yang dialami Nabi Muhammad SAW sebelum dan selepas menjadi Rasul.
  • Menerangkan larangan menghina anak-anak yatim dan peminta sedekah. 

Tafsir surah Ad-Dhuha

وَٱلضُّحَىٰ ١

“Demi waktu dhuha,”

وَٱلَّيْلِ إِذَا سَجَىٰ ٢

“Dan malam apabila ia sunyi-sepi.”

مَا وَدَّعَكَ رَبُّكَ وَمَا قَلَىٰ ٣

“(Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik).”

وَلَلْـَٔاخِرَةُ خَيْرٌۭ لَّكَ مِنَ ٱلْأُولَىٰ ٤

“Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya.”

وَلَسَوْفَ يُعْطِيكَ رَبُّكَ فَتَرْضَىٰٓ ٥

“Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda – berpuas hati.”

أَلَمْ يَجِدْكَ يَتِيمًۭا فَـَٔاوَىٰ ٦

“Bukankah dia mendapati engkau yatim piatu, lalu la memberikan perlindungan?”

وَوَجَدَكَ ضَآلًّۭا فَهَدَىٰ ٧

“Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Ia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu – Al-Quran)?”

وَوَجَدَكَ عَآئِلًۭا فَأَغْنَىٰ ٨

“Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Ia memberikan kekayaan?”

فَأَمَّا ٱلْيَتِيمَ فَلَا تَقْهَرْ ٩

“Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya,”

وَأَمَّا ٱلسَّآئِلَ فَلَا تَنْهَرْ ١٠

“Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik;”

وَأَمَّا بِنِعْمَةِ رَبِّكَ فَحَدِّثْ ١١

“Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.”

Kelebihan surah Ad-Dhuha

Secara umumnya, setiap ayat Al-Quran mempunyai kelebihan dan manfaatnya yang tersendiri tidak terkecuali surah Ad-Dhuha. Antara kelebihan surah Ad-Dhuha adalah seperti:

1. Mengeluarkan seseorang dari masalah dan keserabutan hidup

Pencetus Ummah Amin (PU Amin) pernah berkongsi pesanan yang diterima dari gurunya untuk mengamalkan ayat kelima Surah Ad-Dhuha selepas solat dan pada waktu terluang. 

Ini sangat bermanfaat untuk menjawab segala permasalahan dan keserabutan yang melanda hidup kita. 

2. Dicukupkan rezeki

Surah Ad-Dhuha sangat berkait rapat dengan solat sunat Ad-Dhuha. Oleh yang demikian, amalan ini dapat memberikan kecukupan seseorang dalam mendapatkan rezeki.

Diriwayatkan daripada Nu‘aim bin Hammar bahawa ia berkata, “Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda; Allah berfirman, ‘Wahai anak Adam, janganlah kamu berasa lemah untuk beribadah kepadaKu dengan cara mengerjakan solat empat rakaat di awal waktu siangmu, nescaya akan Aku cukupkan untukmu di akhir harimu.” – (Hadis Riwayat Abu Dawud).

3. Mendapat keselamatan bagi diri, dan keluarga di dunia 

Menurut Al-Fadhil Tuan Guru Ustaz Muhadir Haji. Joll, penasihat syariah Galeri Ilmu berkata mereka yang mengamalkan membaca surah Ad-Dhuha ketika terbit matahari dan ketika terbenam matahari sebanyak 7 kali, akan selamat bagi dirinya, anak-anaknya, dan keluarganya dari empat perkara. 

Empat perkara itu adalah yang pertama musibah, sihir, binatang buas, dan rumahnya selamat dari kecurian. 

4. Menunjukkan kekuasaan dan kehebatan Allah SWT

Perkara pertama yang diberitahu kepada kita di awal ayat adalah mengenai sinaran cahaya matahari. Lalu kemudian, kegelapan malam hari. Semua ini adalah tanda-tanda kekuasaan Allah SWT yang berkuasa mengawal segala yang ada di langit dan alam semesta. 

