Skip to content

33 Barang Keperluan Haji yang Wajib Anda Bawa Pergi Haji

barang keperluan haji

Apakah barang keperluan haji yang patut anda sediakan. Artikel pada kali ini akan menyenaraikan tentang 33 barang keperluan haji untuk memudahkan anda merancangan persiapan ke Baitullah.

Haji dari segi bahasa ialah menuju atau mengunjungi ke sesuatu tempat. Manakala dari segi istilah bermaksud mengunjungi Baitullah (Ka’bah) pada masa-masa tertentu (bulan haji, Zulhijah) serta melaksanakan perkara-perkara yang wajib bagi ibadah haji. Rukun Islam kelima ini ibaratnya seperti pengembaraan iman kepada umat Islam. Jika anda pernah melaksanakan haji atau umrah, pasti saat ini anda sedang rindu untuk kembali ke sana.

Firman Allah SWT,

“Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya.”  (Surah Ali-Imran: ayat 97)

Artikel ini akan menyenaraikan barang-barang keperluan penting yang wajib anda ada untuk ke Baitullah merangkumi konteks bagi lelaki, wanita dan umum.

Barang Keperluan Haji Bagi Muslimat

1. Telekung

Telekung adalah pakaian yang menjadi kelaziman untuk para muslimat ketika mengerjakan haji atau umrah. Pemakaiannya sangat praktikal kerana mudah untuk di bawa solat. Daripada telekung biasa, kebanyakannya jenama-jenama telekung terkenal sudah membuat inovasi dalam reka bentuk telekung yang di pasarkan kepada pelanggan. Contohnya seperti telekung berlengan. Nilai tambah kepada sehelai telekung bukan hanya boleh untuk di bawa terus solat tetapi ia juga boleh menjaga aurat sepanjang solat dengan pergerakan-pergerakan anda yang agak terbatas.

2. Tudung dan Anak Tudung

Tudung sudah tentu menjadi salah satu barang wajib untuk muslimat. Selain telekung, tudung juga sesuai di pakai ketika berada dalam urusan-urusan bukan semasa melaksanakan perintah haji. Contohnya, untuk menziarahi makam-makam Nabi, dan lain-lain.

Tips membeli tudung haji:

  • Mempunyai awning yang lembut untuk mengelakkan tudung berkedut atau susah di bentuk
  • Boleh menutup dagu kerana dagu adalah sebahagian dari aurat wanita
  • Mempunyai material kain yang selesa, tidak terlalu ringan, sejuk, mudah di bentuk dan ironless
  • Saiz tudung adalah labuh di bahagian depan, belakang dan sisi
  • Jenis yang instant

3. Stokin

Kaki termasuk dalam aurat wanita yang anda mungkin terlepas pandang. Tiga jenis stokin yang boleh membantu ada ketika menunaikan ibadah haji seperti stokin biasa, stokin tawaf dan stokin wudhuk.

Stokin biasa haruslah panjang, tebal, tidak jarang dan sesuai digunakan semasa solat. Stokin tawaf pula dengan rekaannya yang lembut dan selesa sangat sesuai ketika melakukan sa’ie untuk mendaki dan menuruni bukit safa dan marwah. Manakala stokin wudhuk memudahkan anda untuk mengambil wudhuk tanpa perlu membuka seluruh stokin cukup memadai dengan menariknya ke atas. 

4. Jubah

Jubah memudahkan pergerakan anda ke sana dan ke mari. Dengan keadaan tanah suci yang ramai jemaah dan bersesak, jubah memberikan lebih kelonggaran kepada tubuh anda untuk bertindak balas dengan keadaan sekeliling.

Tips membeli jubah haji:

  • Menutup aurat sepenuhnya
  • Selesa untuk di pakai
  • Tidak terlalu nipis atau tebal
  • Tidak meleret
  • Mudah untuk bergerak
  • Wudhuk friendly
  • Material kain yang ironless

5. Kasut Tawaf

Lantai yang di gunakan di tempat tawaf adalah lantai tile. Jadi jika anda menggunakan sarung kaki biasa, agak tidak selesa untuk berjalan di sebabkan permukaan lantai yang menyentuh pada tapak stokin anda akan menghasilkan tindak balas yang licin. Pakai kasut khas untuk tawaf dapat memberi perlindungan dan keselesaan pada tapak kaki dan menggurangkan hentakan. Kebaikannya, tumit anda akan kurang sakit.

6. Pakaian Dalam

Bawa pakaian yang secukupnya untuk kegunaan seharian anda. Alangkah lebih baik jika anda menyediakan beberapa helai set tambahan untuk menampung sekiranya berlaku apa-apa keperluan yang mendesak atau kecemasan di belakang hari.

7. Sarung Lengan

Sesetengah pakaian yang tidak di reka khas untuk solat atau bukan solat friendly, ia akan memberi masalah kepada pemakai dengan lengan yang mengelebeh atau terlalu besar sehingga menyukarkan anda menjaga aurat. Solusi untuk membantu anda adalah dengan menggunakan sarung lengan. Cara ini sangat praktikal kerana anda boleh memakai terus atau mencabut sarung lengan tersebut mengikut kemahuan anda kerana ia tidak kekal di lengan.

