Skip to content

Doa Lembutkan Hati Anak, Suami, dan Manusia Umumnya

doa pelembut hati

Apakah doa yang boleh diamalkan untuk lembutkan hati anak-anak, suami ataupun orang lain? Artikel ini akan membincangkan beberapa jenis doa yang boleh dibacakan untuk lembutkan hati manusia dan juga ahli keluarga kita.

Pada hari ini, ramai ibu-ibu mengadu akan masalah-masalah yang timbul dalam keluarganya seperti masalah anak yang tidak mendengar kata, dan sikap suami. Di awal peringkat barangkali ini tidak menjadi masalah tetapi jika dibiarkan ia boleh menjadi barah dalam keruntuhan institusi kekeluargaan.

Anak adalah anugerah yang diberikan Allah SWT pada pasangan suami isteri yang telah berkahwin. Suami juga adalah pasangan yang telah ditakdirkan Allah SWT kepada seorang wanita. Kedua-dua individu ini menjadi pemain utama dalam kerukunan rumah tangga. Namun, menjadi masalah jika mereka mempunyai sikap yang keras hati atau keras kepala dalam memandu keluarga ke arah yang harmoni. Di sini disenaraikan beberapa doa yang boleh diamalkan khusus kepada para para isteri atau umum.

Doa Melembutkan Hati dan Dilimpahi Rezeki

اللَّهُ لَطِيفٌ بِعِبَادِهِ يَرْزُقُ مَن يَشَاء وَهُوَ الْقَوِيُّ العَزِيزُ

Bacaan rumi: Allahu latifum bi ‘ibadihi yarzuqu may yasya,wa huwal qawiyyul ‘aziz

Maksudnya:Allah Maha lembut terhadap hamba-hambanya-Nya; Dia memberi rezeki kepada yang dikehendaki-Nya dan Dialah Yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa.” (Surah Asy-Syura: ayat 19)

Doa Melembutkan Hati Yang Keras dan Degil

طه (1) مَآ أَنزَلْنَا عَلَيْكَ ٱلْقُرْءَانَ لِتَشْقَىٰٓ (2) إِلَّا تَذْكِرَةً لِّمَن يَخْشَىٰ (3) تَنزِيلًا مِّمَّنْ خَلَقَ ٱلْأَرْضَ وَٱلسَّمَٰوَٰتِ ٱلْعُلَى (4)ٱلرَّحْمَٰنُ عَلَى ٱلْعَرْشِ ٱسْتَوَىٰ(5)

Bacaan rumi: Taa’ Haa. (1) Ma anzalna Aalayka alqur-analitashqa (2) Illa tazkiratan liman yakhsha (3) Tanzeelan mimman khalaqa al-arda wassamawatialAula (4) Arrahmanu AalaalAarshi istawa (5)

Maksudnya:Taa’ Haa. Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan. Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah Allah. (Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi. Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy.” (Surah Taha: ayat 1-5)

Doa Untuk lembutkan Hati Yang Marah

فَقَٰتِلْ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ لَا تُكَلَّفُ إِلَّا نَفْسَكَ ۚ وَحَرِّضِ ٱلْمُؤْمِنِينَ ۖ عَسَى ٱللَّهُ أَن يَكُفَّ بَأْسَ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ ۚ وَٱللَّهُ أَشَدُّ بَأْسًا وَأَشَدُّ تَنكِيلً

Bacaan rumi: Fa qātil fī sabīlillāh, lā tukallafu illā nafsaka wa ḥarriḍil-mu`minīn, ‘asallāhu ay yakuffa ba`sallażīna kafarụ, wallāhu asyaddu ba`saw wa asyaddu tangkīlā

Maksudnya: Maka berperanglah kamu pada jalan Allah, tidaklah kamu dibebani melainkan dengan kewajiban kamu sendiri. Kobarkanlah semangat para mukmin (untuk berperang). Mudah-mudahan Allah menolak serangan orang-orang yang kafir itu. Allah amat besar kekuatan dan amat keras siksaan(Nya). (Surah An-Nisa: ayat 84)

Doa Lembutkan Hati untuk Anak Degil

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ اصْبِرُواْ وَصَابِرُواْ وَرَابِطُواْ وَاتَّقُواْ اللّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Bacaan rumi: Yaaaa Ayyuhalladziina aamanuszbiruu waszaabiruu waraabithuu wattaqullaha la’a’llakum tuflihuuuun.