5. Memberi ketenangan hati agar tenteram

Ayat keempat surah Ad-Dhuha, “Sesungguhnya akhirat itu lebih baik bagimu dari dunia” menerangkan kepada kita akan hakikat sebuah kehidupan yang sementara. Ramai orang pada hari ini mengalami tekanan dalam hidup lalu mempersoalkan segala takdir yang berlaku dalam hidupnya.

Malah ada yang sanggup untuk mengakhiri kehidupan dengan cara yang haram. Ayat keempat inilah jawapan yang paling benar dan baik untuk dijadikan panduan kepada umat Islam. 

Firman Allah SWT yang bermaksud:

Dan sesungguhnya Al-Quran (segala kisah di dalamnya) adalah diturunkan oleh Allah; Tuhan sekalian alam. Ia dibawa turun oleh Ar-Ruh Al-Amin.” – (Surah Asy-Syu’araa’, ayat 192 & 193)

6. Melatih diri untuk sentiasa bersyukur dengan segala nikmat 

Allah SWT berfirman dalam surah Ibrahim, ayat 7:

Maksudnya: “Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.”

Dalam ayat kesembilan surah Ad-Dhuha, Allah adala menyatakan bahawa kita berhadapan dengan tekanan hidup maka lihatlah juga anak-anak yatim dan orang susah yang lebih sukar hidupnya dari kita. 

7. Mendapat rahmat dan lindungan daripada malaikat

Para malaikat juga akan memberikan perlindungan daripada segala kejahatan yang dapat dilihat mahupun tidak kepada orang-orang yang membaca kitab Al-Quran.

8.  Sebagai panduan hidup 

Allah telah berfirman yang bermaksud, “Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu (Muhammad) – Al-Quran sebagai roh (yang menghidupkan hati perintah Kami; engkau tidak pernah mengetahui (sebelum diwahyukan kepadamu): apakah Kitab (Al-Quran) itu dan tidak juga mengetahui apakah iman itu; akan tetapi Kami jadikan Al-Quran: cahaya yang menerangi, Kami beri petunjuk dengannya sesiapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) adalah memberi petunjuk dengan Al-Quran itu ke jalan yang lurus” (Surah Ash-Syura, ayat 52).

9. Setiap huruf mendapat sepuluh ganjaran pahala

Daripada Ibnu Mas’ud RA ia berkata: “Barangsiapa yang membaca satu huruf daripada Al-Quran maka baginya satu kebaikan, satu kebaikan menyamai dengan sepuluh pahala, aku tidak bermaksud: Alif, Lam, Mim ialah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.” – (Hadis Ibnu Mas’ud ini direkodkan oleh Ad-Darimi Tirmizi dalam Sunan Tirmizi, Kitab Abwab Fadhail Al-Quran, No hadith 2910, status hadith ini hasan sahih)

10.  Meningkatkan keimanan diri

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.” (Surah Al-Anfal, ayat 2).

Kelebihan Surah yang Lain

Surah YusufSurah Al-Balad
Surah Al-KafirunSurah Ad-Dhuha
Surah Al-FalaqSurah Ad-Dukhan
Surah Al-KautharSurah As-Sajadah
Surah Al-IkhlasSurah Al-Fatihah
Surah Al-BaqarahSurah Al-Mulk
Surah Al-WaqiahSurah Ar-Rahman
Surah Al-InsyirahSurah Yasin
Surah Al-Kahfi

Kesimpulan

Diharapkan artikel berkenaan dengan kelebihan surah Ad-Dhuha ini dapat memberikan anda informasi yang bermanfaat dan ilmu pengetahuan yang berguna.

Rujukan

  1. Wahbah Al-Zuhaily, Tafsir Al-Munir, Juz 30 (Terjemahan), Penerbit: Persatuan Ulama Malaysia dan Intel Multimedia and Publication, Selangor, 2001.
  2. Sayyid Quthb, Tafsir Fi Zhilalil Qur’an (Di Bawah Naungan Al-Qur’an), Penerbit: Gema Insani, Jakarta, 2001.
  3. Tafsir Al Azhar karya Buya Hamka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 × two =