8. Seluar

Seluar juga bertujuan untuk memberi keselesan kepada anda sepanjang mengerjakan ibadah haji. Kebiasaanya seluar akan di kenakan bersama jubah, atau kain. Ini untuk memudahkan pergerakan anda dari satu tempat ke satu tempat di samping menjaga keselamatan diri sepanjang masa.

Barang Keperluan Haji Bagi Muslimin

1. Kain Ihram

Kain ihram merupakan pakaian khusus untuk jemaah lelaki ketika sedang berihram. Ciri-cirinya adalah dua helai kain lepas iaitu tidak bercantum atau berjahit dan pada kebiasaannya diperbuat daripada kain cotton jenis tebal seperti tuala yang serap peluh.  Kain jenis tebal ini lebih sesuai kerana ia tebal tidak jarang atau menampakkan susuk tubuh si pemakai. Oleh kerana cuaca di tanah suci kering dan berangin, material kain perlu berat supaya tidak mudah tersingkap.

2. Kain Pelikat Tidak Berjahit

Kain pelikat sangat selesa di gunakan di bilik. Selain itu, kain pelikat juga perlu dibawa semasa Masair bagi kegunaan di Arafah dan Mina. Semasa di Arafah, anda boleh pakai kain pelikat yang tidak di cantum ini seperti anda memakai kain ihram seperti biasa. Jika anda ingin ke tandas pula, anda boleh menjadikan ia sebagai kain basahan untuk mengelakkan kain ihram dari kotor

3. T-shirt Biasa

T-shirt biasa atau lebih mesra dengan panggilan baju pagoda sinonim dengan jemaah lelaki.

4. Pisau Cukur

Pisau cukar dan gunting kecil di perlukan semasa anda ingin bertahalul.

5. Tali Pinggang Haji

Tali pinggang haji untuk kegunaan bersama kain ihram yang di pakai jemaah lelaki. Ia bertujuan untuk mengelakkan kain ihram dari terlepas atau tertanggal ketika melakukan ibadah.

Barang Keperluan Haji Umum

1. Mask Muka

Kehendak jemaah untuk memakai mask muka bukan hanya di sebabkan penularan Covid-19 tetapi faktor yang paling utama adalah kerana keadaan tanah suci yang berpasir dan berdebu.

2. Selipar

Selipar jepun biasanya memudahkan anda untuk di gunakan dalam tandas. Jadi kaki anda sentiasa bersih dari kekotoran.

3. Passport

Kalau tiada passport, tidak bolehlah anda kemana-mana. Boleh jadi anda di cop pendatang tanpa izin pula. Lagi teruk jika anda di kenakan hukuman yang berat. Check berkali-kali pastikan passport anda aktif, boleh di gunakan dan tiada sebarang halangan yang menyekat anda untuk ke tanah suci.

4. Buku Panduan Haji

Bawa sedikit buku untuk bacaan pada masa lapang seperti buku panduan haji dan buku doa. Anda bukan sahaja dapat menambah pengetahuan lebih mendalam tentang ibadah yang sedang anda jalankan tetapi juga dapat memberi sedikit kerehatan kepada diri.

5. Ubat-Ubatan

Ini sangat penting kepada anda yang mempunyai apa-apa penyakit dan memerlukan keperluan ubat-ubatan tertentu. Sediakan satu tempat khas seperti kotak pil atau pil box organizer.

6. Al-Quran

Ayat-ayat Al-Quran memberikan ketenangan kepada sesiapa yang membacanya. Dalam perjalanan anda menyempurnakan ibadah haji, Al-Quran akan menjadi peneman anda untuk sentiasa mententeramkan jiwa dan orang di sekelililing.

7. Wuduk Spray

Bayangkan, di bawah matahari yang terik anda berada di tengah-tengah kesesakan orang ramai lalu secara tiba-tiba wudhuk anda terbatal. Bagaimana untuk anda berpatah semula kebelakang dengan meredah selautan manusia di tengah kepanasan itu semata-mata untuk mengambil wudhuk semula?

Wuduk spray yang biasa anda gunakan untuk membantu orang sakit di hospital berwudhuk boleh menjadi solusi kepada kekalutan yang anda hadapi saat itu.

8. Duit Belanja

Bawa duit belanja SAR50 kalau anda hendak beli makanan yang dijual di kedai luar khemah. Makanan pagi di Mina agak tergad dengan juadah seperti roti dan maggi cup sahaja untuk seorang. Kalau anda menginginkan makanan yang lebih daripada itu, anda boleh membelinya di kedai luar.  

9. Sejadah Kecil

Tidak perlu bawa sejadah yang besar dan tebal. Cukup sekadarnya untuk keperluan anda dengan sejadah kecil yang mudah di bawa, mudah di lipat dan tidak menganggu orang lain untuk berjalan di sekitar anda.