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). (Surah Ali-Imran: ayat 200)

Zikir Pelembut Hati Nabi Daud

Bacaan rumi: Allhumma laiyanli qalbahu, kama laiyanta li Daudal hadid

Maksudnya: Ya Allah, lembutkanlah hatinya sebagaimana kamu melembutkan Daud (akan) besi.”

Dari Abu Ad-Darda’ RA, ia berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Maksud: “Di antara doa Nabi Daud adalah: “Ya Allah, sesungguhnya aku meminta kepadaMu untuk selalu cinta kepadaMu, mencintai orang yang selalu mencintaiMu dan melakukan amal yang dapat menyampaikan aku untuk mencintaiMu. Ya Allah, jadikanlah cinta kepadaMu melebihi cintaku terhadap diriku sendiri, keluarga dan air yang dingin.” (Hadis Riwayat Tirmizi)

Zikir Pelembut Hati Ya Latif

Bacaan rumi: Ya Latifu Ya Kaafi. Ya hafizu Ya Syafi. Ya Latifu Ya Wafi. Ya Karimu Anta Allah. La ilaha illallah.

Maksudnya: Wahai Yang Maha lemah lembut. Wahai Yang Maha mencukupi. Tiada Tuhan melainkan Allah. Yang Wujud, Tiada Tuhan melainkan Allah. Yang Disembah, Tiada Tuhan melainkan Allah. Yang Ditujui, Tiada Tuhan melainkan Allah. Yang Maha Besar, Tiada Tuhan melainkan Allah.

Tanggungjawab kepada anak dan suami

Disini kami sertakan beberapa tanggungjawab ibu dan isteri kepada anak dan suami.

1. Memberi layanan yang baik kepada suami

Memberi layanan yang baik kepada suami sama ada ketika senang atau susah. Dua jenis nafkah yang perlu di berikan adalah nafkah zahir dan batin. Contohnya seperti menguruskan makan, minum dan pakaian suami serta berkomunikasi dengan baik. Namun ini tidak bermakna, suami boleh memperlakukan isteri mereka dengan sesuka hati.

Firman Allah SWT,

Maksudnya: “dan para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajipannya menurut cara yang ma’ruf. Akan tetapi para suami mempunyai satu tingkatan kelebihan daripada isterinya. Dan Allah maha perkasa lagi maha bijaksana” (Surah Al-baqarah: ayat 228)

Terdapat beberapa hak yang wajib suami tunaikan ke atas isteri berdasarkan nas Al-Quran dan Hadis antaranya hak mahar, hak nafkah, hak mendapat hubungan komunikasi yang baik, hak mendapat bimbingan dan tunjuk ajar, hak terhadap harta sepencarian, dan beberapa hak asasi wanita antaranya hak wanita untuk bersuara, hak untuk bekerja dan hak terhadap hartanya sendiri.  

Suami juga perlu memberikan layanan baik kepada isterinya seperti dalam Hadis Rasulullah SAW bersabda,

“Sebaik-baik kamu ialah orang yang paling baik terhadap isterinya. Dan akulah yang paling baik terhadap isteriku.” (Hadis Riwayat At-Tirmidzi).

2. Menguruskan kehidupan anak-anak dengan baik

Isteri adalah pembantu utama suami untuk membentuk keluarga bahagia yang diredhai Allah SWT. Secara amnya suami akan keluar dari rumah untuk bekerja dan isteri pula duduk dirumah untuk menguruskan rumah tangga. Anak-anak akan lebih banyak menghabiskan masa mereka bersama ibu berbanding bapa kerana kehadiran ibu yang sentiasa ada di rumah.