10. Barang Penjagaan Diri

Berus gigi, sikat rambut, pencuci muka, getah rambut, sabun mandi, ubat gigi, syampoo, tuala mandi dan tuala muka merupakan barang keperluan diri yang perlu di titikberatkan.

11. Minyak Urut

Kadang kala kerana tidak biasa berjalan dalam tempoh yang lama atau melakukan aktiviti-aktiviti yang berbeza dari harian anda, otot-otot anda mungkin akan mudah tegang kerana tekanan. Minyak urut bantu melegakan kesakitan anda dengan segera agar anda dapat meneruskan ibadah Haji.

12. Beg Pack

Saiznya yang kecil dan mudah di bawa ke mana sahaja boleh mengurangkan tenaga anda untuk membawa semua barang yang di perlukan seperti tisu, tuala muka, Al-Quran, sejadah mini, dan lain-lain semasa mengerjakan ibadah Haji.

13. Lampin Dewasa

Khas untuk jemaah di usia emas atau pun yang mempunyai keuzuran tertentu. Lampin dewasa akan memudahkan urusan anda sehari-hari yang memerlukan komitmen masa dan tenaga yang banyak.

14. International Adapter

Beli international adapter yang sesuai untuk di gunakan di semua soket elektrik. Seperti yang anda maklum semua negara mempunyai plug yang berbeza. Jika anda tidak mempunyai international adapter, ini akan menyukarkan anda untuk mengecas peralatan elektronik yang di gunakan terutamanya sekali telifon bimbit.

15. Makanan Segera atau Kering

Setiap orang ada cita rasa sendiri. Setiap orang ada kehendak dan kemahuan sendiri terutamanya apabila melibatkan makanan. Bukan anda tidak boleh dapatkan makanan Malaysia ketika di tanah suci, tetapi mungkin anda telah terbiasa untuk menikmati sendiri makanan yang di masak oleh orang Melayu kita sehingga mengurangkan selera makan anda.

Anda boleh bawa makanan segera atau kering untuk mengubati rindu anda kepada makanan Malaysia.

Contoh makanan segera atau kering yang sesuai:

  • Maggi
  • Serunding
  • Cili goreng
  • Instant coffee
  • Kicap
  • Ikan bilis goreng
  • Sambal totok
  • Sambal kentang goreng

16. Plastik

Plastik ini banyak kegunaannya. Bukan sekadar untuk mengisi makanan tetapi ia juga boleh anda gunakan untuk mengisi pakaian kotor, barang peribadi, kasut, selipar, muntah dan lain-lain. Boleh di katakan yang plastik ini barang yang serbaguna untuk anda sama ada ketika waktu kecemasan atau bukan waktu kecemasan.

17. Uncang

Ketika ibadah melempar jamrah, batu-batu yang ingin di gunakan boleh di letakkan dalam uncang agar tidak tercicir dan memudahkan anda untuk bawa bersama.

18. Cermin Muka Kecil

Yang perempuan hendak betulkan tudung, hendak pastikan tiada sehelai rambut pun yang terkeluar. Yang lelaki pula hendak rapikan rambut supaya kelihatan kemas. Ini semua mudah jika anda lakukan di tempat penginapan anda tetapi jika anda berada di luar untuk mengerjakan ibadah haji, anda memerlukan sekurang-kurangnya cermin muka kecil.

19. Powerbank

Apa-apa sahaja barang elektrik yang anda bawa seperti kipas tangan elektrik, telifon bimbit, Al-Quran digital dan MP3 memerlukan sumber tenaga elektrik. Yang paling mudah kalau anda mempunyai powerbank sendiri. Jadi anda boleh mengecas pada bila-bila masa sahaja tanpa terhad kecuali jika anda lupa cas powerbank sendiri.

20. Payung

Cuaca di Tanah Suci ada kalanya boleh mencecah sehingga 50 darjah Celsius di Arafah dan Mina. Cuasa yang terlalu panas boleh mendatangkan dehidradsi, pening kepala, mual, keletihan dan hilang tumpuan. Oleh itu, payung boleh melindungi diri anda dari terik matahari semasa di sana.

Diharapkan artikel mengenai barang keperluan untuk haji ini dapat membantu anda merancang persiapan haji dengan lebih baik. Kepada yang sekarang ini telah memijakkan kaki di Baitullah, doakan penulis dan semua umat Islam dapat menunaikan kewajipan ini suatu hari nanti. Kepada yang sedang menitiskan air mata kerana rindu dengan aura ketenangan Baitullah, semoga air mata kasih ini di berikan sebagai ganjaran pahala kerana sentiasa mengingati Rasulullah SAW dan Maha Pencipta.

Barang Keperluan Kehidupan yang lain

Pergi CampingBarang Bayi
Persiapan BersalinKeperluan Dapur
Keperluan SteambotKeperluan Asrama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

15 − one =