Namun pada hari ini, rata-rata isteri juga seorang yang bekerjaya. Tetapi ini tidak bermakna mereka mengabaikan tanggungjawabnya kepada anak-anak. Malahan, isteri akan lebih bijak untuk menguruskan masa di antara keluarga dan kerjaya. Dalam konteks ini, nilai tolak ansur perlu di ambil oleh pasangan suami isteri untuk menguruskan keperluan anak-anak. Tidak salah seorang suami membantu isteri di dapur atau membantu menguruskan rumah tangga.

3. Memberi pendidikan agama, Al-Quran dan adab sopan Islam kepada anak

Anak-anak ibarat kain putih, dan ibu bapa yang bertanggungjawab untuk mencorakkannya. Apa sahaja ilmu yang anak-anak dapat dari rumah sama ada apa yang mereka pandang, dengar atau rasa, mereka akan membawa pengaruh itu ke luar. Jika baik yang di ajar di dalam rumah, maka baiklah yang akan anak bawa ketika bergaul dengan orang lain di luar dan begitu juga sebaliknya.

Tugas memelihara dan mendidik anak-anak adalah tanggungjawab bersama. Suami dan isteri sama-sama bertanggungjawab memberi kasih sayang, layanan yang baik, pendidikan agama, dan ilmu pengetahuan kepada anak-anak.

4. Taat kepada suami

Di dalam hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Thabrani,

Maksudnya: “Jika seorang isteri itu telah menunaikan solat lima waktu dan berpuasa pada bulan Ramadan dan menjaga kehormatan diri, serta taat kepada suaminya, maka dipersilakanlah masuk ke syurga dari pintu mana sahaja yang disukai.”

Sebagai seorang isteri, adalah menjadi kewajiban untuk taat kepada perintah suami selagi tidak bertentangan dengan syarak.

5. Menjaga amanah dan keperluan suami

Amanah dari segi maruah, rahsia, dan keaiban suami perlu dijaga. Suami juga begitu. Dengan adanya sifat ini, perkahwinan akan lebih harmoni dan ada wujudnya perasaan saling hormat-menghormati antara satu sama lain.

Dalil dan penjelasan buat baik kepada anak dan suami

Firman-Nya dalam surah Hud, ayat 115 bermaksud: “

“Dan sabarlah (wahai Muhammad, engkau dan umatmu dalam mengerjakan suruhan Allah) kerana sesungguhnya Allah tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan.”

Amalan berbuat baik kepada orang tidak tertumpu hanya kepada keluarga, anak atau suami sahaja. Sebaliknya ianya ditujukan kepada semua makhluk Allah SWT. Dalam konteks kekeluargaan, dalam rumah tangga pasti akan melalui banyak onak dan duri. Semai sifat saling memaafkan antara satu sama lain agar rumah tangga kekal bahagia. Contoh yang mudah adalah, jika dalam perkahwinan berlaku pergaduhan akibat salah faham si suami pada isteri sehingga bertikam lidah. Si suami bermasam muka mula tidak menghiraukan si isteri.

Sebagai seorang isteri, jangan turut sama bermasam muka sebaliknya teruskan berbakti kepada suami dengan melaksanakan tanggungjawab yang perlu dilakukan kerana pahalanya masih dikira atas kebaikan yang di buat.

Di harapkan artikel doa lembutkan hati ini boleh membantu menyelesaikan masalah-masalah berkenaan isu kekeluargaan yang melanda para ibu di luar sana. Raihlah kebahagiaan hidup berkeluarga dalam sakinah, mawaddah dan warahmah sebelum mendapat kebahagian di akhirat.

Bacaan Doa yang lain

Doa Saidatina FatimahDoa Agar Hujan Berhenti
Doa SelamatDoa Selepas Witir
Doa Hari ArafahDoa Dimurahkan Rezeki
Doa Selepas IqamatDoa Bayar Zakat
Doa IftitahDoa Waktu Gelisah
Doa Kepada Orang Meninggal DuniaDoa Mohon Zuriat
Doa Dijauhkan Dari Fitnah DajjalDoa Mohon Keampunan
Doa Awal TahunDoa Akhir Tahun
Doa Selepas TarawihDoa Bulan Rejab
Doa Selepas SolatDoa Nabi Yunus
Doa Nabi SulaimanDoa Nabi Musa
Doa Nabi Ibrahim

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

15 − 12 =